Khamis, Januari 31, 2008

22 Muharam

Antara percaya atau tidak. Dah 3 malam saya bermalam kat bilik saya di pejabat. Sorang diri pulak tu! Malam pertama tu buat kerja terus tak tido langsung, malam kedua tidur semata-mata, konon nak tido sekejap tup-tup terlajak samopia subuh. malam tadi pulak tido + buat kerja.


Life must go on...


Whatever happen...how struggle u are...but sometime u can't do anything to change all this thing...


Moga-moga apa yang saya korbankan ini bernilai di sisi Allah swt.


Dan moga-moga saya sabar menanti apa hikmahnya saya diuji dengan semua ini.


Doa dan tawakal serta iman dan taqwa yang penting.
Amal dan iman kena pelihara...lain2 semua perkara furu'

Ahad, Januari 27, 2008

17 Muharam

kalau kita sibuk tak terasa masa berlalu.
Macam tulah saya rasa. Pejam celik dah nak habis sebulan.


Sibuk kerja makin memuncak. Tak nak citer hal kerja sebenarnya. Tai apakan daya tulah dunia saya tempuh hari2 hamoir 90% masa saya dipejabat. Tidur sahaja di rumah.


Now ayah takde maka makin sibuk sebab saya kena ulang alik ke rumah kak Aza. Tolonglah jenguk2 keperluan anak-anak dan tak sampai hati nak lepaskan semua tanggungjawab pada kak Aza.


Saya pulak dah jatuh hati pada kambing2 yang Kak aza jaga tu. Mula rasa sayang dan mula rasa simpati pada kambing2 tu. Kalau dah beranak nanti tentu lagi seronok. Esok pagi2 nak pergi PD dan nak ke kandang tu lah. Bantu kak aza bagi makan kambing. Seronok tau...


Released tension melihat kambing tu meragut daun dan bila dia datang menggeselkan badannya terasa sentuhan dia tu penuh aksih sayang...
Saya menyampah dengan seseorang sekarang.

Tak pernah hargai dan sensitif dengan hidup orang lain...walhal kita perlu pada ruang peribadi untuk menikmati kebahagian hidup kita sendiri. Bukan bergantung semata-mata pada kerja...hahahaaaa kena jugak selitkan bebel pasal kerja...baru puas hati saya!

Ahad, Januari 20, 2008

11 Muharam

Hari ni abang dah ke Kuala Lumpur. Keluar dakwah 40 hari.

Hani tidur. Bangun nanti kami berdua nak keluar jalan-jalan cari makan. Malas nak masak. Makan berdua jer...membazir kan gas, minyak, masa dan tenaga. Juga nantu saya kena makan banyak2 sebab taknak membazir!


Takkan pula nak masak sepinggan nasik dan nak gorenf sambal udang 5 ekor? Sudahnya semua yang dimasak dilantak saya seorang...tambah lagi bolehlah saya ikram anak saya yang bersama seminggu sekali dihujung minggu makan diluar...sebenarnya ini permintaan dia...



Kemudian kami akan terus ke Telok Kemang, Port Dickson rumah kak Aza, malam ni tidur di sana, ayah suruh. Senang esok taklah terkejar2 balik ke Seremban awal pagi. Lepas hantara Hani masuk tadika 8.30 saya terus pecut masuk pejabat yang juga jam 8.30. Saya biasa hantar dia jam 7.45 pagi. Alaaah lebih raya PD-Seremban tu pendek jer..cuma tolnya mahal RM 3.20 sen!!!

Kak Aza dah call tadi minta saya tolong belikan water kaler Hani syakirah, 8 tahun. Saya kata...OK! Malam nanti akan ke Billion atai Store bawak kakak senang dia buat pilihan...sambil2 saya meronda dan window shopping....best!

Jumaat, Januari 18, 2008

9 Muharam (Part 2)

Malam tadi frust jugak...sebab saya ingat lepas saya hantar sms abang balik rumah saya...rupa2nya tengah2 borak dengan kak a merangkap 'mengumpat' abang kami tu(sebenarnya lebih pada niat nak muhasabah/introspeksi) kak a tiba2 cakap slow pasal abang dah bali...abang bawak Hani sekali masa keluar tu...jadinya lami stop jerlah borak.


Sedih gaklah saya dengar abang dah balik sebab sahlah dia tak balik rumah saya...


Hari ni monthly meeting plus farewell dua pegawai yg pindah. Dalam jam 12 tu masuk sms, pendek jer.. "Nak air balik rumah". Esok abang keluar 40 hari, hari ni sibuk persiapan ut keluarlah agaknya...malam ni tak tau lagi mana dia nak tido...so lepas mesyuarat, jamuan pulak biasalah duk semeja dengan boss2 takkan nak bangun awalkan?

Tunggu punya tunggu abis meeting dah dekat jam 1 baru sampai rumah. Abang dah takde dah...tulah mengadap PC ni...tunggu dia balik....

Petang ni nak ke rumah kak a...tengok Hani dan bantu apa yang patut....

9 Muharam

Hari ni citer banyak sikit eh?
Semalam, masa suamiku makan malam bersama saya dia mengadu tak bertegur siapa dengan madu saya, kak A. Bila saya tanya kenapa, dia kata amdu saya suka mendesak!
Tengahari tadi dia call saya tanya nak orang gaji tak? Saya kata saya nak tanya kak A dulu, sebab kalau ambil kenalah letak rumah kak a sebab kat rumah saya bukan ada kerja pun? Sebab anak saya dibela kak A. Kak A bagi pendapat "tak payahlah, simpan duit gi Tabung Haji lagi bagus!


Betul gak tu...dalam pada borak2 tu kak A cakap dia bengang dengan abang..bla..bla...bla..apa yang saya boleh nasihat dan apa dalam fikitan bang masa citer kat saya hal gaduh tu saya bagitaulah dia...bukan nak campur masalah rumahtangga mereka tapi nak kasik baik cepat...apa nak gaduh2 ye tak?
Tup-tup petang tadi saya plak gaduh dengan abang, dia marah saya sebba saya tak ambikkan borang kat KWSP..bukan sengaja. Dan-dan lepas tu saya dah downloadkan kat internet. Actuallay saya dah nak ambik tapi ada kawan nak ke KWSP saya pesan jerlah tup-tup dia terlupa...hampeh..


Natijahnya dek kerana borang tu saya plak kena marah...last2 dari abang nak balik malam ni dia cancel kan call pun tak jawab. Malam tadi gak Kak A call saya lepaskan geram kat abang lagi...isu pokoknya kambing larrr...
Kak a jaga kambing abang 16 ekor tapi abang buat tak tau...yang betina sumer dah bunting..kandang masih tak siap besarkan lagi...kak kesian kat kambing sebab atapnya bocor...tu yang dia bising kat abang...ntah apa2lah isunya lagi...too small utk saya masuk campur..break down communication jer tuh..


Apapun saya puas hati hari ni sebab dengar dari mulut kak a sendiri dia tak kisah jaga Hani anak saya...harap anak saya tu tak lupakan maknya ni...amiin

Selasa, Januari 15, 2008

7 Muharam

Rindu mula bertandang

Mula-mula okay, rasa lega TAPI sekarang dah rasa KO plak. Rindu tak tertahan rasanya pada anak daraku....

6 Muharam

Meraikan kawan datang dari hari ahad. Pagi ni baru balik. Kak Nor kawan kerja. Banyak duit dia, tahap dah tak tau nak belanja ke mana duit gaji dia...kelakar bunyinyakan? Everything yang manusia biasa ada dia dah ada...

Dia sibuk buat patch work jer....masa lapang sibuk dengan kucing2 dia~ Sonia, Girl dll. Sibuk dengan kolam ikan dialah...macam2 lagi aktiviti dia....

Saya tetap jadi pilihan dia kalau turun ke sini...masa datang mak dia bekalkan saya nasi minyak lauk kurma ayam (dia masih ingat kesukaan saya hehe...), kari kering kambing...sedap giler mak dia masak, sehingga menjilat jari saya dan anak dara saya tu...

Ok! baik citer azam hijrah saya...tutup aurat masih istiqamah. Solat khusyuk dan khudhu'? entahlah....Semalam cek akaun ASB ada RM 1,600 dividen. Ingat nak tutup akaun ASB semalam. Suami suruh tutup campur dengan kesedaran saya. ASB kan haram? Tak tau ker???

Tapi semalam hujan punyalah lebat...cancel program dari pejabat pos terus balik ke tempat kerja....hari nilah kot baru pergi M*ybank...dengan kawan pejabat sebab dia pulak nak bukak akaun.

Saya kena paksa diri buang benda2 haram di sekeliling saya...buat lambat masuk syurga pulak kan? Kawan sana tadi dah saya cakapkan haram tapi dia tak caya plak...lantak kaulah labu...kubur asing2kan? Tapi saya dah terangkan kat dia dah...cuma banyak plak hujah dia...

Ahad, Januari 13, 2008

4 Muharam

Azam tahun baru:
1. Tutup aurat penuh (sama macam tahun lepas, sebab masih banyak kelemahan, azam ni terpaksa dibawa ke tahun ni=sekali ni mesti tegas dgn diri sendiri!!!)
2. Khatam al quran at least dua kali setahun
3. Belajar resepi baru
4. Membaca buku-buku baru, lama sangat dah abaikan pembacaan benda2 baru ni...
5. Kalau dapat nak kumpul duit buat kitchen kabinet paling koman pun beli rak kabinet dapur
6. Tak mau keluarkan duit tabung haji- kalau dapat sebelum 40 nak kerjakan haji
7. Tak mau tangguh2 kerja terutama kerja pejabat
8. Banyak pulak daaah...lain-lain simpan dalam ati jerlah....

Jumaat, Januari 11, 2008

2 Muharam

Hijrah masih tak sepenuhnya. Banyak benda masih gagal! Tutup aurat penuh berjaya hari ni. Amal 'out' and 'failed'. Beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok.

1 Muharam

Assalamualaikum wbt.



Selamat tahun baru islam. Semoga tahun baru ini iman meningkat ke tahap lebih baik dari tahun lalu. amiin...

1 Muharam

Assalamualaikum wbt.

Selamat tahun baru islam. Semoga tahun baru ini iman meningkat ke tahap lebih baik dari tahun lalu. amiin...

Sempena buka blog baru, saya ambil kata2 dari blog lama saya sebagai muqadimah...


Awal bismillah


Saya lama benar ingin luahkan apa terpendam di dalam hati dari kecil hingga usia menginjak ke angka 32 tahun 10 may lalu ke satu tempat tapi tidak tahu kepada siapa ingin diluah, dimuntah dan diserahkan seluruh cerita yang kian sesak dan senak didalam benak saya. Bukan cerita tentang diri sahaja, tapi banyak benar masalah yang difikir dari ekonomi, politik, sosial, kebudayaan dan keagamaan. Saya suka benar berfikir isu-isu sekeliling hingga adakala saya sendiri pening.

Telah kurang lebih 2 tahun saya mula tahu banyak orang guna cara berblog ini untuk cerita apa-apa mereka suka dan tak suka dan juga apa mereka nak cerita dan kongsi bersama. Saya juga ada keinginan untuk buat begitu. Dua kali mencuba berblog tahun lalu tapi gagal meneruskan atas pelbagai masalah teknikal. Kali ini rasa ingin istiqamah sebagai satu therapy diri. Bukan apa, adakala rasa cerita di alam maya ini paling relevan dalam suasana hari ini, bukankah baik begitu?

"Suara hati dan pemikiran siti detik 6/12/2006 01:55:00 PM 0 cetusan hati "

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP