Isnin, Jun 09, 2008

Cerita kami berdua part 2

Assalamualaikum w.b.t

Ahad dekat2 maghrib tu, ada orang beri salam. Bila jengah kat tingkap dari bilik master tengok ada budak lelaki berkopiah. Dia bagi kunci kereta ayah. Dari jauh nampaklah ayah dia berkopiah dok kat luar pagar jer...tanya budak tu nama ayah apa? Roslan katanya, oh..dekat jer rumah dia dengan rumah saya...orang rumahnya saya kenallah....

Nampak gak kereta ayah dah diparking dalam porch rumah saya. Terkejut jugak, ingatkan ayah yang balik. Saya ambik kunci kereta tu lepas tu try call ayah, asyik masuk mesej jer.

Sampailah ke malamnya nak tido call lagi, tak berjawab jugak. Manalah agaknya ayah keluar 40 hari...dok bebel dengan Hani. Hani plak kata dia rindu dengan ayah. Walhal Jumaat malamnya tido bukan main peluk ayah lagi, tak layan ammie pun sebab 'gaduh' dengan ammie.

Malam tu gi ke Fun Fair naiklah keter ayah sebab tengok2 ada separuh lagi minyak kereta ayah. Dapatlah save minyak kereta saya. Kereta ayah memang makan banyak minyak, auto 2000 cc, kereta saya Kembara tu pun boleh tahan jugak, auto walaupun 1.3cc jer. Baru ni ayah kata kos minyak dia berulang seremban-pd meningkat dekat 200 sebulan. Katanya kalau takde duit dia tak balik seremban, saya pulak kena ke PD..eh mana boleh?

Hari ni gi office pun masih pakai kereta ayah...hahahaa kasik licin minyak kereta dia pastu baru naik kereta saya pulak....kira panas enjin jerlah.

pagi2 tadi, ayah call dah bagitau dia keluar 40 hari ke besut...mak aii jauhnya. Kalau dekat2 sini bolehlah jugak cilok or pujuk2 dia balik semalam dua [nak hidup beb]...bila kata alamak bang camana nak suh balik ni...dia kata datangler naik bas...hahaaaaa....sabar jerlah lagi 38 hari....

Geram gak dalam hati...bilalah berjaya projek buat anak...[doa2 jugak dengan allah tapi kalau suami takdak apa cerita kan] tapi fikir positif jerlah...harap sepanjang master program ni selain dapat master dapatlah permata hati.

oh ya...kat pejabat dah ada yang sedih2 dah dengar saya nak blah. pengarah gurau2 cakap suh saya tangguhkan...tentu terasa kehilangan 'orang kuat' ni....takper, adalah orang lain memangku dan ambik alih tugas saya....

Tak sabar weiii nak blah...tapi harap2nya bilik saya tu takyahlah keluar, malas nak mengemas buku2 tu..lagipun kalau datang ke office takde bilik tak bestlah kan, ada bilik bolehler lepak2...harap2 saya tak ditukarkan buat masa ni, 2010 nanti tukarkan kemana jer gerenti saya setuju...dengan pak hj, madu saya dan anak2 tiri semua saya akan angkut bawak pindah [pak hj setuju dah] ...

tu jerlah... bebel memang sedap...kerja plak tak jadik...nak masak simple tuk kami berdua...walhal pasar malam depan umah jer ni...jimat..jimat...hujung bulan jauh lagi..pak hj takde plak bulan ni...

2 cetusan rasa:

Cool berkata...

kak nak la baca blog hani suhaila

Hanisumayyah berkata...

jiji...

akak lupa lak yg akak ada ubah 'permission' tu pastu lupa nak ubah.

Masuklah dah boleh dah...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP