Isnin, Jun 16, 2008

Padahnya menipu...

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat lepas boss cuti, boss no.2 pulak ke kursus. Sayalah jadik boss,kan?

Walaupun biasa saya yg mengemudi pejabat tapi agak berbeza bebanannya kalau ada kes apatah lagi ada yg dok dalam tirai besi tu.

Hari tu pulak nak jadik cerita hp tertinggal kat rumah sebab bergegas nak hantar awal baju Hani ke sekolah [kan Hani tida kat sekolah malam sebelumnya]

Tengahari tu rehat panjang tu, saya berborak dengan kawan kepada kawan dipejabat ni, kebetulan dia datang ke pejabat. Punyalah syok sebab saya ni kan jarang bergaul + bersosial dengan orang2 luar dari pejabat ni..mana ada masa! isu ibu2 dan isu2 rumahtangga, kan best tajuk tu...

Sementelah pulak jumaat, rehat lah kejap. Rupanya operator tak tau saya dok berborak kat satu bilik tu...dia ingat saya balik / keluar...

Rupanya berkali2 dalam tempoh rehat [saya kat bilik kawan tu] boss call carik saya.

Sebenarnya dah agak dah boss akan call tapi sebab hp tertinggal maka buat tak tau jerlah dan malas nak turun kat receptionist tu, bukan senang dapat peluang berborak...release tension kejap...

2.30 tu saya start pulun kerja balik, cam biasa ada kes mana saya duk diam lam bilik, bilik saya macam transit jer. pastu ke sana-kesinilah saya, sampai boss call banyak kali diorang takleh kesan saya.

Bila diorang dapat carik saya call boss dia pulak tak jawab hp dia. Kira dekat 4/5 kali camtu...dia call saya takde, saya call balik dia oulak tak jawab.

Kira sampai meroyanlah dia carik saya....hahahaaaaa...gitu punay teruk pun ada...kelakar plak rasanya...

Akhirnya dalam tak sampai setengah jam, dapatlah jugak kami bercakap, dia call office semula...

"salwa, mana awak ni, kerja ke tak nih? {power punya ayat tuuuuu...}]

"dah empatploh kali saya call awak, tak dapat "

"Hp saya rosak tuan..." [ni jer terpikir nak jawab...kalau cakap tertinggal kang ditanya napa tak balik ambik]

"Eh..hp awak kan baru beli? [kesitu pulak tanyanya]

"eh..mana ada tuan, dah dua tahun dah" [betul...dua tahun dah pakai hp ni]

pastu baru kami citer hal kerja....gitu gini...mujur semua planning dah ada dlm kepala dah...cakap jer..dan dia setuju....

Dahsyat tak? Ada lagi ayat power berdas-das kena...malas nak citer...ni ringkasannya ajer...hanya hp punya pasal....

Kerja macam ni kena siap sedia mental/fizikal...hp selalu jadik masalah...

Balik malam tu, tengok2 hp betul2 rosak...asalnya tak rosak masa tinggal pagi tu [sempat bercakap lagi dengan sorang pegawai sebab sepupu dia meninggal dia minta cuti kecemasan] tapi lepas saya cakap dengan boss hp rosak betul2 jadik rosak..daulat kot...lagipun masin mulut saya hari2 jumaat tu..

Senang gak hati saya takdak hp...tapi lepas tu pun kena carik gak..sabtu ahad tu... tu pasal dua2 hari tu cepat2 saya gi pejabat takut ada yang datang rumah carik plak...

So dari sabtu sampailah hari ni saya takde hp, takde sapa boleh call/hubungi saya lepas waktu pejabat..lantakler kan...

Takde pitih nak beli hp baru..sungguh kasihan, kalau ada pun kena simpan sebagai persiapan nak belajar, kos berulang bukannya sedikit. Dah 3 hari jugak tak call pak hj...

Selamat lah kot dia kat besut tu...insyaallah allah pelihara dia. Kami yg susah kat sini...malas nak mengadu dengan ayah..budget banyak betul lari bulan ni...ni 20 hb nak kena renew road tax...rebat tunai plak hanya boleh dituntut 1 julai kan sebab saya renew 20 jun ni?

dari naik harga minyak hari tu, hari nilah saya baru isi minyak, tu pun pada kereta ayah dulu, isi RM50 hanya dapat 18.5 liter jer...kurang dari separuh jer kat meter tu...

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP