Sabtu, Jun 07, 2008

hingga Januari 2010

Assalamualaikum w.b.t


Harus saya melompat gembira bila saja saya baca surat itu.




Sampai Hani turut terkejut..




"napa ammie ni suka sangat ni?"




"ammie masuk sekolah balik, ammie boleh cuti sakan"




"napa plak, ammie tak nak kerja lagi ker?"




"taklah..ammie belajar baliklah..takyah gi kerja lagi..."




Tulah dia penangannya surat tawaran mengikuti program pengajian siswazah di UKM tu.




Sebenarnya bukan 'nak belajar' tu yang saya suka sangat.




Hahahaaaa....yang sukanya dapat 'berhijrah'....




~takyah masuk office hari2 [tukar masuk kelas pulak ler]



~takyah morning prayer hari2 mengadap boss [mengadap pensyarah best ker?<--ntah2 lagi xbest]



~takyah arah anak buah itu ini, pening pala arrr



~takyah layan 'orang awam' yang mengadu hari ni esok nak tau apa hasil siasatan [ntah2 lepas ni rindu pulak kot]



~takyah nak berdepan dengan hakim dan lawyer kat court [ ni antara yg paling best]





Banyak lagilah yang bestnya.....




Apa yang best?




yang paling best sekali ialah, saya ada cuti semester!!! yayayaaaaaa .....sapa sangka???





Selama ni harapan saya nak bercuti panjang dari dunia kerja ini hanyalah dengan meletak harapan untuk mengandung dan bercuti sakan dalam pantang, tak sangka pulak ada peluang juga saya 'bercuti' dari kerja ini.





Dulu nak jugak sambung master ni, tapi memikirkan masa kena pergi kelas sebelah petang dan weekend, walaupun pak hj support hasrat saya tu tapi saya yang tak nak korban masa saya yang memang sikit sangat tu. Bila hj dah kena stroke lagilah saya batalkan terus hasrat tu.





Dah tu kena fikir jugak dari segi kos, sapa nak tanggung kalau apa2 hal, terutama lepas beli rumah dan ada komitmen lain, walaupun gaji naik tapi sara hidup jugak naik, sebab sebelum ni iaitu masa abah belum meninggal saya tak berani nak belanja or beli barang suka2 hati, fikirkan sakit pening abah. Lepas abah dah meninggal fikir nak kumpul duit utk mak ke Mekah.




Jadi, soal sambung belajar dengan kos sendiri tu tenggelam bersama masa. Tak sangka November tahun lepas, hq call offer saya sambung master, dengan cuti bergaji penuh dan ada elaun belajar lagi. tambah2 pulak bidangnya sangatlah mudah. Benda2 yang hari2 saya baca, buat, bergelumang dan bersepak terajang....kacang jerlah kan?




Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan [pengajian rasuah], satu bidang baru MoU BPR dengan UKM. Kira kami ni perintislah...katanya ada 5 orang tapi baru jer saya diberitahu rupa2nya ada 22 orang semuanya.




Maka pada 25 hb ni saya secara rasminya meninggalkan rutin hidup saya sejak 2000.




Selamat maju jaya...moga2 takde masalah pergi kelas dan dapat buat tesis dengan jayanya. Amiin.








4 cetusan rasa:

salizam Hussin berkata...

Amiiiiiiiinnnnnn.

Maryam berkata...

boleh la jumpa.. :)

Ummi berkata...

salam,

taniah....bestnya. :)

kakLuna berkata...

tumpang gembira utk akak..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP