Sudah 1430 hijriah. Dan hari ini adalah 30 disember, ulangtahun perkahwinan [kali kedua] untuk tahun yang ke tujuh. Kami bernikah kali kedua pada 30 Disember 2001.
Apa kami buat pada ulangtahun yang ini. Takde apa, hanya kesedihan ajer. Tapi alhamdulillah maal hijrah kali ni saya keluar di jalan Allah. Dapatlah kami sama-sama berjemaah membaca doa akhir tahun 5 minit sebelum maghrib dan sejurus itu kami solat maghrib dan selepas itu kami membaca doa awal tahun.
Moga2 permulaan yang baik tahun ini berterusan. Amin.
Azam saya tahun ni pendek jer. Tiba-tiba ada rsa sungguh-sungguh dalam hati bahwa inilah yang perlu diazamkan. Kerana inilah maksud hidup, bukan kerana yang lain-lain, tapi kerana agama.
Saya dengan penuh rasa rendah diri dan terasa amat kerdil, tiba-tiba rasa sungguh kepingin berazam untuk ikut perintah allah dan amal sunnah secara sungguh-sungguh, bukan main-main.
Kerana matlamat kita hanya satu, untuk redha Allah dan dapat syurga Allah...
Ps : lepas solat zohor madu saya call, nangis2...kami bercerita dengan azam tahun baru...sabar dan taat suami...dan mulai esok suami keluar 40 hari lagi...
1 cetusan rasa:
assalammualaikum...
saya tak faham? tuan haji seorang tabligh? kak aza isteri ahli tabligh? kenapa penerimaan mereka begitu? kenapa hj tak mampu berlaku adil? saya tak faham
Catat Ulasan