Ahad, Jun 22, 2008

hijrah

Assalamualaikum w.b.t

Banyak projek yang saya tak sabar nak buat sepanjang setahun setengah nih. Suka sangat saya bila difikir2kan, belum buat lagi pun saya dah suka tuuu~~~. Bukan projek besar pun, projek modal kecil-kecilan jer... tapi rasanya bawa makna yang besar pada saya yang rasa macam dah 'terperangkap dalam dunia kerja sejak tahun 2000...<--statement apakah ini? Gaji nak tapi kerja asyik mengomen jer...tak..tak...saya suka kerja tu tapi sebab post tu saya rasa tak enjoy lah..."&^@#$()+@%&"!!! Kalau statelah ni, kalau kat HQ tu rasanya post saya ni kecik sangat, ramai lagik besar2 kat sana, kira boleh 'berpayung' lagi pada diorang...okay...okay...dua minggu jer lagi..sabar yer...saya cakap pada diri saya nih... Ni hah projek2 yang dah ada dalam kepala dan dah survey pun... 1. Nak menjahit dengan serius Bukan nak gi belajar jahit tapi beli buku jer. Saya nak jahit baju kurung, blouse, beg2, cadar, comforter, langsir kira semua nak jahit sendiri. Saya dah survey dah buku2 kat kedai, banyak dan macam2 buku ada, rasanya kalau tekun saya takyah gi kelas, sebab langkah satu persatu semua ada kat dalam buku. Yang ni paling saya suker dan tak sabar. 2. Masih lagi hal menjahit. Tapi ni saya nak jahit beadings pada baju, kira nanti baju2 kurung kerja saya dan baju kurung Hani [tudung pun boleh] semua saya nak letak manik2, yang sesuailah. Setakat ni ada 4/5 helai baju saya jahit sendiri manik dia tapi takdelah yang lawa2 yang simple2 jer, tapi sejak dua menjak ni saya dah surf kat internet banyak design dan corak lawa2 dan senang nak buat, saya akan belajar, bukunya pun ada dijual kat kedai dan secara online, tunggu saya order jer kat ujanailmu. 3. Projek mengecat bilik hani dan menampal wall paper kat bilik master. Dah lama cadang dah ni, tapi ni semua bukan boleh buat sehari dua, mau makan seminggu dua, kalau buat sikit tinggalkan, nanti projek tak ikut spek pulak. Lagipun buat sorang, pelan-pelanlah buat...pak hj mana nak larat dah [tangan sebelah]. Masa kerja skrg ni, sabtu ahad dah sibuk melayan hani, malam letih bukan main, weekend dok basuh baju, mop rumah, tengok tv...habis masa camtu jer, kalau pak hj ada lagilah membelek dan menggetel dia jer pagi sampai ke malam... Selalu weekend kena lak ke off ada2 jer operasilah, kerja tertunggaklah [kan skang kena ambik hani before 6 kalau tak sejam RM10.00 kena bayar OT cikgu, tu pun sekarang tiap2 bulan mesti kena bayar lebih kurang RM 70 tambahan duit OT cikgu ~bukan boss yang bayarkan...tahan telinga jer kena perli selalu sebab saya balik awal~ kang kalau cakap kena bayar nanti katanya berkira plak..., office hour camana nak duduk mengadap buat kerja, takdenya dapat duduk diam2 dalam bilik tu, ada jer tugasan...takpun ada jer yg dtg masuk bilik saya..sudahnya kerja saya gak tak siap weiiii...kena korbankan weekend~~~ mana nak menjahit nak mengecatlah?] 4. Amal nak kena jaga dan tip top. Mati anytime, hidup belum tentu...ntah apa2lah kan...takde.... gini sebenarnya..saya ni masa belajar dulu [kat u] sangatlah baik budaknya [fakta yg betul yer puan2 dan dua org tuan2], puasa isnin khamis pun tak tinggal [berat 46 kg jer tau~mantain dari masuk sampai keluar u"], aurat ditutup penuh, makan/keluar/berbincang dengan lelaki ~jangan harapler, bercakap dengan lelaki pun tidak kecuali perlu!. TETAPI itu telah jadik kenangan dalam lipatan sejarah dan dalam album2 gambar saya bersama rakan2. Harus diakui saya telah melalui proses tranformasi yang sangat besar, kalau tak kawin dengan pak hj lagi hancusss~~~~~!!!!! SEKARANG? Nak cakap pun tak tauler...kalau zohor tu, terkejar2 saya solat, tu tak lunch tu, kadang bukan sebab kerja pun sebab saya leka, masa rehatlah baru nak belek internet nak baca laman2 web berita~kena ikut ni kan berita kami selalu keluar sekarang, lagi kena tau hal masalah setempat kot2 ada yang kena mengena!, kalau tak kena tanya takleh jawab, malulah...apsal KUS tak tengok berita ker? Sooooo, berangan dan berazam benda yang baik tu kan dapat pahala [bukan sahaja free macam kata blogger2 ni] alaaah kalau berangan benda tak elok pun dosanya tak tercatit lagi tapi taklah dapat pahala...SEKARANG dalam tempoh setahun setengah ni harapnya mampulah saya mengembalikan kegemilangan era saya suatu waktu dahulu...takdelah siang malam bekerja kadang tersentuh sana sini dengan budak2 lelaki ni, tergelak ketawa tak tentu pasal kalau ada penemuan2 18SGX [benda wajib ada dalam hp/lappy org2 yg di 'XXXX' oleh kami~macam gaya dan graphics yg ado]....mengutuk sana mengutuk sini...politik pejabat kan biasalah...saya nak carik gak penyokong...haaaiii kalau KUS kena guling atau ada yg diorang buat belakang kiter saya gak yg susah...so bebudak ni kena dibuat baik...kan org tak suka boss pompuan... Entahlah budak2 saya ni apa pandangan diorang pada saya tak tauler saya dah cuba ambik ati dorang dan sampai korbankan prosip sendiri...sampai tengah2 malam bawa ke pagi selalu saya sorang jer pompuan dicelah2 lelaki2 itu...sedangkan "ohhhhh, saya rasa bersalah kat pak hj okay...tapi demi tugas kuteruskan jua...." Tapi bila belajar nanti ni, dari jabatan saya 4 lelaki saya jer perempuan, dari luar ada 4 perempuan 5 lelaki, harap2nya semua okay, janganlah ada yang sosial sangat saya ni jenis mudah gak terpengaruh....kang terikut2 plak apa diorang buat....harap Allah makbulkan niat saya utk berubah menjadi yang lebih baik...amiiin.. 5. Menanam pokok2 sayur kat rumah + pokok bunga Ni projek ni bukan saya nak buat saya nak umpan mak saya suh duduk sini so minggu depan dia datang saya nak ajak gi nursery dan beli perkakas2 tanam-tanaman ni nak suh dia menanam kat belakang ni, tanam dalam pasu jer. Untuk saya satu teraphy jugak kan...lagipun anak saudara saya lelaki umur 22 tahun akan datang sekali, sebab dia masih cuti semester. kereta ada dua, kasi dia pakai kembara saya bolehler bawak hani dan makwe jalan2 gi nursery tu kalau tak cukup apa2 ker, dan saya bawak keter pak hj gi kerja... saya cadang nak hentikan hani dari sekolah, saya nak ajar sendiri jer, ajak mak saya duduk sama untuk setahun setengah ni, habis master Hani dah masuk darjah satu dah...kalau 6 tahun nak sekolah, kasi sekolah dekat dengan umah boleh mak saya hantarkan... 6. Anda last but nit least....saya nak start buat novel..deraf2 semua dah ada dah dalam kelapa jer pun... Saya ada beli satu buku berkaitan dengan pengalaman penulis2 tersohor kat malaysia ni cara nak memulakan penulisan novel sejak dari 1996 lagi. Masa kat usm saya dah beli buku tu. Asyik dok baca dan belek jer, nak mula tak mula2 jugak. Kira kalau boring study dan menjahit bolehler buat novel. Ataupun amsa cuti semester [yahoooooo] bolehler buat benda2 ni semua. Kalau ikutkan banyak lagi tu...tapi ni jer yang saya nak masukkan dalam list! yerlah saya ni tak pernah duduk rumah lama tau! Lepas habis spm saya terus kerja kilang, lepas STPM pun saya terus kerja, lepas habis u pun 3 hari jer saya rehat kat rumah terus saya kerja kilang lagi sampailah saya tukar kilang lain pastu jadik wartawan takde cuti pun sebelum saya terus sambung kerja kat sini...kira2 ni kalau jadik nilah tempoh paling lama saya rehat dari kerja selain berpantang 60 hari tak kerja 2003 hari tu. Ya...sapa sangka setahun setengah saya akan 'berbulan madu' dengan gembiranya...cuma dalam tempoh tu satu projek paling besar yang saya doa hari2 dalam setiap sujud dan akhir solat saya, ialah untuk Allah kurniakan anak kepada saya, tak kisahlah berapa pun, saya sedia...lepas ni kenalah jugak 'ikat' kaki pak hj tu, kalau kerap sangat keluar lama2 macam ni mana leh buat anak kan?..susah...susah....kebarangkalian tu ade kureng sikit...ikutlah kalau ada rezeki saya harap2nya dapatlah master sekligus dapat anak sekali....AMIIIINNNN Jugak saya rasa bahagia rutin harian saya bebas dari buat benda2 nih; ~tanpa perlu kejar dateline kerja yang dipantau setiap isnin & mengadap boss hari2 ~takyah bermesyuarat setiap hari, pagi dan petang dengan anak2 buah. ~Tak perlu lagi berdepan dengan public yang datang membawa seribu satu masalah utk diselesaikan pastu marah kalau kita kata luar bidang kuasa ~takyah gi court bawak kes [tapi pergi bagi keterangan memang berderet kes menunggu bicara tu] ~Uiiii banyak lagi kegembiraan yang tak tercatat disini....biasalahkan kerja carik masalah, korek masalah, selesaikan masalah..lama2 hidup kita pun dalam masalah jugak sebab asyik jaga tepi dan dalam kain orang jerkan?...seronok memang seronok tapi entah! Dah namanya 'Manusia' ada jerlah yang tak kena.... Ntah2 ambik master ni pun sama, harap2 takler menyesal...kira bolehler baiki apa2 kelemahan2 dulu masa belajar kali ni harapnya bolehler pulunkan...

2 cetusan rasa:

HAPPYIRFA berkata...

salam kak..
wah bagus punya perancangan ni.harap2 terlaksana

Zareda Norman berkata...

part tanam sayur dan herb tu paling kak zar suka. semalam baru jer beli tanah organik 10 kg, nak topup tanah dalam pasu tu. ekceli bercakap dengan pokok pun saty therapi tau

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP