Jumaat, Ogos 20, 2010

Terkesan dengan kes Roslin Hashim bercerai

Assalamualaikum w.b.t


dulu saya dah pernah buat entry perihal cerai artis ni tapi kali ni cerai selebriti sukan pulak


bila sekali cerai masyarakat boleh terima logiknya walaupun ramai tertanya2 kenapa 12 hari nikah terus nak cerai?


Tapi kali ke 2 masyarakat mula pelik


Selain tempohnya 30 hari tetapi yang peliknya ada cerita sebaliknya


Cerita yang sama, iaitu ada watak sampingan yang sama dalam kedua2 cerita cerai ini


kalaulah benar bagai dikata, ini adalah kes biasa


bukan pada selebriti atau ahli sukan semata


Malah pada sesiapa pun


Sekeliling kita ramai juga yang ada cerita sebegini


Ini adalah cebisan kisah realiti dalam masyarakat


Punyai dua wajah dan dia watak


Wajah yang dikenali semua dan wajah yang kita sendiri sahaja tau bahawa siapa kita sebenarnya....


*************

Dan saya sangat sedih..melihat kejadian buang bayi...


kalaulah boleh saya buat pengumuman


pada mereka yang berhajat membuang bayi...


mari sini..buangkan kepada saya...


kerana dah lama saya inginkan bayi....jangan buang merata


Ramai yang inginkan bayi tapi tak sebertuah kamu....


Kejadian buang bayi sekitar sebulan dua ini adalah atas perlakuan mereka sekitar 9 bulan lalu....


Projek yang dibuat sembilan bulan lalu baru berhasil dalam sekitar masa sekarang ini....


Apakah projek atau peristiwa sembilan bulan lalu yang menyebabkan mereka terlanjur???



Wassalam

Rabu, Ogos 18, 2010

Hidayah Allah....artis bertudung, bertuahnya mereka dipilih Allah...

Assalamualaikum w.b.t


Sempena ramadhan kali ni, ada beberapa artis yang saya teruja melihat mereka kini bertudung....sekadar berkongsi dengan pembaca...harap2 hidayah mereka perolehi ini akan memberi kesan kepada rakan artis lain dan moga2 hidayah Allah terus melimpah pada hambanya walaupun siapa HambaNya...dan moga2 kita juga mendapat hidayah....dan bagi yang bertudung berusahalah pula menutup aurat sesempurnanya sebagaimana isteri2 Nabi dan sahabiah.....insyaallah...

Salah seorang yang saya cukup suka melihat beliau kini bertudung adalah Cat....Catriona Norhayati Ross telah mendapat hidayah semasa beliau di butik tudung sepertimana yang diceritakan di sini. Manis jer baca story bagaimana dia mendapat hidayah ini.





Fauziah Latif pun semasa di Gaza bertudung..moga2 beliau terus mengenakan tudung berterusan.


Liza Hanim adalah insan seni yang saya paling teruja bila mengetahui yang beliau telah bertudung....masyaallah cantik dan manis bila bertudung...




Hamidah Wahab adalah insan seni yang sangat saya minati lakonannya....dan saya tak pernah tau yang beliau kini sudah bertudung....cerita beliau bertudung juga begitu manis sekali...semuanya bermula di lokasi pengambaran sepertimana diceritakan di sini yang saya petik;

Bercerita mengenai perubahan diri yang kini bertudung, Hamidah lantas berkata, sebenarnya untuk berubah kita perlu ikhlas. Untuk melakukan kebaikan kita tidak boleh berhenti separuh jalan sahaja. Seperti mengenakan tudung atau sebagainya. Sejak dari dulu lagi saya berhasrat untuk bertudung tetapi biarlah hasrat itu disertakan dengan nawaitu yang baik dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Sebagai seorang pelakon saya perlu bersikap profesional dalam semua aspek. Saya juga ingin menjaga imej wanita bertudung. Jadi saya akan sesuaikan dengan watak yang saya bawa. Kenangan yang tidak dapat saya lupakan adalah sewaktu sesi rakaman Cinta Madinah dan Tetamu Allah di tanah suci Mekah. Pada waktu itu ramai rakan artis yang turut serta.


Perasaan syahdu berada di bumi Allah membuatkan saya merasakan diri sangat kerdil. Saya sentiasa meletakkan diri saya di satu tahap yang sederhana. Saya berlakon, mencari rezeki kerana Allah. Saya lakukan yang terbaik untuk semua dan harapan saya agar semua peminat saya di luar sana dapat menerima setiap watak yang saya bawa.




Hari tu ada tertengok NLKO di TV9, dan saya nampak Farah mengenakan tudung, mula2 ingat samaada program tu ada tema, atau mungkin juga un tuk seragamkan dengan konsep TV9 yang kebanyakkan pengacaranya bertudung, rupa2nya memang beliau telah bertudung....saya terbaca di Utusan dan ceritanya bermula di malam israk mikraj dan saya suka baca statementnya ni...."Farah selalu terfikir apabila melakukan perkara yang disuruh Allah S.W.T, ia masih tidak sempurna jika Farah tidak bertudung. Masalah itu sering membelenggu jiwa Farah selama ini, terutamanya sebelum tidur," katanya bersungguh-sungguh."
 
 
Anne Hot Fm adalah seorang lagi selebriti yang telah bertudung, ianya berlaku selepas beliau berkahwin....mendapat hidayah selepas berkahiwn..alhamdulillah...samaada mendapat hidayah terus dari Allah atau taat dengan kehendak suami, kedua2nya tetap baik...niat yang baik insyaallah mendapat balasan yang baik....
 


Nanti2 ada perkembangan artis lain yang bertudung saya akan share lagi..gambar2 di google....

Wassalam

Isnin, Ogos 16, 2010

Bazar Ramadhan Jasin dilanda PUTING BELIUNG satu peringatan kecil dari Allah?

Assalamualaikum w.b.t

Semalam suami saya bagitau ada kejadian ribut di Jasin, di tapak bazar ramadhan tepatnya pada jumaat lepas. Memang saya ketinggalan berita sejak ramadhan ni yerlah dah kita sibuk sebelah malamnya tak tengok berita sebab ke masjid bertarawikh dan balik rumah pun dah dekat jam 11 malam. memang tak tahu perkembanganlah.


Bila dengar Jasin tu teruja nak tau sebab dah negeri kita, melaka...mesti sikit sebanyak perkembangan di tanah tumpah kelahiran tu terkesan di jiwa. Tambah suami, kawan solat jemaah yang cerita, ada di upload ke Youtube. pagi ni baru teringat nak tengok.


Kejadian yang berlaku jam 4.45 petang tu menerbangkan semua bumbung gerai dan dalam youtube ni boleh lihat bagaimana bumbung2 gerai ni berterbangan. Banyak lagi rakaman dalam youtube jika anda nak tengok, saya hanya ambil yang dari jauh ni. Yang lain2 tu sedih nak tengok sebab ada melibatkan amngsa2 yg cedera/meninggal.


Yang saya tertanya2 ribut (puting beliung?) ni hanya berpusat di tapak bazar ramadhan ni jer...tempat lain semua nampak okay jer. Jalan raya dan kereta bergerak normal di kawasan sekeliling bazar. Dan alhamdulilah ribut ni tak berlaku di waktu lebih padat lagi, iaitu menjelang hendak berbuka, antara jam 6-7 petang saya percaya tentu lebih ramai lagi pengunjung akan mengunjungi bazar ramadhan ni.


Kejadian ni mengorbankan 3 orang dan 18 yang lain tercedera. yang terkorban pula adalah 2 peniaga dan 1 pengunjung.  Kesemuanya keranan dihempap bumbung khemah/gerai mereka. Memang menyedihkan bagi keluarga si mangsa. Yerlah adakah sanggup meneruskan berniaga di bazar ramadhan berkenaan selepas salah seorang ahli keluarga telah pergi.


Dan ramai yang notice (dalam komen2) ribut ni berlaku sejurus lepas waktu asar masuk iaitu jam 4.33 petang, iaitu berbaki 13 minit (lebih kurang), kalau dikerjakan solat asar 13 minit tu dah mencukupi dah. Inikah agaknya yang dinamakan peringatan Allah.


Peringatan juga untuk kita semua supaya tidak melewat2kan membuat amal kerana bila2 masa Allah boleh mengambil nyawa kita... dan dimana2 sahaja Allah boleh menggunakan bala tenteranya (air/angin/api) untuk memusnahkan mereka yang dikehendaki....masyaallah....insafnya...




Waktu Solat kawasan Jasin boleh dirujuk di sini http://www.al-azim.com/ . Moga2 takdelah kejadian sama berlaku lagi, dan janganlah ghairah sangat membeli belah untuk berbuka, makanlah seadanya kerana ditakuti menjadi pembaziran. Tambah2 tapak bazar ramadhan bukanlah tempat yang terjamin kita tidak mendapat dosa....dengan padatnya (bergesel2 lelaki perempuan), degan ramai wanita/lelaki membnuka aurat...dan yang menutup aurat pun sekadar membalut aurat (remaja hari ni gemar sgt pakai t shirt ketat2 tp pakai tudung? apakah???)

Ramadhan adalah peluang utk kita menambah pahala. Sahabat dan orang2 alim dahulu melipatgandakan amalam pada bulan ini malah mereka dikatakan enggan tidur, tak keluar rumah sebab nak habiskan bacaan Quran dan nak rebut peluang pahala dan keberkatan di bulan ini. tapi kita (termasuklah saya ni) sibuk dengan dunia....ini belum disentuh persiapan raya.....berapa ramailah pulak yang akan sibuk didapur masak2, makan2, jahit2, shopping2....aduhaiiii...malangnya bagi mereka....



Wassalam

Ahad, Ogos 15, 2010

Fecebook dan dosanya serta Laras bahasa orang Melayu kita makin teruk...

Assalamualaikum w.b.t


Saya secara peribadi menggunakan FB sejak dua tahun dulu, buka masa tu sebab ikut trend. Bila dah buka akaun tak buka2 pulak, sekali buka adalah dalam 20++ kawan add daya...lepas tu lamaaaa tak buka2 pun...lepas dekat setahun baru aktif semula, kira sampai terlupa passwordlah bila aktif semula tu....terpaksa buka akaun baru....


Masa buka akaun baru ni Fb memang dah 'in' sangat...so saya pun mengikut arus...tapi takdelah mengupdate status hanya melihat2 status orang...sesekali bertegur sapa dengan kawan2 lama bertanya khabar...namun bila ada yang mengajak buat gathering tak teringin pula nak join.


bagi saya apa yang telah berlalu, biarlah berlalu. dan saya takde keinginan untuk kenang2 sejarah lama. Saya tak suka nak berjumpa dengan kawan2 lama bukan kerana tak suka mereka dan tak sukakan kenangan lama, pada saya bila berjumpa tu nanti akan keluar cerita2 baru nanti yang akan berunsurkan macam2...mungkin ada yang berbangga dengan kerjaya dan ada yang berbangga dengan harta yang dimiliki, kecantikan yang masih kekal.....


bagi saya, perjumpaan tersebut membazir masa.....takut dari niat yang nak mengeratkan silaturrahim jadi berbaur dengan kata-mengata lepas berjumpa (tak banyak sikit mesti ada) sungguh saya tak nafikan bahawa menjalinkan silaturrahim itu baik dan dituntut. Mungkin ada faedah lepas berjumpa tu nanti, cuma saya tak menyenangi berjumpa dalam group besar begitu...


Tapi bukan melalui FB sahaja caranya....hari raya, kawan2 lama semua tau rumah sesama sendiri, ziarah sahajalah, takde masalah. Dulu2 zaman sekolah boleh ajer kita datang menziarah...


Saya juga sangat meluat bila membaca macam2 status yang tak berkenaan dalam fb...kadang2 meloya pun ada...faham2 sendiri jerlah bentuk2 update status yang bagaimana....kadang2 berbaur statement yang eksyen, macam dia ajer yg ada benda tu, kadanga2 macam dialah yg paling sibuk, dialah yang paling rajin dan dialah yang paling up to date...sesajer jer saya kadang2 terjengah2 fb2 pelik ni....


Lagi satu saya paling tak suka gambar di tag sesuka hati...setiap kali ada yang meng tag sya pasti saya cancelkan ..... akibatnya sekarang bila bergambar dengan teman2 saya tak suka nak bergambar sebab bimbang di tag di fb....


bagi sesetengah orang, berbangga dapat mengetengahkan gambar2 mereka dalam fb....seronok bila gambar ditatap oleh semua....tapi bagi saya semua tu memang saya tak gemar....

Apapun bagi saya fb ada juga manfaat..kadang2 thru fb saya berbincang/bagi arahan dengan kawan pejabat isu2 penting yang perlu segera tanpa saya ke bilik mereka....atau call mereka....dan melalui fb juga saya menyampaikan mesej organisasi kepada orang awam....dalam tak suka fb saya kini mentadbir fb utk organisasi saya sebagai medium penyampaian mesej kepada masyarakat...juga saluran masyarakat menyuarakan pandangan mereka...

baru2 ni isu wanita dari Kulim mengutuk negeri Johor..walaupun terlambat mengetahuinya, saya turut rasa kecewa kerana Fb digunakan dengan cara yag sangat tidak beretika. Saya tak ingin menyentuh berhubung dengan isu menghina tu cuma saya terkilan dengan laras bahasanya. Buruknya bahasa wanita2 hari ni, walaupun mengutuk sesuatu sesama sendiri...wajarkan laras bahasa yang digunakan sebegitu rupa?

Pada saya remaja. akhir remaja dan wanita muda hari ini gaya bahasa percakapan/penulisan mereka sangatlah tidak melabangkan cara2 wanita melayu....


Apapun...saya petik dari http://www.zaharudin.net/ yang  menulis tentang dosa2 di FB...saya setuju bangat dengan apa yang ditulis ni..sekadar renungan bagi yang tak mengatahui dan bagi yang tau sekadar peringatan utk saya dan anda semua....



****************
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.




Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-





1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.



Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.



Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.



Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.



Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.



2) Terlebih gambar



Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran



Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.



Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.



Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.



Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan taggingkepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.



b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.



c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan





Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.







KESIMPULAN



Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.



Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.



Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.



Sekian



Source:http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/






Wassalam

Ahad, Ogos 08, 2010

Apakah patut dilakukan kalau didatangi penjual di muka pintu rumah anda?

Assalamualaikum w.b.t


Pengalaman yang masih fresh ni, baru beberapa minit saja berlaku.


Saya didatangi seorang perempuan muda


Mengetuk pintu dan membawa sebundle borang warna hijau


Mengetuk berkali2..berkali2...tanpa henti!


saya sedang sibuk membasuh baju dan mengemas dapur


Ingatkan suami balik dr surau


Memang pintu tak kunci...sebab senang suami balik terus masuk jer...


Tapi biasanya grill akan tertutup rapat tapi kali ni suami xtutup pulak grill.


Geram jer...


Buka2 pintu adik ni terus hulur borang suruh isi...eh ingatkan pembanci ker hapa


Atau ingatkan budak ni dari J/K surau ker


Cara dia cakap tu macam nak ajak join kelas menjahit...


Macam wajib pulak, cara dia cakap tu....


Saya plak pakaian memang sangat2 tak sesuai nak tonjolkan diri, dari celahan pintu jer saya menjenguk....


Budak ni dari celahan pintu pun mata dia liar pandang dalam rumah...hisskkkkk


Dia hulur borang suruh isi saya kata tak minat menjahit...dia jawab takper kak, isi jer....


Napa akak tak minat...saya jawab akak sibuk!


Saya pun masuk dalam isi borang tu, dengan no telefon sekali, konon supaya bila ad akelas di lain masa bolehlah saya join


Borang tu simple jer....tapi siap minta no ic (saya tak isi) ..saya isi nama dan no hp jer...


Saya hukur balik borang tu....tapi adik tu kata lain plak


Dia kata, eh akak tak boleh isi, kalau isi borang ni akak kena bayar lima ringgit tau...


Kenapa akak isu kalau taknak join kelas?


Eh....kalau macam tu batalkan jerlah borang tu...saya jawab


Dia jawab..tak boleh kak...sebab akak dah isi akak kena bayar RM5.00


Laahhhh....photostate jerlah borang tu...bukan susah pun...


Dalam hati saya...apahal budak ni???


Takkan senang2 nak ambik duit orang plak? Bukan RM1.00 tapi RM5.00 sekaligus tuuu....


Walaupun macam kurang ajar saya tadi tapi macam tertanya2, apa kes senang sgt nak carik duit ni?










Wassalam

Jumaat, Ogos 06, 2010

Raja Azura ke kaunseling ~ itulah tindakan yg wajar...

Assalamualaikum w.b.t


Sebagai seorang wanita dan isteri saya rasa lapang dada saya bila membaca bahawa Raja Azura @ lebih dikenali dengan Kak Engku hanya mendapatkan khidmat kaunseling. Dan bukan membuat permohonan cerai.

Walaupun takde kena mengena tapi bila dengar ada rumahtangga yang goyah sampai membawa ke pada bercerai berai memang ia meruntun naluri kewanitaan saya.


Bagi saya, media tak perlulah perbesarkan hal ini dan kak engku pun tak perlulah melayan media sangat. Kalau tersalah cakap atau terlebih cakap cepat jer nanti disensasikan.


Semua cerita2 dalam kain rumahtangga selebriti adalah modal melakukan jualan dan menarik perhatian peminat-peminat malah mereka yg tak berminat dengan siu-isu artis pun teruja bila tengok muka depan ada cerita cerai berai artis atau pergolakan rumahtangga.

bagi saya, saya sendiri pernah berpengalaman mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor pejabat agama.

Mula2 memang skeptikal jugaklah...dan asalnya memang nak bercerai tapi lepas dapat kaunseling walaupun kaunseling tu sendiri tak membantu menyelesaikan masalah yang menjadi punca nak bercerai tapi dengan persoalan2 dan kemungkinan yang dibangkitkan akhirnya kaunseling berakhir dengan keputusan yang membawa kepada kedua-dua pihak (saya dan suami) berlapang dada dan menerima kelemahan diri masing2 seadanya.

Dan saya harap kak engku dan suaminya pun samalah macam saya.....jika ada masalah2 kecil takde masalah untuk masing-masing give and take...rumahtangga ni kena banyak tolak ansur..(walaupun hakikatnya sayalah rasa isteri kena banyak ansurnya..suami ni pandai menolak jer...)


Oklah....hanya pandangan peribadi jer...


Wassalam

Selasa, Ogos 03, 2010

Membimbing anak-anak meniti usia dengan jayanya

Assalamualaikum w.b.t


Ini sambungan entry sebelum ini.


Disebabkan masa berlalu dengan pantasnya, maka kita juga kena merancang dengan pantas dan proaktif.


Sebelum sesuatu berlaku kita sediakan payungnya.


paling penting payung sebelum kita meninggalkan dunia ni


yang paling mendominan dalam diri saya adalah dalam nak menyediakan persiapan anak gadis saya seorang tu


Melihat pada senario semasa dengan pelbagai masalah sosial


Buang bayi semakin berleluasa, kelahiran anak luar nikah meningkat dengan mendadaknya


Kecenderungan berpasangan tanpa nikah secara terbuka,


bercouple umpama basahan dan budaya yang diterima pakai majoriti remaja


Juga penampilan remaja yang kian up to date tapi meninggalkan tertib dan kesopanan yang disarankan Allah


Bahasa pertuturan dan batas pergaulan lelaki perempuan macam tak de border, sama jer.


Gap antara lelaki perempuan makin rapat...berdasarkan pemerhatian saya pada remaja2 di sekolah, di kedai2 makan ketika melepak dan di pasaraya2 dan bandar2....


Sungguh saya tak sanggup melepaskan anak saya ke arus perdana yang sebegini rupa.


Maka persediaan saya, bermula dari ketika anak masih dalam perut lagi (bahkan sebelum nikah juga, dalam mencari calon suami)


Saya memilih dan telah berbincang dengan anak gadis ini sejak dia mula mengenal dan tau sebut serta mengerti siapa Allah, Nabi, keperluan agama....tau sikit sebanyak dosa pahala....


Saya tidak dapat menjamin yang pada masa depan anak saya mampu berpegang pada prinsip dan kekuatan imannya jika arus perdana budaya yang dinyatakan di atas semakin dominan dalam masyarakat.


Saya juga tidak mampu nak menghadapi jika sesuatu berlaku di luar daripada apa yang saya idam2kan pada masa depan anak gadis ini.


Justeru, pada hari ini di usia 7 tahun, saya dah sediakan dia perkara-perkara asas bahawa, sebagai anak gadis islam sunnahnya dia akan dikahwinkan secepat mungkin....tak perlu nak menggatal, tak perlu nak mencari jodoh, dan tak perlu nak bercouple...kami ibu bapanya akan mencarikan jodoh yang baik buatnya....


Akibat telah dijelaskan perkara ini dari awal dan juga semacam telah faham, maka soalan2 berbangkit dari anak gadis ini pasti ada, macam ini;

"macamana kalau kakak tak cinta suami kakak"

"macamana kalau suami kakak paksa kakak kerja juga macam ammie"

"macamana kalau kakak malas nak jaga anak kakak nanti"

"kalau kakak kawin cepat, kakak tak dapat masuk universiti macam ammie lah?"

"macamana kalau tiba2 kakak jumpa lelaki lain yang kakak cinta?"

kalau dah berderet soalan macam ni, tu baru usia 7 tahun tapi dah fikir macam2 soal orang tua~cinta, kerjaya, tanggungjawab jaga anak, wajarlah saya dedahkan dia perkara-perkara ini di usia muda dan sangat wajarlah saya membantu dia merancang masa depannya mengikut jalan yang terbaik...malah alternatif juga disediakan buatnya asalkan landasan perancangan masih dalam lingkungan yang sewajarnya mengikut apa Allah suka.



Wassalam

Ahad, Ogos 01, 2010

betapa cepat masa berlalu

Assalamualaikum w.b.t


Terasa sekejap sangat masa dah berlalu

Rasa beru jer masuk 2010 tetiba dah masuk bulan ogos

Cuma tinggal sept, okt, nov dan dis

Dari satu segi seronok masa cepat berlalu,

Gaji pun cepat masuk, sedangkan duit tak sempat abis belanja lagi (iyerlah sangat tu)

Tapi dari satu segi rasa macam tak sempat buat apa

Azam tahun ni pun macam tak tercapai lagi

Tiba2 dah nak puasa dah nak raya

Amal pun entah kemana2

nanti bila dah puasa pun cepat masa berlalu

Tapi masa nak menunggu berbuka terasa lamalah pulak

Tapi percayalah sekejap jer puasa mesti tetiba rasa dah nak dekat raya

Tapi sekejap jer nanti dah lepas raya

Seronoknya pun sekejapan jer

Sedangkan duit yang dilaburkan banyak pula tu banding bulan2 lain....setahun sekali!

Aduuh....percayalah nanti tetiba kita dah berasa dah tua...

tahun 2004, masa tahun pertama di u, dulu saya rasa usia roomate saya 26 tahun begitu tua sekali...dan rasanya perasaan tu masih terbawa2 dan terasa2 hingga hari ni...iaitu kali pertama kami berkenalan...bila tengok dia aduhh rasa tuanya usia 26 tahun...

Tapi kini saya 10 tahun lebih tua dari diapada masa itu...cepat betul masa berlalu..dan sememangnya dah tua saya ni...

Dan harus mula bersedia (sepatutnya dah lama bersedia dah) untuk melangkah ke alam yang pasti...

tapi itulah masih leka dengan dunia...

Tapi sekarang saya dah rasa

Wassalam

Ahad, Julai 25, 2010

Terbayang2 buah durian dan teringat2 kesedapannya...

Assalamualaikum w.b.t


Perut sedang kenyang baru lepas makan ni.


Tapi tekak ni terasa sangat-sangat nak makan durian.


Musim ini baru dua kali makan durian.





Nampaknya kena keluar mencari durian. Durian yang dah siap kopek pastinya. Senang makan dan kualiti rasa dijamin. Cuma tak dapatlah nikmat berebut2 ambil dari pangsanya!


Takperlah asalkan dapat makan durian.



Wassalam

Khamis, Julai 22, 2010

yang ditinggalkan....

Assalamualaikum w.b.t


Beberapa hari ni banyak berita sedih yang saya baca,.


Ada blogger yang meninggal dunia


Dan semalam tengok berita rupanya Adibah Amin dah 3 tahun kena stroke


lain betul nampak penampilannya


Saya suka menyelusuri blog2 mereka yang telah pergi


Sebelum ni ada beberapa blog yang saya baca entry mereka semasa masih ada hayat


Dan ini mendatangkan kesedihan buat saya


Moralnya, rasa nak tulis yang baik2 sahaja dalam blog supaya bila mati nanti....


Orang kenang2 kita sebab tulisan kita dalam blog...


Kalau dulu, manusia mati tinggalkan nama,


Sekarang selain nama, mereka juga tinggalkan tulisan di blog, FB, twitter, Flickr dan macam2 lagilah medium komunikasi baru ni....


Wassalam

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP