Jumaat, Mac 11, 2011
Bermadu~ manis & pahit dlm masa yg sama, hanya yg mengalami merasai...
Malam ini tiba2 teringin menyelusuri semula filem ayat-ayat cinta yang pernah membawa fenomena dalam industri perfileman di Indonesia dan kemudian merebak pula hingga ke Malaysia.
Sehingga di negara kita dihasilkan sebuah darama bersiri hasil cetusan idea dari filem berkenaan, gaya garapan, sinematography malah skrip dan kesan bunyinya juga tak jauh beza dengan filem ayat-ayat cinta ini.
Apa lagi kalau bukan drama Nur Kasih, kemudian diadaptasi pula kepada filem Nur Kasih.
Atas formula yang sama, iaitu kebijaksanaan bermain dengan perasaan, drama ini berjaya mencapai berjuta-juta penonton, sehingga dijual dalam bentuk DVD, diulang tayang dan dapat menaikkan nama pelakon2nya.
Tapi saya bukan nak komen panjang tentang hasil seni ini, yang saya tertarik adalah kisah yang disedut dari filem ini, iaitu bermadu kasih.
Dalam ayat2 cinta, babak poligami dipapar terus, manakala dalam Nur kasih, tak lepas dari babak2 saling mencurigai, nur amina dikatakan mencintai abang iparnya.....sehingga ke hujung cerita babak2 ini masih nyata..
Akhirnya, Nur Aminah bermadu juga, bermadu dengan Katrina bekas kekasih Adam dari Australia begitu juga dengan Aisha dalam filem ayat-ayat cinta terpaksa bermadu dengan Maria
Apa yang saya tersentuh adalah anugerah Allah terhadap perasaan dan naluri wanita
Mereka sedia berkongsi, sedia bermadu, sedia berbahagi kasih, sedia juga berkorban
Malah siapa kalau dikira logik sanggup berkorban benda paling bernilai dihati mereka (suami), memang tak sanggup
Namun kerana kasih dan sayang tak berbelah bahagi terhadap suami, maka mereka sanggup salurkan korban tu sehingga mencederakan hati sendiri
Maka , hargailah korban wanta, bukan calang2 wanita yang sanggup berkorban perasaan ini...
Hanya yang melalui poligami, bermadu yang merasai perit, pahit sekaligu merasai manis dan nikmatnya bermadu, berkongsi kasih....dan hanya mereka yang terpilih akan merasainya....
Dan saya bertuah kerana terpilih merasai alam bermadu, berkongsi kasih dan berkorban....apa yang dipapar dalam sedutan dibawah benar-benar saya rasai sehingga menikam jantung hati bila menontonnya...
terasa-rasa esak tangis aisha adalah esak tangis saya juga, terpesona dengan kegembiraan Maria mendapat suami seolah terasa saya pula yang begitu
tak semua akan dapat selami kesedihan dan kegembiraan ini dengan hebat sepertimana saya rasa.....syukur...
Sekadar saya kongsikan babak2 yang dianggap ngeri oleh mereka yang tak bermadu manakala bagi yang bermadu, ia adalah kenyataan yang wajib diterima dan ditempuh dengan kesabaran yang bukan sedikit....
Saya tidak meminta suami seperti Fahri, dan tidak meminta madu sebaik Aisha malah saya juga tidak mendamba menjadi Maria, cuma saya berdoa saya bisa ada perasaan sabar yang tiada hadnya. Itu memadai.
Wassalam
Ahad, Julai 25, 2010
Terbayang2 buah durian dan teringat2 kesedapannya...
Perut sedang kenyang baru lepas makan ni.
Tapi tekak ni terasa sangat-sangat nak makan durian.
Musim ini baru dua kali makan durian.
Nampaknya kena keluar mencari durian. Durian yang dah siap kopek pastinya. Senang makan dan kualiti rasa dijamin. Cuma tak dapatlah nikmat berebut2 ambil dari pangsanya!
Takperlah asalkan dapat makan durian.
Wassalam
Khamis, Disember 04, 2008
Kalau begini caranya?
Tapi lepas gaduh kali ni saya memang tak bernafsu dah nak periksa mesej tu semua. Walaupun ada kesempatan, saya tak tengok pun pda tu. Biasanya semua mesej saya masa gaduh akan disimpan oleh pak hj, dulu2 punya gaduh pun masih ada dalam pda dia tu...terutama bab2 saya pinjam duit, wahh mesej saya bukan main disimpan lagi, sebagai bahan bukti nanti kot?
Mesej2 kak aza biasanya memang banyaklah, biasalah dia pakai prepaid, mesej lagi jimat,kan? Macam saya ni pakai minutes plan celcom jimat lagi kalau buat panggilan, so saya punya benyak panggilan ajer, dan saya memang pemalas taip mesej! tapi lepas subuh ni saya nampak elok jer landing PDA tu atas katil, saya pun lepas solat subuh, takde apa nak buat membeleklah cam biasa....banyaklah mesej, panjang, pendek semua ada....tapi yang satu ni pendek jer, tapi say tertariklah apa yang tersurat di sebalik mesej yang pendek ni...
"Yang... bila nak balik ni, anak2 semua boring, umi pun!"
Ntahlah, saya cuba bersangka baik selalu...dan saya tak mau ada dendam dalam hati, menyesal pun ada baca mesej tu sebaba dalah beberapa benda lagi yang saya baru tau, takperlah tu semua hal2 keluarga dan hal2 semasa, tapi yang ni ajer relevan utk saya luahkan....
Selasa tu saya balik kampung dan saya baru balik dari kampung semula maghrib semalam, malam tadi pak hj ada, biasalah tu pasal blog sunyi ajer...
Ahad, November 23, 2008
'~Bilik No 202~'
Tajuk macam drama jer..bilik no13...tapi ni lain sikit, bilik no 202. Jemu lak rasanya duk sensorang kat bilik ni 202 ni dari isnin lepas, so malam semalam lepas public speaking saya baliklah, lepak sungguh rasanya, mengantuk yang amat, balik tu ada risalah dalam letter box tu, so masuk rumah jer lepas kunci pintu, saya baring kat sofa sambi belek2 newsletter jualan2 barang ni, rasanya tak sampai dua muka surat saya dah tertido....tudung pun tak tanggal sebab kalau tanggal nanti harus saya campakkan kat situ jugak, sebab malas nak sepahkan saya biar jer kat kepala...sudahnya setengah jam tertido...
Rasanya bila jam bunyi 12 kali baru saya tersedar...cadangan nak sambung buat tugasan, hancussss, sebab katil dah memanggil2...sudahnya jam 5 bangun semula sebab susah hati kerana 12 jam lagi nak kena hanar tugasan yang baru siap 40% rasanya.... solat isyak pun jam 5....pastu terus duduk depan pc tu sambil2 mesin baju, sampailah jam 12 tu dengar macam alarm keter ayah...dah..dah balik pulak dah orang tua ni....dengan kerja saya tak siap, kang dia plak suh ambik tu ini..saat2 ni memang rasanya tak boleh org kacau..saat2 kritikal...
Saya ni dahlah jenis kalut2, menyesal sungguh rasanya tangguhkan buat assignment ni, yang teruknya, kami berempat dari minggu lepas berbincang kononnya kami berempat nak minta tangguh hantar assingment yg ni, tapi kami bincang berempat jer dan tak tanya pensyarah... tak siap tu kononnya sebab bz dengan persiapan nak exam lah..
Asignment yg ni sebenarnya proposal utk tesis masing2 next semester nanti... sbnarnya ini perubahan diakhir2 minggu kuliah tu, asalnya ni bukan assignment tapi ada satu assignment tu dibatalkan, sedangkan kami dah present tapi ada group yang macam tak ok, pensyarah batalkan assigment tu ganti yg ni.... yg buat jadik lambat sesangat sebab saya sebenarnya nak buat tajuk lain, tanya kat pensyarah tu, dia kata why not u buat tajuk ni...bla...bla...., lagi bagus...sebab ni benda baru kan, mesti kajian tu nanti dapat menyumbang pada jabatan....semua orang nak tengok apa beza, apa lebih dan apa kurangnya SPRM (suruhanjaya bebas tulah...) banding yg sedia ada ni...tengok expectation masyarakat, tengok bidang kuasanya, panjang lah dia cakap....sudahnya saya pun berubah hati konon nak buat tajuk tulah...sudahnya makan diri, sebab akta tu pun tak bentang lagi kat parlimen, kami pun tetanya2 apa perubahannya...jadik mencari bahan tu memang cabaran besar...next semester nanti barulah jelas sebab parlimen pun dah bahaskan dan mungkin akta baru pun dah diwartakan...
Agaknya tadi dalam jam 3.30 barulah saya dapat siapkan tapi dengan perasaan tak puas hati sangat sebab ada banyak fakta dan statistik tak dapat buat dalam bentuk chart dan table, ada beberapa bibliograpy tak masuk sebab tak sempat sangat nak belek2 buku...yang pak haji pulak sibuk duk tanya2 dah siap ker, jam berapa nak pergi...eiiii semak otak saya! kang nak marah merajuk lagi plak, sudahnya, cakap kat dia, bang senyap kejap bang wa tengah tension ni....sudahnya dia buka astro jer...dia datang tu pasal dia nak guna internetlah tu....walhal lappy ada, tapi dia nak betul2kan wayar modem tu semua, ambik lappy semua leceh utk dia, semua nak saya yang sediakan....tp bininya sibuk tak hengat!
Tiba2....ahhh sudah!!! A4 paper lak abisss...tak perasan sungguh...laghap (cepat habis) benar A4 ni, sejak2 musim assignment dan exam ni, so sy cadang on the way nanti gi office jerlah boleh binding sekali...tapi alamak sempat ker ni??? janji jam 5 berkumpul dan pergi sama2 ke Mc D i ikea tu, ni dah jam 3.45...tapi klau lambat rasanya kena pergi sendiri terus ke IKea lah...tapi camana saya tak tau jalan...alhamdulillah sib baik pak hj ada kan....cepat2 ajak dia ikut gi KL, mujur dia tak kisah....pelan kecemasan sebab pertama dia pandai jalan ke ikea tu dan sebab kedua bawak bintang dia, boleh pecut dan cepat sampai...hal kertas A4 pak hj cakap baik gi kedai cepat lebih jimat masa, terus dicampak kunci keternya, masa ni saya dah siap nak bergrk cuma pk2 nak gi office ker nak gi kedai beli A4...memang teruk betul kali ni, jangan contohi part ni, last minit yang betul2 last minit ni, sebab isnin lectr dah kena submit markahnya....so nak taknak semalam dia cakap senyum2 dia talleh tolong kami kena hantar hari ni jugak, sebab umah dia dekat ikea tu makanya kenalah kami ke ikea...
So gi kedai sib baik kedai kat umah ni ada jual kertas yang siap dah lubang2 tu, so dalam perjalanan tadi bila berhenti jammed saya pun masukkan lah ring dia secara manual jer...fizikal tugasan tu takdelah teruk..cantik cuma dalamannya tak taula...
Asyik citer buruk jer,kan...so hari ni saya nak rakamkan terima kasih sebab pak hj sanggup temankan saya gi hantar assignment, takde tunjuk moody dia walaupun sya bawak keter tadi cilok2 potong sana sini dan kejap2 keluar bahasa #%$^*& bila keter/bus masuk jln sy, dan dia izinkan saya bawa bintang dia sebab saya kata kalau abang bawak mesti tak sempat sampai jam 5 kat jalan duta, macam saya memang dah biasa memecut 140/150 per hour, so dalam jam 4 dari rumah, 5.05 minit dah sampai jalan duta. hujan lebat sangat, terima kasih juga sebab dia rela tangguhkan solat jemaah utk asar tu sebab saya cakap takut tak cukup masa dan sesampai jer off jalan duta, alhamdulillah suraunya dekat dan tmpat wudhu'nya pun selesa dan sesuai utk pak hj dan dia terus ke surau...nasib baik juga, ASP polis yg sama course tu tolong hantarkan ke pensyrh, memang dah janji kami ber4 nak kumpul kat office j.duta pastu baru ke McD, yg dua org lagi tu [sorang asp polis jgk, yg sorang lagi TNB] sebab dah kelewatan siapkan tgsan diorang terpaksa hantar terus ke McD tu...hahahaa...padan muka kami....kenangan betullah hari ni...sampai kena sound dengan pak hj apasal teruk sangat yang assignment kena hantar kat Ikea tu...kan ker jauh sangat tu...saya senyum jer malas nak citer panjang kat dia...banyak hal pulak nanti..sebab dah ada tanda2 dah dia tanya saya sebulan lebih dia takde tu kenapa tak buat bagi siap, kan dia takde tak payah layan dia, banyak masa...heheheee, layan blog lerrr...[tapi takcakapler dengan dia]
Balik dari Kl terus saya ajak pak hj gi de palma sepang dan dia setuju..yeyyy...asalnya cadang balik rumah sajork...singgah makan kat kedai di salak, pastu maghib sampai ke de palma, lepas maghrib layan tido dulu [tk abis2 ngantuknya..] sudahnya group discussion malam ni terlepas sebab 10.30 baru saya terbangun...pak hj layan internet [sib baik sini ada wifi, tak dia melangut jerlah], ntah pasal ternak ketamlah, ikan kelilah mcm2 bisnes dia minat....
Lepas tu layan Tv, makan2 yg ringan [memang dr sampai sy beli mcm2 makanan stok msa stay up utk study], pastu borak2 ngan pak hj, dia ada ajak balik rumah jugak, sy kata malas, balik umah mesti mood nak tido bila tengok katil sendiri....so kami putuskan dok sini jerlah walhal persiapan pakaian tak cukup ni, tadi sempat capai baju kurung jer 2 helai, persiapan lain habukk tarak...esok gi kedai kat nilai jap...so pak hj balik PD esok, isnin lepas sy abis exam dia dengan hani datang ambik sy...sekarang sy mulakan buat entry sebelum saya mula study semula utk PTK pulookkkk....cissss tak abis2 gue study...seksa...
p/s : baru kejap ni kak aza call tanya napa tak balik2 lagi, 'terketar2' jugak pak hj nak menjawabnya, dia kata kan dah cakap malam ni tido seremban...., malam tadi masa saya cakap dgn pak hj jangan balik rumah sy sebab saya ada tugasan nak disiapkan, memang dia ada cakap nak balik seremban sebelah petang hari ni, nak relax katanya, saya kata takperlah, apa saya kesah sebab saya pun dah takde kat rumah, memang sy cadang nak ke Kl sensorang pastu terus ke sepang, tapi dah dia 'serah diri' angkutlah sekali ke hotel ni...saya tanya, hai takut juga nak bagitau ada kat hotel yer...dia kata, yerlah dah kat sana ada dua anak pak hj merangkap anak tiri kak aza jaga, takkan dia nak senang2 tinggalkan pulak...2 anak tiri tu Hani dan angah lah...sian kak aza, semua anak2 tiri berkumpul kat umah dia...angah, 27 tahun pun duduk sana dah sebulan, jadik imam dan ajar budak2 ngaji kat surau .... takper isnin nanti pak hj akan bawak hani dan zubir dan saya akan jaga zubir plak...pastu kan saya akan siapkan assignment PTK ni dan lepas tu pak haji ajak cuti2 malaysia, destinasi nanti ikut gerak hati [kami memang begitu, klau rancang tak jadik], kami akan bawak hani dan zubir, senang perjalanan tu nanti takde hani merengek2 mengacau sebabzubir ada dan dia boleh main sama2....
Ahad, Ogos 31, 2008
Persiapan Raya
Tajuk tu memang agak melampau kan? Tapi sebenarnya, bagi orang lain dah lama buat persiapan kan...yerlah sekurang2nya mesti dah beli kain baju sesikit dan dah tempah jugaklah...
Tapi buat saya dan hani tahun ni memang takde persiapan apa-apa pun. Sikit pun takde. Kalau tahun2 dulu adalah jugak saya belikan beransur-ansur dari 2/3 kali gaji sebelum hari raya tapi tahun ni ntahlah mungkin sebab saya tak ke shopping compleks ataupun sebab saya sibuk dari awal bulan 7 ke kelas, maka takde masa jalan2 dengan keadaan kewangan pun "paras hidung" jer tetiap bulan.
Maka gaji kali ni, saya pun tanyalah ayah, boleh tak saya nak beli baju raya hani, tanya tu sebabnya kalau hujung bulan putus duit bolehlah minta duit ayah...so lepas sarapan tadi ayah bawalah ke kedai yang saya minta bawakan tu. Tak jauh kedainya, di belakang Giant Senawang jer.
Sepanjang 4 kali raya sepanjang hidup Hani ni rasanya belum lagilah kurang dari 8 helai bajunya... tapi raya kali ni saya agak 5 helai jerlah kot. Dulu 3 helai baju kurung + baju t shirt + seluar + skit + gown...tadi saya dah beli baju kurung Hani 3 pasang, baju kurung saya sepasang semuanya dengan harga yang sangat murah [pada sayalah]...
Kalau dulu standard saya baju raya tu mestilah sekurang2nya hundred over, tapi kali ni, RM 68 ajer, baju Hani pulak selai RM 22, yang lain RM 17 dan RM 19. sangat murah, semua baju siap jer.
Tapi kali ni ayah cakap, beli baju kurung jerlah, tak perlu gown2, dah besar, biar bersopan sikit... oklah saya pun setuju jugak, bila fikir2 yang saya raya pun tak ke mana sangat pun, maklumlah bermadu ni, nak jalan tanpa suami pun leceh nanti sedara mara tanya suami mana, maka saya tunggu sedara mara datang rumah jerlah.
Lagipun tahun ni bukan ada di pejabat pun, selalu kalau di pejabat adalah gi makan2 kat rumah kawan2 yg duduk kuarters ikut giliran hari lain2, tahun ni naik raya pun assignment dah melambak, siap prof cakap, raya tahun ni tak payah buat kuih lah, anggaplah assignment tu macam persiapan hari raya..melampau betul!!!
Lepas tu dah nak exam...mana nak persiapan exam, mana nak dateline assignment. Memang tak rayalah tahun ni...saya rasa, Hani pun saya tinggalkan kat kampung cuti raya ni, hal baju raya Hani tu mungkin gaji sept + bonus tu nanti saya carilah yg design moden sikit sepasang dua.
Kalau nak banyak persalinan saya dah ada dah satu kedai yg jual2 baju2 branded reject tu di Seremban Jaya, lawa2 fesyennya, berbaloi beli untuk budak2 tengah naik macam Hani ni dan fesyennya pun sopan2 dengan seluar panjang dan t shirt yang feminin....
Kadang fikir tak adil jugak gaji ribu riban, anak sorang jer tapi beli baju anak pun berkira, entahlah, banyak nak kena fikir, ni nak kena beli langsir mak saya ni dalam 30 meter, dah janji hari tu, bolehkan saya baru teringat, harap mak saya sempatlah jahit sebab dia jahit sendiri jer.
Gaji sept nanti harus juga diingat nak kena siapkan duit raya, nak kena beri mak lebih sebab persiapan raya kat rumah kampung dan juga nak kena beli kuih raya [dan modal buat kuih raya] utk rumah sendiri dan rumah mak [sebab dah tradisi turun temurun memang saya yg beli majoriti kuih raya kat kg, sebab mak mmg tak buat satu kuih pun].
Jadi korban...korban...ikut nafsu memang nak fikir utk diri sendiri jer sebab memang best nak pakai baju mahal2, nak rumah cantik2, tukar langsir [langsir saya dr tahun 2001 tau!], nak barang2 emas jugak [sejak kawin nak beli rantai/rantai tangan pun tak beli2 lagi, fikir beribu kali]
Tapi takper, ada ganjarannya. Mana tahu tahun depan ker tahun depan lagi satu ker dapat naik satu takuk lagi kan....di saat2 rombakan besar2an jab ni. ada rezeki allah nak beri sabar jerlah kan...
Ikut hati saya, saya tadi nak belikan sepsang baju kurung yg sama untuk Hani Suhaila dan Hani Syakirah dan sepasang baju Melayu untk Zubair dan Elyas (abangnya) serta satu jubah untuk Kak Aza dan sepasang baju melayu untuk pak haji yg sedondon warnanya tapi dah si Zubair dan hani berlari2 kejap2 menyorok kat kedai tadi susah nak kawal...
Saya pun sempat beli baju hani jerlah...tahun lepas kak aza belikan Hani 2 baju kurung, lagipun awal tahun ni kan Kak Aza jaga Hani ingat nak beri dia jubah utk raya [w.pun dia dalam pantang] saja ambik hati...sebab semester 2/3 mungkin dia kena jaga hani lagi...
Okaylah....wassalam
P/s : Selamat menyambut Ramadhan bulan keberkatan, bersama-samalah kita berebut-rebut menggandakan pahala di bulan ini, banyakkan amal, mana tau Ramadhan ini yang terakhir buat kita, oh ya, salah silap dalam menulis kot ada terguris maafkan saya, moga2 Ramadhan ini hidup kita dilimpahi rahmat dari Allah swt. Amiiinnn
Khamis, Ogos 21, 2008
Orang gaji

Dewi ni pun saya buat sendiri2 takde melalui agen, dia cakap nak balik sebab mertua sakit lepas kerja dengan saya tak sampai setahun, saya benarkanlah, sebab dia dah kahwin dan suaminya juga ada di sini dan mertuanya ada kencing manis saya dah agak yang dia tak akan datang Malaysia lagi...saya lapang dada jerlah...
Selasa, Ogos 12, 2008
Tak ketahuan..
Rasa tak ketahuan sungguhlah...hari tu sungguh rasa relax, bebas dan rasa merdeka. tapi sekarang hidup saya rasa tak ketahun pulak daaaaaah...
Tak tahu nak buat keputusan...ni dilemma saya;
1. Kekangan kewangan ~ RM 500 sekurang2nya belanja ulang alik sebulan, tol + makan + buku + ntah apa2 --> mau dekat RM 800 sedangkan gaji sedia ada kena ditolak pulak RM 400 elaun X [sebab tak buat kerja hakiki maka elaun hakiki ni kena tolaklah] dan bantuan belajar secepat2nya tahun depan baru dapat! Takleh bernafas dah ni...
2. Masalah Hani, sekarang ni tugasan dah start, kursus yg teramat baru ni, takde rujukan apa2 berkaitan kursus ni sebab kami first batch, so kena study group ajerlah... ketiga2 hari kuliah isnin to rabu balik lewat, jam 10 malam baru ambik Hani, bayar OT cikgu sejam RM10 --> kira jerlah sendiri berapa dah kosnya tu...plus RM 440 sebulan yuran Hani...
3, masalah sakit pinggang kronik ~ saya dah lama sedar kalau saya bawak kembara jauh2 ni mesti saya sakit pinggang...dulu2 kalau gi JB pun sama...sekarang ni 3 hari ulang alik memang dah sakit sesangat pinggang ni...<-- takde alternatif, haruskan saya naik bas, kalau naik bas pun sampai Pudu jer pastu nak ke Jalan Duta, kena naik teksi lagi, pukul berapa nak keluar dari rumah..sekolah hani buka jam 7 pagi...kelas mula jam 9 pagi...masa balik pulak, jam berapa baru nak sampai ke rumah...dengan tempuh waktu solat lagi, takut bermasalah nanti... 4. Masalah lain2 banyak...kerja lain masalah, belajar lain pulak! biasalah sekumpulan yang tak sekepala...pening! bincang sehari suntuk pun gaduh2, bahas2, selisih pendapat...asyik2 dia jer nak menang, belajar @ buat tugasan secara kumpulan ni pun ada skill nya, takleh nak ikut pendapat sendiri jer, pendapat orang lain terus disalahkan...bosanlah camni...baik buat individu,kan? Sudahnya lepas penat gaduh/bahas hari pertama bincang, hari kedua ahli2 kumpulan kami pakat kata..."yer...yer betul belaka pendapat awak tuuu....' malas nak bertengkar walhal isunya takat satu dua perkataaan yg nak di guna tu sesuai ker tidak... Agaknya masing2 kerja sebelum ni biasa mengarah jer...bila bincang terbawa2 kot [termasuklah saya agaknya!], tak taulah esok ada presentation saya nak tengok, idea dia tu boleh tak dia pertahankan kalau kena serang dgn group lain...... 5. Ayah dah buka mulut bila tengok saya mengeluh tak larat, katanya berhentikan ajer hani sekolah, dia bawa ke rumah kak aza, saya boleh tumpu kelas + belajar, kalau on pun idea ni dua malam jer hani kat sana, 5 malam sinilah untuk semester ni...dua semester lagi tak tauler...saya dah fikir2 jugak idea ayah ni, disamping dapat jimat duit [tak perlu bayar yuran + OT cikgu] mungkin saya boleh berulang naik bas @ komuter....cuma isunya bulan 9 kak aza dah nak beranak, saya cuti semester bulan 11 pulak tu, kesian plak kat kak aza....[tapi kak aza dah anak 7 berpantang takde hal dah banyak pengalaman pun] hani pun dah pandai sangat urus diri sendiri...cuma 3 hari jer kat sana...mungkin boleh dipertimbangkan... Itulah masalah saya ni...masih fikir2 pusing dalam kepala ni, mabuk + terawang2 masih lagi ada...minyak cap kapak dibawa kemana ajer, sekarang ni tambah kronik pulak bila baca buku dan mengadap laptop pun mabuk jugak [pc kat rumah tak pulak mabuk tu!] ...mujur jugak mabuk ni kalau baring atau tunduk jer si masa memandu takdelah terkesan...alhamdulillah jugak...malam tadi tido sejam lebih jer, dalam mabuk2 berbalah/berbahas/bertekak dan menaip guna laptop semalam + discuss dari pagi to malam bolehkan pulak tugasan [saya yg menaipnya] tak tau camana boleh hilang tanpa save [gila babi sungguh!] maka terpaksalah saya yg sampai rumah jam 10 malam lepas bantu hani siapkan homework tido sejam lebih [tidokan dia dulu] bangun balik jam dua lebih siapkan tugasan [taip + refresh balik apa yg dibincang siangnya] sampailah ke subuh terus siap2kan hani dan pecut semula ke Kl utk kelas hari ni pagi dan petang. Malam ni balik ni baru leh mengadap pc...dahlah semalam-malaman mengadap laptop [mabuk lagi] sebab nak menaip kat pc, pc takde microsoft office sebab lepas pak haji hantar utk formatted hari tu...dia pi installed wordpad takde microsoft office...tak ker naya tu...kira marathon semalam dari pagi gi Jalan duta, KL utk discussion [kelas batal ~ semalam UKM konvo] tu subuh tadi rehat sejam lebih jer...mujur jugak tak mengantuk + letih kelas hari ni advance research methodology tu banyak benda kena fikir tak sempat ngantuk...[kelas pun marathon jugak dari 9 pagi to 3 petang tadi sebab ganti kelas batal sebelum ni...rasa macam superwoman lak! Pastu dari jam 3 tu rehat jap terus sambung group discussion dan sediakan slide powerpoint utk presentation esok sampailah dekat jam 9 tadi baru balik dan jam 10 malam baru ambil hani. Terfikir pulak nak carik bilik sewa jer, tadi pun ada classmate offer tido jer kat rumah dia di PJ bila2 masa saya nak kalau ada discussion...eh rasa cam tak sesuai plak tido rumah dia, dia dah ada anak 3 dengan suaminya lagi...dahlah dia suami isteri kerja dgn syrkt GLC [cam mewah + moden jer saya rasa diorang ni]....terpelik pulak saya kalau2 tersesat tido rumah dia...tak pernah pengalaman tido rumah org asing lagi, selalu tido kat hotel jer... Tulah...manusia ni kadang tak rasa bersyukur...ada jer keluh kesahnya...tapi tulah pengalaman hidup yg mematangkan kita...dan utk dikenang sebagai sesuatu yang manis di masa depan...apapun hidup mesti terus!!!
p/s : ada kata saya mabuk mengandung yer??? hahahaaa kalau betul amiinlah..moga2 betul tapi kena tunggu 13 hari lagi sebab ada track rekod 23 hari lewat sebelum ni [tu pun nak citer kan?] takper kita kongsi2 kalau betul berita gembira takperlah,kan? tapi naluri saya cenderung mengatakan belum sampai masanya..tak tauler gerak hati jer tu...pasal dua2 kami [saya dan suami] macam ada benda kena settelkan dulu...[kan Allah bagi pada hamba yg layak dan mampu], takper doa2...buat oren..,resort PNB tu dah dekat sangat dengan rumah madu akak, masalahnya, akak ni sibuk dengan kelas dan tugasanlah pulak..nanti kalau sempat kita roger2 yer...mana tau ada rezeki nak jumpa...
Khamis, Julai 31, 2008
Berdua lebih baik~~~!!!
kalau sorang2 takkan makan durian anak gadis saya ni, kalau berdua sama Zubair..makanler jugak seulas...janji makan,kan?
Nonton pun berdua...jangan kacau kami sedang pacaran ya! kedai kopi nampaklarrr....
Mari Zubair 'la' [hani bahasakan diri dia] ajar zubair main ni...zubair blur tu...gigit baju!
yang best malam tido berdua, luas2 katil super king size ni pun dia nak melekat berdua jugak!
close up....
Memang berdua lebih baik...yer tak...kalau suami dikongsi berdua ..macamana, lebih baik,kan? Nilah manisnya poligami...Kak Aza diberi rehat...zubair dibawa ke rumah saya semalam...tau2 jerlah ragam budak nak beradik...so dapatler ummie layan badan....ammie dan ayah pun rest jugak sebab hani ada kawan takde kacau ayah+ammie...bagus,kan???
Oh ya...bulan 9 ini saya bakal mendapat anak tiri baru baby perempuan, kak aza dah scan kelmarin..."bagi kat saya jerlah kak!" <-- ohhh kalau bolehlah saya kata begitu...sebab kak aza bincang2 dengan suaminya 'ketidakjangkaan dia dan ketidakbegitusukaan' berita kandungannya baby girl! kata pak hj susah mendidik dan ketelitian dalam mendidik anak perempuan buat dia rasa berat nak besarkan anak perempuan...<-- betul jugak tu!
Maka...akan genaplah 4 lelaki dan 4 perempuan anak suamiku dari 3 isteri...waaahhh...hebat..hebat...kak aza lead sekarang...empayarnya bakal menambah lagi seorang... syabas suamiku...sedang aku masih setia dengan satu!!!
Isnin, Julai 07, 2008
The day 1
Segalanya lancar untuk hari ni. Alhamdulillah Allah beri kelaratan dan kesihatan pada saya hari ini. 3 hari demam teruk dan tak makan maka sememangnya saya tidak ada tenaga yang cukup.
Tetapi malam tadi 2 biji telur separuh masak [mak yg masakkan] dan subuh2 tadi lagi mak masakkan lagi 2 biji telur separuh masak. Saya juga minum 100 plus nak bagi tenaga. Nak makan nasi masih takde selera, saya makan buah2 jer.
Biskut kuarker Jacobs saya makan 2 keping dan dengan doa maka jam 7.00 saya terus bergerak dari rumah ke tol senawang. Tepat jam 7.45 saya dan keluar di tol sungai besi. Jam 8.15 dah sampai di jalan Duta. Program star jam 8.45.
Jalan pun tak jem mungkin sebab ramai dah naik motor utk jimat kos, "ada bagus jugak naik minyak ni, kurang jem di KL" [iyer ker?]<-- ini kata pensyarah saya di UKM tadi! Cerita daftar master tu saya cadang nak buat blog khas sebagai catatan harian saya buat rujukan saya nanti. Sebab dah tanam dalam hati kalau berjaya master ni, saya nak buat PhD bidang yang sama. Azam kena ada,kan? Apapun, beza cuti belajar denagn bekerja ni adalah semacam langit dan bumi. mau juga saya kejutan budaya ni! Yerlah saya pagi2 dah biasa bekejar boss panggil, tengahari dan petang pun macam tu, kejap2 meeting tergempar, kejap2 ada kes baru, kejap kena buat briefing...macam2 benda mendatang tanpa diduga. Tiba2 buat master ni, kelas 3 hari jer isnin sampai rabu. 4 hari makan gaji buta ker? Isu saya demam baru2 ni, saya rasa sebab saya melawan cakap pak haji, tulah bukan reti nak apply "sami'na waatha'na" [dengar dan taat]. pak haji pesan berkali2 suh saya ambik cuti, saya yang degil teramat. Konon nak tunjuk integritilah, nak tunjuk baik. Nak bantu seboleh mungkin sebelum pergi, sudahnya badan saya yang merana. Okay, lepas ni kena belajar balik taat dan dengar cakap suami ni, sebab apa berlaku kemudian hari kita tak jangka, allah bagi suami kat kita kan sebagai pemimpin, dan kita sedia jadik isteri adalah sebagai taat setia kita untuk patuh dan dipimpin suami selagi berada dalam kebaikan.... tapi jangan pulak ada yang cuba nak mengajar atau memimpin suami kalau dia buat silap, kena banyak doa dan mohon pada allah, melainkan apa kesalahan dia tu melibatkan syarak, kanalah kita bertindak, bagi hal2 furu' bukanlah tugas utama isteri untuk betulkan suami, hanya kita perlu tunjuk contoh jer supaya dia terkesan..macam dakwah bil hal... Waah waaah pandailak saya nak bardakwah...sajer nak ingatkan diri sendiri, berdakwah pada orang moga2 allah bagi kesan hidayah pada diri kita. Kena belajar cakap2 iman ni. Pak hj bila tau kelas 3 hari jer via sms, terus dibalasnya "lepas ni bolehlah tumpukan pada amal" hah! ambik sebijik! Ingat kot2lah dia nak cakap "lepas ni bolehler kita tumpukan pada projek buat anak!" Yerlah saya ni berkira2 nak menstabilkan hormon, nak jaga pemakanan nak ambik acid folic, nak ambik ubat subur sebab nak dapat master dengan nak dapat anak sekali kalau allah izinkan dalam tempoh setahun setengah ni, rupanya pak hj punya mision jauuuuuhhhhh sangat. Misi alam kubur tu..misi ke syurga. Letih dah dia kot sebelum2 ni asyik dok lewat solat, alasan meetinglah, ada operasilah, aanak buat hallah. Suh mengaji mata mengantuklah, sibuk nak amsaklah...haha macam2 alasan tuuuu....sekali ni, mesti takde alasan lagilaaahhhhh...akhirnya saya akan menjadi taat patuh dengan suami saya...harap2 nya saya buat ikhlas kerana Allah..suami penggalak jer... Oh ya...saya dok terpikir2 ni hal giliran...sekarang saya ada 4 hari free, khamis dan jumaat sabtu dan ahad saya akan ada 24 jam di rumah. Macamana pak hj nak bagikan giliran? Sebelum2 ni aza dapat 4 malam, saya 3 malam, weekday semua dia dapat, weekend jer giliran saya, tapi kali ni saya nak tengok apa pak haji nak buat? tapi dalam hati saya instinct saya mengatakan dia akan kekal giliran macam sekarang....tak percaya? kita tengok nanti... Dia takut dengan aza...tu kenyataannya...mesti dia tak sampai hati nak duduk dua hari khamis dengan jumaat tu kat sini, kemungkinan dia takmo aza mengamuk dan dia pening ataupun dia takmo anak2 sana jadik mangsa amukan aza jadik biar dia yang korban...saya? Saya mana pandai mengamuk....biasalah saya tetap cool..bebel jer lah, lain2 dia boleh atur saya ni...kira boleh kow team... Yang nak kena jaga betul2 mak buyung tu...lepas ni kalau dah bersalin, lagilah pak hj kena banyak duduk kat sana,kan? Pak hj pulak lagi senang hati tinggalkan saya dengan hani sebab mak saya duduk sini sekali. Kira2 dia anggap saya happylah sebab mak sendiri ada samakan? Yerlah saya ni kan anak bongsu..walhal takde manja apapun! pak hj jer lebih2 ingat saya manja dengan mak saya macamana aza manja dengan mak dia kot!... Tapi misi saya nak dapat anak tu saya kena fight betul sebab peluang yang ada ni sekali jer datangnya. Lepas ni dengan umur bertambah dengan kerja bertimbun,,lagilah payah...ntah2 aza sekali lagi sempat beranak lagi pulak... takper..tu kerja Allah rezeki masing2..tapi saya yakin allah bagi tu berdasarkan apa yang kita nak...sebab aza walaupun dia ada kata dia taknak anak buat masa ni, tapi satu ketika dulu mungkin dia dah lupa kot, dia pernah cakap dengan saya dia nak dapat 4 anak lelaki, sebab nak cukupkan kuorom angkut keranda dia ke kubur. sekarang dia ada 3 naka lelaki, sorang lagi tak cukup, mungki allah bagi anak lelaki kat dia kali ni...sebagai memenuhi doa dan harapan dia...maka saya pun nak ada impian jugak...
