Masa ke Hutan Lipur Ulu Bendul hari tu, saya ada beli keladi goreng campur dengan sukun dan nugget goreng, mula2 beli sekeping tapi alahai kecik sangat keladi tu ntah berapa diameter agaknya [hujung keladi jer kot] dengan harga Rm 0.40 sekeping. Tak berbaloi sungguh...tapi lepas makan dua keping yang kecik bangat tu simpan hasrat dalam hati nak goreng sendiri ajer...
Kebetulan hari ni pak haji ajak keluar ke bandar, adalah beberapa urusan penting, balik tu singgah ke pasar basah, nampaklah keladi, so belilah seketul [tak perasan harganya, malas nak cek resit], balik dari kedai tu dekat2 zohor saya dah rendam beras dah...dah siap2 kupas dan belah keladi tu, dengan cadangan nak buat minum petang...maklumlah suami ada [benarnya sendiri nak makan...hoho~]
Dua benda yang dah di stand by awal2...beras yang telah direndah lebih 3 jam, dan keladi yang siap dipotong...
Beras yang siap dikisar dan dicampur sedikit tepung gandum dan kunyit kasi warna menyerlah sikit lepas digoreng....
Tapi lepas zohor pak haji tido lah pulak [yerlah ambik sunnah tido lepas zohor..heheee yerlah tuh!] , tak nak makan nasi dulu, sebelum asar barulah bangun tido dan terus nak makan nasi, ehhh bila pulak nak makan keladi gorengnya? Maka jawabnya terpaksalah tangguh menu ni.
Sebab masa makan nasik tu anak sana [xtau anak yg mana, dah banyak sangat anaknya?] dah called tanya bila ayah nak balik! tu yang payahnya...dahlah ayahnya macam tak keruan nak kena balik cecepat...kira lama lah tu kat rumah saya, iaitu dari jam 10 pagi semalam [isnin] sampailah jam 4.15 hari ni [selasa]
Takdelah sampai hajat nak minum petang sekeluarga menu keladi goreng ni...malam lepas maghrib baruler saya goreng dan makan sorang2, nak harap hani makan toksahlah..benda2 merepek [pada dialah] takkan nak dicubanya....tapi sibuklah tanya macamana buah ni, sapa yang buat, macamana pokok dia..kakak nak tengoklah rupa pokok dia yang sebenarlah...mujur ada internet sekarang kan browse jerlah nanti...tapi mek ni pandai komplen hal pokok padi tu dah tunjuk kat internet [blog luna dan beberapa laman web lain] pandai nak tengok depan mata sendiri...cisss kena jugaklah carik kg yg ada sawah padi....
Nak taknak terpaksa habiskan, ni pun baru sebelah jer keladi ni...kenyang yang amat dah...sedap makan panas cecah dengan gula jer...rangup jer kalau pakai beras ni...
6 cetusan rasa:
Hijrah...akak suka makan keladi goreng dengan sambal tumis...atau sambal goreng...sedappppp...kluar air liur ni...
Kak anie..
wah tak pernah lagi cuba tu...separuh lagi keladi tu nampaknya kena cuba buat cecah sambalnya pulak..mesti sedap tu..
Ooo...kak tie pun suka keladi goreng tu... Lama tak makan..
Nak cari mana pulak keladi tu, ekk??
Alaaa kak tie melambak kat kedai ada jual...kat ganu takder ker? meh datang sini saya gorengkan...hahahaa pepagi ni pun sarapan keladi goreng lagi...muak pulak kak tie..
nak tgk sawah padi kene dtg umah saya kak..depan belakang ada sawah...eh tp belah nogori pun ado kan..dokek pilah.. :)
kak tau...keladi goreng ni mmg feveret saya...tp jarang pulak skrg ni dimasak di umah saya..teringin lak rasa...pasni nak cari keladi lah..hehe
Luna...pilah pun takde sawah padi dah...swah2 sumer dah tanam buah naga...yg dekat mak akak cakap kat Kampung Tedong..Melaka lah pulak..nanti2 balik kampung kena bawak gak budak ni...skang dia nak tengok pokok keladi pulak...macam2 kalau nak dilayan hani ni tak jadik kerja...
Tulah..akak memang suka keladi dan sukun goreng, lama tak makan tapi kalau jumpa tu memang tak lepas peluang beli...buat pengat pun sedap...
Catat Ulasan