Rabu, September 08, 2010

!!~Salam Eidul Fitri dan adakah raya kita Ikut Sunnah....~!!

Assalamualaikum w.b.t

Sempena hampir berakhirnya Ramadhan ini, marilah kita hayati bagaimana pula cara Rasulullah menyambut Syawal. Jangan2 kita pula sudah elok beribadah di bulan Ramadhan tetapi bila tibanya syawal tergelincir pula cara kita dari yang dituntut agama....

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )


Sumber: http://akob73.blogspot.com

(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)



Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:



“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” - Surah al-Maaidah: 3.



Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan tertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.



Bertakbir.



Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu

amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika

terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak

hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:



“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa

(sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir)

kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu

bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.



Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan

dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.

Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:



“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu

dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang

ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat

Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani

Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali

al-Halabi al-Atsari, ms. 32



Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar

Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat

solat.



Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.



Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu

sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil

Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan

amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah

sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h

yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:



“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian

mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’

(Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari,

al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau

hadis ini berstatus hasan.



Meneruskan qiamullail.



Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan

malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan

(solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari

berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak

bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan

qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat

mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan

mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.



• Mandi pada pagi hari raya.



Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu

sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali

bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan

mandi setiap hari? Beliau menjawab:



“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi

pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis

riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.



• Makan sebelum solat Aidilfitri.



Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan

solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa

dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:



“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya

adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa

sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah

Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” - Rujuk Fath

al-Bari, jil. 5, ms. 272.



Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang

ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu

menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri.

Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik

daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi

(tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:



“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke

tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.”

Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa

Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.



Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut

dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu.

Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum

air.



Memakai pakaian yang indah.



Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:



“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya

pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha

dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis

perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai

wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil.

1, ms. 327.



Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang

terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang

bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik

perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie

r.h menambah:



“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian

paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka

juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk

Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.



Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta

paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat

hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian

tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:



“Mana-mana wanita yang memakai

wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat

menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.



Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya

berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta

kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang

keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak

sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang

kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.



• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.



Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:



“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.



Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana

tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan

kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.



. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.



Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali

dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:



“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.



Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:



“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan

pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini

dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui

kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan

barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan

pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu.

Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di

jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang

ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid

atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat.

Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan

kesalahan-kesalahannya.” - Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim

al-Jauziyyah, ms. 49.



• Tempat perlaksanaan solat hari raya.



Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla

(tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua

hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia

melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang

kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid?

Abu Said al-Khudri r.a berkata:



“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha,

Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama

yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa

ada sebarang solat sunat).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.



Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:



“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang

mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum

muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka)

dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan

berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak.

Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi,

dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang

imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan

penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa

bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada

mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” –

Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin

Hasan, ms. 394.



• Mengerjakan Solat Aidilfitri



Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah

perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat

Islam. Ibn Abbas r.a berkata:



“Rasulullah s.a.w telah keluar pada

hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya

sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya

dan sesudahnya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.



Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:



“Pada hari raya Aidilfitri dan

Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama

yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan

mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah

makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan

memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.



Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari

raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang

tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan

meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:



“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah

selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh

itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa

yang ingin pergi, dia boleh beredar.” - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.



Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri



Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah

sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada

Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan

kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan

suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya

Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan

ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan

sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju

baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah

sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah,

cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli

keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua

bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari

tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia

dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h

berkata:



“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan

agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna),

semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari

raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan

hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.



Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah

al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan

Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:



“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah

sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka

bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu.

Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu

memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa

jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan

kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan

Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.



Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal



Sabda Rasulullah s.a.w:



“Sesiapa yang berpuasa pada bulan

Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal,

seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.



Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang

paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah

hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal)

sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan

pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas

memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal,

pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara

berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang

melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula

dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari

mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan

puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa

sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud

hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa

setahun.



PENUTUP



Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan

ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri

menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan

bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri

yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan

dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.






Wassalam

Isnin, September 06, 2010

Di mana Dato' Sosilawati Lawiya menghilang? & Tentang Iklan Raya TV3 yang kontroversi

Assalamualaikum w.b.t


Terkejut dengar berita malam ni di Buletin Utama, jutawan kosmetik terkemuka, Sosilawati yang juga bekas isteri penyanyi Nash hilang.


Beliau yang keluar bersama 3 individu lain bagi urusan perniagaan tidak pulang2 ke rumah walaupun katanya 3 hari sahaja.


Pelik yer...kemanakah agaknya mereka semua menghilang? Misteri betulkan?


Harap2 kesemuanya dalam keadaan selamat....tidak diculik oleh penculik ataupun tidak berada di alam lain....bunian contohnya....


Tetiba saya teringat cerita Puteri Bunian....


Satu hal lagi malam tadi adalah kekecohan di FB tentang iklan Raya TV3 yang dikutuk hab is-habisan..


Jujur saya tak berkesempatan menontonnya, tapi lagu raya tu banyak kali dengar


Almaklumlah sibuk di dapur...


Sekali tengok kat FB tadi terkejut lak....ntah apa2 iklah tu


Sungguh tak relevan dengan suasana ramadhan dan syawal nanti...


Mujur juga telah ditarik balik penyiarannya....


Tapi kenalah minta maaf secara rasmi kan, memang tak sesnsitif..


Wassalam

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP