Selasa, Disember 09, 2008

Fun Thinkers

Assalamualaikum w.b.t




Bagi kami dua beranak, tinggal berdua dalam banyak masa dan keadaan memang membosankan dan menonton televisyen semata-mata juga akan meninggalkan kesan yang tak berapa elok kepada Hani, dia kalau dibiarkan 24 jam menonton pun takde hal saya rasa...bagi dua channel, Aruna dengan Palyhouse Disney pun dah cukup dah... kartun takde hal lah memang minat bagi seorang kanak-kanak, tapi cerita Indon kalau saya tanya kenapa kakak minat, jawabnya, "cerita indon ni bagus tau ammie, selalu sebut syukur Ya Allah, alhamdulillah....selalu ingat allah jer, ammie ingat tak bawang putih tu masa tu mengaji...bila dia susah hati..." <--wah sampai ke situ jawabnya, jauh fikir budak ni, sekali saya fikir betul jugak,kan? Cerita melayu jarang sebut syukur Ya Allah macam dalam cerita indon tu siap dengan tadah tangan lagik....


Okay, saya nak cerita hal Toys Hani lagi, kali ni Fun Thinkers yang kat bawah ni, setiap malam lepas isyak, kalau boleh dan mood Hani okay, saya akan suruh dia buat Fun Thinkers ni sebelum menonton TV, sementelah cuit sekolah ni, saya tak penat dan pelajaran pun tak heavy kat sekolah, banyak main jer, so kat rumahlah bagi otak kiri dan kanan dia kerja sikit....

Hani ni habit dia kalau nak mulakan main ni, dia akan aturkan 10 buku ni, pastu baru pilih, walhal dia setakat ni mampu buat level 1 dan 2 ajer, level 3 tinggi sangat tahap dia...bagi yang tak pernah tengok Fun Thinkers ni, yang tengah nombor2 tu mesti ada untuk digunakan bersama buku2 ni.

Main dia macamnilah, kotak nombor tu diletak sebelah kiri dan kemudian dibuka, kemudian nombor sebelah kiri dipindah/alih ke kotak sebelah kanan mengikut jawapan yang betul. Macam yang atas ni adalah Mathematics, level 1 untuk counting, kena kira setaop group ada berapa, tengok atas tu tajuk dia 'share'



Tunjuk ibu jari tanda bagus sebab dah siap dan betul semua.....Dibelakang setiap nombor ni ada warna yang berbeza, biru, kuning, hijau dan merah...nak tau kita jawab betul atau salah, jawapan dia ada di setiap muka surat sebelah kanan atas melalui kotak berwarna kecik macam gambar kat bawah ni... susunan warna mestilah sama dengan kotak kecik kat atas tu...


Yang ni pun level 1, Domino Dilemma, kena kira jugak...



Yang ni level 1 English, move up words, sesuaikan words ikut gambar...





Yang ni pun english level 1, Which one..






Math lagi, add three numbers





Hani kecewa, ada 3 jawapan yang salah, yang bagus mainan ni, takyah saya nak check betul atau tidak, hani pun boleh check sendiri dan selalunya yang dia salah tu sebab dia buat nak cecepat ajer. Mainan ni kena dilatih anak kita buat kurang dari 3 minutes...kalau boleh lepas siap bagilah bintang...supaya dia lebih semangat nak buat.

Dan ini, nak war-warkan, yang Hani baru jer dua hari lepas pandai meniup belon sendiri [punyalah lewat pandai tiup belon,kan..tapi takperlah harus dipuji jugak...] dengan saiz yang besar. Sebelum ni alahaaaiii kecik bebenor dia boleh tiup, tapi kali ni tak tau macamana tetiba jer dia pandai sendiri tiup, sebesar2nya dia tiup, sampai 13 bijik berlonggok kat tepi2 dinding dibawa angin [kipas]...stok belon2 ni memangaada jer kat rumah sebab dari kecik hani peminat tegar apa jenis belon sekalipun, cuma tiup jer tak pandai, harapkan ammie jer, so sekarang, ammie tukang ikat jerlah....dan kalau ada pertandingan tiup belon sampai pecah hani dah layak dah ni...



P/s : mainan macam Fun thinkers ni ada beberapa jenis, yang terbaik dari jepun, yang ini dari US, saya ada tanya di Elly & friends, RM 380 harganya, sepatutnya buku ini bukan datang dalam pelbagai level macam buku Fun Thinkers ni, sepatutnya dalam satu buku ada macam2 level dari yang mudah kepada yang susah supaya perkembangan otak anak2 lebih cepat, tapi sebab dah ada Fun Thinkers takkan nak beli yang lain pulak....saya tengok yang dari jepun tu memang lebih mengembangkan kreativiti otak dan pendekatannya lebih menarik utk anak2....tak rugi melabur untuk anak2 untuk jangka panjang....

2 cetusan rasa:

Cool berkata...

Alahai ingat dulu kecik kecik bonda beli banyak buku..

Hanisumayyah berkata...

Jiji...

Akak kecik2 dulu tak pernah mak ayah belikan buku, yerlah hidup susah masa tu, cuma minat membaca kami adik beradik timbul sebab ayah hari2 beli paper w.pun dok kat kg jer, yang paling kerap dia beli masa tu WATAN...skrg takde dah...

Jiji untung sebab lahir sebagai anak pendidik...kesedaran 'bonda' tu lah yang jadikan JIJI yang ada pada hari ni...

Wah... lepas ni buku2 tu bolehlah turunkan kat anak jiji plak...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP