Assalamualaikum w.b.t
Tahun 2010 ini sangat bermakna dalam ertikata untuk dikenang dimasa akan datang. Kerana pada tahun ini Hani masuk darjah satu. Walau belum mencecah dua bulan memasuki alam persekolahan sebenar namun sudah dua sekolah dia sempat merasa.
Bagi saya pula, bulan pertama merasa sejarah berulang kembali, berulang sama macam 10 tahun dulu ketika baru berumahtangga. bezanya kini saya berulang mengejar masa, pagi menghantar anak ke sekolah dahulu dan petang bergegas sekali lagi mengambil anak.
Bulan kedua, sudah mampu sedikit santai, sekolah dan pejabat sudah dekat. Namun isu tempat tinggal menghambat. Sejarah buat diri juga berulang. kalau dulu, pada 2002/2003 selama setahun saya memberi kebenaran pada kawan sepejabat menumpang di rumah saya. Dari hari pertama saya mngetahui saya mengadung sehinggalah saya melahirkan, barulah K.Nor berpindah. Pada ketika itu, saya pun berpindah sama kerana kuarters jabatan kami telah siap.
Mungkin ini telah ditulis, kali ini saya pula menumpang, bukan seorang, tapi dengan buah hati. Insyaallah tidak lama menumpang kerana mungkin saya tidaklah sebetah K. Nor yang mampu menumpang di rumah saya sehingga setahun. Saya pula, dengan anak, dan tekanan pasangan hidup saya...terpaksa juga mencari tempat tinggal sendiri secepat mungkin. Mana mungkin menunmpang saya betah membawa cik abang menumpang sama?
Minggu ini insyaallah berubah lagi, kalau diizinkan. Apa sahaja mendatang saya tempuh sahaja dengan kudrat yang ada...insyaallah saya mahu melihat yang indah-indah dan positif sahaja mulai tahun ini....
Episod baru..
3 minggu yang lalu
5 cetusan rasa:
semuga bulan bulan yg akan datang menjanjikan keceriaan brterusan...
Insyaallah...
Insyaallah...
salam..pertama kali singgah..bukan nak cakap..tapi nak tulis...semoga hani..bolih menghadapi apa jua yang mendatang.
Erna tq berkunjung ke blog yang suam-suam kuku ni.....
Catat Ulasan