Memaparkan catatan dengan label azam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label azam. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 01, 2011

Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam

Assalamualaikum w.b.t


Demi Masa



Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan

nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta

nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

[ Al-'Ashr (MASA) ]



Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:



"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,

dia adalah orang yang beruntung.



Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,

dia adalah orang yang rugi.



Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,

dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."



Ayuh kita teruskan perjalanan hidup ini dengan memperbaiki diri dan

ajaklah orang lain untuk bersama memperbaiki diri mereka

semoga hidup kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT serta terhindar daripada sebarang kerugian


Wassalam

Jumaat, Januari 01, 2010

Tahun baru hijrah 1431 dan masihi 2010

Assalamualaikum w.b.t


Tahun ni kita masuk tahun baru masihi dan hijrah dalam jarak yang tidak jauh berbeza. Apa azam baru kita utk kedua2 tahun baru ni?


Bagi saya, azamnya tetap sama iaitu nak tambah amal dan iman. Betulkan solat, dan banyakkan mengaj, puasa dan sedekah. Itu azam...perlaksanaan harapnya dapatlah dilaksanakan sebaiknya. Sebab kehidupan akhirat yang pasti dunia hanya persinggahan, sementara dan bukan tempat berehat.

Selasa, Disember 30, 2008

Azam Maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t

Sudah 1430 hijriah. Dan hari ini adalah 30 disember, ulangtahun perkahwinan [kali kedua] untuk tahun yang ke tujuh. Kami bernikah kali kedua pada 30 Disember 2001.



Apa kami buat pada ulangtahun yang ini. Takde apa, hanya kesedihan ajer. Tapi alhamdulillah maal hijrah kali ni saya keluar di jalan Allah. Dapatlah kami sama-sama berjemaah membaca doa akhir tahun 5 minit sebelum maghrib dan sejurus itu kami solat maghrib dan selepas itu kami membaca doa awal tahun.



Moga2 permulaan yang baik tahun ini berterusan. Amin.



Azam saya tahun ni pendek jer. Tiba-tiba ada rsa sungguh-sungguh dalam hati bahwa inilah yang perlu diazamkan. Kerana inilah maksud hidup, bukan kerana yang lain-lain, tapi kerana agama.




Saya dengan penuh rasa rendah diri dan terasa amat kerdil, tiba-tiba rasa sungguh kepingin berazam untuk ikut perintah allah dan amal sunnah secara sungguh-sungguh, bukan main-main.



Kerana matlamat kita hanya satu, untuk redha Allah dan dapat syurga Allah...



Ps : lepas solat zohor madu saya call, nangis2...kami bercerita dengan azam tahun baru...sabar dan taat suami...dan mulai esok suami keluar 40 hari lagi...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP