Assalamualaikum w.b.t
Tiba-tiba saya rasa macam menarik sangat untuk diketengahkan bahasa orang Melaka. istilah2 ni saya tak taulah samaada Dewan Bahasa Dan Pustaka sedia maklum kewujudan istilah in atau hanya orang2 ceruk kampung jer yang guna, patut DBP kena buat kajian istilah2 ni temubual orang2 kampung yang tua2 tu, takdelah kita kekeringan istilah dan terpaksa pinjam dari bahasa lain.
Berikut ini saya senaraikan beberapa istilah orang Melaka hasil brainstorm saya, mak dan kakak sementara menunggu masak asam pedas yang kami order disiapkan....
Bunyi istilah ini2 sangat pelik sehingga membuatkan kami betiga bergelak sakan, sampai dalam kereta pun sessi brainstorm ini berterusan dan angah jadik tukang catit. Itu baru sekejap jer, kalau seminggu mau satu senarai panjang....
Himol = bodoh tapi darjah kebodohannya takdelah teruk macam bodoh
e.g = Kenapalah kau ni himol sangat?
getai = hancur
e.g = habislah getai kain tu, berendam lama sangat...
meleding = keras kerana terkena panas dalam tempoh yang panjang @ terlalu kurus
e.g = meleding badan dia lepas baik demam ni
bughan = kejar
e.g = nak raya haji ni, kena suruh aling bunghan ayam ni, kalau tak tak dapatler nak makan rendang ayam..
mengkam = sakit perut, ala-ala nak membunag air besar
e.g = lepas makan mangga tu terasa mengkam lak perut ni
melokop = sejenis kata2 menyumpah menyuruh oerang2 tertentu pergi ke tempat lain
e.g = pergilah kau melokop, aku tak hingin tengok muka kau lagi!
meletis = kuat berjalan
e.g = ala dia tu memang kaki meletis, mana jer kau ajak mesti dia nak pergi
mengeket = untuk tumbuhan atau orang yang tumbuh/membesar secara terencat (pendek)
e.g = pokok ubi kayu tu mengeket jer, mana taknya, tak berjirus
mengokot = merajuk, dan mendiamkan diri tapi dibuat secara begatif dan sengaja nak tunjuk yg dia merajuk/ kalau merajuk mungkin dia bawa diri tp mengokot ni dia tunjuk depan2 dengan muka moncong etc
e.g = Angah tu memang suka mengokot, tak payahlah pujuk
Ok, banyak lagi dalam senarai saya ni...nanti2 saya tambah lagi....saya bangga jadik orang Melaka, kaya ooo istilah2nya...

1 cetusan rasa:
Takde sapa komen, tak minat dengan bahasa melaka ni ker? wah saya suka tajuk nih!
Catat Ulasan