Jumaat, Jun 13, 2008

Dilemma

Assalamualaikum w.b.t

Menjelang 24 Jun ni saya begitu dilemma mana hendak diletakkan Hani?

Ada idea tak?

Ikut ayah, takde cadangan atau pilihan lain, semua dah boleh agakkan?

Macam biasa, ayah awal2 dah bagitau Kak Aza nak suruh kak Aza jaga Hani walaupun saya takde cakap apapun. Hani akan sambung sekolah PASTI...

Mak saya kat kampung pun dah bagi green light nak duduk dengan saya sementara waktu [1 @ 2 minggu jerlah], lepas tu dia ada offer pada saya nak jaga hani, bawa dia balik kampung sekolah tadika perpaduan jer.

Tapi saya dah jangka yang Hani takkan mau duduk di kampung. Tau jerlahkan, kat kampung kurang selesa banding di rumah sendiri...terutama mak saya duduk bersama seorang abang di rumah tu [tu pun malam baru balik] hani memang boring.

Ayah pun takkan benarkan anak gadis dia tu duduk di kampung, tak terjaga katanya. Ayah bukan suka kalau Hani main2 pasir, panjat2 pokok..dia tak suka kotor2 anak dia tu.

Bagi saya tak kisah, lagi dia meneroka alam lagi dia cepat pandai dan banyak pengalaman. Kalau kat kampung tu dari pagi to petang duduk diluar rumah jer...kalau di rumah duduk di dalam depan tv dan depan pc main game jerlah...

Kalau disuruh hani pilih antara duduk di PD dengan duduk di kampung dia akan pilih duduk di PD.

Dikampung pun dia suka, tapi sebab saya takde tu yang dia ralat sikit tu...

Ayah kata, lepas sebulan dua sebelum kak aza bersalin [sekarang kak aza masuk 6 bulan]nak ambil orang gaji.

Tu saya tak berapa setuju sebab agak membazir, Hani hampir sudah mampu mengurus diri sendiri, ada orang gaji merupakan pembaziran.

Memandangkan ayah ada pun berselang, 3 malam jer seminggu, takde kerja yang khusus untuk orang gaji, buang duit saya juga sebab saya yang akan bayar gajinya.

Saya rasa saya takkan mampu berbelanja ikut suka hati kalau terpaksa keluar kos bayar orang gaji berserta pakej yang akan hadir bersama kehadiran orang gaji nih.

Ini kiraan perbelanjaan bulanan saya yang tetap setiap bulan {termasuk saving};

~Rumah : RM 890
~Hani : RM 500 {termasuk OT kerana ambil lambat & tido dgn cikgu}
~Kereta : RM 500
~Tabung haji : RM 400 {saya, mak dan Hani}
~ASB : RM 160 {sebulan}
~Streamyx : RM 45
~Personal loan : RM 400
~Cukai pendapatan: RM 60 {purata sebulan}

Kat situ jer dah berapa,kan? Banyak tak masuk lagi tu,kan? Hutang piutang dan tanggungan lain sedia ada....Apa yg tak masuk tu? Ni dia...;

~bagi cash kat mak bulan2
~bayar bil api/air
~cukai tanah/pintu {setiap 6 bulan- 20 Jun ni plak road tax/insuran KO}
~Duit minyak kereta
~Bil telefon rumah dan handphone {mujur bil rumah RM 2/permonth sebab ada OKU}
~Belanja dapur tetap - sabun, beras, gas, minyak, dll
~belanja dapur basah - sekurang2nya seminggu sekali
~duit susu Hani
~beli penapis air {air paip terlalu kuning di sini - ada baki hutang RM 600 lagi}
~makan hari2
~belanja Hani {pasar malam, ke 7-11 yg dia suka sgt pergi tiap2 minggu}tak?

Heyyyy....saya sorang belanja semua ni tau! Bengkok jugak kalau difikirkan... mujur jugak saya tak gunakan dah kad kredit, sekadar simpan jer kad2 tu utk kecemasan, pak hj larang sama sekali, isi minyak pun pakai debit card maybank. Semua saya bayar secara cash, ada duit belanja takde duit diam2 jer kat rumah...

Tu tak masuk lagi, lepas gaji sure makan besar dengan hani pastu dengan ayah, pastu keluar makan dengan mana2 staff kat office ni kenalah saya yang bayar {takkan nak bagi orang yg bawah dr kita bayar sendiri plak kan....biasalah ni...pastu nak kena beli baju Hani yerlah budak tengah membesar, ada jer baju yg singkat dan senteng, baju sendiri pun nak jugak w.pun takdelah sebulan sekali...sesekali teringin jugak beli benda merepek utk diri sendiri, utk rumah ataupuj utk Hani, yer tak?

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP