Selasa, Mac 31, 2009

Sambal sotong kembang

Assalamualaikum w.b.t


Don't judge the book by it's cover...


Tulah, saya ni kan sekali pandang sambal sotong kering yang teah dikembangkan tu...


Memang takde selera


Dengan tekak2 saya sekali kembang


Tapi saya tau, suami suka sangat sambal sotong kembang ni


Kalau sarapan nsi lemak berlauk kat kedai,


Mesti saya ambilkan dia sambal sotong kembang ni...


Yerlah dia kat kedai [yg jenis layan diri] pun harus saya yang tolong hidangkan juga


Tapi untuk saya tak pernah saya ambil sotong tu...


Tak tau kenapa memang tak minat...


Tapi pagi ni, ke pasar, tiba2 rasa macam nak belikan untuk suami pulak...


Sekor jer saya beli, RM 3.90..besarlah jugak tu...


Balik tu, saya potong2 sotong tu nak simpan dalam peti sejuk


Tiba2 rasa macam nak buat sambal tumis sotong kembang


Maka, saya pun call lah suami, tanya kaedah lebih spesifik...


katanya, gorengkan sotong tu dulu tanpa minyak untuk hilangkan airnya


Pastu baru goreng buat sambal...


Sekali dah masak, alamak sedapnya...


Tulah lain kali, cubalah dulu...


Baru tau sedap,kan?


Tulah Allah bagi juga saya nikmat rasa sedap tu,


Selama ni saya jer yg pandang macam tak sedap!!!

Ahad, Mac 29, 2009

dan seketika di Nilai 3

Assalamualaikum w.b.t


Nama jer saya ni ulang alik ke Kl/Bangi dari Seremban


Dan nama jer dok Seremban dah 9 tahun


Tapi bila orang sibuk ke Nilai 3, tak pula teruja ke sana


Sebab takat nak cari benda2 biasa, kedai melambak di sini...


Tapi tiba2 terasa nak ke Nilai 3


Semata-mata nak cari tilam tebal sikit dari toto tu


kan saya dinasihatkan usah tido di katil lagi


Jenuh juga bentang comforter 2/3 lapis tiap2 malam


Maka jam 11 berbondonglah kami 3 beranak ke sana


Yerlah ....terkejut juga


memang murah...


Dan melambaknya barang2 jati kat sana yang murah2


Dan melambak juga orang pakistan berniaga yer?


Rasanya 70% mereka sajer!


Dan seketika disana, selain tilam, 2 tikar dirembat juga...


Tu yang malas nak ke sana...


Selain senarai yang ada, mesti ambil yang lain juga!


Langsir pun banyak pilihannya...


Tulah berkira2 dah ni


Nak mengganti langsir yang dah 7 tahun guna ni...

dan memalukan

Assalamualaikum w.b.t


Sungguh malu kalaulah saya


Bila disebut nama dibooo [dan diejek]


Alahai ketua pemuda


Eh saya pun taknak sebut nama


Nanti yang membaca memboooo sama


p/s: balik rumah solat taubat jerlah doa dengan allah...kena malu dengan allah baru rasa malu dengan manusia akan ada....

Sabtu, Mac 28, 2009

dan bersyukurlah

Assalamualaikum w.b.t


Dan teruslah bersyukur


Walau semua beban dibahumu


Walau sakit peningmu ditanggung sendiri


Walau ketika rindu dendam bersarang dihatimu


Walau dimasa sendiri terasa begitu ingin sekali


Ingin memeluk seorang lelaki


Yang bernama suami


Haruslah kamu tetap bersyukur


Walau suami yang ketika itu tiada disisimu


Namun kamu harus tau


bahawa kamu masih ada suami


Dan bersyukurlah


Teruslah bersyukur


Dia tetap ada


Walau bukan disisimu


Tapi tetap ada didalam hatimu

Khamis, Mac 26, 2009

Dan harapan itu tetap ada

Assalamualaikum w.b.t



Menunggu dan terus menunggu


Selagi ia tidak tiba


Selagi tidak ada


Selama itulah harapan tetap ada...

Rabu, Mac 25, 2009

Dan bila saya rasa saya tidak serasi dengan pasangan

Assalamualaikum w.b.t


Dan rasa tidak serasi itu selalu ada


Bukan sahaja di barat tapi dimana-mana


Kerana suami dan isteri itu umpama dua garisan selari


yang tidak pernah akan bertemu


Namun tidak juga semakin jauh, bukan garis mencapah


bahkan seiring sahaja geraknya


Maka cobalah


Cobalah rapatkan dua garisan itu


Cobalah cari dimana persamaannya


Cobalah cari dimana titik pertemuannya


Kerna disitulah


Akan ada


Keserasiannya

Selasa, Mac 24, 2009

Adakah pasangan kita serasi dengan kita?

Assalamualaikum w.b.t


Persoalan serasi ni muncul dalam kepala saya lepas saya tengok satu filem di channel hallmark semalam.



Pasangan di barat sanggup bercerai selepas kahwin bila mereka rasa mereka tidak serasi.



Dan alasan yang sama juga menjadi punca penceraian di negara kita.



Pentingkah serasi ni?


Dalam mengekalkan sebuah rumahtangga?


Sekufu, serasi...samakah?

Khamis, Mac 19, 2009

Kesabaran

Assalamualaikum w.b.t


Merajuk lagi

Kalau takde kesabaran

Lama dah melawan

Sabar itu separuh keimanan

Selasa, Mac 17, 2009

Mengharap perubahan

Assalamualaikum w.b.t


Ali Rustam tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan UMNO

Najib mahukan pembaharuan dalam UMNO

Beberapa ahli UMNO digantung keahlian

Khairy diberi amaran


*Harap ini permulan positif dan ada lagi berita2 gembira seperti ini menyusul...mungkin boleh menyumbang bagi memulihkan kepercayaan rakyat *

Nikmat sihat

Assalamualaikum w.b.t


Dah sakit baru tau nikmat sihat


Baru tau bahawa harta dunia tak membantu


menyusahkan lagi adalah


Dulu rasa atas tilam empuklah paling nikmat tido


Sekarang tlam yang sama jadi tempat paling azab...


sakit pinggang tambah teruk kalau duduk atas sofa empuk


Atas lantai rata juga yang indah


Atas toto murah juga yang paling selesa


bagilah tilam chiropractic sekalipun


tilam simmons yang katanya penyokong tulang belakang?


Hampeh!


Maka, sedarlah bahawa dengan sakit ini


Allah telah tarik nikmat itu


Nikmat tido sedap atas katil dan tilam yang empuk...


Sakit pun ujian...


Ada ganjaran...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP