Assalamualaikum w.b.t
Sejak beli rumah 5 tahun dulu saya memang berhajat nak memasang tembok tinggi untuk sepanjang pagar belakang. Puncanya sebab dapur saya masak dan ruang belakang menyidai baju betul2 menghadap jiran belakang rumah. Tambah2 rumah saya lebih tinggi parasnya daripada rumah dia...tinggi lebih sekaki jugaklah.
Kalau saya menyidai baju tu dan jiran ni sedang makan memang lantai paras saya berdiri tinggi sikit dari meja makan diorang...hahahaa pelik betul....terutama sebab dia dah renovate rumah santak hingga pagar pemisah rumah kami......belah dia bahagian dapur makan belah saya pulak bahagian membasuh dan menyidai pakaian....sungguh kontras!
Jiran ni berbangsa lain, menjadikan aktiviti saya terbatas, dan seperkara lagi jiran berkenaan sememangya aktif di bahagian dapur mereka walaupun selepas 12 malam. Kadang2 borak sakan sampai 3, 4 pagi....mlumlah jumlah penghuni ramai dan masing2 masak pastu makan pastu borak, selain tu ada jer aktiviti membasuh baju....aduuuuhhhh saya memang jarang ke belakang kecuali untuk membasuh dan menyidai....sebab takde privacy! Kecoh dan bising...
November dan disember last year saya out station 40 hari, rumah tinggal jer. Saya tak bagitau jiran belakang ni, bagitau jiran sebelah jer. Rupanya awal tahun ni tiba2 salah sorang jiran tu tiba2 ramah ajak saya borak pulak masa saya menyidai pakaian.
Dia tanya mana saya jarang nampak dah....saya kata sudah pindah Putrajaya. hari tu lama takde rumah gelap pergi mana? Saya kata out station ker Kedah....sebulan setengah. Dia bagitau katanya ada ular masuk kawasan rumah dia, katanya dari kawasan rumah saya.....sebab rumput dah panjang. saya tak ada rumah,kan? Saya pun terkejut sebab saya tak sangka sampai ada ular pulak...selama ni tak pernah nampak apa2 hatta anak ular pun....
Pastu dia kata dia nak buat tembok, nak minta izin saya. Saya pun apa lagi, dalam hati seronoklah....sebab saya tak perlu keluar kos, ada orang nak buatkan.....bagus...bagus...dah siap dah pun temboknya....senang betul hati saya boleh keluar menyidai secara bebas....takde lagi mata yang memandang2....kalau tak tutup kepala pun masih selamat lagi.
Inilah namanya rezeki allah. DIA tak beri saya terus rezeki dan peluang buat projek tembok tapi dia beri saya cara lebih mudah melalui jiran belakang rumah yang bukan seagama pulak tu. Syukur alhamdulillah. Mintalah dari Allah nescaya dia akan beri rezeki dari jurusan yang tak kita sangka2....
Wassalam
Episod baru..
3 minggu yang lalu
1 cetusan rasa:
Betul2..saya setuju sgt. Klw kita impikan nak buat sesuatu..kdg tak mampu..tiba2 ada org lain buatkan. saya slalu jgk mcm tu. seronoknya rasa.
Catat Ulasan