Sabtu, November 21, 2009

Berapa banyak gaji anda rasa baru mencukupi?

Assalamualaikum w.b.t

Dulu masa baru masuk kerja selalu rasa tak cukup...aim nak dapat lagi banyak gaji, katalah macam saya masuk2 kerja dulu gaji starting 1.4k tak masuk elaun, masa tu dah rasa besarnya 1.4 k tu...yerlah keter takde, hutang pun takde, naik motor jer gi kerja...memang betul2 solid duit gaji masa tu, bagi mak ayah 600 sebulan pun tak rasa kurang duit...memang kaya gilerlah rasanya...yerlah dari zaman belajar yg miskin tetiba dapat duit ribu2 bulan2....kayo makcik...


Tapi sekarang dah nak masuk 10 tahun kerja dan gaji dah berganda2 eh awat rasa susah pulak..ahah!...adalah sobab eh tu....hah sila kaji adik2....gaji kalo dah banyak masih rasa tak cukup2 gak adolah sobab eh....jom meh baca napa lah agaknya tak cukup2 ek?



Saya copy dari....sini jer


Apa itu keberkatan?


Contributed by ZAHIRUDIN HJ HARUN

Salam warahmatullah..

Moga kita kuat untuk meneladaninya... Allahumma yasser walaa tu'asser...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???

-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???

-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???

-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah

ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya

Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang

perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan

yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid

Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak

jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya

ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari

RM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak

Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibubapa

mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,

Set Sofa) serta teratur Dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan

Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak.

Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak

besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun

menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya .

6. Suka menolong orang Dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai

Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia,

Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana

untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Knowledge Management Portal

http://km.hcme.com.my Powered by Joomla! Generated: 19 November, 2009, 17:13

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka

mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga

kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak

mencukupi. Dia akan minta

Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja.

Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan

Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit,

Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang

berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta

Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau

tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya

dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang

mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang

sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau

tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau

bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam

tingkatan satu & yang

paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adikadiknya

yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh

tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam

ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat

solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat

terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil

ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa

disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana

dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya

anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun

dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu

anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya

yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang

mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Knowledge Management Portal

http://km.hcme.com.my Powered by Joomla! Generated: 19 November, 2009, 17:13

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya

dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah

nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh

yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab

bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu

dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak

mereka semuanya lelaki...

Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita

sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???

-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???

-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???

-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah

ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Nota saya; Dah tau jawapan kan, keberkatan..marilah sama2 kita cari keberkatan dalam memperolehi pendapatan. janganlah banyak duit tapi tak berkat...kerja bagai nak rak tapi tak jaga solat, cakap gedebung gedebang tapi bergaya sakan tapi tak tutup aurat, ramah tamah senyum manis muka lawa tapi tak jaga pergaulan, tak kisah bersentuh dengan lelaki bukan muhrim, tak jaga syariat..wahhhh saya cakap untuk ingatkan diri sendiri juga, saya pun insan yg lemah dah selalu lagha....ingat2 mengingat kan amalam yg baik?

3 cetusan rasa:

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Salam ziarah, emm..nak berkat? jangan lupa berzakat..

Nice and good article utk panduan ramai..

zino berkata...

terima kasih kerana berkongsi cerita yg boleh di jadikan iktibar ini..

Tanpa Nama berkata...

Walaupun cerita seperti ini betul tetapi ramai juga bergaji besar dan taat pada Tuhan. Ramai juga bergaji kecil tetapi tak sembahyang. Tak silap saya ada hadis nabi menyuruh kita bekerja keras mencari harta supaya memudahkan cucu cicit nanti. Yang peliknya, 9/10 rezeki datang dari perniagaan, tapi berapa kerat alim ulama yg berjaya dalam perniagaan. Selalunya orang memikirkan bekerja di bidang agama lebih berpahala. Tetapi silap2 golongan professional seperti doktor, engineer, arkitek dll mungkin lebih banyak mendapat pahala daripada pekerjaan mereka kerana mereka (dengan izin Tuhan) telah membantu masyarakat dengan ilmu mereka.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP