Jumaat, Januari 11, 2008

1 Muharam

Assalamualaikum wbt.

Selamat tahun baru islam. Semoga tahun baru ini iman meningkat ke tahap lebih baik dari tahun lalu. amiin...

Sempena buka blog baru, saya ambil kata2 dari blog lama saya sebagai muqadimah...


Awal bismillah


Saya lama benar ingin luahkan apa terpendam di dalam hati dari kecil hingga usia menginjak ke angka 32 tahun 10 may lalu ke satu tempat tapi tidak tahu kepada siapa ingin diluah, dimuntah dan diserahkan seluruh cerita yang kian sesak dan senak didalam benak saya. Bukan cerita tentang diri sahaja, tapi banyak benar masalah yang difikir dari ekonomi, politik, sosial, kebudayaan dan keagamaan. Saya suka benar berfikir isu-isu sekeliling hingga adakala saya sendiri pening.

Telah kurang lebih 2 tahun saya mula tahu banyak orang guna cara berblog ini untuk cerita apa-apa mereka suka dan tak suka dan juga apa mereka nak cerita dan kongsi bersama. Saya juga ada keinginan untuk buat begitu. Dua kali mencuba berblog tahun lalu tapi gagal meneruskan atas pelbagai masalah teknikal. Kali ini rasa ingin istiqamah sebagai satu therapy diri. Bukan apa, adakala rasa cerita di alam maya ini paling relevan dalam suasana hari ini, bukankah baik begitu?

"Suara hati dan pemikiran siti detik 6/12/2006 01:55:00 PM 0 cetusan hati "

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP