Sabtu, Jun 21, 2008

Apa perlu dalam poligami? Kajian terhadap pengalaman sendiri

Assalamualaikum w.b.t


CEMBURU

Sifat cemburu wajib pada setiap pasangan baik poligami atau monogamy. Kalau tak ada sifat cemburu maka tidaklah bermakna sesuatu perhubungan itu. Dari cemburulah baru teruji kasih sayang. Hidup tanpa sifat cemburu akan menjadi malar dan statik, kalau cahaya maka kecerahannya adalah samar. Kalau aliran sungai maka alirannya lesu. Kalau kepanasan maka hanya darjah kepanasannya suam-suam kuku. Kalau angin makanya hanyalah tiupan sepoi-sepoi bahasa, begitu juga jika perkahwinan itu diibaratkan umpama telur di hujung tanduk…… Cemburulah pemangkin kepada perhubungan kasih sayang suami isteri. Menjadi lebih hebat dan bersemarak. Itu kalau masing-masing melihat sudut positif, kalau negatif maka akan menjadi sebaliknya pula ~ berantakan lah jawabnya.

Bukan cemburu buta ya! Tapi cemburu yang berasionalisasi. Ada sebabnya, dan ada matlamatnya. Dalam poligami sifat cemburu ini merangsang kepada kita untuk buat yang terbaik. Bersaing secara sihat dan bersih. Berkhidmat kepada suami secara terbuka dan ikhlas. Tanpa selindung. Tidak ada rahsia. Hubungan dengan madu perlulah jelas. Apa peranan yang dia wajar lebih mainkan dan kita pula kenalpasti dimana peranan yang kita wajar tumpukan. Tidaklah bercanggah. Tidak juga ada perebutan. Tidak ada persaingan siapa yang dulu buat itu dan siapa yang terkebelakang buat ini.

Saya? Saya punya rasa cemburu sentiasa dari dulu sampailah kini. Dari cemburu yang tidak terkawal dahulu sehinggalah cemburu dalam kawalan pada masa ini. Sentiasa ada dan saya tahu madu saya juga sentiasa ada menaruh rasa cemburu terhadap saya. Namun kami matang dan bijak menangani perasaan cemburu masing-masing. Hanya suami tahu. Cukup tahu di mana batas yang dia perlu masuk campur. Dimana ruang dia boleh beri nasihat. Tahap cemburu mana dia perlu kawal. Saya cukup percaya dan yakin kemampuan suami menguruskan kami berdua.

Dulu cemburu saya kadang-kadang tidak berasas. Saya cemburu kalau suami jawab panggilan telefon dari madu saya semasa giliran di rumah saya sebab saya cuba tidak akan menelefon suami semasa giliran dia. Saya cemburu kalau suami berjalan ke mana-mana dengan madu saya sedang saya ditinggalkan. Saya juga cemburu kalau suami membeli lauk di rumah madu saya sedang di rumah saya tidak.


TIDAK SUKA BERSAING/ BERLAPANG DADA

Sifat ini sangat2 penting. Kalau kita ada sedikit rasa hendak bersaing pun maka bila2masa sudah tentu benda itu akan menjadi punca pergaduhan yang sedikit pada mulanya tetapi akan membuak dan menjadi nanah peringkat akhirnya. Sentiasa akan wujud syak wsangka dan sentiasa nak lebih dari pasangan madu anda. Kalaulah sifat bersaing ini diterjemahkan ke arah tindakan membaiki kelemahan diri dan persaingan ini berlangsung dalam mode yang sihat, maka para suami yang berpoligamilah yang untung. TETAPI jarang-jarang adanya sifat persaingan yang sihat ini. Selalu persaingan ini akhirnya mendorong enjadi cemburu dan akhirnya perang dingin.

Dalam poligami, harus dan boleh jatuh kepada wajib untuk wujudnya sifat berlapang dada dan tidak suka kepada persaingan. Birakan ajerlah apa yang ada, apa yang dibeli dan apa yang terbaru ada di sana. Buat rak kisah adalah yang terbaik. kalau boleh jangan ambik tau apapun yang berlaku di sana. Melainkanlah suami yang suruh kita ke sana, kalau itu suka suami maka bersabar jerlah.

Saya dah diperingkat poligami 'tegar', suami belilah emas seketul pun pada madu, saya masih boleh bersabar, kau pakailah set penjagaan diri yang tip top punya jenama sampai muka licin, saya masih macam tu jugak...kau bawaklah keter suami ke mana pun, saya tetap boleh sabar. mulut jer bebel, tapi hati saya tak kesah sangat. Bebel tu pun sebagai terapi pada diri dan suami suapay dia sedar kita ni wujud.

Pendekata saya ni tak suka bersaing, be yourself takde nak pikir sangat hal madu, lagi difikir lagi hancur masa depan dan fikiran. 5 tahun pertama ya, sangat2 gila babi saya cemburu, rasa nak bersaing, kalau di sana beli A, saya pun nak A jugak, tapi sekarang takde apa yang memberi nilai pada saya, semuanya biasa melainkan kasih sayang suami dan nikmat rumahtangga yang secebis diberi allah ni.



Kesimpulan

Poligami adalah satu medium menguji kesabaran, kecekalan, ketabahan seorang isteri pada tahap paling tinggi pada permulaannya [phasa l: 1-5 tahun] tetapi menjadi biasa-biasa sahaja selepas melebihi tempoh 5 tahun [phasa ke ll: 6-10 tahun].

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP