Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampung. Papar semua catatan

Selasa, Disember 09, 2008

Hujan dan korban

Assalamualaikum w.b.t

Raya korban tahun ni, macam biasa, saya tetap anak yang setia tak pernah missed balik kampung saya. Dan itu untungnya saya sebagai isteri kedua yang kini tiada ibu dan bapa mertua. Takde halangan untuk saya tetap balik kampung. Bagi keluarga kecil kami, tidaklah pelik, kalau raya haji ini hanya saya, mak dan hani ajer di rumah. Saya sampai agak lewat pada petang sebelum raya tu, sebab tertidur atas sofa...kerana kepala yang pening dan perut yang sakit.



Sebelum balik saya singgah di kedai dahulu belikan emak sedikit kuih muih, bahulu dan kuih koci. Sampai di kampung dalam jam 3 petang, waktu sampai mak saya sedang mengisi beras dalam ketupat, terus saya membantu, sambil2 tu, borak2 dengan kakak yang tinggal dekat rumah mak tu...dirumahnya semua telah siap dari awal, kakak saya n0 2 ni memang pantas membuat kerja di dapur.


Petang tu hujan sangat lebat, kami memang masak ketupat guna dapur kayu, sedikit masalah sebab tanah dan kayu lembap, Tapi mujur mak ada mengasingkan sabut2 dan pelepah kelapa untuk digunakan. Ketupat hanya ditenggek dalam jam 5, itupun lepas operasi memindahkan tungku di bawah bangsal depan, lepas tu saya mula menyediakan bahan rendang dan dalam jam 7 gitu barulah rendang saya siap. Terus mak saya masak kari pulak.... mak tangkap 4 ekor ayam kampung, dia ingatkan kakak no 4 yang ada 4 anak, tinggal di Johor balik, tapi nampaknya anak no 5 (saya) yang anak sorang jer yang ada.... mak sedih jer tapi tak tunjuklah....tapi mak tetap suh masak lebih takut balik lambat sikit ker...sudahnya tak balik dan tak call pun...



Ketupat tak cukup 4 jam saya dah angkat, sebab bebudak yang datang takbir ni akan datang lepas isyak. Siap rendang terus saya potong2 kuih dan hidang, semua kerja buat sorang jer, memang penat sebab saya ni bukan boleh kerja kuat, lembik, pinggang dan kaki sangat alah pada kerja2 yg melibatkan duduk/bangun. Tambah2 kepala pening dan perut yang sakit. Pinggan mana ada depan mata jer saya guna, takde nak keluar yang dalam gerobok, nanti2 mak juga penat kena kemas.





Nilah bebudak sajer, orang tua sorang jer, saya buat 3 dulang hidangannya, bersepah2 budak ni makan...ruang depan yang gelap sebab lampu hujung kat tangga batu tu terbakar (saya pun tak daya nak betulkan) bertambah gelap kerana hujan yang lebat sepanjang2 petang sampailah ke pagi esoknya. kalau dulu yang datang bertakbir malam raya ni ramai orang dewasa, tepi sekarang yang dewasa lebih minat melepak tengok tv kat rumah kot...bebudak jer yang datang, tu pun sebab nak collect duit agaknya....




Hidangan tak berapa laku, walaupun ketupat dan kari tu panas-panas lagi tu....sebab rumah sebelum rumah saya dah banyak rumah lain. Dalam hidangan juga ada kuih bakar yang mak saya bakar 6 biji sehari sebelum raya korban, kuih koci dan juga kuih bingka yang ditenpah dari jiran sebelah, ada juga tapai pulut dan bahulu tapi dulang dah penuh sangat, saya cakap kat emak takyahlah isi...





Esoknya dari pagi sampailah ke petang, hujan tak berhenti-henti, kalau berhenti sekejap jer lepas tu sambung balik, pokok2 mak tak payah dijirus, semua riang gembira disirami air hujan. Kegemaran saya mengais dan membakar sampah setiap kali balik tak dapatlah dibuat.


Air dari rumah depan berarus dilaman rumah, juga membawa pasir halaman saya ke rumah sebelah sehingga lekuk tanahnya...biasalah kampung laman pun takde sempadan...




Pengaga tepi tembok ni dah lama ada tapi mak saya taknak makan pulak, bertambah2 subur, kalau dibuat urap alangkah sedapnya kalau dimakan waktu hujan dengan nasi panas2...dikala hujan semalam ni juga saya kejap2 makan ketupat, tak sempat lapar makan lagi, lepas tu ratah ayam kampung pulak, takpun sapa nak abiskan? Saya jer yang ada pun... kalau tak makan puas2 nanti balik umah menyesal, terbayang2 plak ketupat tu...sudahnya petang2 asyik nature call, sebab asyik melantak, kuih bakarlah, kuih bingka lah, tapailah, lepas tu orang sebelah rumah plak hantar kuih idaman saya, bakar berlauk...jiran sebaya saya ni dalam hujan2 tu sibuk membakar bakar berlauk ni, saya dari rumah jer menegur (alah jerit2 dari jauh kat kg ni biasalah...)....untung gak tegur ni dapat saya kuih tu...lepas tu suh hani hantar 15 biji bahulu cermai sebagai balasan...

Dalam jam 6.30 petang, ada pengumuman dari masjid, biras kakak no 2 saya tu, ayahnya meninggal dunia, mak dah janji ngan orang sebelah rumah nak ziarah lepas maghrib, so saya cakap dengan mak malas nak tinggal ngan hani kat rumah, so saing mak keluar saya dengan hani pun balik rumah sendiri, mak bagi sekilo daging korban dan sebiji kuih bakar sebab dia tau menantu dia suka kuih bakar...lain2 kuih dia suh ambik saya malas, nanti saya gak yang gemuk asyik makan-makan-makan....daging korban dalam tupperware tertinggal kat bonet keter, jam 4 pagi ni tengah2 tido ntah camana terbangun baru teringat, terus keluar ambik, harap2 okay lagik...



P/s : Ikut hati nak tinggal kat kg lagi, tapi baru teringat, SKT tak hantar lagik, w.pun kerja 6 bulan jer tahun ni, SKT kena buat gak...ohhh saya sudah lupa pasal kerja lah...baru 6 bulan nih...rasa syioookkknyerrrr tak kerja tapi gaji jalan....yiiihaaaa!!!

Khamis, Disember 04, 2008

balik ke rumah

Asslamualaikum w.b.t

Semalam pagi lepas sarapan ubi kayu rebus tu kamu borak2 jap dengan kakak dan mak lepas tu terus balik. Sebenarnya tak terus balik, ada destinasi nak dituju. Cakap kat mak nak balik ada kerja, tapi dalam perjalanan tiba2 terasa nak ke sesuatu tempat.



So, kami lalu dalam guna simpang kat alai tu masuk terus jalan menuju ke Banda Hilir, lalu Fuyung, padang temu...



Ni jalan di muara Sungai Duyung, banyak bot-bot kecil nalayan berlabuh kat sini, biasa di sini ada jual ikan baru naik, semalam tak perasan, lagipun tak boleh beli, takut busuk pulak sebab lambat lagi sampai ke rumah. kalau ikut jalan susur muara ni, dihujung nanti ada medan ikan bakar jugak, tapi saya lebih suka makan di Alai, lebih murah dan sedap banding di Umbai dan Duyung ni....


Ini jalan di Padang Temu, kemas jer kiri kanan jalan, kan, samaada saya yang perasan atau kebetulan, jalan di Melaka ni banyak yang sedap mata memandang,kan? Kalau keluar jer lebuhraya di Tol air keroh tu, kiri kanan semua pokok2 bunga, memang sejuk dan sedap mata memandang,kan?




Lepas selesai urusan di destinasi tu, kami pun balik dan kesian sungguh anak dara ni, keletihan sebab menapak jalan kaki ke banyak tempat, dan semalam tak banyak kerenah dia, membontot jer ammie....sampai kereta, tak keluar banda hilir dia dah mengantuk dan tidur..kesian..





Pastu saya singgah kat pantai Klebang ni, sengaja nak beli ikan baru naik kat sini. ramai gak yang berhenti, so semalam saya beli ikan parang [malam tu kedai tu tak masak asam pedas ikan parang, tekak tetap nak jawabnya kena masak sendirilah], iakn kegemaran ikan mabong dan ikan cencaru yang katanya baru naik. Lagipun tengok kulit berkilat dan mata pun jernih jer...








Lepas tu, kami keluar tol alor gajah, dekat 20 km nak ke Senawang, jammed pulak, dekat sejam sangkut kat sini....benci sesangat, sebab dah petang, takut pak haji dah balik, kunci pendua dia dah hilang [saya hilangkan] so harapkan kunci kat saya jerlah....






Anak dara terbangun sebab kereta lama terberhenti...napa kereta tak gerak ammie?




Lorrr...rupanya JPJ buat road block, semua kereta kena masuk hentian sebelah senawang ni, mana tak jammed? Tapi punyalah hangin, lepas saya dan 3 bijik kereta masuk susur ke hentian sebelah ni, sebab jammed yang teramat, kereta selebihnya semua dilepaskan meneruskan perjalanan semula..sengal betull..patut buatlah kat jalan sebelum masuk ke lebuhraya, ni kat lebuhraya dibuatnya...kan semua bayar tol sebab nak cepat...tapi sangkut dek road block ni


Mujur jugak, saya punya road tax mati 25 Dis, kalau tak nahas. Dahlah saya lupa, semalam bila nampak kon JPJ tu terus teringat, lepas nampak kat sticker tu 25 dis lega. kalau tak panjang cerita lak nak bayar saman apa semua....

Balik Kampung

Assalamualaikum w.b.t

Selasa petang tu lepas hani bangun tido kami pun balik kampung sebab nak hantar angah balik, ayah dia pun dah called sibuk tanya bila nak hantar angah. Saya pun yang baik hati balik sekali lagi, cadang nak balik hari jer, malam tu balik rumah semula, baju pun tak bawa, susu hani jer saya bawak.


Cuaca pun semua okay, hani pun mata dah segar bugar, perjalanan smooth jer dan tak mengantuk langsung masa saya drive [saya jenis cepat mengantuk kalau drive] sebab hani dok bergurau senda dengan angah dan sibuk jugak mabil gambar macam2 aksi.



Terasa-rasa macam hani baby lagi bila tengok gambar ni, tudung tu macam topi baby jer sekali pandang..haaaaiiii bilalah nak dapat baby ni....



Hani asyik nak bergurau sehingga angah pun boring, hani sanggup duk belakng tu sebab nak bergurau dengan angah...

Separuh perjalanan seperti biasa, WAJIB mencari toilet untuk hani, mujur setesyen minyak banyak,kan.......hissshhh..lama sungguh plak tu dia kat dalam....



Keluar jugak....kena paksa dengan ammie...brape lama nak tunggu daaaa...


Lepas dah keluar toilet [secara paksa rela sebab lamaaaa sangaaaaat] akhirnya keluar ambik gambar ni...hahahaa....ni muka tak puas melepas kot....


Sampai rumah mak Ngah [rumah angah], tak masuk, jumpa mainan ni main dulu...tu mainan sepupu dia...

Malam itu, tekak begitu kepingin nak makan ikan parang asam pedas, so sessi memburu asam pedas pun dimulakan selepas maghrib. Dan bagi memeriahkan sessi makan nanti, harus jugak mnegajak kakak saya dan anak2nya....kamera bawak dan sebagai seorang yang bukan blogger tegara, kamera seperti biasa adalah tertinggal dalam kereta...nak buat entry ni baruler teringat, awatler tak ambik gambar...kami makan asam pedas tenggiri, tetel, pari dan kepala jenahak...fuhhh..lega apa yang diidam telah disempurnakan....



Sarapan pagi....ubi kayu...mak cabut ubi yang mak tanam januari lepas, dah setahun tanam kecik jer isi dia...ni sebatang yang dicabut ni, sikit jer,kan?








Semasa di rebus...ohh isinya sangatlah empuk, sangat sedap dimakan panas-panas bersama sambal tumis ikan bilis dan pagi tu jugak mak saya buat kan kelapa muda yang diparut campur gula..perhhhh..makan pulak secara berjemaah [import kakak saya, iaitu mak si angah] bagi memeriahkan sessi memakan ubi rebus!
Oh yer...memandangkan kerakusan saya nak makan, kamera ker hapa ker..semua lupa..

Isnin, Julai 14, 2008

sepetang dikampung

Assalamualaikum w.b.t

Dulu kan masa sibuk sangat kerja, berkobar2 nak buat entry baru setiap hari. Tapi ni masa dah berlambak2 ni takde keghairahan langsung nak buat entry baru. Tulah namanya manusia...

Camnilah kot rasanya bila takde cerita menarik maka mood nak berblog pun yillek! Bukan statik hidup saya nih, bergerak, ke sana ke sini tapi tulah malas dan takde modal best nak diupdate.

Saya duduk sorang2 di rumah ni. Selepas 10 hari mak saya dduduk di sini dia pun mulalah buka mulut nak balik. Dah teringat ayam, pokok2 bunga kat kampung agaknya. Tambah2 ada anak ayam baru menetas, lagilah memanggil2 anak ayam tu pada tuan dia agaknya.

Kat rumah saya tu ada pokok rambutan, dua kuning satu merah, tiga2 batang lebat berbuah. Yang merah tu tengah masak ranum. Itulah mak kalau boleh nak balik nak kaitkan bagi kat jiran sebelah menyebelah. Pokok durian pun berbuah 4 biji tahun ni, tunggu gugur jer...

Badan saya pun dah sihat banyak, maka jumaat tu saya bawaklah mak balik lepas ambil hani dari sekolah. Hari jumaat tu dari pagi sampai petang saya ke pejabat. Saja hati saya terpanggil2 nak ke pejabat, tak keruan rasanya sejak berubah rutin tak dapat pandang pejabat lagi ni. Rindu dengan suasana pejabat dan kawan2.

Maka dah ke pejabat tu bertembung dengan bosslah, kan? Dia pulak yang tak keruan nampak saya, bukannya tak keruan apa, dia macam rasa tak tentu arah bila nampak saya lepak kat depan tu, kan ker dah biasa bagi saya tugas. Biasalah jenis kuat kerja. Saya ni kira orang kuat dia....mana dia pernah nampak saya leh lepak2 camtukan sebelum ni...

Tapi kali ni dia nampak saya lepak2 ...dia pun terus stop dan berbual2 dengan saya. Masih jugak cerita hal kesibukan di pejabat. Macam mana saya boleh bantu? Risau dia sebab saya takde buat apa? Sedangkan kat pejabat kerja melambak, dengan HQ panggil satu tema minta bantuan kami.

Sampai katanya, haaai takkan tak buat apa ni? Ni kena kasi kerja ni...susah awak takde ni...saya gelak jerlah...memang saya tengok sibuk semuanya sejak saya takde ni. Tugas2 saya dibahagi2kan antara yang ada tu, masing2 mengeluh sebab dapat tugas tambahan...nasib badanlah kan....

Ok hal kerja habis.. takde apa dah yang saya boleh ulas lagi...saya nak enjoy masa2 tak kerja ni.Mungkin peluang ni datang sekali seumur hidup. Kejap jer setahun setengah ni berlalu nanti...

Ok ni citer pak haji pulak. Dia akan balik malam esok. Yahoooooooooooooooooo. Lama sungguh rasanya dia takde kali nih. Rasa sesekali macam tak berlaki pulak. Dah lupa dah cara nak layan suami. Apasal ntah! Mungkin sebab perubahan jadual hidup saya yang baru ni, belum wujud watak dia, tambah2 saya memang malas call dia. Kira dia balik malam esok, kejepa jer jumpa kot sebab rabunya saya dah start kelaslah pulak. Khamis dengan jumaat kira saya free tapi mesti dia balik ke Pd pulak.

Hani pulak sekarang menjeles dengan saya. Yerlah pagi2 dia jer kena bersiap saya relax jer. Sampai hari2 dia tanya bila sekolah kakak nak cuti ni? Sebab ammie asyik cuti jer memanjang...sabtu lepas sekolah dia ada lawatan ke zoo melaka dan kawasan sekitar bandar hilir, hajat hati nak jugak bawak dia jalan2 happy dengan kawan2 tapi dah ayah tak izinkan saya pun takdelah pergi.

Yerlah agaknya ayah pun fikir yang pergi tu 3 bas, [sek hani ada 8 cawangan] termasuk ibu bapa dan adik beradik pelajar, kalau Hani pergi nanti mesti dia jer yang ada ibu seorang, yaha takde adik beradik takde tak bestlahkan...semua kawan2 dia ada ibu ayah ker adik beradik ker jadik dalam keadaan macam tu hani tak pergi lebih baik kot...

So saya bawaklah Hani balik kampung sebab tu jerlah jalan terbaik, bila balik tu Hani memang enjoy sakan, tak masuk rumah, main kat luar jer sampai gelap kulit dia panjat pokoklah, terutama jiran2 ramai sebaya dia, dia pun ikut sekali diorang main...petang2 pulak saya bawak mak jalan2 rumah adik beradik dia, pastu petang sikit bawak mak gi rumah kakak [kampung yang sama] saja jer pergi minum2 petang.

Aduh duduk dikampung ni rasa macam masa lambat bergerak, lama sangat satu hari tuuuu, petang2 sebelum senja boleh lagi saya melepak tuuu, portnya kat pangkin jiran rumah sebelah [sebaya saya] borak2, yerlah dia hidup cara kampung bagus jugak borak2, tukar2 cerita, susah payah hidup dia, pagi2 dia kerja sapu sekolah tabika, kemas2 perpustakaan kampung, petang2 pulak kopek kelapa buat kelapa goreng lepastu parut kelapa hantar ke kedai jual kelapa santan. Betapa berbezanya gaya hidup kami. Tapi setiap kali cuti saya tak tinggal lepak rumah dia borak2..

Baru2 ni dia baru jer dapat bantuan kerajaan besarkan rumah [takdelah besar mana ukur sebilik jer], suaminya kerja pemotong rumput, dah anak 3 dah...memang kami kawan dari kecik, cuma dia takde rezeki belajar tinggi. Tapi saya tengok dia bahagia jer...


Tulahkan, kalau saya ada kamera digital banyak pemandangan cantik sebelah menyebelah rumah saya ni boleh saya rakamkan. Konsep kejiranan kat kawasan rumah saya ni sangat rapat. Saya dua hari ni kerja saya kaitkan rambutan sambil2 tu sempatler borak2 dengan jiran kiri kanan sambil2 mengait tu.


Kehidupan kat kampung ni rapat2. Pagi2 jiran kiri duduk sekeluarga minum pagi ubi rebus berasap2, sambil gamit2 kita ajak minum sekali tapi maluler kan. jiran sebelah kanan pulak, lepas sarapan terus duduk atas pangkin cari kutu, jiran depan pulak masuk dusun depan rumah carik durian gugur. Subuh2 jiran iring rumah jerit2 hantar sarapan lontong [yang mak saya pesan sehari awal]. Suami jiran yang pungut durian tu pulak bertukang rumah [tung-tang-tung-tang-] ala2 rumah tradisi lama pakai papan yang direcycle.


Petang ahad saya ke rumah mak saudara dekat2 kawasan medan ikan bakar umbai, mak sedara tengah menyiang sayur beremi [yang ditanam sendiri], tu pun pada saya cukup indah, anak2 dia semua dah berdagang ke tempat lain. lepas tu saya dengan mak gi lepak2 tengok tanah mak dikanan jalan nak ke medan ikan bakar terapung. Ada yang pernah pergi ker situ? Tanah2 sepanjang jalan [dari belakang pasar umbai tu] membawa ke medan ikan bakar tu semua tanah nenek saya. Dah dibahagi2kan adik beradik, tak lama lagi sorang pak sedara yang duduk JB akan buat rumah situ sebab nak merasa duduk dikampung dihujung2 usianya...

Moment sebegini kalau saya abadikan dalam kamera tentu indah. Kalau ada rezeki akan saya dapatkan kamera digital yang bagus. Bagi saya nenek2 yang lalu depan rumah kemudian menyapa saya dan mak serta jiran2 [jiran2 keliling rumah saya memamg jenis duduk di luar rumah] adalah kenangan yang takkan berulang. Mungkin setahun dua mereka akan pergi, ramai jugak nenek yang sekitar rumah telah dipanggil ilahi. Dulu2 saya kalau ada kat depan tu termenung menikmati angin sepoi bahasa, saya rajin borak dengan nenek2 ini.

Rumah keliling rumah saya masih kekal dengan rumah kayu bertangga. Anda taukan pemandangan2 rumah di melaka, semua rumah kaya dengan tangga batu. Mememang ditangga inilah kami bertenggek pagi petang bersosial. Kalau rumah batu besar2 bagi saya tidak ada nilai keindahannya. Haihhh macam nji saya kena segera dapatkan kemera ni.... Anak2 berlari lumba basikal lepas tu sengaja menjatuhkan diri masing2 bergolek dia atas tanah dan rumput adalah pemandangan hari2 di sini, kalau dulu Hani hairan sungguh tengok anak2 kampung tak berselipar sekarang dia pun sama, sukanya kalau dapat berkaki ayam dikampung.

Banyak sangat kalau nak saya coretkan, tapi memang indah kalau duduk dikampung, rasa masa macam tak bergerak, suka sangat saya tengok mak saya, jiran saya petang2 bakar sampah, suka saya tengok pasir halaman rumah yang putih tanpa sampah, selepas di sapu...juga kanak2 yang berlari, lepas tu sampai jer kat pokok rambutan rumah saya berebut masing2 menajata pokok rambutan tu....lepas tu mulalah mak masing2 menjerit marahkan anak2...yerlah rumah kami ni memang berkongsi halaman tanpa sempadan, kami pun tak tahu dimana aras batu sempadan tanah masing2 hanya harapkan pagar pokok bungan sebagai tanda tupun dua tiga tahun sekali beralih...tapi tak pernah itu jadik punca gaduh...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP