Rabu, Februari 27, 2008

20 safar

Kalau ada kekuatan dah lama saya buat.

Kalau ada kesempatan dah lama saya rebut.

Kalau ada pilihan dah lama saya putuskan.

Begitu juga kalau saya diberi kudrat dah lama saya impikan.

Saya mahu buat semua itu.

Saya mahu disamping dia setiap ketika.

Saya mahu memeluk dia.

Saya mahu mencium dia bekali-kali lagi dan lagi...

Dia anak saya

Kenapa saya dinafikan hak sebagai seorang ibu?

Kerana saya bekerja?

Kerana saya tak mampu buat sebaik 'dia'?

Kerana sifat keibuan saya kurang?

Kerana saya selalu bertekak dengan anak saya?

Apapun saya yang lahirkan dia

Saya yang besarkan dia dari 2003 hingga 2007

Hanya tahun ini baru dia di sana!

Tidak berhakkah saya menyiapkan dia ke sekolah?

Tidak layakkah saya mencium pipinya sebelum melangkah ke sekolah?

Saat berlalu melihat ibu menghantar anak ke sekolah....

Susah sangat ker nak faham naluri ibu?

Saya mahu mencium pipinya

Saya mahu merasa perasaan bangga melihat dia melangkah ke sekolah setiap hari...

Saya mahu bertanya apa dipelajarinya hari ini

Saya mahu tahu kegembiraan dia mendapat kawan baru

Saya mahu lambaian terakhirnya bila saya mengahntarnya ke sekolah

Saya mahu melihat keletihannya melangkah keluar sekolah

Saya mahu tanya hari ini apa yang dibuat disekolah

Saya mahu tanya dan jumpa dia hari2 di depan mata saya!!!!

Saya mahu saksikan sinar ceria diwajahnya semasa bercerita

Saya mahu dengar nada getar suaranya memanggil ammie

Saya mahu lihat sinar anak matanya yang bercahaya memandang saya

Bukan didalam telefon

Yang kadang2 dia pun handak tak hendak bercakap dengan saya

kerana kala itu dia sedang bermain...

dia sedang gembira...sedang dalam hatinya sedih tidak ada ibu disisi

yang jauh disudut hatinya menjerit mahu saya datang mengambilnya

TAPI dia ta pandai menyuarakannya

cuma memberontak yang dia tahu

cuma merengek yang dia pandai

cuma merajuk yang dia tunjuk

cuma perangai pelik2 yang dia tonjolkan

Susah sangatkah seorang ayah mahu faham hubungan anak dan ibu????


Walau siapapun saya

walau apa pun kerja saya

Walau jahat macamana pun saya

walau tidak terurusnya hidup saya

SAYA TETAP IBU DIA

SAYA ADA HAK TERHADAP ANAK SAYA

DIA MAHUKAN SAYA

BUKAN MAHUKAN IBU TIRINYA???


~Pagi ini mata saya bengkak kerana semalam-malaman dan sedari siang saya menangis teringatkan dia dan meruntun hati saya atas keputusan suami tak benarkan saya menjaga dia atas alasan kerja saya tidak menentu!




~ malam tadi bergaduh dan berdebat lagi dengan suami tentang permintaan saya mahu tukar Hani sekolah di sini





~Apa pendapat anda semua? Patutkah saya perjuangkan hak saya sebagai seorang ibu?

~Katanya kalau saya mahukan anak dibawah jagaan saya, segala apa yang timbul selepas ini jawabnya saya tanggung sendiri?

~Puan Salwa ada berani?

~Tak taulah!!!







Hani Suhailah ~ Dia anak saya!
sinar dan jelingan mata inilah yang saya terbayang sehari-hari...
Wajarkah wajah secomel ini didera emosinya oleh ibunya sendiri dengan membiarkan dia dijaga oleh ibu tiri??? Apa ada dalam hati dia saya yang tahu! Sebab ia sama dengan apa yang ada dalam hati saya!



Tidakkah anda rasa dia terlalu kecil untuk dibiar bersama orang lain selain saya, ibu kandungnya? Zalim sungguh saya biarkan dia bersama orang lain,kan?

Hari pertama sekolah! Kini hari2 umi dia yang siapkan dia! Walau bersyukur ada orang jaga tapi biar saya susah payah saya mahu rasa susah payah itu kerna dia anak saya!

5 cetusan rasa:

Aku Bukan Bidadari berkata...

Kak tima kasih invite saya..
hmm.. rasanya kalo akak sanggup amik lar hani balik..

rindu tu menyakitkan ..

btw: naper akak tutup blog lama..
saya suka baca blog akak, walauupn akak tulis pnjang berjela...tapi setiap baris ayat akak tu ada makna..ada emosi..

kakLuna berkata...

akak...menangis sy baca catatan akak ni....

anak..itulah satu2nya harta yg kita ada..

walau 'sempurna' mana pun kak A menjaganya..walau sepandai mana pun pak hj memujuk hani, ia takkan sama dgn 'mother apperance' yg hani perlukan..

dia darah kita..separuh diri dia ialah diri kita....rasa dia, rasa kita...

sy mendoakan agar hati pak hj lembut dan memahami hati seorang ibu....

masakanganu berkata...

Salam perkenalan dari saya(kawan luna). terharu baca kisah akak, byk betul pengorbanan, pengalaman yg blh saya ambik iktibar.

HAPPYIRFA berkata...

salam kak..
beratnya derita seorang ibu menanggung rindu kpd anaknya.kalau sy,anak balik kg 1 minggu pun sy x tahan..apalagi cam akak.apa kata akak sahut cabaran abg hj..akak jaga hani sendiri.selama ni pun semua benda akak boleh buat sendiri tanpa dia..itu cadangan jer..

Zareda Norman berkata...

HS
Terima kasih invite zar.

Kelu zar baca coretan ni. Zar pun ada anak sorang dan biar apa pun jadi tak sanggup nak pisah dengan anak. Baik buruk dia biarlah depan mata zar.

Bagi zar, HS fikir sehalus dalam. Anak kita memerlukan kasih sayang ibu sejati. Dan HS pun nampaknya tak stabil emosi berpisah dengan hani kan..?

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP