Assalamualaikum w.b.t
Kalau ayah keluar 40 hari memang boring!
Walhal ayah bukan main peranan besar sangat dalam kehidupan kami berdua.
Cuma, bila ayah ada tu, terasa hidup kami ada fokus...
Terasa ada sesuatu yang kami nantikan setiap malam rabu dan weekend.
Tapi bila ayah takde, rasa macam blur jer... hidup yang malar...
Bila ayah keluar tu, teruji jugaklah kasih sayang kami suami isteri.
Bila jumpa tu terasa segar semula ikatan suami isteri...
Itulah pentingnya keluar ni selain dari ganjaran2 yang Allah sediakan bagi mereka yang menyeru kepada kebaikan dan keimanan...[insyaallah..biar allah menilai korban setiap hambanya]
Dulu, rasa marah juga kalau ayah selalu keluar...
Bengang jer...
Rasa macam saya ni dipersia-siakan...
Lebih pentingkan benda lain dari isteri yang 'tercongok' depan mata ni
Tapi bila saya sering keluar 'masturat' [isteri2] dan mengetahui ganjaran yang diperolehi maka saya sudah menyesuaikan diri dengan kehendak dan kesukaan suami ni [keluar dakwah]
Alangkan Siti Khadijah dan isteri2 Nabi Muhamad s.a.w serta sahabat2 benarkan suami dan muhrim2 mereka keluar berperang dan jihad menentang bukan islam dan menyebar dakwah...
siapalah saya yang hina dan iman yang lemah ni...nak halang suami dari keluar berjihad...sedangkan kebobrokan dan kemungkaran berlaku melata seluruh alam...
Siapa nak jawab nanti, kalau bukan kita mencegahnya, maka ramailah umat islam akan mati tanpa dapat mengucap kalimah syahadah...
Besar tanggungjawab umat ni...bukanlah mudah nak menyeru ke arah kebaikan...sedangkan mubaligh2 kristian dan lain2 agama telah kuat akar umbi mereka mana2 tempat telah dihantar orang2 mereka untuk menyeru masuk agama masing2...
Umat islam ramai yang leka, kalau ikut karguzari [laporan] kawan2 perempuan yang keluar ikut suami ke negara2 luar, cnth Aceh masa Tsunami dulu, ramai anak2 islam diambil oleh mubaligh ni utk dibentuk sebagai kristian...sedihnya..sedang umat islam leka dan lalai dengan dunia yang sementara ni...
Amboi dakwah pulak hari ni....sajer nak bagi kuat perasaan saya ni..bila Hani dah mula sebut rindu ayah dan katanya dah 2 helai bulu mata gugur kerana katanya ayah mula rindu pada dia, kenalah ammie kuatkan semangat dan keazaman...sampailah ayah balik kalau panjang umurnya...
3 cetusan rasa:
salam kak..
gitulah.ada depan mata serba x kena.kalau dah jauh baru rindu-rinduan
malam2 kita YM lah... :)
Irfa...
ha'ah gitulah kan...
Ntahlah bila dia lama kat umah...akak rasa boring tul, tapi bila dia takde alamak sedihlah pulak.....terutama bila dia takde kerja melambak pulak tu, kalau dia ada boleh gak mengadu ataupun melepas geram kat dia...release gak tension...
Luna...tau tak alamat YM yanga da sumer dah terhilang, akak baru jer register add YM yang baru...tapi akak tengok Luna malam2 selalu on sms jer...
Catat Ulasan