Isnin, Jun 09, 2008

Citer biasa kami berdua

Assalamualaikum w.b.t

Biasalah kalau dah tinggal berdua jer dengan hani weekend memangler boring giler dok kat rumah ni. Sebab biasanya weekend ayah ada,kan! Takdelah dok berdua, kalau bertiga tu ada banyaklah cerita, tapi kalau berdua jenuh layan si hani bertanya itu ini jerlah.

Tapi macam orang lain jugak, saya cuba juga belajar nak berjimat taknak keluar weekend baru ni. Hani jerlah asyiklah pujuk ajak keluar jalan-jalan.

"Jomlah ammie, kita keluar jalan2..pleaseeee...pleaseee..."

Tulah ayat dia yang dia ulang2 dari Sabtu lagi.

Bayangkanlah dari Jumaat petang tu sampailah ke ahad tak keluar rumah langsung. Malas sungguh nak keluar. Keluar dari kawasan rumah pun malas. Keluar sidai baju jer...konon cadang nak potong rumput tapi malas pulak ak peluh2.

Lepas makan malam hari ahad tu, menunya udang goreng kunyit dan selar goreng (untuk hani), sambal sotong utk ammie, perut dah kenyang dah...tapi Hani masih lagi tak putus asa, tetaplah jugak pujuk ammie lepas solat maghrib masih jugak pujuk...

"jomlah ammie..kita jalan kejap jer...pleassssseee"

Maka, saya ni lama-lama kesian jugak, bawaklah dia jalan...[dalam hati dah tau dah sekurang2nya mesti abis RM50].

Dah kata keluar tu, Hani ni macam2lah timbul idea dia..dah lama dah pujuk nak ke Fun Fair tu [ayah kan tak suka pergi tempat lagha2 ni...sebelum ni bila hani tanya ayah diam jer....]maka malam tadi bawaklah dia...punyalah suka melaompat2...berbelas ringgitlah abis belikan token utk dia.

Sambil tu beli besi dan mangga utk mangga pagar rumah kat Seremban Centre point tu. Dulu masa baru duduk rumah ni ada rantai dan mangga tapi kerana 'ganasnya' saya sampai rantai dan kunci tu terjatuh dalam longkang besar depan rumah..lepas tu takdelah berkunci2 pagar rumah tu.

Baru2 ni ada 3 biji buah kelapa muda yang baru lepas di kopek dan di makan kat depan rumah tu. Siap dengan sampah2nya. Lepas tu kasut sukan Hani yang kaler pink yang saya ada buat entry dia tu...hilang...sah2 kena curik. Mujur jugak kasut saya dan kerusi ayah tak dihangkutnya sekali.

Maka saya pun memaksa diri beli rantai dan mangga baru. Dua2 tu lebih RM 20.00. Belikan mainan hani RM 3 + RM 4 = RM 7.00.

Maka malam tadi tanpa keluar makan dan tak beli apa2 makanan pun saya dah terbang dekat2 RM 50.00. Kan dah cakap dah....

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP