Khamis, Disember 11, 2008

Peringatan utk yg sibuk

Assalamualaikum w.b.t




~satu dunia manusia berkumpul di sini setiap zulhijjah, tidak ada yang kita boleh nafikan betapa indahnya solat dalam islam tidak ada agama yang ada solat serupa solat kita , kenapa gemar habiskan masa buat perkara lain sedang ini keutamaan kita [peringatan utk saya sbnrnya]~



Ini email yang saya terima dari classmate saya, Hj Fahri [nama samaran] namanya, orang lama, dah 3 tahun pencen dah tapi kuat semangat sambung belajar master untuk kepuasan diri sendiri lagi...selalu dia hantar e mail pada saya berhubung peringatan2 penting [w.pun dah pernah baca dulu], rasanya relevan amat saya kongsi dan letak di sini, untuk rujukan di masa depan. Lagipun sebab ada tulis makan di kedai mamak tu, tu yang saya tertarik tu...



~Pokok pun solat, inikan kita manusia yang diberi setiap saat peluang untuk bernafas di bumi Allah, ada ruangkah utk kita tidak mnesyukuri nikmat ini, malu jer kan kalau udara Allah kita sedut, tapi solat kita kat shopping kompleks [contoh sahaja, atau depan pc mcm saya???? teruknya!!!]~



Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..



~Hendak seribu daya, di tengah gurun yang panas, ditengah lautan gelora, solat tetap utama, apatah lagi kita dalam rumah dan pejabat yang selesa, di pusat membeli belah pun ada kemudahan ni, di stesyen2 minyak lagilah, cakap sajer, selang 5/10 km kalau di malaysia ni melambak surau dan masjid...~

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu.


Lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..


~Jangan kita sampai saat begini baru ingat tentang Allah dan baru nak solat, bayangkan api neraka jahannam, tengok tak citer tetamu Allah masa aidil adhha hari tu, wah hani bukan main takut lagi, bagus cerita tu~



Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?


Tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.


Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...


~Ajarilah anak anda solat sejak dari kecil, 7 tahun perlu disuruh solat, 10 tahun kalau tak solat sunnah dirotan...dan buat pertama kalinya semalam hani telah solat penuh 5 waktu, selalu dah dia sebut nak solat penuh 5 waktu tapi subuh selalu taknak bangun tapi semalam, ayah nak ke surau bangunkan dia, semangat jer bangun....macamana nak adakan kesedaran utk anak tau pentingnya solat, so anda kena mainkan peranan dedahkan tentang Fadhilat Solat, sebab hani dah jadik tukang baca "Fadhilat Amal" maka kefahaman dia adalah meningkat!~


P/s : Teringat pengalaman saya minum2 dengan pak hj di kedai mamak 24 jam di Senawang Azhaar Maju namanya, pak hj borak2 [tanya] budak muda yg ambil order tu dari mana, katanya dari India, muslim, bila pak hj tanya dah solat ker, dia jawab, sini tak solat, takde tempat dan tokey tak benarkan, sebab customer ramai. Kesian jugak tengok dia, muka dia macam kesal dan sedih, pak hj cakap, tak boleh gitu, kena solat sebab tu tiang agama...kalau tokey tak benarkan, kena solat jugak, mana2 pun boleh solat...kat dapur pun boleh solat...

5 cetusan rasa:

zino berkata...

satu peringatan utk kita semua.. kadang2 kita leka dengan hal2 dunia..

Hanisumayyah berkata...

En Zino...

Peringatan untuk saya juga sebenarnya....

Irfa berkata...

salam kak wa..
pasal ajar anak solat,sy mmg dah ajar masa umo 6 tahun.jadi tahun ni kdg2 je dia miss subuh.tp tahun depan akan dipastikan cukup 5 waktu.ada kawan cakap'masih awal lagi..umo 10tahun baru nak ajar'..
tp bg saya 10 tahun tu dah kena paksa.kalau 10tahun baru nak suruh,
alamatnya susah sikitlah..
terpulang pd diri masing2lah nak didik anak camner..e-mail ni mmg mengisafkan.sejak dpt e-mail ni sy mmg 'geli'sikit kalau ke kedai mamak

Irfa berkata...

kak..kalau buka blog baru jgn lupakan saya ye.hehe

Hanisumayyah berkata...

Irfa...

Betul cakap irfa tu, 10 tahun tu dah terlalu lewat...

Tulah kedai mamak ni, bukak 24 jam, kebersihannya sedikit meragukan, samaada kebersihan fizikal mahupun spiritual...ntah kadang2 ada gak pekerja yg diimport tu non muslim...yg ni akak sendiri tanya dia muslim ekr tidak, dari myanmar rupanya...tu yg sengal jer nak ke mamak tu..

Pasal blog tu akak jemput bila sesuai, k...buat masa ni blog tu akak privatekan...[www.duniabermadu.blogspot.com]sajer utk akak luahkan apa terpendam sebagai ingatan dan kenangan akak di masa depan..diary maya gitu...email irfa dah ada, nanti akak invitelah yer...dun worry, irfa memang dalam senarai pun...ceh macamlah ramai yg minat nak baca...hohoo...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP