Assalamualaikum w.b.t
dah lama saya perhatikan
peniaga kita ni susah betul nak ada kesedaran
Bahawa kebersihan itu amat penting dalam penyediaan makanan
Selamba jer mereka membelah roti burger dengan memegang roti mengguna tangan kiri
Tanpa menyarung tangan dengan sarung tangan plastik tu...
Bukan mahal pun sarung tangan tu...dan bukan susah pun nak pakai
Suasana pakai sarung tangan ni saya selalu nampak di bazar ramadhan jer
Kadang nak tegur rasa serba salah
Sudahnya bila tengok gerai burger tak guna sarung tangan saya cancel order
Nak2 kalau peniaga tu remaja lelaki yang merokok
Lagilah sampai jer tengok cara kerja dia trerus tak jadik
tu tak masuk dia pegang sana sini, dengan air yg terhad nak basuh tangan dan dia pulak selang seli pegang senduk, pegang kain buruk..pastu pegang lak roti burger tu...haru!
jumaat lalu
saya makan di noodle station
makan banana split jer pun, kawan saya makan noodle
Macam biasa dah terbiasa tengok kat gerai
Mata ni nak jeling gak orang yg buat kat kaunter tu
mula2 dah rasa semacam...(lelaki) dengan rambut panjang, telinga bersubang, ibu jari ada cincin besar....dari gaya nampak macam perokok tegar
Dan bukan sebangsa dengan saya!
Yang tak bestnya saya nampak dia potong dua banana tu pegang pisau tangan kanan, pisang tangan kiri tanpa sarung tangan plastik tu
sepanjang buat kerja juga dia tak lupa menguak rambut yang belah tangah sebab tepi2 rambut asyik jatuh tutup muka
Aduahaiii camana nak makan dan telan banana split ni?
memam tak lalu lah...mamat tu siap pegang2 botol, pinggan ntah apa2 lagi...
So, bila banana split saya sampai terus saya komplen
Rasa hak pengguna dicabar
terus pelayan report kat manager...
saya nampak dia call sana sini pastu baru datang meja saya
dia ucap terima kasih
Ambil banana split yg dah dihantar
dan katanya akan ganti baru...
dengan tahap kebersihan yang dijaga...
Yesss...baru lalu nak makan...
Selalulah tuntut hak pengguna kerana kita bayar untuk dapat yang terbaik!
Kalau bukan kita pejuang hak kita, siapa lagi?
Wassalam