Jumaat, Februari 29, 2008

21 safar

Ruang tamu yang simple, tempat lepak jer....


Dua Hani mengapit ayah, dan 2 bear mengapit dua hani

Kata mereka, serupa dengan ayah, dimana keserupannya?



3 beradik dari 2 ibu











Rabu, Februari 27, 2008

20 safar

Kalau ada kekuatan dah lama saya buat.

Kalau ada kesempatan dah lama saya rebut.

Kalau ada pilihan dah lama saya putuskan.

Begitu juga kalau saya diberi kudrat dah lama saya impikan.

Saya mahu buat semua itu.

Saya mahu disamping dia setiap ketika.

Saya mahu memeluk dia.

Saya mahu mencium dia bekali-kali lagi dan lagi...

Dia anak saya

Kenapa saya dinafikan hak sebagai seorang ibu?

Kerana saya bekerja?

Kerana saya tak mampu buat sebaik 'dia'?

Kerana sifat keibuan saya kurang?

Kerana saya selalu bertekak dengan anak saya?

Apapun saya yang lahirkan dia

Saya yang besarkan dia dari 2003 hingga 2007

Hanya tahun ini baru dia di sana!

Tidak berhakkah saya menyiapkan dia ke sekolah?

Tidak layakkah saya mencium pipinya sebelum melangkah ke sekolah?

Saat berlalu melihat ibu menghantar anak ke sekolah....

Susah sangat ker nak faham naluri ibu?

Saya mahu mencium pipinya

Saya mahu merasa perasaan bangga melihat dia melangkah ke sekolah setiap hari...

Saya mahu bertanya apa dipelajarinya hari ini

Saya mahu tahu kegembiraan dia mendapat kawan baru

Saya mahu lambaian terakhirnya bila saya mengahntarnya ke sekolah

Saya mahu melihat keletihannya melangkah keluar sekolah

Saya mahu tanya hari ini apa yang dibuat disekolah

Saya mahu tanya dan jumpa dia hari2 di depan mata saya!!!!

Saya mahu saksikan sinar ceria diwajahnya semasa bercerita

Saya mahu dengar nada getar suaranya memanggil ammie

Saya mahu lihat sinar anak matanya yang bercahaya memandang saya

Bukan didalam telefon

Yang kadang2 dia pun handak tak hendak bercakap dengan saya

kerana kala itu dia sedang bermain...

dia sedang gembira...sedang dalam hatinya sedih tidak ada ibu disisi

yang jauh disudut hatinya menjerit mahu saya datang mengambilnya

TAPI dia ta pandai menyuarakannya

cuma memberontak yang dia tahu

cuma merengek yang dia pandai

cuma merajuk yang dia tunjuk

cuma perangai pelik2 yang dia tonjolkan

Susah sangatkah seorang ayah mahu faham hubungan anak dan ibu????


Walau siapapun saya

walau apa pun kerja saya

Walau jahat macamana pun saya

walau tidak terurusnya hidup saya

SAYA TETAP IBU DIA

SAYA ADA HAK TERHADAP ANAK SAYA

DIA MAHUKAN SAYA

BUKAN MAHUKAN IBU TIRINYA???


~Pagi ini mata saya bengkak kerana semalam-malaman dan sedari siang saya menangis teringatkan dia dan meruntun hati saya atas keputusan suami tak benarkan saya menjaga dia atas alasan kerja saya tidak menentu!




~ malam tadi bergaduh dan berdebat lagi dengan suami tentang permintaan saya mahu tukar Hani sekolah di sini





~Apa pendapat anda semua? Patutkah saya perjuangkan hak saya sebagai seorang ibu?

~Katanya kalau saya mahukan anak dibawah jagaan saya, segala apa yang timbul selepas ini jawabnya saya tanggung sendiri?

~Puan Salwa ada berani?

~Tak taulah!!!







Hani Suhailah ~ Dia anak saya!
sinar dan jelingan mata inilah yang saya terbayang sehari-hari...
Wajarkah wajah secomel ini didera emosinya oleh ibunya sendiri dengan membiarkan dia dijaga oleh ibu tiri??? Apa ada dalam hati dia saya yang tahu! Sebab ia sama dengan apa yang ada dalam hati saya!



Tidakkah anda rasa dia terlalu kecil untuk dibiar bersama orang lain selain saya, ibu kandungnya? Zalim sungguh saya biarkan dia bersama orang lain,kan?

Hari pertama sekolah! Kini hari2 umi dia yang siapkan dia! Walau bersyukur ada orang jaga tapi biar saya susah payah saya mahu rasa susah payah itu kerna dia anak saya!

Selasa, Februari 26, 2008

19 safar

meleleh air mata saya bila teringatkan peristiwa Hani semalam pagi. Nampak terserlah kezaliman dan ketidakrasionalan saya dalam memutuskan dia untuk tinggal dengan kak Aza. Sungguh saya rasa terhiris perasaan dan terngiang-ngiang suara tangisan dia dikala kereta saya meluncur menghala ke Seremban!


Seolah saya tiada naluri keibuan!


seolah saya bukan seorang ibu yang baik!


Seolah saya cuba lari dari tanggungjawab!


Seolah saya tak layak dipanggil ibu!


Patutkah saya?
Wajarkah saya?


Apa patut saya buat?


~saya dah cuba fikir....


~saya dah menangis....


~saya dan pujuk hati ini...
~saya dah sedar dan insaf....


SAYA AKAN BERTINDAK!!!!!


sungguh-sungguh dia takmo ke rumah ummie semalam. Dari dalam perjalanan di subuh hari tu, dari melaka ke port dickson dia dah cakap kat saya....


"kakak nak ikut ammie balik rumah ammie, kakak takmo balik rumah ummie, kakak taknak sekolah lagi...."


Saya cakap kat dia, konon nak rasuah dia..."kakak nak tak ammie belikan basikal?" dia jawab, "nak'.


Tapi tetap taknak pergi rumah ummie. Saya called ayah, bagi tau keadaan dan keputusan anak biar ayah faham dan buat keputusan untuk saya dan akhirnya saya harap ayah dapat pujuk dia. Ayah cakap entah apa-apa yang saya tak dengar tapi saya nampak hani mengangguk-angguk dan lepas tu dia beri hp kat saya, dan dia cakap "dia nak sekolah tapi taknak pergi jugak rumah ummie"


Sampai jer, dia berkeras takmo turun, dia pegang kerusi dengan kuat, saya dah mula naik angin sedikit3, sebab jam dah tunjuk puul 7.36, saya masuk pejabat jam 8.30...jauh jugak nak drive dari PD ke Seremban tu....


At last sya masuk dalam, kak Aza dah standby baju dan tudung sekolah dia, saya dah masukkan barang2 dalam rumah, bawaklah serba sikit makanan dan sarapan mak sya beli untuk saya dari rumah sebelah kat kg subuh2 tadi saya bagi kat kak Aza. Hani masih camtu gak!


Penyudahnya kak aza bersuara. Katanya "kau angkat ke dia wa (nama saya lah tu), pandailah akak sekolahkan dia"...


Keras ayat dia tu...sambil tu dia tanya dah mandi ker? Saya jawab "belum"..tak sempat sebab bangunkan dia tadi jam 5.30 pagi... kak aza tak tau agaknya saya dari melaka, dia ingat saya dari seremban. Sambil2 cakap tu, sya bebel jugak kat kak Aza, saya cakap, "kak, dah cakap dengan abang biar dia tinggal kat kampung sampai lepas pilihnaraya, minggu ni sibuk, takut tak sempat nak tengok2 dia, abang plak tak kasi...."


Kak aza senyap jer...apa dalam hati dia tak tau! tapi lepas tu dia cakap. "kau pergi jer kerja wa...kang lambat kau bawak keter macam formula 1 pulak!, pandailer akak buat dia kang, akak antar dia sekolah.....lambat2 sikit pun takper..."


Semua anak kak aza tak sekolah hari ni, sebab hari sabtu tu sukan...saya pun tinggalkan hani..masa pusing keter tu, saya pendang jugak kat intu tu, kak aza dah tarik grill dah...kotlah hani nak intai saya kat pintu..tengok takde sapa babai saya...sedih!!!!


Masa kat lebuhraya sban-pd tu call rumah kak aza, hani shakirah jawab...makcik ni tak jumpa saya lama banyak pulak bebelnya....apapun masa ni kata dia hani dah selesai nangis duk kat tepi dinding gentel2 rantai dia...umie tanya nak sekolah tak..dia jawab taknak...umie cakap kita biar dia dulu, kalau nak sekolah nanti umie hantar....


Sampailer sekarang saya tak call langsung Hani..rasa bersalah amat sangat...masa saya pujuk dia semalam saya ada cakap petang nanti amie datang kita pergi beli basikal...amie gaji hari ni tau...tu dialog saya...tapi dia jawab...ammie tipu...hah rasakan padan muka saya....


Semalam call ayah yang masih di grik, sya bagi alternatif untuk bawak balik hani sini saya nak sekolahkan dia kat SRI ABIM sebelah pejabat jer dari jam 8 hingga jam 5 petang. Apa ada dalam kepala ayah agaknya, dia tak bagi jugak! Dia cadang balik ni carik orang gaji baru...pada saya sama jugak....cadangan ni pun bukannya ok sangat...


saya tetap nak anak saya! Itu keputusan saya! Nanti ayah balik sabtu ni, saya nak tanya dia,


~sapa yang tanggung sakit nak beranak dia?


~sapa yang bawak dia ke klinik dari dalam perut sampai besar macam ni?


~sapa yang beli makan pakai dia ?


~kenapa usia sekecil ini hak dia memeluk ibu dia sendiri malam2 hari dinafikan?
~adakah sama layanan seorang ibu tiri dengan mak kandung?


~dan macam2 soalan lagi....


Jawab bang jangan tak jawab.....hani jer anak wa seorang....abang ada 6 anak lain bakal tambah satu lagi......wa ada sapa???????


tutup citer hani...sebab sedihlarr...sendiri carik pasal bagi anak kat orang..sendiri lah rasa....apapun agaknya ada hikmah allah dan adalah ganjarannya kerana patuh kata suami......cuma sekarang saya taknampak lagi apa2 melainkan emosi saya dan hani terganggu kerana terpisah...cewwwah cam puitis jer...


Ok ok...hari tu saya cuba bawak fortuner dari seremban ke PD.memang dah agak dah tak sedap ati nak bawak keter off ni, last2 masa undur kat Tiara REsort tu saya terlanggar keter everest pejabat punya gak..mujur takde apa2 ada calar sikit jer...tapi takut gak!!! setakat ni takdak sapa bising2...saya pun senyap yo....nak report hal kecik sangat buat pak polisi gelak jer nanti....


tension2 masa tu, dahlah melayan dua datin tu...yang sorang tu okay..yang sorang lagi eksyen bukan main lagi...masuk dan keluar keter nak kena bukakkan pintu....merungut budak saya yg bawak keter tu...berbulu telinga dengan mak2 datin citer..."baju i satu almari lagi tak tempah...i sejak pindah ni tak jumpa tailor sesuailarrr....salwa, u boleh recommend kai i tak tailor kat sini....."


"Ada datin...anytime datin turun sini saya boleh bawak, jahitan dia bagus datin...sulaman pun lawa...kemas...anytime datin datang saya boleh bawak ukur..." amboooiii puan salwa pun nak carik makan gak!!!! Dalam keter lagi..."i baju dato' pergi program banyak2 lemas i tengok, sumer i bagi kat orang yang had dalam plastic lagi i dah bedak2 kan...lagipun i kan dok pindah randah..pinggan2 i pun yang dok ada tu i sedekah kat orang yang tolong kemas tu...last2 dato' marah i semua bagi kat orang "


Tu dia....semua bagi kat orang..lemas konon...yang saya plak dah pi beli pinggang claytan dinner set RM70 bungkus lawa2 konon nak bagi dia..rasa masa ni nak ambik jer takyah bagi...dah dok lemas barang banyak2...tapi masa dalam lif naik ke bilik datin ni, da tegur plak, lawa lar wrapping paper u all nih...layan jerlah, dia tak tau pinggan murah jer dalam tu..entah standard dia ntahkan tidak..last minit bagitau nak dtg tu jerlah sempat dirembat kat The store.......siap hantar ke bilik bagai.....


akhir2 ni asyik dok kena layan mak datin jer...sebagai wakil pengerusi puspanita kami pasai pengerusi (isteri pengarah) dok kat kepong, suirrumah jer...tu yg dia tak konfiden nak layan mak2 datin ni...siap pesan kat saya last week masa layan datin seri makan dan pergi tengok ostrich...apa2 hal akak cakap dengan abang (boss sayalah tu), kalau ada apa2 Nah (dia bahasakan diri dia) boleh pergi asalkan salwa ada....adakaaaa?????

Sabtu, Februari 23, 2008

16 safar

ada dua orang mintak dijemput ke blog saya. Pnut dengan kawan Luna. Tulah pasal saya masuk gak ke blog pagi2 ni. Nanti lepas buat entry ni saya masukkan email diorang. Kalau ada sapa2 lagi nak dijemput, cakap jer...nanti saya masukkan walaupun lambat. Kalau takdak orang baca rasa cam takdak mood pulak nak buat entry ni...Tambah2 musim2 sibuk ni.

Mula2 nak citer perihal Hani. Minggu lepas tu kan seminggu tak ambik dia. Ingatkan hari Ahad tu bolehler gi ambik dia. Tup2 hari Ahad tu, jam lebih kurang 9 pagi kot...boss call, tanya apa eh..lupa dah! Rasanya pasal bilik gerakan pilihanraya kot? Ingatkan hari minggu tu malas nak jengah off, tapi dah ada yg call kena gak jenguk. Lepas tu teringat pulak pagi2 esoknya nak ke HQ mesyuarat barang teknikal tu, list senarai barang sedia ada saya dah sms peg yg jaga barang tu siapkan, malam saya nak, ok kata dia. Malam tu saya tanya tak siap2 gak. Mujur jugak barang2 yang nak dipohon awal2 masa sibuk mesy pengara2 saya dah mintak johor punya contoh, koman2 pun saya tiru jerlah senarai barang dan justifikasi permohonan tu...mujur jugak Mr R tu memang ngam dan anytime sedia tolong saya...alahhh yang kawan duda yg dari sini sebelum pindah ke JB.

Akhirnya, tak jadikler nak ke rumah kak Aza, satu sebab pikirkan banyak kerja tak settel dan satu lagi sebab esoknya kena bergegas ke HQ, mana sempat dari PD, dengan nak hantar dan siapkan Hani sekolah, lepas tu takkan subuh2 nak blah camtu jer...dari pergi rumah kak Aza dan tak dapat tolong apa baik saya biar camtu jer..lagipun nanti Hani mesti tunjuk perasaaan dan peel pelik2 dan mengamuk tak tentu pasal sebab saya kejap jer dengan dia.


So Ahad malam tu sama jer macam malam2 sebelumnya, masih di pejabat jugak, dalam pada malam2 tu ada plak dua manusia datang buat aduan, layan jugakler...malam sebelumnya tu saya dinner dengan semua top2 boss sampai lebih jam 12 malam siap denagn sessi karaoke dan poco2. Ni Kali kedua saya karaoke, terpaksalah jugak sebab Datin Seri dan Dato' Seri dah panggil2 Puspanita N9. Naik pentas lagi nyanyi berkumpulan plak bagi N9, berderetlah saya, timbalan dan bos saya dibelakangnya dalah 5 org pegawai N9...tak sangka lah pulak boss saya sporting dan pandai nyanyi yang kelakar si boss bangsa India tu pun nyanyi jugak....poco2 pun dilayannya..punyalah saya kelakar...sebenaranya dari siang lagi, saya dah membontot datin seri ni bersama dengan isteri penagrah dan isteri timbalan pengarah bawak dia melawat Jelita Ostrich Farm...sebelum tu bawak dia minum petang kat Hotel Klana Resort, tambah dua driver dan saya bawak pembantu peg wanita sorang, kena RM 140.00..haahh rasakan..tu ala carte jer tu...

Malamnya hah budaya bodek berterusan jugak...kat parking royal bintang lagi boss saya dah call, jemput plak dato' kat pintu bilik hotel...ayooo...poning layan org2 besar ni..taktau napa budaya bodek ni ada???? tapi bila tanya kat senior2 katanya nak ambik hati, supaya senang kerja kemudian hari...ada ka???


Jap lagi ni nak ke Tiara PD jemput dua Datin nak bawak ke Madarasah Hafiz At Tohiriah..lebih kurang camtu ler bunyiknya...ni program puspanita wilayah kerjasaam dengan bahgn pendidikan masyrakat HQ. Dah saya kena lagi layan bagi pihak puspanita N9. Hadiah buat dua Datin ni berkejar saya beli malam tadi, mujur cik nani ada mambantu...pagi ni jap lagi berkejar nak siapkan goodies untuk 20 org anak yatim. Yg diorang cakap last minit malam tadi...tulah pagi ni baru nak buat.

eh....dari citer hani ,melarat hal kerja balik....apalah??? Pendek citer tak banyak hal hani pasal dia tak duduk dengan saya. Hari Selasa hari tu, saya gi pejabat dulu settel hal2 pejabat, pastu pack2 barang terus gi PD ambik Hani, singgah melaka ambik mak (mak rupanya salah tarikh plak tak siap apa2), packkan barang mak, terus masuk tol jasin sebab saya dah book hotel The Zone Eden Garden, first time gi hotel ni, biasa duduk Puteri pacific, kali ni pacific dah abis bilik standard tu yg tercall The Zone Duty Free ni.

Sampai sana 6.30 punyalah laju bawak keter walaupun hanya keter kembara burukku....sib baiki dia tak cancel booking saya sebab dia dah pesan jam 6 tak sampai akan dicancel...pendek citer ok hotelnya, yerlah 5 bintang, tapi pacific okay lagi...sebab pacific RM 200, the zone RM 180 jer..dapat discount RM 170...cuma jauh sikit dari bandar. Jenuh gak pusing dua kali pagi esoknya nak ke court...biasa suh IO kes datang ambik ni, IO kes ni naik motor jer...pandai2ler carik sendiri. Lagipun confiden pasal apa2 hal call ajer Mr R...petunjuk jalan...melalui hp ler!

Hari kedua takder apa2 hal..okay semua, kes abis jam 12.30, pastu makan terus bertolak balik jam 3.45 dah sampia rumah mak melaka...tak perasan laju gak saya bawak dah tu tak berhenti mana2 plak tu...kelakar kjer...

Cuma say kesian dan ada gak geram sikit2, faham2 ler, saya dahpening pasal nak bawak kes, mak saya plak tak boleh harap langsung bantu2...setakat pandang 2 hani, nak naik lif masuk dia pandailer...hotel ni plak semua pakai car access, dlm lift pun nak naik ke tingakt 13 bilik kami kena pakai acess card, mak sya dahler tak bawak cermin mata, nak masukkan kad tu pun dia kekok. Sudahnya saya kat court dia dan hani duk dlm bilik jer, ikutkan kat tingkat 2 ada shopping mall bebas cukai, dia tak berani keluar masuk bilik dan lift sebab masalah kad access tu.

Masa breakfast pun camtu gak, kesian dia hari mula2 tu, semua saya kena tolong ambikkan...dia macam takut ada malu2 pun ada....hahhaaa hari kedua saya suh dia cuba sendiri round carik makanan apa dia suka...pandai pun! Memang pelik jugak org tengok, eh makcik kampung ni duk hotel pandai pulak pusing2 carik makanan! kekekeeee. Hani duk hotel takde masalah..dah pusing banyak hotel dah..tapi menunya tetap sama...cocoa crunch...tak susah layan budak ni asalkan mesti ada swimming pool...petang hari rabu tu saya abwak dia pi swimming pool..sakan dia mandi...almaklumler...satu kolam dia conquer..mana ada orang weekday ni...

Hari khamis tu pasal dah tersampai awal kat rumah mak kg, sempatler tido sekejap...nak kena balik gak sebab jumaat (semalam) kes yang saya jadik IO pulak akan di chrage di mahkamah, tup2 boss call...dia memang tak boleh kalau tak dapat suh saya mengadap dia hari2...suh hadr program hari nilah tu...campur dengan hal2 pilihanraya...tup2 fikir punya fikir tinggalkan hani kat kg. Mujur dia pun nak...ponteng sek 3 hari...la ni dia kat kg lah...esok kot saya nak naik bas balik kg....nak bagi Hani rasa naik bas...mesti syok budak tu...


chowler..bnyk citer merapu jer ni...sat lagi nak kena test bawak fortuner ni ke PD...takde org lagi yg nak dikudakan, sendiri kena bawak! oh ya kak aza pregnant tau ka? pak hj balik 1 mac...tak dapek bayangkan pak hj yg bertongkat dan telah beruban di kepala dan dijanggutnya itu mendukung baby kecik...ohh tidak!!!mesti orang gelak...hai stroke2 pun buat anak lagi...hampeh sungguh kak aza yg umuq 40 mengandung saya yg masih available ni takdak jugak samapi la n!!!! Mak saya pun terkejut saya habaq mai kata kak aza mengandung, dia bleh tanya, eh...haji sidek tu boleh lagi ker? hai selama mak saya ni ingat hj tak berfungsi ker??? ohh kalau itu anggapan dia..sungguhlah sabar saya ni sebagai seorang isteri..kakakaaaa

Jumaat, Februari 15, 2008

8 Safar

Jap je dah jumaat,kan? Punyalah sibuk tak ingat dunia...rabu lepas court case kat melaka, peringkat kemukakan hujah bertulis. Sebab sibuk yg amat, malam sebelum ke melaka tu saya tak tido langsung sebab siapkan submission tu. Punyalah haru, dahlah banyak authority case nak direfer, dan lagi nilah first time saya buat penghujahan...poningnya...menjelang jam 5 pagi barulah siap, dengan buat 4 copy dan binding sekali.


Esoknya, tengok2 lawyer OKT1 tu tak siap lagi...OKT 2 memang dah siap lama dah. saya pun kalau boleh nak siapkan cepat tapi OKT1 tak hantar copy submission dia, terpaksalah saya proceed buat penghujahan saya.. pendek citer dia minta tangguh....tangguh lagi 30 april...yahooo boleh alter lagi mana yang kurang...
Balik dari off subuh tu dah jam 5.30 mandi2 siap2 jam 7.00 bertolak ke melaka. Masa ni xngantuk pun sebab dah biasa pun tak tido 24 jam ni. tapi saya yang memang alahan masa memandu (masalah ngantuk!)...punyalah berperang sakan dengan mata ni yg nak tertutup jer...terpaksalah berhenti kat hentian sebelah linggi tido kejap!



Balik pun camtu gak....terpaksa tido kat tepi jalan di kawasan rembau (saya guna jalan dalam) dekat setengah jam tertido...masa ni bukak aircond kunci keter. mujur jugak tak mati tepi jalan tu dgn aircondnya terbuka plak tu....



Balik court tu sebenarnya saya singgah balik rumah mak. Kononnya nak tidolah kejap...tapi tak senang duduk, macam2 call dari pejabat masuk...pasal petang tu, boss besar2 jab kami dan jab luar datang ke N9 utk mesyuarat J?K Keutuhan Pengurusan....



Paling tak tahan boss sayaler..dia dlm mesy sms saya suh meeting bdk2 unit saya tanya masalah kami dalam siasatan yg nak dihighlightkan dlm mesyuarat tu..utk di[erbaiki diperingkat nasional. sebab mesy tu dianggotai oleh semua kementerian...utk tingkatkan intergrity dan tadbir urus terbaik p'khidmat awam.
Sudahnya, saya mesy thru call/sms jer... sambil memandu...pastu call/sms boss balik...dengan mengantuk/penat/drive..kira buat banyak benda dlm satu masa nih...



Balik tu jer... bodek punya pasal dan nak jaga air muka boss saya...terpaksa aturkan buat hamper buah 5 utk dato'2 jab. kami yg datang ni...buat meeting jap dgn unit saya tanya masalah, buat write up sikit terus siap utk pergi tengok dato' ni main bola tampar lawan penjara plak...jadi tukang pom-pom jerler...



Hari ni sebab dato'2 dan pengarah2 nak training bowling, pergi lagi main kat JJ, hari ni score saya hempeh...tapi ada gak strike! Esok saya kena masuk team Datin Seri Panglima/puspanita...kalau dia jadik datangler...tu lah sakan training ni...
Malam ni tadi, buat lagi tambahan hamper utk hadiah bowling esok dan pertandingan bola tampar jugak petang esok antara HQ dgn state....



Start malam ni plak saya dah mula sibuk hal p.raya. kami kena stand by 24 jam. Bilik gerakan dah memang set up dan dah activate sejak 1 feb hari tu...jadual pegawai bertugas pun saya dah siapkan. Hari ni 7.30 pagi nanti akan ada taklimat dengan pengarah saya, bahan2 edaran pasal kesalahan rasuah/ politik wang dan stand by dah..


Lepas ni kena ronda satu negeri dengar ceramah/kempen dan duduk kedai kopiler jawapnya....harap2 takde ler kes2 besar datang..poning pala ni...
Citer hal kerja tak abih2 kan? Meluat plak arrr...hidup yg bosan dan tak bewarna tak macam hidup Luna dan Irfa.



Hani dari isnin sampailer hari ni jumaat saya tak tengok dan dengar suara dia! Rindu? Tak sempat rindu pun...sibuk sepanjang masa...cuma terasa rindu yg amat kat pak hj...rindu lain sebenarnya ni...di Grik tu takde line..truk betul! Pak hj plak jenis malas nak keluar pekan cari line...seminggu adalah sekali dia call!
Weekend ni pun rasanya ahad baru bleh tengok dia...lepas mesyuarat pengarah2 abis..lepas tu 20 dan 21 hb dah ke JB bicara dua kes plak tu... isnin minggu depan kena attend mesy kat HQ, pasal permohonan barang2 bantuan teknik utk siasatan..sumer tu nak kena survey dulu apa jenis barangnya yang kita nak....nak kena buat report plak tu...



Tak sabar julai ni..rasa cam lambat jer lagi...lepas tu bolehler setahun setengah rehat..biar mengadap buku jer pun takper..apa2 hal pasal pindahkan Hani kena jugak tunggu sampai saya sambung master julai ni...



Saya rasa kak Aza marah dengan sayalah...tengah tertanya2 ni apa salah saya...susahlah suami takde dekat ni...payah jugak nak selami hati madu saya nih...rasa cam tak sehaluan sangat sangat pemikiran kami berdua ni...susah nak carik titik pertemuan...saya kena banyak sabar sebab dia pun dah banyak sabar dengan saya kot?

Selasa, Februari 12, 2008

5 safar

Hari ni main bowling. Seronok jugak sesekali main ni. Main pun pasal training sebab minggu depan kena main masa mesyuarat pengarah2 kat sini. Saya sampai lambat petang tadi, dah separuh jalan pasal urus hal pejabat. Biasalah ada tangkapan.

Macamanapun sempatlah habiskan dua game. Ni kalau pak haji tau, tak suka dia dengar ni. Tapi dah namapun saya yang menurut perintah, kena jugaklah joint!
Hari ni tak dengar khabar Hani. Call rumah kak aza tak berjawab. Call hp pun sama, ada jawab tapi takde suara orang, sapa yg tekan agaknya!
Malam tadi terfikir2 nak bawak balik hani sekolah kat Seremban jer. Tadi ada tanya kat pengawal pejabat kot2 diorang sanggup jaga Hani kalau saya kerja lewat. Nampaknya isteri dia sanggup. Mungkin dalam sebulan ni saya pindahkan Hani sekolah sini, Tadika ABIM.
Saya terlalu letih berulang-alik dan menjaga hati orang sedangkan hati saya dan anak terkorban. Emosi kami rosak. Kesian Hani, terpaksa berkongsi kasih sayang kat sana. Dahlah ayah takde, saya pulak kalau tak balik PD serba salah, kak Aza mesti ada jer benda dia nak kirim suh saya belikan. Sedangkan saya termata letih.....
Tapi saya tak boleh kata tidak! Hari cuti pun saya paksakan diri kemaskan kandang kambing, sapu taik2 kambing dan tolong ambil rumput dna daun2 lain. Walaupun kak Aza tak suruh tapi naluri saya tau yang dia akan menghargai kalau saya tolong.
IKut hati saya nak suruh suami jual jer kambing tu...sebab kami tak larat dah nak menjaganya.

Ahad, Februari 10, 2008

2 safar

Safar dah rupanya! Muharam dah berlalu pergi... amal dan iman statik! kalau ditakdirkan esok dipanggil ilahi...entah apa nak jawab dalam kubur???
Rabu malam saya dah ke PD, niat hati awal ke sana awallah saya dapat ikram kak aza(maksudnya ikram kalau dalam tabligh ni...."tunaikan hak orang lain tanpa meminta hak kita") Jadi hari khamis tu awal pagi kami dah ke kandang, lepas saya ke kedai beli sarapan...pagi2 kami berdua dah ambil rumput dan kak aza dah ambil daun kelapa sawit...

ni gambar kat kandang kami yang tak seberapa tu...kalau ada rezeki lepas ni nak dipindahkan kambing2 ni ke tempat atau tanah sendiri. semuanya tunggu keputusan cik abang...kesian tengok rumah kambing yang buruk ni...mujahadah kambing2 ni, kalau hujan atapnya bocor...



ni Mira...dah bunting dah dikerjakan BOB


Hani sedang dicium oleh Vee, semua kambing BOER ni ada nama, mesra dan manja2 pulak tu


Dah kenyang dah ni bersantaian semuanya...



Yang saiz kecik2 tu jenis jamnapari







Inilah dunia saya...gambar nui biasalah standard handphone kualitinya...



Cerita lain plak...

Sebenarnya kalau dihitung2 dah dekat 4 bulan jugak Hani duduk dengan mak tirinya, dalam erti kata lain, dah 4 bulan jugak saya dok berulang alik Seremban-PD...dan dalam erti kata lain jugak dah 4 bulan jugak hubungan saya dan hani 'takde privacy'... takde can nak duduk berdua macam dulu2...



Sejak 4 bulan ni, saya kena ikram kak aza, kalau saya atau suami balik sini (rumah seremban), MESTI bawa anak kak Aza, paling kurang seorang, selalunya 2 orang. Selain asalnya kononnya untuk temankan hani kat sini supaya tak boring, jugak rasionalnya nak bagi Kak Aza rest sikit kat rumah, takde anak2 nak dimarah, takde anak2 nak buat bising.

Jadi benda tu dah macam wajib pulak. Suami takde ni pun, saya terpaksa teruskan tradisi bawa anak Kak Aza, lagipun dia memang dah siapkan baju anak2 dia, kenalah jugak bawak anak instant ni balik sini...dalam erti kata lain kerja saya bertambah... dan mereka ni pulak, yang Udanya, ada jer projek, kuat menyakat adik2...yang Hani shakirah pulak, kuatnya bercakap dan asyik bergaduh dengan hani suhaila...semua nak berebut...kadang kena jadik mak tiri jugak! Baik anak tiri baik anak sendiri semua kena marah!

Semalam, pun sama, Uda, 9 tahun dan Hani shakirah, 8 tahun ikut saya balik. OK jer kalau saya takde kerja, layan diorang jer TAKPE...TAPI jam 11.30 mlm pengarah call saya urgent ada kes baru...apa kejadahnya tengah2 malam ada kes??? Budak2 macamana?

Tapi apa nak buat sebab tulah kerja kami! 24 jam, tengah2 malam tu, pengarah call dari JB, dalam sibuk2 kena siapkan budak bertiga yang hampir dah nak lelap ni, sambil tu jugaklah saya call sapa2 ygtak cuti dan terus set 2 team...bergerak ke bandar T, ini arahan dari atas lah ni..tu pasal kena segera.

Budak bertiga saya letakkan dalam bilik saya, bentang karpet (tikar dah memang ada), suruh pengawal tengok2kan suruh diorang tido, nak tak nak kena jugak tinggal sebab saya pun kena gerak sama, jam 12.30 mlm dah sampai ke lokasi....jam 4 pagi baru balik semula ke pejabat, tengok2 budak bertiga ni tengah tengok TV...tak tido rupanya diorang. GERAM betul saya!

Terus pecut balik, dahlah perut penuh, mana tidaknya, 9 orang kami makan awal pagi tu, di bawah embun untuk post mortem case...saya pulak makan sup gear box! Budak2 ni saya beli nasi goreng bungkus. Sampai rumah 4.30 pagi, budak2 terus saya gesa tido...pagi ni apa lagi, matahari meninggi masing2 tak bangun lagi...

Tangahari, nak taknak saya terpaksa tinggalkan budak berdua kat rumah, Hani jer saya bawak, untuk beli barang2 makanan untukbuat 25 hamper, emsyuarat org besar2 kat negeri kami ni. aadlah lawan2 sukan sikit, tulah kena siap2kan hamper...kalau beli kosnya tinggi.

dekat RM 800 jugak memborong di TESco tadi, dengan 4 troli barang2 makanan, dan kami berempat jugaklah yang membungkus hamper sampailah jam 10 malam tadi baru abis...masa ni budak bertiga ni saya ambik dari rumah dana bawak lagi ke pejabat, mereka duk berlari kat dalam pejabat..sambil2 tengok TV....pening saya melayan dioranga ni.
pegawai majoriti balik cuti panjang, yg 3 orang muda tinggal kat kuarterslah jadik mangsa tolong saya beli dan bungkus hamper!


tulah citer saya, 4 hari cuti tapi penuh dengan aktiviti jugak! Esok balik PD semula, akan ke Kundur, Pasir panjang untuk beli palet makanan kambing....


OH YA! Rasanya saya ni bakal dapat anak tiri baru, dengar2 kak Aza dah mengandung...saya tau pun sebab saya curi baca mesej dia, sebab saya terbawa balik HP dia ke Seremban...pecah rahsia...bila tanya pak haji yang sekarang berada di Grik, dia gelak besar jer...GERAM!!!!

Rabu, Februari 06, 2008

27 Muharam

ishhh...dah 27 hari dah tahun baru islam. Mengapa cepat benar masa berlalu??? Rasa baru jer sambut maal hijrah.


Pejam celik dah nak habis bulan pertama,kan? Saya duk tang ni gak...pi mai pi mai tang tu jugak! Rasanya dah seminggu tak balik rumah. hari ni baru bley mengadap PC saya kat rumah ni...

Dari minggu lepas saya berulang alik antara PD-Seremban. Punyalah haru, saya bawak bekal nbaju ke pejabat. Tak percaya? Satu malam jer saya mandi kat office...alah office kami ada 4 wings setiap satu wings ada 2 toilet. Wings dibawah jajahn saya ada 4 toilet... unit sayalah tu...

Selebihnya dalam 5-6 pagi saya balik solat subuh dan mandi di rumah...selain tu saya bermalam jer kat pejabat. Bukan susah pun...letak kepla atas sofa, tak sampi 5 minit dah lelap pun. Balik pun Hani takde, ayah takde , baik kat pejabat boleh buat kerja...




Sekarang...hidup saya bermakna dengan kehadiran anggota baru dalam keluarga... hah...nak tau? KAMBING LAH!!!!!

Syoknya...melihat kambing-kambing ni..released sungguh2 hati saya menolong kak Aza di kandang...

Tai semalam...sungguh ngeri bila dikenang-kenang. Seekor kambing Jamnapari terjatuh dalam longkang. Mujur masih panjang nyawanya. maka kami berdua jadi penyelamat yang sungguh-sungguh tak mengenal bau busuk air longkang (yang bercampur najis) malahan kedua-dua kami masuk ke dalam longkang dan misi berjaya....panjang ceritanya....


Nanti ada masa saya upload gambar kambing2 dan aktiviti kami dikandang ya....

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP