Memaparkan catatan dengan label taat suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taat suami. Papar semua catatan

Ahad, Januari 18, 2009

Suamimu adalah syurga dan Nerakamu

Assalamualaikum w.b.t

Saya petik dari buku 50 WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA, Majdi As Sayyid Ibrahim, Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur, 2007

"Dari Al-Husain bin Muhsan, bahawa makciknya datang kepada Nabi sallahu 'alaihi wassalalam, untuk satu keperluan, namun dia tidak mendapatkan apa yang diperlukannya, lalu Nabi s.a.w bertanya kepadanya, "Apakah engkau mempunyai suami?" Dia menjawab: "Ya". Beliau bertanya 'Bagaimanakah kedudukanmu di sampingnya?" Dia menjawab:, "Aku tidak mengabaikannya kecuali yang memang aku tidak mempu mengerjakannya." Beliau berkata : "Maka lihatlah, dimanakah kedudukanmu di sampingnya, kerana dia adalah Syurgamu dan Nerakamu
."



Perkahwinan merupakan ungkapan tentang persetujuan antara seorang laki-laki dan seorang wanita untuk membangun generasi yang baik, yang sedia beribadah kepada Allah, membangun dan mengisi kehidupan ini. Asal mula perkahwinan di dalam islam adalah pemaduan rasa kasih sayang serta berusaha saling memberi antara dua manusia.


Firman Allah:


"Dan tanda-tanda kekuasannya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepaadnya dan dijadikannya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mahu berfikir." [Ar-Rum:21]


Untuk mempertahankan kesinambungan hidup antara suami isteri, maka Allah menetapkan hak-hak bagi setiap suami dan isteri terhadap yang lain. FirmanNya;


"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatakn kelebihan daripda isterinya." [Al baqarah:228]



Diantara hak wanita ke aatas suaminya atau kewajipan suami terhadap isterinya, dia harus mengajari apa yang diperlukan isterinya tentang masalah-masalah agama. Perhatikanlah firman Allah berikut ini:



"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malikat-malaikat yang kasar, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." [At Tahrim:6]



Menurut Imam Ali r.anhu, maksud ayat ini : Ajarilah dan didiklah mereka.
Diantara hak wanita atas suaminya, suami harus menjaga dan mencemburui dirinya. Hak wanita yang lain, suami harus mempergaulinya dengan cara yang baik dan mencurahkan kasih sayang kepadanya. Hak wanita yang lain, suami tidak boleh mengkhianatinya dan mencari-cari kesalahannya.



Begitulah antara hak-hak wanita atas suaminya. Sementara itu kita belum membicarakan tentang hak orang laki-laki. Berkaitan dengan masalah ini, Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita: "Lihatlah dimana kedudukanMu di sampingnya, kerana dia adalah syurgamu dan nerakamu." Bererti suami merupakan sebab yang boleh memasukkan dirimu ke syurga , iaitu selagi engkau melaksanakan haknya atas dirimu. Namun selagi engkau meremehkan hak-hak tersebut dan tidak mengetahuinya, maka suami boleh menyebabkan dirimu masuk ke Neraka."





Diantara kewajipanmu, hendaklah engkau berusaha bagaimana memuaskan suami dan menyusupkan kegembiraan ke dalam hatinya. Jangan sampai ia mendengar darimu kecuali ucapan-ucapan yang baik, jangan sampai dia mencium darimu kecuali bau harum, agar rumahmu menjadi tenang dan nikmat sendi-sendinya.




Hak-hak suami atas dirimu merupakan kajayaanmu dalam kehidupan suami isteri, yang diukur dengan adanya perasaan suami bahawa engkau telah melaksanakan hak-haknya, seberapa ketinggian darjatmu dan seberapa jauh kecintaanmu disisinya. Diantara hak suami keatas dirimu, engkau tidak boleh keluar dari rumahnya tanpa seizinnya. Haknya yang lain atas dirimu, engkau tidak boleh mengizinkan seorangpun berada di dalam rumahnya kecuali dengan izinnya. haknya yang lain, engkau harus menjaga hartanya dan engkau tidak boleh membelanjakan nya sekehendakmu sendiri. Hak yang lain, engkau harus berbuat baik kepada sanak saudara dan saudara maranya.



Dan ini wasiat yang disampaikan oleh Asma' binti Khorijah berkata kepada anak perempuannya tatkala malam pernikahannya:



"Sesungguhnya engkau keluar dari sarang yang membesarkanmu lalu engkau beralih ke tempat tidur yang tidak engkau ketahui dan pendamping yang kamu tidak bergaul dengannya. maka jadilah engkau sebagai bumi baginya agar ia menjadi langit bagimu. Jadilah kamu hamparan baginya agar dia menjadi sendir bagimu. jadilah hamba baginya agar dia menjadi hamba bagimu. janganlah engkau memaksa tuntutanmu sehingga dia membencimu. Janganlah engkau menjauhinya sehingga dia melupakanmu. Jika dia mendekatimu, maka dekatilah dia. Jagalah hidung, pendengaran dan matanya. Jangnalh sekali0kali dia mencium dari dirimu bau yang harum, janganlah ia mendengar darimu kecuali ucapan yang baik dan janganlah ia memandang darimu kecuali yang indah-indah".



Ini pula wasiat Ummu Iyas yang disampaikan kepada puterinya tatkala ia menikah dengan suaminya:



"wahai puteriku, kalaupun wasiat ini hanya meninggalkan sesuatu bagi keutamaan adab dan menonjolkan keturnan, tentu aku tidak akan menyampaikannya kepadamu dan akan menjauhkannya darimu. Tetapi ini peringatan bagi orang yang lalai dan pertolongan bagi orang yang berakal. Wahai puteriku! Andaikata seorang wanita memerlukannya seorang suami kerana kekayaan orang tuanya dan keperluan kepadanya, tentulah aku orang yang paling tidak memerlukannya. Tetapi wanita diciptakan untuk laki-laki dan laki-laki diciptakan untuk wanita. Sesungguhnya engkau akan berpisah dengan perlindungan yang dari situlah engkau keluar, dan engkau akan meninggalkan sarang yang disitulah engkau dibesarkan, untuk beralih di satu tempat tinggal yang belum pernah engkau ketahui dan kepada pendamping yang engkau tidak pernah bergaul dengannya, dan dengan kerajaannya dia akan menjadi raja. Maka jadilah engkau sebagai khadamnya, nescaya dia akan menjadi hamba bagimu. Jagalah sepuluh hal bagi kepentingannya, nescaya sepuluh hal ini akan menjadi simpanan bagimu:




Pertama:
Pergaulan dengan menciptakan kepuasan

Kedua:
Pergaulan dengan cara tunduk yang baik


*Kerana kekuatan merupakan ketenangan hati dan dalam kekuatan yang baik terkandung keredhaan Allah

Ketiga:
Menjaga sasaran pandangan mata, jangan sampai pandangan mata menangkap sesuatu yang buruk padamu

Keempat:
Menjaga sasaran penciumannya, jangan dia mencium kecuali dari bau yang harum

Kelima :
Memperhatikan waktu makan, kerana rasa lapar yang memincak boleh mengakibatkan sikap yang menyala-nyala

Keenam :
Memperhtaikan waktu yang tepat untuk tidur, kerana tidur yang terganggu akan menimbulkan rasa ammarah.

Ketujuh :
Menjaga hartanya dengan mempertimbangkan harta miliknya

Kelapan :
Memelihara kehormatan keluarganya, dengan menguruskannya secara baik

Kesembilan :
Janganlah engkau membocorkan rahsianya, sebab jika engkau membocorkan rahsianya, nescaya engkau tidak akan selamat dari pengkhianatannya.

Kesepuluh :
Janganlah menderhakai perintahnya, jika menderhakai bererti engkau menyesakkan dadanya




Disamping itu semua, janganlah engkau menampakkan kegembiraan jika ia bersedih dan jangan menampakkan kesedihan jika ia bergembira, kerana sikap yang pertama boleh disebut meremehkan dan sikap kedua dapat mengeruhkan. Sejauh mana engkau dapat menunaikan untuk dirinya, maka sejauh itulah pula kemuliaan yang akan diberikan kepadamu. Sejauh mana engkau boleh menyesuaikan diri dengannya maka sejauh itu pula engkau akan menerima perlakuan yang baik.




Ketahuilah wahai puteriku, bahawa engkau tidak akan mampu melakukan semua ini kecuali jika engkau boleh mendahulukan kesukaannya daripada kesukaanmu, dan mementingkan kehendaknya daripada kehendakmu, kecintaanmu atau apapun yang kamu benci. Sesungguhnya jika engkau melakukan yang demikian itu, diapun akan meletakkan kebaikan pada dirimu.



Ini saya tambah lagi, wasiat Rasulullah s.a.w menurut buku 111 wasiat Rasulullah s.aw untuk wanita solehah...



"Seorang perempuan datang bertanya kepada rasulullah s.a.w serta menerangkan katanya: Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumahtangga, ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah s.a.w menjawab;



"sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum juga terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahan si isteri untuk sujud kepada suaminya" [HR Al Hakim]




P/s : Pesanan ini khusus untuk diri sendiri, dan amnya untuk pengunjung blog ini. Panjang sangat dah, nanti saya tambah dari semasa ke semasa.

Sabtu, Disember 13, 2008

Cabaran

Assalamualaikum w.b.t

Ujian datang berbagai cara...kadang dalam bentuk kecil jer, tapi ujian tetap ujian walaupun dia datang sekecil manapun!

Untuk taat pada suami pun banyak ujiannya. Apatah lagi dalam bersuamikan seoarang suami yang ada 2 isteri dan yang sangat 'pentingkan konsep taat pada suami'. Ceehhh...intro pun panjang...

Saya insan biasa, seorang isteri yang cuba untuk taat dan patuh pada suami. Dah lama kahwin baru nak belajar ker? Takdelah gitu...saya selalu taat dan minta izin jugak tapi benda2 remeh tu semakin lama kahwin semakin malas nak call/sms, menganggu jugak giliran sebelah sana,kan. Ntah2 tengah tido ker, bergurau senda ker, tengah gelak ketawa ker, tengah dalam toilet ker, tengah bawak kereta ker...[esp, sejak sebelah tangan tak berfungsi ni, taknak menyusahkan dia jer]


Nampaknya tak boleh fikir gitu lagi, sebab saya ingat tu menyusahkan dia tapi akhirnya sendiri yang susah. Saya kena belajar semula buat benda yang kecil2 dulu, minta izin untuk keluar rumah contohnya.



Sebenarnya selasa, hari yang kami minum petang tu adalah hari terakhir saya keluar rumah, dari kedai zinc corner saya minta terus dibawa ke mini market, beli bawang dan ketam. Terus balik.

Semalam, hari Jumaat, baru saya teringin nak keluar rumah semula, sebab hani yang merengek nak keluar. Otak saya pun ligat berfikir, ke taman kah, ka JJ kah, ke shopping complex yang lain kah? Tiba2 datang idea nak ke air terjun hulu bendul, hari jumaat tentu tak ramai orang, saya fikir lagi.

Dari tengahari usaha menghubungi ayah untuk minta izin telah dimulakan oleh hani, called ke hp ayah 'mesej', called ke rumah peedee~ tak berjawab, smsed hp ayah~ tak berbalas. Rasa nak call hp kak aza jer tapi ahhh...malu pulak! Bukan hal urgent!


Hani mula buat spekulasi:

Hani : Agaknya ayah tak sayang kita lagi kot, ataupun sayang kakak jer tak sayang ammie

Hani : Ataupun ayah jalan-jalan dengan umi dengan anak2 dia kot, tido hotel agaknya?

Hani : Ataupun ayah tertinggal hp kot...

Kesimpulan :

Hani : Takde sapapun yang sayang kakak...sob...sob...

Moral : belajar untuk taat pun satu ujian dan cabaran. untuk saya dan hani. Hisskkk...


p/s : Katanya, boleh keluar tanpa izin suami kalau nak mencari makanan, tapi dalam peti ais banyak lauk lagi, pendek kata stok makanan sumer ada! boleh ajer kalau start keter terus jalan jer mana2 suka, tapi kata nak belajar taat kan?


Saya petik dari
www.mesra.net/forum bertarikh 23 Nov 2008


Tajuk : Isteri mentaati suami

SOALAN: Madu saya selalu berusaha untuk memisahkan kami dan sering menghalang suami menemui saya. Pernah dia keluar rumah, meninggalkan anak-anak, tidak diketahui ke mana pergi menyebabkan suami saya cuti beberapa hari kerana menjaga anak-anak yang masih kecil.

Suami saya begitu sabar atas kelakuan madu saya tetapi madu saya mengambil kesempatan. Saya begitu terseksa, tetapi tidak mahu berpisah dengannya, memikirkan anak dan kandungan saya, lagipun umur saya sudah lebih 30 tahun. Saya tidak reda terhadap tingkah-laku suami yang saya anggap terlalu mengalah dan terlalu memberi muka kepada madu saya.

– Isteri Kedua, BM

Jawapan:

Apabila seseorang perempuan itu telah menjadi isteri kepada seorang lelaki, tidak kira dimadu atau tidak, dia mesti berusaha untuk mentaati Allah, taat kepada suami, berusaha memperoleh keredaannya seberapa boleh, kerana suami adalah syurga baginya dan dalam masa yang sama suami juga boleh menjadi neraka baginya:



Rasulullah ada bersabda yang bermaksud;


mana-mana perempuan (isteri) mati, pada hal suaminya meredainya, dia akan masuk syurga. Dalam hadis lain dijelaskan apabila seorang perempuan itu menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan dan mentaati suami, maka dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu syurga menurut kehendaknya.

Mengenai ketaatan isteri yang wajib dilakukan terhadap suaminya, Rasulullah juga ada bersabda yang bermaksud:


Burung-burung di udara dan ikan paus dalam air, juga malaikat di langit, matahari juga bulan memohon keampunan bagi perempuan yang taat setia kepada suaminya, selagi isteri tadi dalam keredaan suaminya. Mana-mana perempuan yang mengingkari suaminya, maka ke atasnya laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya, manakala perempuan yang kelihatan masam muka pada pandangan suaminya, maka dia, adalah dalam kemurkaan Allah, sehinggalah dia menggembirakan dan memohon keredaannya.


Begitu juga perempuan yang keluar dari rumah tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya sehingga dia balik.



Tanggungjawab dan kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh isteri terhadap suami adalah jelas di mana ketaatan itu tidak bertentangan dengan perintah Allah, begitu juga dengan apa yang mesti dilakukan oleh suami. Andainya seorang isteri itu diperintahkan agar mentaati suami dan mencari keredaannya, suami juga diperintahkan agar belas dan bertimbang rasa kepada isteri, berlemah lembut juga bersabar terhadap perilaku isteri.


Dalam masa yang sama suami wajib menyempurnakan atau menunaikan hak isteri seperti memberi nafkah, pakaian, tempat tinggal, perbelanjaan anak-anak dan sebagainya seperti dijelaskan dalam firman Allah dalam surah an-Nisa: 19.



Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa baginda Rasulullah menjelaskan; Sebaik-baik kamu (suami) ialah mereka yang berbuat baik kepada keluarganya. - Hadis riwayat Ibn Majah.



Menurut satu riwayat oleh at-Turmuzi, seperti yang tersebut dalam kitab al-Iman, baginda ada bersabda yang bermaksud sebaik-baik kamu, ialah orang yang lebih berlemah lembut terhadap keluarganya.


Rasulullah sangat berlemah lembut terhadap isteri-isteri baginda.Perbuatan isteri menghalang suami berjumpa madunya adalah salah, di luar ketaatan Allah dan Rasulnya. Seorang perempuan apabila telah menjadi isteri bagi seorang lelaki, tidak kira sama ada dia isteri pertama atau kedua, mempunyai hak yang sama. Dia berhak menerima nafkah diri, pakaian, tempat tinggal, giliran dan sebagainya.


Ini ketentuan Allah yang wajib dilaksanakan suami.Memberi giliran isteri adalah tanggungjawab suami. Tidak ada alasan yang boleh mengecuali atau mengabaikan, kecuali dalam keadaan tertentu, ataupun dengan keredaan isteri yang sepatutnya menerima hak tadi. Itulah di antara sifat adil, yang mesti dimiliki oleh lelaki yang kahwin madu.


Ketentuan ini adalah ketentuan Allah, manakala tanggungjawab tadi terletak di pundak suami.Apabila seorang isteri menghalang suami untuk memberi giliran kepada isteri lain, dengan cara keluar rumah meninggalkan anak-anak dan mencabut road-tax kereta, ini bererti si isteri menghalang suami melaksanakan tanggungjawabnya. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa si isteri tidak taatkan perintah yang ditetapkan Allah SWT.Dalam peristiwa Israk Mikraj, baginda Rasulullah telah diperlihatkan keadaan neraka dan mendapati kebanyakan penghuninya adalah wanita.



Rasulullah menyatakan hal demikian berlaku kerana mereka sedikit ketaatannya kepada Allah, rasulnya, juga kepada suami di samping banyak berhias, yang disebut sebagai at-tabarruj di mana apabila keluar rumah, mereka berpakaian paling cantik, berhias dan memperelok diri, lalu keluar, menyebabkan timbul fitnah akibat perbuatannya.


Biarpun dia sendiri mungkin selamat atau terpelihara daripada fitnah, tetapi orang lain tidak selamat.Perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin dan kerelaan suami dengan meninggalkan anak-anak bertujuan supaya suami tidak boleh keluar rumah kerana terpaksa menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama tidak boleh ke rumah madunya juga merupakan perbuatan mengingkari perintah Allah dan ketaatan terhadap suami, apatah lagi ia dilakukan dengan sengaja untuk menghalang suami melaksanakan kewajipannya.




Baginda ada menyatakan empat golongan wanita yang akan masuk syurga dan empat yang lain dalam neraka. Empat golongan yang masuk syurga ialah perempuan yang menjauhkan diri daripada perbuatan haram, taatkan Allah dan suaminya, banyak anak tetap sabar, memadai dengan hidup sederhana bersama suami dan ada rasa malu.


Ketika suaminya tiada, dia memelihara kehormatan diri dan hartanya dengan penuh kesabaran dan ketika suaminya ada dia menjaga lidahnya. Perempuan kematian suaminya pada hal dia mempunyai anak kecil, lalu dia menyediakan diri berbakti untuk anak-anak, memeliharanya, tidak berkahwin lagi takut kehilangan mereka.


Adapun empat golongan perempuan yang akan menjadi penghuni neraka ialah;


Pertama, mereka yang lancang atau jahat lidahnya terhadap suami. Tidak memelihara diri ketika suaminya tiada, tetapi ketika suaminya ada, dia menyakitinya dengan lidahnya.



Kedua ialah perempuan yang membebankan suaminya dengan beban yang tidak upaya dilakukan oleh suami.



Ketiga ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada lelaki dan keluar rumah dalam keadaan berhias,



Keempat ialah perempuan yang tidak mengambil berat, kecuali makan, minum dan tidur, tidak minat sembahyang, juga tidak taatkan Allah, rasulnya juga tidak taatkan suami.



Wanita seperti ini, andainya keluar dari rumah tanpa izin suami, mereka adalah dalam keadaan tercela, dan akan menjadi penghuni neraka kecuali ia bertaubat.


Lemah lembut
Puan mengakui bahawa suami seorang yang baik, lemah lembut dan bertimbang rasa, biarpun puan berkahwin dengannya tanpa pengetahuan yang dia beristeri dan punyai tiga anak.




Berkemungkinan apa yang berlaku ke atas puan termasuk tidak mendapat giliran berpunca daripada angkara madu puan, bukan atas kerelaan yang disengajakan oleh suami. Masalah yang timbul lebih memihak, berpunca daripada madu puan. Walaupun tanggungjawab untuk melakukan giliran dengan adil adalah daripada suami.



Kerana itu, masalah yang timbul tidak boleh diletakkan sepenuhnya ke atas suami, apatah lagi memandangkan tindak-tanduk madu puan yang berusaha terus menerus untuk memisahkan perkahwinan puan.


Masalah yang dihadapi puan bukan sesuatu yang nadir bagi mereka yang berpoligami. Keadaan seperti ini memerlukan banyak masa untuk mengatasinya, bergantung kepada sikap dan cara berfikir isteri yang sedia ada, namun yang memainkan peranan sebenar tetap suami, kerana dia adalah ketua rumah tangga yang sepatutnya bijaksana mengatasi atau menyelesaikan masalah.



Mungkin itulah salah satu harga yang mesti dibayar oleh mereka yang berkahwin lebih daripada seorang isteri.Puan tidak salah kerana tidak reda kelakuan suami, kerana itu hak puan yang wajib dilaksanakan olehnya, namun, berdasarkan sikap madu puan, puan perlu bersabar.



Seorang telah datang untuk menemui Saidina Umar r.a kerana hendak mengadu tentang tingkah-laku isterinya, lalu dia berdiri di hadapan pintu rumah beliau, menunggunya keluar.


Ketika itu dia mendengar isteri Umar sedang meleter bercakap panjang. Pada hal Umar diam sahaja, tidak melawan cakap, lalu lelaki tadi beredar. Dia terfikir, “kalaulah begini keadaan Umar, seorang lelaki yang tegas dan keras dan seorang amirul ‘l-Mukminin, bagaimana pula hal aku?”Umar keluar dan melihat lelaki tadi sedang membelakangkan pintu rumahnya beredar pergi, lalu ia memanggilnya, bertanyakan apa hajatnya.



Lelaki itu menjawab, “ya amiru ‘l-mukminin, saya datang hendak mengadu tingkah-laku isteri saya dan menunggu tuan. Saya mendengar kata-kata isteri tuan, lalu saya hendak beredar pergi. Kalaulah keadaan seperti ini berlaku kepada tuan, kenapa pula saya tidak boleh bersabar!”Umar menjawab, “saudara! sesungguhnya saya telah membebankan ke atasnya tanggungjawab saya.


Dia memasak makanan untuk saya, membuat roti, membasuh pakaian, menyusu anak untuk saya, pada hal semuanya itu bukan sesuatu yang wajib dilakukan olehnya. Kerananya hati saya tenang, selamat daripada benda haram. Sepatutnya tugas itu saya lakukan!”Mendengarkan kata-kata itu, lelaki itu berkata “ya amirul Mukminin, isteri saya pun sama macam itu,” Sayyidina Umar berkata: “Bersabarlah. Ia tak lama!”Hidup berumahtangga, lebih-lebih lagi bagi yang beristeri lebih dari satu selalunya menghadapi pelbagai masalah.



Allah menjadikan cemburu itu sifat semula jadi manusia, lebih-lebih lagi wanita. Rasa cemburu sering menyebabkan manusia seumpama membelakangkan hukum-hukum Allah, lebih- lebih lagi mereka yang kurang memahaminya.


Kemungkinan apa yang berlaku adalah cubaan Allah. Apabila Allah menurunkan cubaan, Allah memberi kekuatan iman kepada puan, iaitu sabar, lalu akhirnya Allah meletakkan puan pada maqam yang tinggi di akhirat kelak.Puan sering merintih, menangis, merayu dan mendayu pada Ilahi.


Sesungguhnya, malaikat Jabril itu ditugaskan untuk menunaikan hajat manusia. Apabila seorang kafir itu meminta, Allah memerintahkan Jibril menunaikan permintaannya, kerana Allah tidak mahu mendengar keluhan dan kemahuannya, Dan apabila seorang yang beriman itu memohon, merintih, Allah memerintahkan malaikat Jibril menahan daripada menunaikan permintaannya, kerana Allah terlalu rindu mendengar suaranya.




Besar kemungkinan bahawa rintihan, doa dan tadaruk puan itu suara-suara yang Allah rindu mendengarnya dan Allah akan mengatasi masalah puan akhirnya seperti termaktub di loh mahfuz. Allah yang memberi cubaan, penyakit dan sebagainya dan hanya Allah jua yang mengatasinya.

Ahad, November 23, 2008

Isu Taat suami lagi

Assalamualaikum w.b.t

Ni sajer boring nak study ni, so belek blog plak...oh yer...esok jam 9.00 hingga 12.30 tengahari saya exam PTK, kalau kawan2 datang tengok blog tak update esok, tengah examlah tu...tolong2lah doakan saya esok, moga2 boleh jawab...tak sabar nak tunggu abis exam tu...nak tunggu pak haji dan hani dan zubair datang dari PD ambik saya. Dah terasa-rasa rindu dengan anak gadis saya tu, Hani Suhaila... dari Ahad lepas 16.11.08 ikut ayah balik PD esok baru jumpa semula. Sengaja saya tak call dia lagi sebab taknak emosi dia terganggu dan saya plak nanti teringat2 kat dia...dua kali jer call, mula2 tu tak suka nak cakap sebab tengah syik main. Kali kedua menangis2 suh datang ambik dan-dan tu jugak...macam kena dera jer...


Rupanya esok tu call sekali lagi tapi cakap dengan kak aza, rupanya kak aza rasa macam bersalah sebab dia takut saya susah hati dengar hani menangis, masa saya call hani nangis2 tu kak aza ada kat tingkat atas mesin baju, saya cuma cakap dengan hani syakirah tanya napa adiknya nangis, syakirah jawab sebab dah gelap, saya ingat takde letrik..rupanya kak aza cakap dia dah padamkan lampu sebab siang tu semua tak tido, kak aza kata lepas abis basuh baju turun2 tu jer dua2 hani tu dah tergolek tido...


Saya tau hani sedih sebab dia takde nak peluk sesiapa lah tu. Kalau tido tergolek sensorang dia memang sensitif, w.pun kiri kanan adik beradik dia ada, dia mesti nak ada body contact. Masalahnya yang dia nak peluk samaada saya atau ayahnya jer, orang lain dia taknak langsung. Kalau kt rumah, masa ayah ada, memang ayah tidokan dia dulu, kalau kat rumah umi dia mesti nak tido dengan ayah jugak. Hani cerita kalau hari ayah balik lambat dari surau tu, dia akan nangis perlahan2 di sebalik bantal sebab tak kasi orang dengar sebab malu + sedih takde sapa nak peluk...<--ni kalau dia cerita saya sedih dengar ni mesti pesan kat ayah balik cepat2 tidokan hani dulu... Mujur juga, kat rumah tu adik dia zubair jenis taknak ada body contact langsung, so tak timbullah isu berebutkan ayah...hani conquer ayah sorang... Kawan2...., malam tadi kan saya borak2 dengan pak haji & dia cadangkan hani sekolah tadika swasta di PD..[again sama macam awal tahun ni punya problem], saya pulak dia suh menyewa apartment di PD, kalau di sana melambak aparment around 200++ sebulan ni, takat ada hall dan bilik jer, setakat duduk masa hari takde kelas.... Fikir buat kali pertama macam tak setuju 100% idea pak hj ni but again timbul isu 'tak taat' pulak nanti...serba salah. Tapi fikir dalam2 rasanya ada logik dan rasional idea dia tu. cuma sem depan ada 5 paper, harap2 jadualnya takdelah pack sangat...cuma terfikir nanti menyusahkan kak aza uruskan persekolahan hani plak, tapi kata pak haji, sebab nak suh hani sekolah PD adalah kerana nak bagi motivasi zubair utk ke sekolah, aza kan dah sibuk dengan hani sofiyyah, elok jugak zubair ke sekolah... Dan lagi, kalau benar pak hj nak sekolahkan hani ke PD saya kira elok jugak, masa nilah kalau benar dia kata kalau saya ikut kata dia pindah ke sana, dia akan tanggung, bolehlah saya tunggu dan lihat...adakah hani punya kos dia biayai, ntahlah macam2 pulak pak hj ni... Buat masa ni, cuti nanti kami akan survey apartment kat sana, dia ada sebutkan beberapa apartment, nanti2ler, susah jugak nak buat keputusan....adakah kalau saya ikut cakap dia kali ni akan dapat mengurangkan faktor2 yang mendorong pergaduhan kami, sebab dia takde alasan kata saya tak taat, sebab selama ni banyak benda dia cadang saya tolak, tu sebab pagi2 tadi masa hantar dia ke kereta utk balik PD say tanya lagi banyak benda ssys ikut cakap abang, tak cukup 8 tahun ni saya ikut cakap abang, dia kata mana ada saya ikut, semua saya buat ada unsur kepentingan diri...WHAT??????? tapi sebab keter dia dah nak gerak tak dapat saya nak bahaskan tuduhan [tohmahan] dia tu!!!!



P/s :Tadi bukak customize, baru terperasan ada kemudahan poll... so saya buat poll kat sebelah kanan atas sekali, kalau rajin kelik2 lah kat poll tu, boleh jawab lebih dari satu jawapan dan boleh juga poll banyak2 kali, kalau malas pun takper, dah namanya pun suka2..kan...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP