Memaparkan catatan dengan label poligami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label poligami. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 29, 2010

Apa sebab utama isteri takut suami kawin lain?

Assalamualaikum w.b.t


Saya ada kawan. Guru. Anak sembilan. Suami pun guru.

Baru2 ni suami dia dikesan berhubung dengan seorang janda menerusi sms

Punyalah dia runsing. Hari2 check hp suami.

Tak cukup tu, dia sendiri simpan hp suami.

Tak jalan jugak! Sebab suami pinjam hp kawan dia.

Sudahnya, kawan saya letak syarat, kalau 'berhajat' dengan dia,

suami mesti sumpah dengan nama Allah.

takkan berhubung dengan perempuan tu lagi.

Suami pun sebab dah 'berhajat'...sumpahlah

Tapi sang suami kalau dah angau, apa kira sumpah!

Berhubung juga, dapat dikesan oleh kawan saya tu.

Sekarang ni dia nak suruh suami dia sumpah junjung Quran pulak!

Saya bagitau dia, kalau dah laki dia angau sangat,  tukar strtegi

Pi jerlah jumpa perempuan tu.

Bawak anak2 sekali, yg 9 orang tu, tanya sanggup ker nak kawin suami saya?

Mesti tak sanggup punya!

Tapi kawan saya tak setuju plak!

Yang saya pening, kawan saya tak tau sapa perempuan tu...

Yang saya pulak dah tau...tapi tak sampai hati nak bagitau...


sebab


...


...


...



...


Perempuan tu...


Kawan kami jugak!



Wassalam

Isnin, Mac 16, 2009

Madu empat

Assalamualaikum w.b.t


Tergelak juga masa mula2 baca...


'Salleh Yaakob bakal bernikah isteri keempat'


Terkagum seketika rasanya...


Asalnya bukan kagum sangat pada SY tu...


Tapi kagum pada isteri2nya yang sedia ada...


Tapi fikir2 saya patut kagum pada SY lah jugak,kan?


Kan suami tu pemimpin bagi isteri2nya...


Bagus pimpinan Sy agaknya sampai 3 isterinya redha...


Adakah kerana mereka mau....


Payung emas dalam genggaman???

Khamis, Disember 25, 2008

Hijrah 1430

Assalamualaikum w.b.t

Menjelang Hijrah 1430 pada Isnin ini bersamaan 1 Muharam, maka blog sya yang bertajuk Hijrah 1429 ni dah tak relevan lagi. Dan ia juga menunjukkan yang sudah setahun blog ini menjadi medan saya meluah dan menjadi medan anda melihat diri saya dan tentunya banyak 'pekung di dada' yang tersebar di luar sana.

Maka niat saya yang asalnya hendak berhijrah tu nampaknya tidaklah kesampaian. Justeru, saya akan mengubah halatuju blog ini ke arah yang benar-benar melambangkah hijrahnya.

Dan sebagai peralihan dalam proses penghijrahan itu, saya telah menyediakan landasan penghijrahan baru sempena Hijrah 1430 ini iaitu seperti yang diwar-warkan sebelum ini iaitu di blog www.duniabermadu.blogspot.com.

Permintaan untuk diinvite melalui email dan komen dientry semua telah saya penuhi dan telah jemput, cuma ada yang tak membalsa jemputan, dan saya tetap kekalkan jemputan, macam saya kata yang baca lama2 dulu pun saya jemput juga, tapi mungkin tak sedar dijemput maka jemputan tu tak berbalas.

Macam kak wani, oren, Pnut, Ina, eiz dll semua saya dah jemput, kalau baca entry ni masukkan jerlah email anda untuk ke blog tu.

Dan berdasarkan site meter ramai juga silent reader, dan ada yang meminta dijemput melalui email, kalau ada yang nak dijemput maklumkan atau hantar ajer email pada saya hanisumayyah@hotmail.com / hani_sumayyah@yahoo.com.

Walaupun saya pun hairan, ada juga yang minat nak baca blog yang emosional dan syok sendiri ni......dan asalnya saya tulis suka-suka kemudian tengok ada yg boleh buat duit maka saya kononnya nak try, tu yg entry banyak tu.....tapi hempeh, sebulan baru dapat RM 3.75 sen, kemudian baru saya sedar saya tulis bukan sebenarnya untuk bacaan semua orang, hakikatnya saya tulis untuk yang betul faham dan berminat saja.

Dalam pada tu kalau ada yang nak diinvite boleh ajer, blog itu, kalau boleh saya ingin katakan kepada dunia, hukum Allah yang halal itu ada berkatnya dan ada hikmahnya. Maka itulah tajuknya duniabermadu.

Saya ingin melihat hikmah bermadu. Dah kalau ada perkara negatif pun, saya tetap ingin melihat dari sudut positif jugak..dan itulah namanya HIJRAH!

Ahad, Disember 14, 2008

Tips poligami

Assalamualaikum w.b.t

Poligami itu ertinya memberi. Boleh juga dikatakan sebagai mengorbankan. Tak salah juga kalau kita nak kategorikan seperti lilin memakan diri. Boleh jugak kot kita samakan dengan bidalan 'orang memberi kita merasa", orang tak beri janganlah pulak nak mengada-ngada...ahhh...apa-apa pun bolehlah!



Ya...puan-puan, janganlah hendaknya puan-puan terjebak dalam poligami, walaupun halal, kalau dapat elak, maka saya sarankan elakkanlah. Melainkan puan-puan ada perisai tegap yang mampu puan-puan gunakan untuk melawan dan menuntut hak puan-puan. Selebihnya kalau tak mampu macam saya ni redhakanlah.....hohooo...



Takdelah mana nak bagi tipsnya, saya ni lepas geram jer...punyalah malam tadi masak bagai nak rak :( ....dahlah tak makan, paginya punyalah plan bagai nak rak nak buat sarapan [mujur tak masak lagik] rupa-upanya tak balik...terus ke peedee....mak aiii...panasnya hati saya...




Sebelum subuh [diulang..sebelum subuh yer puan-puan] dah ke masjid, sampailah jam 11 a.m tak muncul2, sudahnya balik ke peedee...ohhh suh sabar yer...ha'ah memang sabarlah ni...dari khamis balik sana punyalah tunggu, tup2 balik sabtu [yer itu pun dekat jam 11 ....fuhhh], alahai tak sampai 12 jam kat sini pun???



Oh yer...tips poligami yang paling penting ialah sabar...memberi dan terus memberi...moga2 satu masa akan dapatlah merasa apa yang patut....moga2 ganjaran pahalalah hendaknya...amiiinnnn...

Jumaat, Disember 12, 2008

Siapa lebih kenal kita?

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama soalan ni ada dalam kepala? Sebab saya asyik seolah-olah diprovoke bahawa sang suami yang lebih kenal saya, tau buruk dan baik saya, seolah-olah dia pun dapat baca apa ada dalam minda mak saya, seolah-olah minda mak saya sama jer dengan pendapat sang suami.



Sebenarnya siapa yang lebih kenal kita nih? Mak yang melahirkan kita ker suami yang memimpin kita? confuse sungguh confuse! Ntah, takkan dari kecik mak kita yg susah payah dia tak kenal kita plak kan?



Kadang terfikir pulak nak tanya mak, apa buruk benar ker saya ni? tapi malu weyy, kang dikata apa plak mimpinya anak aku ni?



Macamana anda rasa? Pasangan yang lebih kenal kita ker mak ayah kita yang lebih kenal kita?
p/s: penatlah dimomok-momokkan...

Sukarnya membuat pilihan

Assalamualaikum w.b.t


Kesimpulan hasil brainstorming pagi tu mudah sangat bagi pasangan saya. Samaada saya berhenti kerja [sanggupker?] atau saya pindah ikut dia [ke peedee], baru yang lain2 akan datang secara pakej. Mana satu pilihan hati?



Berhenti kerja memang adalah mustahil dan teramat mustahil. Sampai saya kemukakan soalan..."kalau abang mati nanti macamana?" tapi sayangnya soalan itu sebenarnya keluar bersekali dengan sedu sedan saya dan air mata yang mengalir perlahan...menyebabkan saya tak boleh ingat apa jawapan pasangan saya tu! hishhhhkkk...rugi lak rasanya...



Telah dihantar sambung master, takkan nak berhenti..gilokah? Mampus kena serangan balas. tu tak abis kat situ, kat family camana plak?



Makanya, saya terpaksalah buat pilihan berpindah ke peedee...bergantung pada situasi....tunggu dan lihat dengan sabar, bukan saya yang akan bertindak, saya akan tunggu pihak sana bertindak...bila dah ada 'pondok' yang kami berdua boleh berteduh maka berbondong-bondonglah agaknya kami dua beranak pindah ke peedee...



Setakat ini diam....itu lebih baik, namun saya dah bagi green light yang saya akan TAAT....sebab banyak sangat isu yang pihak sana bangkitkan sebagai bukti saya tak taat...susah lah kan nak taat di akhir zaman ni...ko pergi kedai beli garam, ko nak bagi tau laki tak, dahlah laki ko balik seminggu dua kali? Ko kuar gi minum dengan officemate lelaki ko nak called dia dulu ke setiap masa??? dah 8 tahun kawin punya cerita semua keluar daaaaa!!! mampus nak mintak izin balik....



Moralnya...dok dendiam dalam umah, takyah mintak izin nak kemana....dia tak tau mengembara dalam tenet lagi bahaya woooo....

Rabu, Disember 10, 2008

Luahkan saja

Assalamualaikum w.b.t


Kini saya berprinsip luahkan saja. Luahkan segalanya. Biar segalanya jelas dan nyata, lepaskan selagi mulut boleh berkata. Dan akhirnya baru rasa puas, puas hati dan puas segalanya.


Namun meluah saja tidak bererti selesai segalanya. Makin bercelaru dan menambah gelora sedia ada. Namun beza kali ini saya bersedia. Bersedia dengan segalanya. Harus saya akui kekuatan saya ini rentetan nasihat dari pembaca blog ini...


Namun penghujungnya saya ada jawapan dan saya ada perancangan. Gelora berjaya di harungi buat sementara...sementara sahaja.


Benarnya, saya tak punya kekuatan lagi untuk meluah segalanya di sini, nanti ada yang melepaskan paku buah keras kepada saya. Andai berumah ditepi pantai, kenapa tak berani di lambung ombak @ Andai tahu diri berpoligami kenapa tidal redha sahaja?


Saya sebenarnya sudah membina ruang baru untuk luahan rasa, hal rumahtangga, khususnya bagi yang telah ikuti dari dulu, kisah rumahtangga kami yang berpoligami...sesajer suka2 untuk tatapan diri sendiri dulu. Itu yang suam-suam kuku buat entry di sini.



P/s : Saya takde mood buat entry sebab sepagi-pagi ni sessi brainstorming kami suami isteri...muhasabah @ introspeksi...mana2 ajerlah...

Khamis, Disember 04, 2008

Kalau begini caranya?

Assalamualaikum w.b.t


Saya dah lama tak menyiasat dalam hal2 bermadu ni....dulu2 pantang ada kesempatan, memang saya menyiasat untuk mengetahui apa perkembangan hidup pak haji diluar dari bersama saya, terutamanya berkaitan kak aza dan anak2nya. Kadang2 tak payah tanya, melalui HTC dia saya dah boleh tau apa yang berlaku. Ikut sejarah dah banyak rahsia dia terbongkar dan saya dapat melalui pda dia tu...



Tapi lepas gaduh kali ni saya memang tak bernafsu dah nak periksa mesej tu semua. Walaupun ada kesempatan, saya tak tengok pun pda tu. Biasanya semua mesej saya masa gaduh akan disimpan oleh pak hj, dulu2 punya gaduh pun masih ada dalam pda dia tu...terutama bab2 saya pinjam duit, wahh mesej saya bukan main disimpan lagi, sebagai bahan bukti nanti kot?



Mesej2 kak aza biasanya memang banyaklah, biasalah dia pakai prepaid, mesej lagi jimat,kan? Macam saya ni pakai minutes plan celcom jimat lagi kalau buat panggilan, so saya punya benyak panggilan ajer, dan saya memang pemalas taip mesej! tapi lepas subuh ni saya nampak elok jer landing PDA tu atas katil, saya pun lepas solat subuh, takde apa nak buat membeleklah cam biasa....banyaklah mesej, panjang, pendek semua ada....tapi yang satu ni pendek jer, tapi say tertariklah apa yang tersurat di sebalik mesej yang pendek ni...


"Yang... bila nak balik ni, anak2 semua boring, umi pun!"



Mesej ni dalam bulan November, bersamaan tempoh saya perang dingin tulah! Padan pun pak haji tak ingat nak balik ruamh saya.....takut ramai sangat yang boring kat sana kalau ayahnya takde. Patut tak, mesej tu berbunyi..."Abang, baliklah sana, mesti salwa dan hani boring abang tak balik sana dah lama dah!"



Ntahlah, saya cuba bersangka baik selalu...dan saya tak mau ada dendam dalam hati, menyesal pun ada baca mesej tu sebaba dalah beberapa benda lagi yang saya baru tau, takperlah tu semua hal2 keluarga dan hal2 semasa, tapi yang ni ajer relevan utk saya luahkan....



Selasa tu saya balik kampung dan saya baru balik dari kampung semula maghrib semalam, malam tadi pak hj ada, biasalah tu pasal blog sunyi ajer...

Jumaat, Ogos 08, 2008

Poligami : pembelaan terhadap nasib wanita?

Assalamualaikum w.b.t

Saya dapat dari internet...www.torrentmalaya.com <--sila izinkan saya copy...ini pandangan penulisnya, mari kita fikir-fikirkan.. POLIGAMI: PEMBELAAN TERHADAP NASIB WANITA Contributed by kenlai74 www.torrentmalaya.com Tuesday, 29 May 2007 Last Updated Tuesday, 29 May 2007 Ada wanita yang menganggap poligami tidak sesuai untuk dipraktikkan, anggapan ini adalah salah,kerana salah anggap inilah kaum wanita begitu takut dan berasa dirinya tersisih jika suaminya berkahwin satu lagi.Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud:


"Akan datang suatu zaman di mana seorang lelaki diikuti oleh empat puluh orang wanita,meminta perlindungan kerana sedikitnya lelaki dan ramainya wanita."

Apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w kira-kira 1400 tahun dahulu kini sudah mulai menjadi. rata-rata diseluruh dunia bilangan wanita melebihi kaum lelaki. Andartu menjadi masalah kepada masyarakat masa kini,ramai anak dara yang sudah lanjut usianya tidak berjaya menemui pasangan hidup kerana ramainya wanita melebihi lelaki..


Sebagai individu muslim, kita seharusnya membuka mata dengan luas mengapa ramai wanita yang sudah lanjut usianya masih tidak mempunyai pasangan hidup. Sedangkan keinginan berkahwin adalah satu kehendak fitrah yang murni,jika tidak dipenuhi manusia akan mengalami tekanan dan gangguan emosi yang berterusan. Fikiran terganggu, malu pada cemuhan masyarakat. Hari tua wanita itu akan dilihat begitu kosong dan amat menyusahkan. Memperjuangkan iman adalah tunggak utama dalam kehidupan berpoligami,jika bukan kerananya,usahkan poligami, hukum-hukum Allah yang lain juga tidak mampu untuk diperjuangkan. Imanlah yang mendorong wanita bahawa poligami itu baik, cantik dan berfaedah kepada manusia,masyarakat dan agama.


Memang tidak dinafikan adanya rasa sakit bagi wanita yang berpoligami, tetapi hati yang takut dengan azab Allah akan menjadi tenang,dan hati akan menjadi benteng diri daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Iman akan memujuk nafsu jahat agar tunduk dan tidak liar terhadap suami dan madu anda.Inilah mujahadah namanya. Mujahadah dalam menundukkan kekuatan nafsu dan pujukan syaitan yang sentiasa mencari peluang menjerumuskan kita ke dalam neraka.Hak untuk beriman adalah hak untuk semua orang.Bukan terbatas pada orang-orang tertentu sahaja.Sebab Allah telah membuka peluang pada setiap hati.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepada dua jalan,jalan kebaikan untuk dijalani dan jalan kejahatan untuk dijauhi." ( Al-Balad:10 )


Bagaimana iman dapat menjayakan poligami? Jawapannya bila rasa takut mendalam di hati,manusia itu akan takut untuk melakukan perangai-perangai buruk iaitu yang mendatangkan dosa. Walaupun nafsu meronta-ronta untuk melakukan perkara mungkar, tetapi iman dan rasa taqwa dapat mengawal.Oleh itu wanita yang dapat menerima poligami dengan baik dalam hidupnya, maka mereka adalah dikalangan orang-orang yang beriman. Dengan iman yang kuat didada, badan yang sakit itu akan menjadi sihat. Demi untuk mendapat badan yang sihat pula,seseorang itu terpaksa menelan ubat walaupun pahit. Demikianlah sikap seorang mukmin dalam menerima takdir,walaupun pahit namun kerana yakin takdir itu untuk keselamatan hidup lahir dan batin,mereka menerima dengan sabar.

Wanita yang tabah kerana dimadu sanggup melawan nafsu yang mengajak kepada kejahatan untuk taat kepada keputusan Allah,iaitu hasil mujahadah iman dan taqwa. Itulah sumber kebahagiaan dunia dan akhirat.Dengan kuatnya keyakinan sesorang pada janji Allah yang mana menjanjikan keselamatan didunia dan akhirat,maka akan terdorong seseorang itu untuk melakukan amal soleh.Orang beriman sentiasa berasa sensitif dan serius dengan Allah. Matlamat hidupnya semata-mata untuk allah yang menciptanya. Sesuatu yang disukai Allah tetapi amat menyakitinya,akan diterima dan dilaksanakannya dengan redha. Sebaliknya,sesuatu yang dibenci Allah,walaupun terlalu diingini akan ditinggalkannya. Sebab keredhaan allah itu lebih utama dari kepentingan dirinya.Dia tahu Allah Maha Pengasih dan bermaksud baik padanya.

Dengan sikap yang redha,poligami akan dirasakan sebagai jihad pengorbanan fisabilillah.Kesakitan dan kekurangan yang ditanggung kerana menunaikan perintah Allah dikira sebagai penghapusan dosa dan mengurangkan hisab di padang mahsyar.Ujianujian di gelanggang poligami meletakkan mereka di gelanggang mujahadah. Apakah selain iman ada yang lain sebagai pendorong yang menjadikan wanita yang memandang poligami sebagai perkara yang baik dan berfaedah? Ilmu pun tidak menjamin seseorang untuk menerima hakikat poligami,kerana kita lihat dalam masyarakat ramai yang menentang poligami terdiri dari kalangan cendikiawan. Wang? Pun tidak,manusia yang diumpan dengan wang akan menjadi bertambah rakus dan tamak, bergaduh sesama sendiri.


Sihir?Lebih-lebih lagi tidak,kerana orang yang beriman tahu bahawa sihir yang banyak masalah dan penderitaannya. Oleh itu sebagai kaum wanita,kita tidak nampak perkara-perkara yang lain yang boleh mengindah dan mencantikkan poligami selain dari iman.


MENGAPA HILANG BAHAGIA?


Poligami adalah soal yang sensitif bagi kaum wanita umumnya. Bermacam-macam hujah diajukan oleh mereka yang menentang poligami.Mungkin seoranbg wanita akan berasa terseksa jika suaminya berkahwin satu lagi, tetapi kadangkadang mereka tidak memikirkan bahawa mendapat pahala bagi isteri yang sanggup mengorbankan diri dan haknya untuk suaminya. Kerana dia masih mampu tersenyum pada suami sekalipun pahit. Setiap kesusahan yang Allah timpakan pada kita penuh hikmah dan kebaikan.Allah tidak pernah melakukan sesuatu dengan maksud menganiaya tau sia-sia.Semua takdir adalah tepat dan bijak, cuma kita sahaja yang tidak nampak rahsianya.Setiap wanita yang sudi mengorbankan dunia untuk membeli akhirat adalah wanita yang solehah dan syurga tempatnya.

Wanita yang sanggup mengorbankan hidupnya untuk berpoligami dan mentaati suaminya walaupun dalam keadaan apa sekalipun dalam keredhaan Allah,ia layak untuk mendapat tempat yang tinggi di sisi Allah iaitu syurga yang abadi. Bukan mudah untuk membeli syurga.Lihatlah pengorbanan wanita-wanita ahli syurga. Siti Khadijah berkorban harta untuk suaminya sehingga ia menjadi miskin.Padahal asalnya dia adalah hartawan Quraisy yang terbilang.Para isteri baginda membenarkan dan meredhakan baginda berkahwin lagi. Hingga mereka berada keseorangan dan kerinduan pada suami. Fatimah pula kurus kering jadinya kerana berusaha mencari air dan rezeki dengan tulang empat kerat kerana kemiskinan yang ditanggungnya,kemiskinan yang ditanggungnya tidak seorang pun wanita lain yang mampu merasainya.Pun begitu ia masih boleh memberi senyuman paling manis pada suami yang balik. Semuanya kerana yakin akan janji Allah.

Apakah antara pengorbanan yang susah kita berikan sebagai simpanan akhirat,agar cukup untuk ditukar dengan syurga? Memang sifat wanita suka dikasihi dan takut pula jika kasih bertukar ganti atau ada orang yang ketiga didalam rumahtangga.Semua wanita ingin menjadi isteri yang baik kepada suami mereka. Tetapi cuba isteri yang baik itu dimadukan,apa tindakannya?Adakah dia boleh tenang menerima suratan takdir atau mengamuk meminta cerai?


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat membuat kebaikan untuk manusia lain."


Mengapa isteri tidak membuktikan kebaikannya pada suami dengan membenarkan suaminya berkahwin?Seorang anak tidak pernah merajuk jika ibunya beranak seorang lagi,ertinya seseorang itu tidak bimbang jika kasih ibunya berbelah bagi antara adik beradiknya. Malah kalau dia kakak, dia akan berbangga dengan kelahiran adiknya,walaupun mulai saat itu kasih ibunya bukan untuk dia seorang.Begitulah kasih murni yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan.Ia membuktikan berasa rela memberi kebahagiaan kepada orang yang dikasihi. Tetapi rasa cinta yang didorong oleh nafsu adalah cinta yang tidak suci dan ia adalah untuk kepentingan diri sendiri. Ia bersalut dengan cemburu,hasad, dan dengki yang datang silih berganti.Cinta nafsu memang menghancurkan kehidupan suami isteri, khususnya bila suami berkahwin lagi.Seorang wanita itu sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan rasa marah,benci dan dendam pada suaminya,walhal semua katanya demi cintanya pada suaminya,wanita seperti ini biasanya tidak akan mengasihi suaminya apabila suaminya sudah tidak berdaya, tiada pengaruh dan tiada wang.

Mengapa seorang isteri tidak berusaha untuk membuktikan kasih pada suaminya dengan membenarkan berkahwin lagi? kalau sudah dirasakan itu menjadi keperluan kepada suaminya.Bukankah cinta yang besar itu berdasarkan pengorbanan yang besar.Selagi seorang isteri itu tidak mencintai suaminya dengan cinta fitrah (bukan cinta nafsu) nescaya masalah rumah tangga mereka tidak akan selesai. Kerana cinta nafsu yang dikekalkan tidak mendorong seseorang itu mengutamakan kehendak Allah dan kehendak suaminya kecuali perkara-perkara yang sesuai dengan kehendak nafsunya. Sifat nafsu itu mementingkan diri sendiri dan memperkecilkan kepentingan orang lain. Seorang wanita yang tamak akan mengawal suaminya untuk kepentingan dirinya,sedangkan dalam Islam orang yang paling baik ialah orang yang dapat memberikan kebaikan pada orang lain.

Jika seseorang wanita itu dimadu,apa dibimbangkan ialah kasih berbelah bagi,malam yang terpaksa digilirkan. Namun begitu, tanpa poligami pun belum tentu suami kita mengasihi kita dan tidak ada jaminan setiap malam iti malam pengantin antara kita dengannya. Takut kekurangan harta dan rumah tangga terjejas? Atau diri tidak dipedulikan? Adakah ada jaminan tanpa poligami kita kaya dan sering dikasihi? Ramai yang tidak berpologami namun kucar kacir rumahtangganya, selalu berpisah, papa dan terbiar. Malah ada orang yang berpoligami namun hidup mereka kaya dan cukup bahagia. Ada wanita yang sanggup biar suami dia berzina daripada berkahwin lagi. Tidak mengapa dia simpan perempuan asalkan dia tidak berkahwin lagi. Anggapan inilah yang patut dibetulkan,kerana membenarkan suami berzina atau simpan perempuan adalah lebih buruk daripada membenarkan suami berkahwin lagi.

Tegasnya poligami adalah halal dan zina adalah haram. Jika suami berzina,dia berhak untuk mencari seberapa ramai perempuan yang disukainya. Suami akan mencapai kepuasan seks haram diluar rumah lebih daripada isterinya. Malah ini lebih menjejaskan kasih sayang suami isteri. Cinta nafsu suami terlepas diluar,seterusnya mengancam keharmonian rumah tangga. Suami yang berzina tidak lagi fikir akan giliran,dan dia bebas untuk balik rumah atau tidak. Sedangkan suami yang ada dua isteri akan merasa bertanggungjawab, terkawal serta masih suka menggilirkan kedua-dua isterinya. Ini kerana,lelaki yang menikahi wanita secara halal adalah lelaki yang bertanggungjawab dan diterima disisi masyarakat.

Sebaliknya suami yang rela berzina untuk kepuasan nafsunya, adalah lelaki yang tidak suci,kurang tanggungjawab serta tidak diterima masyarakat. Antara dua kesusahan ini,iaitu kesusahan berpoligami atau kesusahan bersuamikan penzina,kesusahan mana yang lebih parah? Manakah yang lebih ringan untuk ditanggung oleh isteri? Poligami akan menjadi lebih buruk jika tidak diamalkan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jika suami buat salah,kemungkinan isteri juga buat salah. Walhal jika ia dilaksanakan menurut kaedah yang betul dan undang-undang Islam yang sebenarnya maka kebaikan dan keindahan institusi kekeluargaan Islam pasti akan terserlah.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Artikel ini saya tujukan buat tatapan semua yang berkaitan samaada terlalu inginkan poligami, terlalu takutkan poligami dan pengalaman sendiri berpoligami [Luna, Irfa, Tie] juga puan-puan yang bahagia dengan keluarga baik poligami atau tidak atau menjadi mangsa akibat poligami [Kak Azwa, Alex Lacey, Kak Zareda, Kak Sya, Ummibatrisyia, Najah, Oren, Ibu adam, dll kalau ada lelain yg baca maaf saya tak dapat mengesan kemasukan anda ke sini....] Juga artikel ni saya rasa wajar dibaca oleh kawan2 saya yang menjadi isteri bernombor..[adib [no 2], yati [no 3], kak baya [no 2], kak hajar [no 3], tie [no 3], kak Amy [no 1], kak aza [no 2...takper kak dah tau dah akak ni sabar...payung mas lagi], dan ramai lagi sekeliling anda yang beristeri dua kan...[sekeliling saya pun dah ramai dah ni taknak sebut yang sejabatan pun ramai...dari yg atas sampai ke bawah tuuu]


Sekadar berkongsi, kalau rajin bacaler...tak ramai wanita suka isu ni dan isu ni memang sensitif...saya tau, tapi saya suka juga nak letak artikel ni...buat rujukan dimasa depan
...

Khamis, Ogos 07, 2008

Ya...saya kesibukan...

Assalamualaikum w.b.t

Maaf ya, agak sibuk pagi ini...tugasan segera perlu dibentang dan dihantar Rabu minggu depan sedangkan dalam kepalanya seolah-olah kosong! Semalam pagi-petang ada kelas, sambung lagi berbincang sehingga maghrib. Namun akhirnya yang dapat itu apa?

Yang saya dapat ialah;

1. Susahnya bekerjasama dengan watak2 yang baru saling kenal mengenali
2. Sukarnya tersepit dengan dua personaliti yang kontradict
3. Komunikasi akan breakdown kalau masing2 nak pandangannya sahaja diketengahkan
3. Kalau tak tau apa-apa jangan cakap dan buat-buat seolah-olah tau segalanya
4. Komitmen tidak boleh dipaksa2 kalau dipaksa maka jadilah sedikit haru biru
5. Ada yang serius...terlalu serius. ada yang suka main2 terlalu main2 bila dua watak bertembung maka saya ditengah2 yang serius + main2 = bingung!

Okay...saya ada satu tugasan untuk blog atas permintaan khas dari Luna iaitu berhubung tajuk "POLIGAMI" <-- mungkin kajian kes berdasarkan pengalaman sendiri dan teman terhampir. Lepas ni saya akan siapkan, sekarang yang utama siapkan assignment pensyarah tu dulu yer...ok Luna nanti akak buat tugasan Luna ni, sabar yer..banyak benda nak cakap pasal poligami ni... Apapun...ni saya sediakan rencana [entry] dulu2 pasal poligami sebagai mukadimah dulu yer...bacalah [kalau meluat tu...stop jerlah yer...] ramai yang baca blog baru ni pembaca baru dan tak tau saya ada blog sejak 2006 lagi tapi dah tutup atas banyak sebab dan kemudian blog ni telah dihack dan sampai sekarang saya sendiri tak boleh masuk blog ni...dan peliknya beberapa entry blog lama saya telah dicedok dan saya tak boleh buat apa-apa pada blog tuu...kalau nak tengok dan baca sesikit adalah kat situ...
p/s : Saya baca balik entry dua tahun lepas ni dan saya rasa geli geleman...entahlah...tak sangka saya melalui semua ni...

Friday, September 29, 2006
Kenapa saya berkahwin suami orang?

[Intro saya dah buang sebab tak relevan..lain2 kekal seperti asal...]

"Anda menentang poligami"

Ya, poligami memang patut ditentang kalau orang yang mengamalkannya tidak adil... selalunya media-media banyak sangat menonjolkan amalan poligami yang GAGAL yang berjaya tak berapa dipertontonkan. Biasanya bila dah cerai berai barulah masuk paper cerai sebab tak nak bermadu, suami kahwin lain dsbg yang seangkatan. TAPI saya tak menentang langsung poligami, bahkan sokong kalau mereka ikut sunnah Rasullulah s.a.w. sementelah saya dah terlibat dalam dunia poligami maka kena sangatlah saya yang bercerita. Orang tak boleh kata apa kan... sebab pengalaman sendiri.

Saya kahwin dengan suami pada mulanya tak mendapat restu keluarga sebelah saya, tetapai keluarga suami semua bersorak gembira... madu saya tak taulah pulak sebab masa tu dia memang tak tahu suami dia nak kawin malahan dia tak syak langsung. Almaklumlah masa sibuk-sibuk bercinta PJJ tu (email dan call sahaja) dia tengah sarat mengandung anak kedua dan bila nikah tu dia dah melahirkan anak (usia anak 3-4 bulan kot) sebab saya kenal suami dalam bulan 10/2000 dan bulan 11 anak tiri saya tu lahir.

Kami berjumpa pertama kali di Masjid UPM iaitu dalam bulan feb @mac 2001 tak ingat sangatlah. Dalam seminggu sebelum jumpa tu suami dah kata nak masuk meminang [masa berbual hp] tapi saya terkejut beruk. Macamana pun malam nak tidur fikir jugak cadangan dia tu. Alang-alang orang (family) tak ambil peduli hal saya lantaklah dah ada orang nak ambil berat ok jelah. Masa tu saya seakan-akan rasa nak ada tempat bergantung, nak citer masalah dan pokoknya nak lari dari pakwe lama yang juga suami orang yang saya dah citer dulu tu.

Jadi, saya pun lepas bincang sikit lebih kurang dan adalah jugak minta gambar dia dan dia ada send gambar tapi sebenarnya takdelah gambar tu macam dia yang sebenarpun bila jumpa. saya pun call mak saya bagitau ada oang nak meminang tapi suami orang. kalau saya dah terkejut beruk masa suami ckp nak masuk meminang mak saya apatah lagi takde angin takde ribut tiba-tiba nak kahwin suami orang, terperanjat giler mak ayah saya. Lepas tu maam-macamlah dia nasihat saya telefon nasihat, kalau saya balik kampung pula dia berleter macam-macam siap dengan nangis-nangis lagi mak saya ni. tapi tak taulah saya ni memang keras hati sikit, tak taulah pula kalau masa tu tengah angau, tapi rasa-rasanya masa tu saya tak ada rasa cinta langsung kat suami ni. Takde ciri-ciri kegemaran saya ada pada dia (fizikal) hanya sebab dia ni pendengar yang baik dan kata-katanya penuh hikmah (biasalah orang dah kawin banyak pengalaman).

last-last saya bagi kata dua kat mak saya suruh dia jawab dan bagi masa dua bulan fikir , saya kata "mak boleh jaminke kalau kahwin dengan orang bujang akan bahagia selama-lamanya dan kalau kahwin suami orang rumahtangga pecah belah?, mak tengok kat kampung ni ramai yang kahwin bagai nak rak bersanding masing-masing bujang teruna tapi tak kekal juga, semua tu kuasa Allah, kalau dah jodoh saya dengan suami orang nak buat macam mana?, Allah dah tulis, mak nak ke saya jadi nak dara tua sebab nak tunggu orang bujang?"

Lepas saya cakap tu adalah dalam sebulan lebih saya tak balik kampung konon-konon merajuklah... sebenarnya malas nak dengar mak berleter, dalam pada tu suami pula cadangkan kami pergi ke negara Gajah Putih untuk bernikah. Masyaallah terperanjat saya cadangan tu, mana boleh, salah tu... saya ni kan kakitangan kerajaan. lagipun banyak isu dengan walinya, saksinya, dengan passport takde, muhrim macamana, tak maulah nanti kalau mak ayah saya tahu, MAMPUS nak jawab. Suami akap semua tu dia boleh settlekan dia dah biasa buat, barulah terbongkar rahsia nya yang dia bernikah kali kedua dengan Kak A juga di sempadan. Akhirnya setelah melalui perbincangan yang ala kadar saya pun setuju ikut dia ke sana tapi bukan setuju untuk nikah, saya nak tengok keadaan dulu macamana, katakanlah saya berubah hati, maka tak jadilah nikah kami.

Pada malam kami bertolak tu, 1 jun 2001 saya demam sebenarnya sebab terlalu berat keputusan yang nak dibuat ni. Tapi saya tawakkal je, saya doa YaAllah kalau jodoh aku dengan dia, kau permudahkanlah tapi kalau bukan jodoh aku dengan dia kau tunjukkanlah (halanglah)". Rupanya memang jodoh saya terlalu kuat ddengan dia, esok paginya 2 jun 2001 saya selamat dinikahkan dengan dia tanpa disaksikan oleh sesiapapun yang saya kenal, hanya ada dua orang saksi yang terdiri dari kawan suami yang diambil dikampungnya di Yala @ narathiwat tak pasti dan dua pegawai pejabat agama (juru nikah). Saya dinikahkan di Pejabat Agam Islam Narathiwat dan mas kahwin pada masa itu RM 200.00 tanpa ada hantaran dan juga cincin kahwin... lafaznya bahasa Melayu Kelantan dan saya juga duduk atas kerusi di sebelah suami je masa tu (bayangkan suasana sebuah pejabat, macam tulah) kelakar kan kalau dikenang. takde baju baru, hanya ada sehelai baju tidur baru yang murah-murah yang saya beli sebelum ke sana. saya memang tak buat persiapan langsung untuk bernikah.

selepas nikah suami terus masuk ke masjid bersebelahan pejabat untuk sembahyang sunat nikah, sya pula kebetulan bendera merah (dah last day tuu...) Semuanya tiba-tiba. Walaubagaimanapun saya tetap gembira kerana ada suami, gatal...tapi sedih juga sebab baru risau macamana nak bagitau mak ayah, macamana kalau termengandung, macamana kalau ada orang pejabat tahu, macamana kalau ... macam2lah saya fikir waktu tu. Saya bertolak ke sana pada hari Jumaat malam dan sampai siap-siap sikit terus cari saksi dan nikah, lepas tu cek in kat satu banglo di Golok dengan bayaran tak salah saya RM30.00 semalam kalau tukar duit malaysialah.

Ahadnya kami bertolak balik ke sini. Oh ya, tengahari tu suami bawa saya ke kedai emas di Kota Bharu dan dia belikan satu cincin berlian dalam anggaran RM 800.00, lebihkurang tak ingat dah harga dia, cincin tu pun dah hilang masa ambil orang gaji hari tu, bukan bersangka buruk tapi masa dia dah balik Indon baru saya sedar cincin saya takde.

Isninnya saya tak bekerja, MC tapi kami ada program di temerloh minggu tu agak sibuklah juga... dan saya ingat lagi masa program tu, kebetulan saya memang rapat dengan seorang pegawai lelaki di pejabat En Alias jadi ada peg. lain pandang serong dan perli2 saya macam 2 dengan en Alias. tapi saya senyap je, diorang tak tahu sya dah nikah. Masa saya nikah tu hanya ada 3 orang je yang tahu, iatu Kak J (kawan satu u dan satu rumah sewa), Zah (kawan kat u jugak masa tu kerja dengan AIM- Amanah Ikhtiar Malaysia) dan En Alias, kawan sepejabat berumur 47 tahun masa tu. Walupun En Alias macam-macam nasihat saya tapi tak jalan juga. Seingat saya saya MC hari isnin tu dan saya terus dibawa balik ke sini (negeri saya kerja sekarang) dan suami terus menyewa sebuah rumah dari kawan pejabatnya dan letakkan saya dan katanya minta saya balik ke sini untuk 3 hari kerana hak isteri bermadu untuk dapat 3 malam berturut-turut selepas nikah.

Oh bahagianya pada masa tu, Allah je tahu, seronok sebenarnya kahwin sorok-sorok ni, lain dari kahwin biasa rasanya, sebab benda bila kita susah dapat (susah nak jumpa suami, madu tak tahu) baru terasa sedapnya ada umpphh! Nantilah sambung lagi.... nak balik rumah nak pergi bazar ramadhan tapi dah tak taulah nak beli apa, semua yang saya pandang tak selera. Nak suami je rasanya sekarang ni, nak urut dia, nak layan dia, nak minta maaf dengan dia. [Hai cik ooii tak serik-serik lagi yee...orang dah tak nak...daaahlaaaahhhh].

Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini yang lemah yang kerdil yang naif...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP