Jumaat, Februari 26, 2010

Mari amalkan sunnah sempena Maulidur Rasul ini.

Assalamualaikum w.b.t


Sempena maulidur rasul, marilah kita bersama-sama menyambutnya dengan mengamalkann hidup secara sunnah. Sekecil-kecil sunnah yang kita amalkan insyaallah kita akan dapat ganjaran pahala yang besar. zaman fahsya'dan mungkar ini bagi umat Nabi yang mengamalkan sunnah akan mendapat ganjaran pahala mati syahid.

bagi umat Nabi yang mengamalkan sunnah, di padang mahsyar nabi akan mengenali umatnya berdasarkan tanda-tanda yang ada pada mereka kesna mengamalan sunnah.


Banyak sunnah yang boleh diamalkan. Dikatakan dari bangun tido sampai nak tido ada 200 sunnah yangh boleh kita amalkan.

Antara sunnah yang boleh jadi amalan harian kita adalah adab nak tido dan bangun tido, adab makn, adab masak, adab berpakaian dan banyak lagi termasuklah sunnah bersugi...kerana dikatakan bagi mereka yang bersugi ni akan dimudahkan sakaratul maut. memang nampak macam mudah jer nak mudahkan sakaratul maut..takkan hanya dengan bersugi jer? tapi itulah indahnya islam..kan dah dikatakan sesiapa yang amalkan sunnah dia akan mendapat kejayaan....


Pernah diriwayatkan dlam satu perang, tentera islam hampir menemui kagagalan dan rasulullah telah menghantar dua orang sahabat yang pakar sunnah untuk menkaji apa puncanya pasukan islam hampir tewas. Pada masa ni Rasulullah tidak menghantar pakar strategi perang pun.


Bila dikaji rupanya tentera islam telah memandang ringan sunnah. Dua sahabat tadi melihat yang tentera islam tidak bersugi dan saf solat mereka tidak lurus. Dua sebab itu telah menyebabkan mereka hampir gagal dalam perang berkenaan.


Setelah dua perkara berkenaan dibetulkan barulah pasukan tentera islam menemui kejayaan.


Pada zaman rasulullah dulu juga, kerana percaya dengan setiap amalan Nabi, semua orang akan membuat setiap perkara yang Rasululullah buat. Termasuklah orang-orang Yahudi sekalipun. Pernah diriwayatkan satu masa tu, seorang Yahudi yang dikatakan sering buang air besar di kebun2 orang islam telah mengikut cara nabi qadha hajat (dengan meletakkan tangan kiri atas kepala .....) dan pernah sekali tu tuan2 kebun bercadang ingin memerangkap beliau tetapi asbab cara qadha hajatnya maka terselamatlah dia dari dibaling dengan sesutu dari atas pokok kerana dihalang oleh tangannya yang diletakkan mengikut posisi sunnah.....kita dapat lihat hatta orang bukan islam pun kalau amal cara sunnah akan dapat kejayaan...


dan mengikut sunnah ni kenalah istiqamah....jangan pula kita fikir taknak ikut sunnah kerana fikir logik.....kita kena amalkan sunnah sesungguh hati macam sahabat2 amalkan sunnah tu sebab sahabat tak pernah persoalkan apa Nabi buat bahkan mereka akan terus buat apa yang mereka pernah melihaNabi buat wwalaupun setelah nabi wafat.


Pernah saya baca satu kisah dimana para sahabat pernah melihat Nabi membingkok ketika melalui satu pokok untuk mengelakkan ranting pokok terkena kepala baginda. dan sahabat telah menuruti perbuatan Nabi itu sungguhpun dikemudiannya ranting pokok (atau pokok itu saya tak berapa pasti) telah tiada namun para sahabat tetap membongkok apabila melalui kawasan tersebut.


Sebagai wanita saya juga pernah baca perihal sunnah wanita menyimpan rambut panjang. Dan dikatakan yang di Padang Mahsyar nanti kita wanita akan menutup aurat (kemaluan dan buah dada) dengan rambut kita. jadi kalau anda rambut pendek maka terdedahlah semuanya. Yelah walaupun masa tu dikatakan semua orang sudah hilang rasa malu tetapi kita pun tak tahu apa yang akan berlaku?


Bagi lelaki pula, eloklah ikut sunnah Nabi yang mudah2..macam simpan janggut dan potong misai. walaupun benda tu mudah tapi saya tengok tak semua orang lelaki yang sanggup ikut sunnah yang mudah tu....tapi kalau ikut budaya barat/yahudi senang sahaja saya tengok. Sedangkan buat semua tu takde dapat pahala apa pun.


Maaflah saya nak bagi pandangan peribadi, sunnah ni tak susah kalau kita belajar buat sedikit2...lama2 kita akan dapat nikmatnya, manisnya...macam ramai orang/masyarakat islam hari ni yang mengamalkan tengok wayang (yang mana itu bukan budaya islam dan totally bukan sunnah) anak2 kecik lagi dah ajar tengok wayang...sampai tengok wayang jadi budaya dan tak tengok wayang jadi satu kekurangan dalam hidup.....nikmat dan keseronokan tengok wayang tu dah meresap dalam jiwa kita dan anak2 kita....macam tu jugak sunnah...


Tak perlu nak kata tengok wayang tu nak release tension, nak hiburkan diri...sebab kan lagi bagus kalau kita duduk sama anak2 baca cerita sahabat2, kisah nabi2, cerita2 syurga, azab neraka, ceriat di padang mahsyar. Cerita2 tu semua cerita benar yang kita akan berdepan nanti....bukannya cerita rekaan macam dalam wayang tu...semua tu nonsense....orang bjak jer yang berfikir tentang mati dan kehidupan seterusnya tapi kalau anda masih leka dengan permainan dunia dan keseronokan yang ditaburkan oleh Yahudi dan Nasrani terutama dalam fesyen (pakaian cara yahudi yang terdedah sana sini, menunjukkan bonjolan didada dan punggung) food (dengan makan di restoran makanan segera tertentu dan makan ditempat2 makan 'mewah' dan eksklusive yg tak dipastikan kehalalannya dan pekerjanya pulak entahkan solat entahkan tidak lagi2 pulak ntah muslim entah tidak?) dan juga fun (dengan terjebak dalam games yang melalaikan dan melekakan, dengan berhibur secara di luar landasan islam tak kisahlah kalau anda kata tengok wayang dengan keluarga, berkaraoke dengan kawan2...tapi pada saya kalau itu bukan sunnah katalah beribu ayat sekalipun untuk menghalalkannya namun ia tetap takkan bawa kejayaan.....jika anda termasuk dalam senarai ni maka masuklah anda dalam golongan orang yang lalai, tidak bijak.....



Ok baca dengan fikiran terbuka.







Wassalam

3 cetusan rasa:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

betul kata kamu.

ada yang baik, ada yang tak baik.

akal mampu mencerna, maka pilih yang seharusnya.

lupekanje berkata...

seruan yang baik, sempena 12 Rabiul Awal kelahiran Rasulullah s.a.w. ini.
syukran.

zino berkata...

salam maulidul rasul..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP