Jumaat, Jun 13, 2008

Dilemma 2

Assalamualaikum w.b.t

Bagi tempoh setahun setengah ini saya tak pasti lagi bagaiman kedudukan kewangan saya nanti.

Belajar di KL, duduk di Seremban, pastinya kena keluar kos petrol kalau saya berulang.

Kalau tinggal menyewa disana, kena keluar kos sewa, walhal rumah di sini kena bayar juga.

Kena juga difikirkan ayah dan hani kalau saya sewa bilik di KL nanti.

Adakah perlu rumah di sini di sewakan biliknya utk saya menampung kos berulang?

Tambahan pula, elaun siasatan {RM 400/per month} akan dipotong bagi tempoh belajar ini kerana saya takkan buat kerja menyiasat so tak layak dapat elaun ni.

Ada maklumat juga katanya elaun keraian saya {RM 400/per month} juga akan dipotong sebab takde nak raikan sapa2 dah sebab tak buat tigas rasmi lagi.

Kalau dah RM 800 sebulan ditolak, banyak perkara dan perbelanjaan terjejas tu. RM800 macam2 boleh dibuat.

Setakat ni walaupun cuti belajar saya ni bergaji penuh, dan dapat elaun belajar, tapi tak taulah berapa jumlahnya.

Kalau diberi elaun RM 1,000 sebulan maknanya hanya ada perbezaan RM 200 jer dengan income sekarang. Tak lepas pun duit berulang dan duit nak beli buku + makan.

Apatah lagi nak membayar orang gaji. Baik balance gaji saya yang ada tu saya buat saving lagi. Saya harap elaun belajar ini bukan RM 1,000, haraplah ianya lebih lagi....mujur juga elaun cola dan perumahan masih boleh diperolehi...

4 cetusan rasa:

oren berkata...

masa saya belajar kat UM dulukan, ada akak senior nih, berulang alik dari Kelantan-KL once a week..dahsat...

Zareda Norman berkata...

kak zar duduk di sri kembangan. Kalau nak menyewa disini masih boleh dapat apartment 3 bilik dengan hanya RM280-300 sebab tak ada pengangkutan awam. Sekolah tadika pun banyak. dari sini ke UKM lebih kurang 15-20 minit berkereta tanpa tol ikut jalan bangi dalam. Mungkin rumah seremban boleh disewakan buat sementara waktu.

Jadi student balik memang kena jimat cermat sebab kita dah ada tanggungjawab nak bayar rumah, kereta, sekolah anak, tuk nenek bil segala bagai. ada kawan kak zar dulu org sarawak, 3 tahun belajar balik, 3 tahun tak balik sarawak..

Ina berkata...

Dulu saya pernah dapat tawaran belajar masa tu jd tutor u*m bergaji penuh dan elaun belajar...tapi akhirnya tak jadi sambung & berenti keje tu, atas masalah2 pada masa tu, tapi setau saya, elaun belajar dalam negara RM500 je, tapi tak tau, maybe sekarang dah naik.

Hanisumayyah berkata...

Oren...

Saya ni tak tau lagilah macamana..tak habis mesyuarat lagi dengan suami.

Apa-apapun kos tetap meningkat, tak taulah boleh survive ker tidak...

Kalau duk sana, sewa bilik pun dah berapa,kan? Ntahlah oren..pening gak ni.


Kak Zar...

Masalah saya ni, kebanyakan kelas akan di buat di Akademi Pencegahan Rasuah, Jalan Duta dekat Institut Integriti Malaysia tu.

Kalau di UKM saya boleh naik komuter berulang hari2 ni kat KL Jalan Duta tu..boleh gak berulalng tapi kos dan masa buat saya rasa tak mampu...

Tengoklah saya cuba jugak berulang sebulan dulu, lepas tu tengoklah macamana nanti...

Hani kemungkinan besar akan dijaga dulu oleh Kak Aza...takde pilihan kak Zar...

Ina..

Kalau betullah bantuan belajar tu RM 500 rasanya memang tak boleh buat apa lah...sebab gaji akak akan berkurang RM 800, yang bertambah RM 500 jer kira RM 300 burn jerlah...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP