Jumaat, April 24, 2009

Petua lama untuk selesema

Assalamualaikum w.b.t


Setiap anak saya rasa tak pernah bebas dari serangan virus selesema

Virus yang tiada penawar lagi ini, boleh dikawal dengan adanya ubatan2 moden

Namun sebeum proses penyembuhan ianya memakan masa juga

Dalam tempoh itulah kita ibu-ibu...

Simpati dengan si anak yang tidak selesa

Dengan hidung tersumbat

Kadang-kadang air meleleh dari hidungnya...

Pergi sekolah kemas, balik sekolah selekeh

walau dibekalkan towel tangan

Malam pula tidurnya tidak lena

Melayan hidung yang tak selesa

menganggu sungguh...

Maka...

Cubalah petua lama

Yang sangat berkesan buat anak saya

Malam2 tumbuk kunyit hidup hancur2

Kemudian sapukan dari batang hidungnya sampai ke dahi

Berulang-ulang sapukan ia...

kunyit beserta sedikit air yg terkeluar sendiri dari kunyit itu

Biarkan kering...

Insyaallah esoknya lelehan air itu akan kering

Hidung anak pun akan selesa

Muka pun kemas tak selekeh sini sana

Dengan izin Allah..insyaallah

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP