Isnin, April 27, 2009

Tragedi kebakaran

Assalamualaikum w.b.t

Satu tengahri hari tu, entah kenapa rasa semangat betul nak bakar sampah. Sebenarnya borin study saya selang selikan aktiviti lain.

Bukan bakar sampah sebenarnya tapi rumput2 dan lalang2 yang dah berpotong [mesin] yang saya longgok2kan.

Mula2 ambil sehelai suratkhabar saya bakar pastu saya tinggalkan tengok2 lepas tu tak berjangkit apinya.

Kemudian ambil lagi beberapa helai dan letak beberapa tempat pada longgokan bakar lagi. elok jer apinya membakar.

Pastu jiran belakang rumah keluar sebab agaknya tengok berasap dia angkat kain di jemuran. saya yang rasa bersalah terus masuk. Agaknya jiran tu marah sebab tengahari2 buta saya bakar longgokan rumput.


Masuk dalam sambung study sambil2 sambung sembang dengn saniah, agak2 dalam 5 minit tiba2 dengar bunyi bakaran api yang kuat [kuat sangat] macam bakar benda kering yang banyak.

Terkejut saya, terus berlari dengan saniah keluar, dua2 tak bertudung masa ni, mujur hari bekerja takde orang lalu lalang dan berkeliaran.


Masa ni kalau sesaat lewat memang abislah. Sebab bakaran saya tadi dah menjalar membakar rumput2 atas tanah, bakar pokok serai wangi yang banyak daun2 kering pada pangkalnya, bakar daun2 kering pokok bunga kantan jiran sebelah yang berjuntaian pada pagar saya.


Masa ni sorang sebaldi air dengan saniah. Jirus air pada api. Yang paling kronik tentulah pada sempadan pagar. Sebab adalah jaraknya sedepa antara api yang bakar daun tu dengan pondok [wakaf] orang sebelah yang beratap rumbia. kalau menyambar memang tak dapat diselamatkanlah.


Terbayang dah apai menjulang sebab atap wakaf tu memang kering dan hari pulak panas, seterusnya mesti menjangkit kat rumah sebelah saya, dan menjangkit pulak rumah yang berkembar dengan rumah dia tu. Kalau angin tambah kuat, mungkin boleh bakar rumah dua rumah berkembar yang bertentang bahagian dapur dgn dua rumah berkembar sebelah saya ni...menjadikan 4 buah rumah dalam bahaya!

Jiran sebelah pulak tu deretkan lebihan beberapa atap yang tak digunakan disandarkan pada pagar sempadan rumah kami betul2 tepi wakaf tu. kalau api kena kat atap tu pun saya tak dapat bayangkan macamana saya dan saniah dapat padamkan. Setakat lalang2 kering antara sempadan pagar ni pun kalau terbakar memang boleh cepat menjangkit sampai ke bahagian depan rumah kot?


Dahlah keadaan masa tu memang berangin sungguh, datang saya pulak membkar sampah macam rang takde akal. pastu tinggalkan bontang jer...memang menempah mautlah. Walhal saniah dah ckap dah bahaya sebab panas tapi saya eksyen nak bakar jugak!

Dalam kepala terbayang2 dah contoh2 headline paper esoknya ~


"angkara jiran dua buah rumah hangus terbakar"

"longgokan rumput dibakar akibat kebakaran memusnahkan beberapa rumah"

"jiran mungkin disiasat sebagai punca kebakaan ditengahari"

"menurut saksi: jiran tak prihatin bakar sampah waktu berangin punca kebakaran"


Alhamdulillah allah pelihara lagi. Belum nak diuji dengan ujian sebegini. Kalau terbakar seluruhnya memang tragedi lah...sebabnya rumah saya takkan terbakar, angin menghala ke rumah jiran pulak tu...masalahnya tentulah rumah jiran yang kena...macam sabotaj jer nampak gayanya...


Degupan jantung dan aliran darah serta pembukaan liang perpeluhan saya berganda2 cepatnya...lama baru normal...lama kejutan...sampai dekat sejam baru saya rasa tenang...barulah sms kak aza, sms suami....pastu barulah keluar semula tengok tempat kejadian....haru betul!

6 cetusan rasa:

Cool berkata...

kak wa ni lately kelakar laaa@!~

MOKCIK AZWA berkata...

Assalam Salwa,

moral of the story..jangan bakar sampah tengah2 hari pada musim panas macam sekarang nie.

kalau nak bakar juga, kena duduk dekat sampah tu pastikan api tak merebak..

alhamdulillah takde tragedi berlaku ya...huhuhu

IKHWANI berkata...

Subhanallah!
syukurlah tak apa-apa...satu peringatan pada semua. Memang sekarang ni sangat-sangat panas dan berangin, memang bahaya kalau cetus kan api..

jane berkata...

syukur x ada apa2 berlaku!!

Hanisumayyah berkata...

Jiji...

Kelakar tang headline paper tu ker?
hehehee..maklumler bekas wartawan tentuler terbayang benda tu dulu....:)


Azwa...

Tuler selama ni saya memang hadap longgokan api tu, kali ni asbab jiran dah menjeling tu yg kecut perut masuk rumah tu!


OO...

TYlah sekali fikir memang allah pelihara lagilah, belum nak diuji ujian besar lagi...


C.Jane..

Syukur sangat2 sebab jiran sebelah ni ada dua orang dalam rumah dia, tak salah saya, maid dengan sorang baby....tak dapek membayangkanlah...

payarumput21 berkata...

Salam Wa..

Alhamdulillah.. tak de kemalangan yg melibatkan harta benda atau nyawa..

Cuma kemalangan "perasaan" je.. hehehehe..

pengajaran tu sebenarnya.. lenkali kalau bakar sampah.. tak kiralah pagi petang siang malam.. make sure api padam baru masuk rumah.. and always spare satu baldi air berdekatan dengan punca api... especially kita pompuan yg tinggal sendiri.. kekadang panick boleh buat kita tak mampu bereaksi terhadap situasi.. :)


huhuhu..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP