Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Rabu, Mei 19, 2010

Rindu

Assalamualaikum w.b.t


Rindu...


Dengan rumah lama saya...


Rindu menikmati titis-titis hujan...


Rindu dengan riuh jalanraya.....


Rindu semuanya....


Wassalam

Ahad, Februari 21, 2010

Rezeki Allah beri melalui jiran belakang rumah...

Assalamualaikum w.b.t


Sejak beli rumah 5 tahun dulu saya memang berhajat nak memasang tembok tinggi untuk sepanjang pagar belakang. Puncanya sebab dapur saya masak dan ruang belakang menyidai baju betul2 menghadap jiran belakang rumah. Tambah2 rumah saya lebih tinggi parasnya daripada rumah dia...tinggi lebih sekaki jugaklah.


Kalau saya menyidai baju tu dan jiran ni sedang makan memang lantai paras saya berdiri tinggi sikit dari meja makan diorang...hahahaa pelik betul....terutama sebab dia dah renovate rumah santak hingga pagar pemisah rumah kami......belah dia bahagian dapur makan belah saya pulak bahagian membasuh dan menyidai pakaian....sungguh kontras!


Jiran ni berbangsa lain, menjadikan aktiviti saya terbatas, dan seperkara lagi jiran berkenaan sememangya aktif di bahagian dapur mereka walaupun selepas 12 malam. Kadang2 borak sakan sampai 3, 4 pagi....mlumlah jumlah penghuni ramai dan masing2 masak pastu makan pastu borak, selain tu ada jer aktiviti membasuh baju....aduuuuhhhh saya memang jarang ke belakang kecuali untuk membasuh dan menyidai....sebab takde privacy! Kecoh dan bising...


November dan disember last year saya out station 40 hari, rumah tinggal jer. Saya tak bagitau jiran belakang ni, bagitau jiran sebelah jer. Rupanya awal tahun ni tiba2 salah sorang jiran tu tiba2 ramah ajak saya borak pulak masa saya menyidai pakaian.


Dia tanya mana saya jarang nampak dah....saya kata sudah pindah Putrajaya. hari tu lama takde rumah gelap pergi mana? Saya kata out station ker Kedah....sebulan setengah. Dia bagitau katanya ada ular masuk kawasan rumah dia, katanya dari kawasan rumah saya.....sebab rumput dah panjang. saya tak ada rumah,kan? Saya pun terkejut sebab saya tak sangka sampai ada ular pulak...selama ni tak pernah nampak apa2 hatta anak ular pun....


Pastu dia kata dia nak buat tembok, nak minta izin saya. Saya pun apa lagi, dalam hati seronoklah....sebab saya tak perlu keluar kos, ada orang nak buatkan.....bagus...bagus...dah siap dah pun temboknya....senang betul hati saya boleh keluar menyidai secara bebas....takde lagi mata yang memandang2....kalau tak tutup kepala pun masih selamat lagi.


Inilah namanya rezeki allah. DIA  tak beri saya terus rezeki dan peluang buat projek tembok tapi dia beri saya cara lebih mudah melalui jiran belakang rumah yang bukan seagama pulak tu. Syukur alhamdulillah. Mintalah dari Allah nescaya dia akan beri rezeki dari jurusan yang tak kita sangka2....


Wassalam

Khamis, September 10, 2009

Hasrat tak kesampaian

Assalamualaikum w.b.t




Kalaulah rumah tepi paya ni siap, indah jer duduk petang2 dengar kicauan burung dibawah tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dengan pemandangan indah langit yang biru.


Jauh dari hiruk pikuk kereta, manusia dan udaranya pun segar jer...







Kalaulah dapat duduk bahagian serambi belakang tu yang kononnya akan dibuat open concept alangkah indahnya.....



syok juga membayangkan sesekali dapat lari dari suasana biasa, dan malam2 bertemankan cahaya lampu dari generator....dapat pulak masak dengan dapur kayu api....makan pulak ubi rebus cicah sambal tumis....siap berangan nak tanam ubi lagi tuuu...

Mesti suasana kampung terhimbau juga...di sini anak2 pun bebas bermain sini sana, tak risau kena usik atau curi orang...dan tak risau juga kereta yang lalu lalang...


Tapi semunya punah .....rumah persinggahan ni terbengkalai...

Sebab semuanya angkara kontraktor penipu......


Nanti lain hari....kita usaha buat apa terdaya pada rumah ni....

Isnin, April 27, 2009

Tragedi kebakaran

Assalamualaikum w.b.t

Satu tengahri hari tu, entah kenapa rasa semangat betul nak bakar sampah. Sebenarnya borin study saya selang selikan aktiviti lain.

Bukan bakar sampah sebenarnya tapi rumput2 dan lalang2 yang dah berpotong [mesin] yang saya longgok2kan.

Mula2 ambil sehelai suratkhabar saya bakar pastu saya tinggalkan tengok2 lepas tu tak berjangkit apinya.

Kemudian ambil lagi beberapa helai dan letak beberapa tempat pada longgokan bakar lagi. elok jer apinya membakar.

Pastu jiran belakang rumah keluar sebab agaknya tengok berasap dia angkat kain di jemuran. saya yang rasa bersalah terus masuk. Agaknya jiran tu marah sebab tengahari2 buta saya bakar longgokan rumput.


Masuk dalam sambung study sambil2 sambung sembang dengn saniah, agak2 dalam 5 minit tiba2 dengar bunyi bakaran api yang kuat [kuat sangat] macam bakar benda kering yang banyak.

Terkejut saya, terus berlari dengan saniah keluar, dua2 tak bertudung masa ni, mujur hari bekerja takde orang lalu lalang dan berkeliaran.


Masa ni kalau sesaat lewat memang abislah. Sebab bakaran saya tadi dah menjalar membakar rumput2 atas tanah, bakar pokok serai wangi yang banyak daun2 kering pada pangkalnya, bakar daun2 kering pokok bunga kantan jiran sebelah yang berjuntaian pada pagar saya.


Masa ni sorang sebaldi air dengan saniah. Jirus air pada api. Yang paling kronik tentulah pada sempadan pagar. Sebab adalah jaraknya sedepa antara api yang bakar daun tu dengan pondok [wakaf] orang sebelah yang beratap rumbia. kalau menyambar memang tak dapat diselamatkanlah.


Terbayang dah apai menjulang sebab atap wakaf tu memang kering dan hari pulak panas, seterusnya mesti menjangkit kat rumah sebelah saya, dan menjangkit pulak rumah yang berkembar dengan rumah dia tu. Kalau angin tambah kuat, mungkin boleh bakar rumah dua rumah berkembar yang bertentang bahagian dapur dgn dua rumah berkembar sebelah saya ni...menjadikan 4 buah rumah dalam bahaya!

Jiran sebelah pulak tu deretkan lebihan beberapa atap yang tak digunakan disandarkan pada pagar sempadan rumah kami betul2 tepi wakaf tu. kalau api kena kat atap tu pun saya tak dapat bayangkan macamana saya dan saniah dapat padamkan. Setakat lalang2 kering antara sempadan pagar ni pun kalau terbakar memang boleh cepat menjangkit sampai ke bahagian depan rumah kot?


Dahlah keadaan masa tu memang berangin sungguh, datang saya pulak membkar sampah macam rang takde akal. pastu tinggalkan bontang jer...memang menempah mautlah. Walhal saniah dah ckap dah bahaya sebab panas tapi saya eksyen nak bakar jugak!

Dalam kepala terbayang2 dah contoh2 headline paper esoknya ~


"angkara jiran dua buah rumah hangus terbakar"

"longgokan rumput dibakar akibat kebakaran memusnahkan beberapa rumah"

"jiran mungkin disiasat sebagai punca kebakaan ditengahari"

"menurut saksi: jiran tak prihatin bakar sampah waktu berangin punca kebakaran"


Alhamdulillah allah pelihara lagi. Belum nak diuji dengan ujian sebegini. Kalau terbakar seluruhnya memang tragedi lah...sebabnya rumah saya takkan terbakar, angin menghala ke rumah jiran pulak tu...masalahnya tentulah rumah jiran yang kena...macam sabotaj jer nampak gayanya...


Degupan jantung dan aliran darah serta pembukaan liang perpeluhan saya berganda2 cepatnya...lama baru normal...lama kejutan...sampai dekat sejam baru saya rasa tenang...barulah sms kak aza, sms suami....pastu barulah keluar semula tengok tempat kejadian....haru betul!

Sabtu, Disember 20, 2008

Macam robot

Assalamualaikum w.b.t

Ada satu malam tu tengah golek2 atas sofa dengan hani tiba2 hani tanya;

"ammie nampak tak robot?"

"mana ada robot..apa kakak cakap ni, ammie tak fahamlah?" <--ingatkan dia cakap benda dalam TV yang kami tengah tengok tu... "Tak...tu kat dinding ammie tu..macam robotlah..." "mana..." "tu...yang atas tu mata dia...yang gambar kiri kanan tu tangan dia...ammie tak nampak ker?" "ha'ahlah..ammie pun baru perasan....hahahaaaaa" <--kami dua beranak tergelak2...





Dari pandangan kanan...macam robot jugaklah susunannya...





..tulisan Allah dan Muhammad tu katanya mata, frame bunga tu tangan kiri dan kanan ..macam2lah hani ni...

P/s : susunan gambar2 ni hanya ikut paku2 sedia ada yang dibuat oleh pemilik lama, setakat ni baru belajar tukar kepala paip, tukar flush bilik air, pasang tali trimmer, pasang railing langsir, tapi buat lubang pakai drill, guna bosch tu tak pernah try lagi...harus cuba jugak lepas ni...sebab pak hj dah takleh buat semua tu. Bosch pulak tinggal kat stor rumah lama, khabar dari peg yg duduk rumah tu, bosch tu dah takder, sapa2 yang curik tu halal kan jerlah..semalam dah beli drill baru...nanti senang buat lubang kat dinding buat gantung apa2...

Jumaat, Disember 19, 2008

Trimmer pusaka

Asslamualaikum w.b.t



Trimmer ni lama dah usia dia, saya pun tak tanya pak haji tahun bila dia beli. tapi yang saya dimaklumkan trimmer ni turun temurun, bukan turun temurun dari nenek moyang yer, tapi turun temurun dari isteri pertama pak haji kemudian di bagi kepada kak aza, isteri keduanya dan lepas kak aza dan tidak menggunakannya setelah semua kawasan depan di tiles maka barulah saya pulak layak mempusakai trimmer ni.



Sekurang-kurangnya kan kalau pak haji dah takde adalah kenangan trimmer ni sebagai barang turun temurun dari isteri2 nya yang tiga itu..kotler besok2 mana tau ada jodoh dia kahwin lagi [bukan boleh jamin jodoh kan ditangan Allah] bolehler saya pusakakan trimmer ...wah statement..yerlah ni jerlah pun 3 benda yang tiga2 bini dia dapat rasakan khidmatnya...wahhh....





Ya..inilah trimmer pusaka itu....sekian lama berjasa kepada bini2 pak haji...ntah tau ntah tidak ex wife dia yang trimmer ni dah jadik milik saya sekarang! wah cam berharga sangat lak trimmer ni...





Agak lama jugak tali trimmer ni kehabisan [pendek sebenarnya] sebab rumput rumah saya ni berselangselikan lalang dan rumput yg ganas menyebabkan talinya cepat putus..sebab pak hj kata, nilah baru kali kedua diganti talinya....wah hebat itu menunjukkan betapa rajinnya saya memotong rumput...segulung tali ni berharga RM15.00m jauh lebih murah dari upah potong rumput iaitu RM 50.00, saya telah selamatkan duit saya sebanyak RM 35.00....




Bagaimanpun, memasang dan memusingkan tali ni pada trimmer tidaklah semudah memeoting rumput, berbelit2 dan keras sungguh, akhirnya berjaya jugak jasil anak gadis yang diarahkan menarik dan memegang tali ni kuat2...giigih pasang tali ni lepas balik dari beli tali ni...







Okay..dah siap..trimmer pusaka ini sudah bersiap sedia untuk berkhidmat...yeyyy....tapi tunggu ahad baru boleh potong....sebab hari gelaplah..kang hujan tergendala plak...lagipun dia pakai elektrik, dia punya suis utk kontrol on/off pada trimmer ni dah biol [rosak ditangan saya plak tu], jenuh tiap kali nak berhenti rehat kejap kena jerit kat hani dalam umah suh off suis kat dalam rumah....very sentimental value tau trimmer ni...




Tapi selepas potong adalah sakit pinggang dan badan adalah bergegar seketika...terikut2 gegaran trimmer ni....dulu masa duduk banglo kerajaan negeri tanah teramat luas macam padang bola dan pada zaman tu saya takde komitmen kewangan [hutang] siap beli cash mesin rumput yang besar dengan enjin...relax jer tolak, sekali potong besar plak tu kawasan potongan dia serta potongan yang kemas dan sekata...tapi sayangnya mesin rumput tu dicuri orang [disyaki drug addict] sebab masa tu penat lupa nak tolak masuk stor lepas mesin...jadiki kenangan jer, zaman ni nak beli mesin tu dengan laman sekangkang kera adalah sangat membazir...lagipun trimmer pusaka ni masih boleh berkhidmat..dan sesuai jugak untuk wanita....





Tengok...banyak pun lebih lagi tali ni...bertahun pakai tak habis ni....apalah yg upah mesin rumput diaorang ambik mahal2....cekik darah betullah...





Rabu, Disember 10, 2008

Meraikan anak ubi baru tumbuh

Assalamualaikum w.b.t
Ingat masa saya gaduh hari tu kan mak saya ada datang rumah saya. Dan mak saya ada bawak batang ubi kayu. Nilah ubi kayu yang ditanam tu, semua dah berdaun dah, kiranya 6 bulan lagi bolehlah cabut dan direbus makan panas2 cecah dengan sambal tumis ikan bilis...tambah nikmat buat air kopi plak...fuuuhhh ...lupa dunia kejap! Kalau kesemua dicabut serentak boleh buat kenduri ubi rebus tu....

Jenuh dan memenatkan semasa membuat lubang kerana tanah yang sangat keras, dan batu yang teramat banyak, siap import cangkul dari kampung [mak punya] sebab batang cangkul saya patah hari tu masa saya buat lubang nak tanam uri anak tiri saya, sofiyyah tulah....bayangkan betapa kerasnya tanah ni...sama keras dengan tuannya [sila baca : pak hj], kenapalah agaknya tidak mencontohi kelembutan hati puannya???

Satu lagi....subur nampaknya awak ni, sedang gembirakah?...harap2 isinya jugak besar dan banyak ya...jangan hampakan saya....


Disebabkan sepanjang tepi pagar ni dah didominasi oleh lalang yang tumbuh dengan jayanya diantara pagar2 pemisah dgn jiran sebelah, maka anak2 ubi saya tenggelam dalam kehijauan lalang tu....walhal ada dalam 7/8 anak ubi sepanjang tepi pagar ni...rumput mula memanjangkan diri sempena kdatangan musim hujan setiap hari...ini adalah juga kerana tali mesin rumput saya sudah menjadik pendek sangat, dan saya asyiklah lupa jer nak gi hardware beli gulung tali yang baru...ni pun dah berapa pemotong rumput dok kerling2..senyum2 nak ushar saya suh panggil dia potong rumput....peeeraaahhh....takde maknanya saya nak buang RM50 takat sekangkang kera rumput ni [+depan dan belakang sikit lagik], baik ku buat sendiri..kasi keluar peluh, lepas siap boleh golek2 atas rumput yang kemas dan cantik itu...[satu gurauan sahaja]



Saya adalah sangat pemalas keluar dari pintu rumah semasa cuti semester ini, malas nak berkelubung kalau keluar...dan pokok2 ini adalah umpan untuk mak saya supaya tidak boring kalau datang rumah saya...bila mak balik, maka pokok2 ni seperti hidup segan mati tak mau...bila mak ada maka segar bugarlah ia berzikir dengan gembira [agaknyalah]..ironinya masa saya tension kerja dulu, pokok2 inilah yang saya tatap pagi dan petang sebelum dan selepas balik kerja...indahnya rasa melihat ia membesar dan menghijau, tapi sekarang sudah mengangkang dalam rumah takde apa nak buat, kurela mengadap PC membaca blog orang dari mengadap pokok yang tak berwarna warni dan takde perasaan itu [satu tohmahan semata2] ...

Tambah2 ayah telah 'menyonglap' getah paip untuk menyiram pokok2 ini dibawa ke bilik air belakang untuk tujuan lebih sempurna semasa 'qada hajat' dikala perutnya bermasalah tidak boleh melepas seminggu lalu....maka biarkan ajerlah getah paip di bilik air belakang, mana tau bila2 ayah perlu senang 'kerjanya' nanti....mak juga rajin mengalih2kan pasu2 ini, nampaknya hasil tangan mak tak berseni, kerana susunannya tersangatlah ikut suka dia semata2...saya juga maklumkan saya sakit pinggang dan tak mampu buat kerja angkat/alih pasu2 ini, apatah lagi suamiku yang sebelah badan tak berfungsi lagilah duduk mengangkang atas kerusi urut sahaja....maka biarkanlah ia disitu hingga mak saya datang lagi....



Tanpa getah paip maka saya adalah tidak boleh duduk/bangun untuk menadah dan mengangkat air juga oleh kerana pinggang saya adalah 2nd hand buat masa ini.....kena jaga dan rehat betul2 demi kelangsungan hidup yang lebih gumbira! Yihaaaaa....dan sementara itu bersabarlah wahai pokok2 sementara tuanmu mencari alternatif...mungkin agaknya dengan memotong sedikit getah paip di belakang itu? Dan bersyukurlah juga kerana dikala musim hujan ini Allah bermurah hati menyimbah anda sebanyak-banyaknya...

p/s : gaya bahasa santai...kadang2 kita perlu lari dari kebiaasaan untuk melihat apa yang luar biasa tentang kita, tak gitu?

Sabtu, Disember 06, 2008

Sepetang di Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t




Hari jumaat tu seharian kami dua beranak keluar rumah. dari jam 10 pagi sampailah jam 11 malam baru balik ke rumahs emula. Dengan tak mandinya, penat dan lenguh kaki tapi disebabkan nak menggembirakan Hani dan memenuhi jemputan orang, saya ikutkan jugaklah.


Pagi tu saya nak ke HQ di Putrajaya, cadangnya nak hantar Hani ke sekolah tapi sebab dia terbangun jam 5.30 masa ayah bersiap nak surau, jadinya dalam jam 7.30 lepas dah bersiap-siap nak ke sekolah tu, dia tertidur semula. Kesian pulak nak kejutkan, ayah pun nak balik ke PD, mula2 cadang nak suruh ayah bawak dia ke PD, tapi tefikir pulak malam tu nak gi jamuan BBQ, takkan taknak bawak dia, so ayah kata bawak jerlah ke Putrajaya.



Muka budak baru bangun tido, tudung pun senget, sudu merah tu baru beli di Carefour Dataran Pahlawan, Banda Hilir kononnya nak bawa ke sekolah lah tu, tapi tak jadik ke sekolah sudu tu tetap gak dia bawak, baju adalah tak tukar, sebab dia moody tak nak tukar baju, taknak betulkan tudung, ambik gambar nak pulak???

Jadi pagi tu, lepas ayah balik PD saya pulun siapkan assignment yang tarikh akhirnya hantar hari jumaat tulah. Sebenarnya saya dah buat 26 ms, ikut format UKM lak tu Times New Roman 12 font size dengan 1.5 spacing, tengok2 syarat tugasan ni yang sebenarnya 20 pages, Arial, double spacing, bila tukar firmatnya esei tu dari 26 m/s jadik 36 m/s. Tu yang jenuh nak potong semula tu...tapi jam 9.30 siaplah...so ke pejabat binding dulu...pastu terus dalam jam 11 gitu kami bertolak ke Putrajaya.




Cepat jer kami sampai, nak kejar sebelum rehat jumaat, kan rehatnya awal...balik dari hantar tu, kami ke bangunan sebelah Jakim tu yang ada jual memacam kuihlah, baju2lah, bukulah..so kami dekat sejam kat situ, takde beli baju un, beli buku Hani jer...Hani ni kalau dah ada buku, tak sabar2 nak membaca, terus bertenggek kat tepi tembok, baca buku, saya pun nak merayau2 kat situ tengok baju2 tak senang hati nak tinggalkan dia bertenggek tepi tembok tu, macam budak takde mak pulak...






Terus ajak dia balik, kononnnya nak ke Alamanda, tapi lalu pulak kat Taman rekreasi Air, terus ajak anak gadis tengok2 tempat tu kejap kononnya nak jamu mata jer, sekali Hani ajak berhenti, so kami turun kat sini, tu yang terus dapat turun tu Hani tak hengat dunia bermain situ, sampai dekat 3 jem kami lepak situ





Cantik pemandangan kat sini, sejuk jer mata memandang


Tengok2 kat kolam kat tepi wakaf ni punyalah beribu2 ikan, dah ler kami takde bawak makanan, kebetulan dalam kereta ada 4 bungkus mamee, mamee pun jadiklah, tu yang hani bagi makan tu sampai abis 4 bungkus berebut2 ikan tu makan, suka lak ikan tu dengan mamee ni.


Habis mamee, hani cakap, "ammie, apa kata kita bagi ikan ni makan kek pulak,nak?" Saya memang ada bawak bekal kek coklat yang saya buat malam tu, sudahnya dengan kek2 tu pun jadik habuan ikan. Takper lenkali kami bawak roti bungkus besar pulak....tengok kesian ikan2 ni semua kelaparan kot...






Tengok..banyak,kan...ntah apa nama ikan ni, sampai ke tepi2 dia berenang, mesra sungguh, rasa cam nak pegang dan tangkap jer. Bukan tangkap nak makan, sajer geram, lenkali rasa nak bawka tapis santan tu, tangkap sekor dua pastu tengok dan lepas semula...tentu best... pastu kami lepak2 tepi kolam ni, tengok2 jer ikan tu...

Macam biasa anak gadis ni ke mana-mana tak sah tak tinggalkan jejak...harus mencari lokasi untuk nature call dulu...."ammie, nak PU lah..." tengok tangan dia..kelakar...[PU=pass urine]






"Cepatlah, kakak tak tahan ni..."

Pastu, lepak2, tudung dah siap bukak buat macam rumah sendirik jer....nak baca buku lak....siap susun gitu, tak tau nak pilih baca buku mana dulu....

Pastu, haus, cari air mujur vending machine ada...lama2 ammie adalah sangat-sangat boring, penat nak berlakon jadik macam2 nak melayan Hani, ammie ajak gi alamanda...yang kelakarnya w.pun dah pernah pergi, ammie tak ingat jalan, pusing punya pusing tak jumpa sebarang petunjuk jalan ke alamanda. Hani dah beratus2 kali zikir Ya Hadiy, dah penat dan lenguh mulut dia kata...sampai dia cakap " allah ni tipu agaknya ammie takde nampak petunjuk pun kan ammie..." Allah dengar permohonan budak agaknya, lepas Hani cakap, kita balik jerlah kakak takut ni, kita dah tersesat agaknya [emo betul dia nih masa ni sebab allah xbg petunjuk] terus saya nampak signboard ke Alamanda....skernya hani bila nampak perkataan ALAMANDA tu, walhal bukan dia tau alamanda tu apabendanya....




Lamaaaa kami lepak Alamanda, saya ikut jer mana Hani nak pergi, dia main2 benda2 mainan ni, lepas tu kami ke Parkson belikan perkakas sekolah Hani, ha'ah masa ni dah letih sungguh + sakit kaki saya, malas nak ngambik gambar...tapi Hani sentiasa bertenaga...maklumler dah bedal semangkuk bubur McD...sampai jam 6.00 baru kami balik...



Balik tu sampai s'ban dah dekat jam 8, jammed giler lebuhraya, pelik saya mula2 tu, rupanya orang balik kampung nak raya, terpaksalah kami bersabar jer...perjalanan sekejap jadik panjang...cadangnya nak balik umah mandi2 tukar baju sebelum ke BBQ kat pejabat, sudahnya tak sempat, marah2 hani kena kejut tengah tido, dengan baju dari pagi kami gi jamuan...hehehee, tengok hani sibuk dok belek stationaries baru beli tu, kami dapat juga hadiah cabutan bertuah yang berbungkus tu....ntah apalah agaknya, ringan ajer...





Balik rumah, buka2 tengok toaster, alhamdulillah, dua tahun lepas dapat juice mixer, kali ni dapat toaster, hani dah lama suh beli benda ni, mulanya sebab dia makan roti bakar kat hotel, kan ammie bila out station dulu selalu bawak dia....tapi tulah ammie ni kalau benda kecik dan murah ntah kenapa memang payah betul nak beli, tapi benda mahal senang jer pulak nak membeli...



Pagi ni, nak balik kampung lagi..dalam tempoh seminggu ni 3 kali ulang alik Melaka....kepala tengah ting tong ni [PMS] huisss tak larat seyyy...suh hj hantar, takmo pulak, tgh malam tadi kak aza sms katanya Uda, 9 thn tu muntah tak berhenti dari jam 10-12, so kak aza nak bawa ke hospital. Pagi ni tulah hj nak balik cecepat jer...jarang sangat raya hj giliran saya!!! Ntah apa2 giliran sekarang, asyik berat sebelah jer...macamni takleh diam ni...kena fight jugak kalau tak mau berterusan gini....dahlah cuti semester nilah dua kali (tahun 2009 sekali lagik) dalam tempoh bekerja sampai umru 58 nanti...kena gunakan betul2 ni....


p/s : Semalam, terperangkap seharian kat rumah, kena tengok orang baiki paip dll kat rumah...ada plumber [kawan pak hj] datang betulkan paip, tukar flush 2 bilik air, tukar paip penapis air, betulkan tangki air kat atas, betulkan pembentung najis yang stuck tu....pendek kata apa yang bocor dan tak betul tu semua dah dibetulkan lah, dari jam 9 pagi sampai jam 6.45 petang, aduuh....pening pala, dahlah haji tak balik2....mula2 ingat wah bagusnya pagi2 pak hj called saya kata suh buka pintu, ada plumber datang, ingatkan bill semua kat dia sebab dia yang panggil, rupanya ammie jugak....terbang beratus2 semalam, panas jer hati, rasa bila haji balik nanti nak sound kat dia macam2 tapi sementara tunggu 10.30 mlm pak haji sampai dah sejuklah pulak!


**SELAMAT MERAIKAN EID UL ADHHA**

Sabtu, November 29, 2008

Singgah di Melaka

Assalamualaikum w.b.t




Semalam petang kan saya balik kampung. Nak ambil angah, anak saudara saya yang baru ajer abis SPM. Saya sampai jam 6, jam 8 gitu saya balik semula ke rumah. Malas nak tido kat kampung sebab mak pun dah pergi Langkawi jugak. Perjalanan balik tu, memang dalam hati dah fikir dah nak ke JJ, tapi bila dah sampai area tu, depan JJ kan ada Parkson [Melaka Mall], hani pulak sibuk nak ke Melaka Mall.



Ikutkan ajerlah sebab bukan ada beza sangat pun dua2nya. Lagipun tekak ni teringat2 laksa shack yang saya makan dulu masa pergi court case, so layankan ajer permintaan si Hani. Lagipun angah ada untuk tengok2 Hani takdelah asyik terkejar2 mencarik hani yang gemar menyorok...



Saya sebenarnya nak survey handbag jenis sandang belakang tu, hari tu tengok beg sembonia tapi warnanya tak berkenan sungguh, warna coklat macam warna kulit tu tapi coklat macam murah jer nampaknya...nanti beli mahal tapi nampak murah, tak bestlahkan...semalam saya nak beli beg brand pierre cardin, takdelah pulak, tengok sacha ada yang menarik sesangat di mata saya, tapi diskaun 10% ajer, dan harganya RM219, ohh bajet saya bawah 200, so cancel. Teruk,kan...saya kalau boleh nak yang mahal tapi diskaun mesti 50%, baru untung sket,kan...hari pergi dengan zah ke parkson hari tu, jenuh zah tunjuk barand yg macam2 tu, F timber lah, jacques lafleur lah, degil takmo, nak yang brand hilly...harganya memangler takde bawah 200,kan? Rasa kalau kat KL ni mesti banayk pilihan...tapi malasnya nak ke KL...sogo mesti banyak,kan?



Bukan apa, beg sandang ni utk ke kuliah, semester lepas terasa sarat-marat sangat, yerlah perempuan kan macam2 barang, alat make up, telekung, ntah apa2 lagilah...pastu dengan beg komputer, tu tak masuk lagi, buku nota dengan pencil case....kira masa tu kiri kanan saya bawak beg, sebelah beg dokumen, sebelah beg komputer. Saya ni kan masalah sakit pinggang....memang kaedah bawak beg kiri kanan ni beri kesan pada pinggang saya!



Sudahnya kan, lain plak yang saya beli, hari tu terbeli sandle kat parkson, dari setia dengan sandle scholl, tertukar 'terbeli' sandal pierre cardin, walhal kalau tambah sikit jer dapat dah beg sandang ikut bajet saya yang kat Melaka Mall tu. tapi kan sandle scholl tetap selesa, saya rasa sia-sia juga beli sandle brand lain sebab lepas ni saya kena beli jugak scholl ni utk ke kelas, brand lain yg selesa rasanya clarks tapi seremban ni macam cikai sikitlah, tak banyak pilihan...rasa2nya di Dataran melaka [bandar hilir], ada kot sebab anak saudara saya kata banyak pilihan di sana. Nama jer orang melaka, tak pernah pun sampai....yerlah selama ni lalu dengan pak haji, mana orang tu nak menyinggah situ...



Nilah saya beli semalam, casserole tu saja tambah koleksi sedia ada, tak taulah napa akhir2 ni minta sangat buat koleksi perkakas dapur ni. Bekas bertutup merah tu rasanya bekas kuih raya kan, tapi saya beli untuk isi teh, kopi, milo, horlicks, sajer nak kasi bekas yang seragam...2 jug tu nak isi keropok untuk kunyah2, sajer nampak cantik, sebab botol tu plain kan...senduk tu nak ganti senduk kayu yang saya guna sebelum ni, senduk kayu ni setahun dua pakai dia macam mereput,kan...guna plastik mungkin lebih tahan...

Okay yer...jangan tak percaya, 3 casserole yang boleh tahan panas, sejuk sama macam casserole correlle ni hanya berharga RM 20.00 selepas di diskaun dari harganya RM 40.00. Harga tu pun adik yang jaga tu main letak jer sebab dia sendiri tak tau harga sebenar, siap pesan, akak kalau budak kaunter tu tanya akak cakap ni memang harga dia, yer... ok dik, no hal! So, dapatler saya, kalau bandingkan dengan correlle saya tu, rasanya sama jer kualitinya, suker sangat dapat ni....terubat hati sebab tak dapat beli beg...

p/s : Kalau tak cerita rumahtangga, mulalah cerita merepek2 ni, kalau nak cerita rumahtangga memang ada ceritanya, tapi kita alihkan perhatian pada aktiviti seharian lain plak yer...[selama ni ada gak aktiviti membeli belah ni, cuma masalah rtangga tu yang di highlightkan...gituler jadiknya...

Jumaat, November 28, 2008

Barang dapur

Assalamualaikum w.b.t



Menyediakan makanana untuk kanak2 5 tahun bukanler sesuatu yang sukar dan mencabar. Apatah lagi tinggal berdua hampor sepanjang masa, maka masak cincai jerlah. Tapi nak masak kena tanya anak gadis tu dulu. kalau tak ikut selera dia tak hendak nya dia makan. Membazir.



Hari ni, saya cadang nak masak sup ayam, tapi anak gadis takmo, nak udang masak pedas, lagi senang saya, takpayah nak susah payah menumis sup bagai...tu yang terus potong bawang, tomata tumis dan masukkan sos tiram dan sos, masuk udang terus dah jadik.















Ayam 4 ketul digoreng tepung, tu pun hani tak makan, ammie lah kena makan. Sejak cuti ni kenalah memasak, takkan semata-mata nak makan, kami dua beranak kena keluar ke kedai pulak. Dua hari lepas, keluar dengan hani beli stok makanan sket, yerlah duduk rumah ni, kebulur ajer, itupun beli ala kadar jer, sebab saya pergi kedai dekat rumah jer, malas nak ke tesco ker, Giant ker...kalau ke sana lagi besarlah belanja nya...





Beli yang paling murah, susu dairy champ RM 1.95, yang lain2 pun ambik yang sederhana jer, mujur hani bukan kaki pow ammie ambik makanan bukan2, setakat cadburry Bytes yg kecik dan chips more yang kecik jugak. Tepung goreng cekodok 3 bungkus, biskut tiger 2 bungkus, satu hani dah simpan dalam tupperware [anak gadis yg rajin] dan tepung 2 bungkus. Turut dalam gambar ikan bilis, telur omega dan tepung kek coklat segera cap d'ros yang hani sangat suka...[campur mentega dan telur sahaja], kek yang saya buat sendiri hani tak suka plak...



Yang ni sabun, langkah berjimat jugak, biasa Dynamo 3 kg RM 20.00 tapi semalam RM 22.90 [pelik plak cepat sangat naiknya], beli attack serbuk RM 7.90 utk rendaman dan basuhan selain pakaian...minyak masak kena beli dua, utk kami minyak cap buruh, RM 9.00 jer, untuk pak hj minyak Naturel [bunga matahari] RM 25.90..ntahlah dari dulu sejak dia stroke memang saya belikan dia minyak sayuran dan garam bukit...tak tauler sejauh mana menyumbang pada kesihatan dia....

Oh yer, belanja semua2 ni RM104 sahaja, siap dapat cabutan bertuah sebab belanja lebih seratus, dapatler sebungkus keropok [awatler tak dapat hadiah lain --->TV 29" ataupun peti ais samsung???]...maklumler kami berdua sahaja sesuailer, agak2 kalau yang ramai anak2 tu mesti banyak yer....jumlah itu termasuk juga ayam seekor dan udang Rm 4.50....yang saya masak tadi tu....

P/s: tiba2 kerajinan membuat entry menjadik2, layankan ajer....

Rabu, November 26, 2008

Tiga benda nak cerita

Assalamualaikum w.b.t


Tiga benda ni buat saya rasa macam menyampah tengok...lepas ni tengoklah apa saya nak buat...


1) TV dan tv cabinet (side table)



Skang orang sumer dah pakai tv plasma siap dengan letak kat dinding lagik kan? Kalau diorang tengokler tv kat umah saya ni nangis diorang, bukan apa, kesian....dahler TV lama saiz 14" jenama Zapporo, letak pulak atas side table...ada hati pasang astro plak tu... tu yang pandang sakit hati jerk..masa exam tu lantakler...ni dah takde menda, terpikir2 nak kena ubah ni....takde mood tengok tv kok gini gayanya......


2) Kerusi urut

Ni pun satu hal jugak ni, tertonggok depan mata, ikut hati nak let go ajer...sebab penggunaan yg teramat min...baru2 ni saya pun pi lah kedai BUY&SALE dia nak ambik 300/400 ajer...kalau buat agreement dengan dia, bolehla pi sampai 1000 syaratnya dia tolong jualkan, tak laku ambik balik...sudahnya dok lagu tu jerlah...kulit bahagian sandar kepala tertanggal agaknya rambut @ peluh kepala pak haji tajam!!! lain2 elok lagi...<--ada sesapa nak ker?





3) Jam dinding

Ni semalam pi beli, jam orient ni, cakap kat tokey tu nak jam yang boleh nampak dalam gelap nak tengok bila terbangun tido, dia bagi yg ni, balik2 test dalam gelap hancusss, gelap gelita, langsung tak nampak, petang ni mau gi kedai tu tukar semula...

Selasa, Ogos 19, 2008

Aku tidak upaya!!!

Assalamualaikum w.b.t



Sejak kahwin 2001, rumah ni rumah ke 4 saya duduk. Yang membanggakan ketiga2 rumah sebelum ni saya yang melalui seorang diri proses mengemas, membungkus dan berpindah ke tempat baru dan unpacked dan kemas semula di rumah baru. Semuanya saya!!! dari teres corner lot ke rumah banglo 5 bilik [siap dengan rumah orang gajinya] ke apartment 5 bilik di tingkat 2 semua saya gagahi kemas seorang diri perlahan2.


Tapi bila sampai di rumah sendiri ni barulah terasa yang saya tak berdaya mengemas sepertimana dahulu. Terasa sangat saya dah tak bertenaga. Kalau dulu katil queen tu saya boleh buka skru dan pindahkan serta pasang semula di bilik lain termasuk tolak [sorong tilam queen yg berat tu] tapi sekarang nak alih katil single hani pun tak daya dah...fikir punya fikir tak beralih2 juga katil tu dari bilik belakang [bilik dewi maid saya dulu]...walhal dah dua tahun dah pindah rumah ni!





Tapi weekend seminggu lalu saya gagahkan jugak sebab malas nak tengok ruang tamu rumah sepah dengan buku2 dan permaianan hani...sebetulnya bilik belakang tu tempat main dia tapi saya pun malas nak duduk bilik tu dia apa lagi...kan ker kerjanya membontot saya jer...maka biarlah dia duduk dan sepahkan bilik sendiri dan harap2nya lambat laun dia bolehler tido sorang dalam bilik dia ni..


Hajat saya besar konon nak setkan bilik dia lawa2 siap search kat internet design bilik kanak2...memang cantik2... tapi saya modal pun tak cukup lagi..tu yang tangguh punya tangguhlah...sudahnya dah dua tahun pindah rumah ni, tak buat langsung bilik dia ni...set cadar dan comforter serta langsir corak sama saya dah beli lama dah...tapi tak larat dan takde mood tu yg malas jer nak buat tu...simpan dalam lemari jer...





Tapi sudahnya tak siap jugak bilik Hani ni, tapi dia punya sukalah lepak dalam bilik dia ni walaupun tak siap...macamana nak siap saya dah sakit pinggang yang amat dah...takat alih katil, almari dan tolak side table tu dah kira cukup berat dah...sudahnya langsir pun tak bertukar...yang remeh kerja2nya nak angkut benda2 kecik dalam bilik ni...yerlah selama ni apa jer sumbat dalam bilik ni...jadik angkut baliklah semua bawak bilik belakang...






Ni projek tertangguh...biar jerlah langsir ni nanti2 ada mood sambung balik tukar yang baru...yerlah buat kerja sorang2 ni mencabar jugak!


Ni menolak almari pakaian ni masuk bilik ayah..besar jugak kerjanya...almari ni konon masa pregnant dulu beli utk letak baju baby, sudahnya sekarangkan saya suh Hani ambik baju sendiri dua drawer yang atas tu dia tak sampai, kadang2 habis sepah baju dalamnya, sekarang lemari plastik kat bawah ni jer bagi kat dia... 4 drawer bawah ni utk baju2 dia...




Bukan apa saya beli almari plastik ni sebab sejak ayah sakit ni, kalau beli barang2 berat/tegap2 susah proses nak alih2 sebab takde tenaga lelaki maka beli jerlah yang ringan2 macamni...senang alih ke hulu ke hilir...nak sepahkan baju kat dalamnya pun senang...dah sepah sorong jer tutup...sesuailah utk anak gadis tu yang suka tarik2 baju mana dia nak sesuka hati...




Dulu...bilik ni tempat iron baju jer...tu bakul pink tu saya letak sebakul kain2 jahitan saya...campur2 langsir2 dari rumah lama yang saiz sliding dan tingkapnya besar giler nak kena alter dulu baru boleh pasang kat rumah ni...semua projek tertangguh tu...ekzos fan tu menakutkan kan? Tapi bilik ni ntah kenapa kipas anginnya tak sekata....ketepi jer perginya pasang '5' pun masih panas giler kena letak ekzos fan ni ..patut kena pasang kat dinding...tapi macam tu jerlah gayanya saya kata biar gitu jer senang angkut mana2...mana ntah ayah dapat..hahaaaa kat rumah kak aza pun ada ekzos fan gini....




Ni lepas angkat dan sebelum pasang cadar...dua2 benda ni dibeli adhoc sebelum Hani lahir..masa duk rumah lama [banglo kerajaan negeri dulu] sebab mak saya nak datang dari kampung, belilah katil + tilam ni... katil khas untuk Hani belum beli legi...rugi jugak kalau beli set kanak2 tu sebab tunggu 4/5 tahun lagi dia remaja sikit beli yang size dewasa tapi style remaja...takdelah terbuang set kanak2 tu nanti...nak bagi kat adik pun tak tentu lagi,kan?


Ni jerlah yang mampu disiapkan...tang katil ni jer yang siap ...lepas tu adalah touch up sana sini....dah malas nak ambik gambar...nanti2 ler dah pasang langsir dan nak tampal deco sikit2 kat dinding tu saya snap lagi picture....





Baru kemas2 sikit pun Hani dah happy dah....terus jer main2 kat dalam bilik dia ni....saya pun letak TV kecik kat bilik dia takdelah sibuk2 nak keluar bilik dah....




Lepas tu mulalah dia suh masukkan segala mala mainan dia dalam bilik ni...dah mula nak buat sepah dah....lantakler...kalau sepah dan selerak mainler dalam selerak tu..ammie malas nak kemas dah! Banyak benda nak buat dalam kepala ni berkaitan rumah ni, dok pusing2 dalam kepala jer...sebabnya...ada benda lebih utama....apa lagi..belajarlah! Ayah takde 10 hari ni.....bolehler bebas sikit kalau tak dok picit/urut/masak/makan jer....cuma melayan kerenah anak gadis ni jerlah....tulah pasal boring2 buat entry merapu....lega sikit kepala!


P/s : Oh ya tadi saya isi minyak di stesyen minyak shell dalam perjalanan ke UKM, saya nampak blogger mee goreng mamak [che dinz] hahahaa saya pandang jer sambil fikir napalah muka dia ni familiar sangat..dia pandang saya dengan muka pelik...masa isi minyak baruler teringat....hari tu plk nampak kembara Viruspadu di Seremban...siap saya senyum2 sorang....hahaaaa kelakar jerlah dunia blog ni, kita kenal orang secara detail jugakkan, tapi orang tak kenal pun rupa kita...dan tadi lalu kat ILKAP teringat kat Azwa..tapi Azwa dah balik ganu dah,kan? Teringat juga kat Alex Lacey yang katanya duduk area Bangi....Kak Zareda jugak area Bangi,kan? Mana tau terserempak satu hari nanti..masing2 tak kenal, walhal selalu ajer masing2 baca blog memasing...

Jumaat, Ogos 01, 2008

'Aku yang bersalah!'

Assalamualaikum w.b.t

Saya mengaku saya memang bersalah... seminggu lagi insyaallah saya akan bayar kompaun yer!



Barang kes...mangkuk plastik!


Dua orang yg mengambil dua botol sampel yang diambil dari mangkuk plastik ini!



Anda nampak tak plastik hitam sebelah kanan tuuu [yg ni gambar 3 hari sebelum hari kejadian iaitu semalam~plastik yg kiri tu yg saya buat housekeeping hari tu]..kan dlm plastik sebelah kanan tu terkeluar kereta hani masa kecik2 tu...


hah...kat bawah nilah brg2 yg dikeluarkan dari plastik hitam tu...termasuklah jugak mangkuk barang kes tadi... [masa pindah julai 2006 dulu kan sy kemas sorang dgn suami kat hospital, pindah tergesa2 sebab suami nak keluar dah...main sumbat jerlah semua mausk plastik hitam..sampai sini, benda2 tak pakai kekal duduk dlm plastik tu....rumah pun bukan besar mana...lainler rumah sebelum2 ni apartme5 bilik, ada satu bilik khas utk letak barang2...]<--alasan lagik tuuu...benarnya malas nak punggah-memunggah ni!



Yang rupa-rupanya dalamnya ada jentik2... huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... saya pembiak nyamuk...[yg berjaya] sungguh tak sedar..manalah tau dalam plastik tu ada nyamuk masuk bertelur?

Lepas2 ni semua barang2 dari rumah lama ni kena buang!!! lantaklah...rupanya dua orang baris rumah saya ni dah kena denggi! tapi baris saya ni saya jer kena cek sebab saya jer ada kat rumah...yang lelain gi kerja..tak aci nih! tulah padan muka!!! rajin sangat menyimpan benda lama2....baru jer saya kat nak kemas dan buang, nampaknya tak sempatlah...


P/s : baru kutahu perasaan orang yg disiasat dan seram sejuk masa mereka buat bongkaran! selama ni selalu buat bongkaran rumah dan pejabat orang sekali ni sendiri rasakan!!! tapi diorang ni takdelah ganas macam kami...bila dia tau saya kerja apa lagilah dia lembut2 jer... lepas tu siap minta seplastik buah mangga kat depan rumah saya lagi tuuu! Tak boleh kawteam ker ni? takdelah acaah acaah jer...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP