Jumaat, Mei 30, 2008

Cerita cemburu lagi...

Assalamualaikum w.b.

Baru jer puji rumahtangga ni dah elok sikit. hari ni tak pasal2 tumpah jer airmata, bukan sekali tau tapi 3 kali. Sebab yang biasa, kalau citer pun buat ketawa dek orang jer.

Tapi saya nak cerita jugak. Buat melepas perasaan... sunyi dan keciwa dan hampa dan terasing. Ayat yang sama kan, sama jer macam dulu2 jugak, blog lama tu!

Cerita dia camni....hari Khamis pagi [semalam], kami 3 beranak pergi sarapan di kedai macam tiap2 pagi khamis yang lain.

Yang baca blog ni tentu dah taukan, sepanjang weekday giliran saya hanya hari rabu jer [tu pun jam 10.30 malam barulah sampai ke rumah], so hanya pagi2 khamis dan pagi isnin jer kami boleh sarapan sama sebab malam sabtu dan malam ahad jugak giliran saya.

Sebab dah agak lewat, saya gerak dulu ke pejabat, tinggalkan Hani dengan ayah minum2 sebab ayah boleh hantar terus Hani ke sekolah. lagipun minggu cuti ni, takpelah Hani tak ikut jadual sangat, pergi sekolah pun baju biasa jer.

Dalam jam 9.30 masa kat office tu ayah call dari rumah telok kemang, pelik gak sebab dah jaaaraaang sangat ayah call sekarang kan? Rupanya dia call nak bagitau Hani dibawak ke Peedee sebab katanya hani takmo ke sekolah nak ikut ayah balik rumah ummie.

Nak kata apakan? Hani dah ada di sana pun! So jumaat [hari ni] pun hani ponteng jugak lah...pagi dan tengahari tadi saya call, paginya call hp ayah, tangahrai call rumah cakap dengan hani. Call ayah pagi tu, rupanya ayah ada kat tepi pantai, semua pergi, anak2 kak aza dengan Hani sekali [termasuk anak kak aza dengan suami dulu tu, kira cukup besar dah utk layan hani dengan adik2 yg lain]. Kalau si Khairin takde sure kak aza tak pergi tu sebab kak aza malas layan budak2 mandi pantai ni.

Saya boleh bayangkan kemeriahan mereka sekeluarga masa ni. Berdasarkan nada suara ayah yang macam nak cepat cakap dan happy saya tau dah! Mesti minum pagi semua kat situ...Semua tu pun ikutkan saya dah boleh buat saya nangis [kalau dulu2lah ni], tapi sekarang setakat mandi pantai tu skang ni saya tak nangis pun...'apa kes', tu pun nak nangis kan?

TAPI yang buat hati saya tersentuh ialah bila saya minta ayah balik seremban malam ni, ayah kata, 'esok jerlah' [sabtu]. Mungkin sebabnya... malam ni dia akan hadir mesyurat utk marhalah [kawasan] PD. Saya katalah, "alah, abang takde pun takkan tak jalan mesyuarat tu"...tapi ayah kemudian jawab, "yerlah tengoklah nanti, tapi hari ahad abang balik PD semula". Saya tanya, "kenapa?". Dia kata sebab dia nak bawak budak2 jalan2.

Saya terkejut jugak, sebab dah ada perancangan untuk jalan2 rupanya. Dengan saya hari ahad lepas, ayah nak ajak jalan, tapi tak jadik. Tapi dengan aza boleh pulak! Dah tu ambik giliran saya pulak tu??? kalau dengan saya jalan mesti saya yang ajak dia dulu sebab kos semua saya yang keluar, lagipun bergantung pada cuti saya..macam biasalah kan? Dengan aza flexible, dia tak kerja anytime budak cuti boleh jalan jer...

Yang buat saya tambah2 sedih tu, kalau takat jalan tu okay jer sebab saya kenangkan yang aza tak pernah jalan sejak haji stroke ni, hanya jalan masa ikut saya gi kelantan hadir konvensyen pendakwaan tahun lepas. Tapi yang saya sedih sangat2 tu hari isnin tu hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7. Nak kata haji tak ingat mustahil sebab baru jer saya ingatkan dia masa ahad lepas masa saya 'serah' kad bank saya dan cakap no pin [yang dia create tp dia dah lupa] ikut tarikh kawin kami.

Ingat nak jugak makan2 spesial malam tu lepas tu balik umah buat anak ker...rupanya member nak jalan2 cuti2. Tak adil sungguhkan?

Yang saya kesalkan pasal hari ahad tu [masa gi JJ] saya bagi kad bank saya [bukan kad gaji tapi kad bank utk masuk duit claim] dan caliam saya baru masuk dalam seribu lebih, kot2lah dia pakai duit tu untuk modal jalan2 ni...tu yang tambah sedih tu...sebab saya yang menyumbang sebenarnya untuk dia bermodal nak berjalan ni.

Tapi apakan daya. Petang tadi saya cerita benda ni kat kawan office, nangis lagi. Kawan ni ada anak angkat sorang [anak sendiri takde], dia pun sambut ulangtahun kawin sama dengan saya isnin ni [dia ambik cuti lagi tu]. Saya cerita yang saya cemburu kat madu saya sebab dia dapat anak. Cemburu tu kalau setakat dapat anak lepas tu takde apa yg berubah okay jer.

Tapi lepas dapat anak ni, macam2 pakej lain akan hadir sama. Komitmen hj kena bertambah. Saya dah ada pengalaman dah dulu, masa baru kawin dulu, kak aza ada anak kecik, hani Shakirah [sekarang 8 tahun], malam2 sibuklah kak aza call bagitau anak demamlah, petang2 call anak terpijak bara apilah, anak gigit seranggalah, anak terantuklah. Bila dapat hani dalah setahun, kak aza dapt zubair [3 tahun lebih sekarang], start baliklah cerita2 anak demamlah, masuk emergencylah, kepala berdarahlah, anak demam panan menggigillah, pak hj balik suh kirim susulah, pampers habislah..macam2 tau? Sapa ada anak kecik tau jerlah . baru jer si Zubair ni kira nak besar sikit, kira kuranglah problem2 budak2 kecik ni dah nak datang balik cabaran yang lama dulu...

Tu tak termasuk kes Elyas (9 tahun) yang tonsil tu, kejap2 selsema batuk pastu nak jadik astmalah pulak. Semua tu bukan hj dapat balik pun rumah [berani dia balik...nanti nak layan saya meroyan pulak!], tapi lepas aza call tu tentu dia susah hatikan? pastu saya plak automatik jadik hilang mood utk buat segala2nya kalau bini dia kacau dengan call ni. Sebab saya jarang2 sangat call hj kalau dia kat umah kak aza melainkan kes urgent [tu pun jarang sangat~ Hani ni pulak, sihat memanjang..alhamdulillah kan..]

Perbualan yang ala-ala mesra tu yang buat saya meluat sangat2. panggilan aza tu jer pun saya mual dah..kan dia panggil 'yang', mesej pun dia tulis yang 'jugak'. Kalau cakap tu sure lama punya, sebab phone kat umah peedee kan tak berbil, staff telekom katakan...[dulu punya linelah ni]

Rabu, Mei 28, 2008

langgar

Assalamualaikum w.b.t

Saya terlanggar lagi kereta orang. kali ni iswara. Tapi masa ni bawak merc pak hj. Kami gi jaya JJ S2. Nak belikan anak patung Baby Alive utk Hani. Dah lama sangat mengidamnya. Dah ambik anak patung tu dan beratur untuk bayar pun, tapi Hani pulak ubah fikiran, katanya, "kesian ammie, tunggu ammie kaya nanti baru ammie belikan kakak yer". Harganya RM 159.90.

Mula masa nak beli tu macam biasalah takkan nak beli jer, kena ajar Hani ni bukan senang nak dapat semua benda, saya cakap jugak dengan hani, "mahal ni, cuba kakak tengok anak2 patung atau mainan lain, boleh kita jimat duit".
Lagipun bila tengok harga dia RM 159.90 (ada jugak yg harga RM 259.90) saya pun call ayah minta kebenaran, ayah kata, "membazir, cuba pujuk dia beli yang lain".

Tapi hani tetap jugak nak beli, yerlah dah banyak kali tengok iklan kat TV tambah2 saya pun dah bukak laman web baby alive ni kat internet, memang seronoklah hani tengok macam2 accessories ada, semangat dia nak 'melayan berak-kencing' baby ni. Tapi dah hani takmo beli, puas saya pujuk balik dia saya kata, "takperlah, ammie boleh bayar, ammie ada duit", dia tetap taknak beli, dia pilih anak patung yang harga RM 69.90 tu, jimat gak duit saya...

Baliknya kami makan kat kopitiam, sebab teringat-ingat hari tu makan kat Kluang Rail Station [yang pernah masuk majalh 3 kot] aduhh .... rupa2nya sungguh tak sedap dan kami tiga2 tak puas hati. hani yang kecik pun pandai mengadu beehuun sup tu tak sedap, yerlah dia dah pakar dah rasa beehun sup sebab kalau makan luar sure dia order beehun sup jer...

Masa perjalanan baliknya lah masa di traffic light nak membelok ke arah seremban, saya bergurau2 dengan hani, sambil menoleh ke belakang, tapi kaki saya yang tekan brek tu terangkat dan kereta jalan kedepan dan saya tak perasan, dah hentak kereta depan baru perasan. Isu yang saya gurau dengan hani tu sebab hidung hani yg sebelah kanan tu saya terperasan ada satu bulu hidungnya terpanjang dan terkeluar sikit, sama plak macam ayah, tu yang kelakar sangat kami 3 beranak tu.

Sudahnya pemandu tu bila hijau utk jalan, dia jalan depan dan berhenti kat tepi jalan. kalau saya sorang saya dah pecut dah, takut gak saya....tapi pak hj suh jugak saya ke tepi, sib baik jugak Allah pelihara lagi dua2 keter kami takde apa2 bila pemandu cina iswara tu periksa keter dia takde apa2.

Ni citer lain plak ni. Masa gi rumah kakak kami ke Giant Kluang yang baru buka tu, saya nampaklah ada promotion spek RM 88, kanta dan frame sekali. Kan saya tak singgah melaka ambik spec mak, jadik saya cadanglah nak buatkan spek baru untuk mak. Yerlah harga promosikan? Sudahnya gitu gini dia tunjuk dan cadangkan akhirnya harga spec mak jadik RM 380. Eiii geram plak saya, rasa macam tertipu jer. Ikut hati saya nak cancel jer tapi kesian kat mak dah pilih memilih jenis frame. Tawar punya tawar dapat RM 340 jer.

Ada satu lagi cerita...kakak saya nak robohkan rumah mak yang dah buruk bahagian atas tu. memang dah buruk benar pun, kakak saya yang cikgu tu nak beri RM5K pada mak ubahsuai sikit. Saya rasa bersalah sangat tak dapat nak bagi duit buat menambah. Bila tanya pak hj dan cadangkan usaha2 saya utk bagi duit kat mak dia macam tak setuju jer, mak pun takde mintak kat saya, agaknya dia pun 'malu' sebab saya takde miss bulan2 bagi dia duit dari start kerja lepas SPM, lepas degree tulah pasal dia pernah cakap kat saya yang dia bagitau anak2 lain yang saya ni jer yang sentiasa bagi duit dari dulu sampai sekarang.... ada hikmahnya jugak saya berpoligami, takdelah terikat sangat dengan rumahtangga.

Cuma baru2 ni mak cakap nak bagi saya tanah dia kat jeti umbai yang ada medan ikan bakar terapung tu..sebelah kanan jarak dalam 50 meter dari medan ikan bakar terapung tu, dan mak mintak saya bagi duit dia nak gi mekah. Saya kata ok. Dan saya cadang nak simpan RM 1K sebulan, kalau larat dan nafsu saya 'terkawal' dari beli bukan2...tapi takat ni janji mulut jerlah. Tapi pak hj dah setuju dah. Sikit hari lagi baru boleh, kalau saya sambung master insyaallah lah saya usaha jugak simpan duit buat mak ke mekah.

Apa kata Pnut dalam komen tu memang betul sangat2. banyak hikmah jugak tak dapat anak lagi...cuma bila rasa cemburu tu datang rasa macam tak terkawal sangat tambah2 sedih rasa hati saya bila kenang betapa bahagianya haji dan kak aza nanti main2 dengan baby kecik, kalau dapat lelaki lagilah saya menjeles...rasa macam tak hingin nak jenguk baby tu nanti w.pun baby tu tak bersalah apapun. Nilah yang dikatakan bermadu ni memang cemburu tu sinonim sangat. Lagipun bak kata happyirfa memang saya ni tak sabar lagi utk didik anak2.

Tu jerlah..wallahualam

Selasa, Mei 27, 2008

Lagi cerita saya

Assalamualaikum w.b.t

Saya sebenar-benarnya sangat2 cemburu dengan kak Aza, saya bukan cemburu dengan apa harta benda yang dia ada dan yang pak hj belikan. saya jugak tak cemburu pada malam giliran dia yang lebih dari saya. Saya langsung tak cemburu sejak dua tahun ni siang isnin sampai jumaat pak hj sentiasa ada kat rumah dia.

Semua tu tak jadik isu pokok lagi pada saya. baru-baru ni pun pak hj bawak balik satu majalah Impiana saya, ke PD. Saya agak sebab dia nak tunjuk kak aza design2 balcony, rumah kak aza balcony atasnya sangat2 luas, kalau di renovate dan touch up tentu jadik sangat2 cantik dan berguna ruangan tu. Tu pun saya tak cemburu bila dia cakap nak tengok2 design balcony tu, buat jerlah apapun walaupun dalam hati saya kata, kalau buat kitchen kabinet atau naikkan pagar batu untuk rumah saya lebih baik.

Anak2 dia yang sana asyik call pak hj kalau dia kat sini sebab dah terlebih manja, kan ayah selalu ada kat sana maka semua naik lemak lah sekarang..gaduh sikit2 pun call ayah mengadu. Tu pun saya dah boleh pekakkan telinga. Lantaklah, dah ayah diorang takkan nak pisah2kan pulak. Yang hani pulak masa ayah ada takde pulak nak bermanja2 lebih2 dengan ayah....dah biasa kena tinggal...

Yang saya sangat2 cemburu kan kak aza adalah pasal dia akan daoat menambah cahaya mata. Kalau dikira kandungan yang ini, ini kali ketiga dia mengandung lepas saya melahirkan hani, 2003. Anak pertama dulu, saya dalam pantang dia dah mengandung 4 bulan, mujur jugak meninggal 5 bulan dalam perut, kalau tak beza beberapa bulan jer dengan hani, nama baby tu Hani Khadijah. Pastu terus mengandung zubair, tahun 2004. Yang ni bulan 9 lahirnya.

Dah besar dah perut kak aza yerlah mengandung 5 bulan. Badan dia pun dah kurus sikit. Biasa mengandung dia ada jer masalah. kali ni okay jer pulak saya tengok. Jemaah masturat yang datang tu pulak ada 2 orang mengandung,. masing2 bercerita hal mengandung, geram jer saya yang ada dengar sekali.

Masing2 nasihat kat kak aza jaga baik2 kandungan sebab kak aza selamba jer meniarap sebelah saya, masing2 tegurlah dia. Teruslah citer2 hal mengandung ni, alamakkkk masa nilah rasa cemburu tu timbul. Tulah yang pagi2 isnin tu saya balik gak rumah seremban. malas nak menengok benda2 tu semua.

Memang 'jahat' nafsu ni, tapi inilah realtinya, bila kita yang nak sesuatu tapi orang lain yang dapat...sedangkan orang lain tu taknak pulak tu...tapi kata pak hj, cubalah lagi...masa masih ada, tapi saya tak boleh langsung fikir hal ni, rasa macam terkeciwa sangat..sedih dan sayu jer...tapi sebagai umat islam saya terima jugak qadha dan qadhar ni...mungkin allah ada perancangan lebih hebat...kadag2 ada jugak fikir jahat...tapi biarlah saya simpan sendiri jer...

Tu jer...bilalah saya boleh terima hakikat ni??? harap2 allah makbulkan impian saya menambah anak...amiiin

Mei ini banyak kenangan ll

Assalamualaikum wbt

Mei ini selain 10 May harijadi saya, 13 may pulak harijadi kakak saya yang duduk di Kluang tu. Abah pulak meninggal pada 24 Mei 2007. Saya beli kereta pertama pun pd Mei 2001. Tukar kereta kedua Mei 2005. Buat personal loan kali pertama pun Mei 2006. Banyak gak peristiwa tu...kalau ikut banyak lagi, malas nak korek2 kenangan lama.

Hari ni saya nak citer perihal rumahtangga saya dengan jjsuami saya, pak hj. 2 jun ni genaplah 7 tahun kami menempuh kehidupan berumahtangga bersama, bagi saya 7 tahun pertama alam perkahwinan tapi bagi hj pulak saya rasa dah dekat 30 tahun menjalani kehidupan berumahtangga dan berkecimpung dalam alam poligami hampir genap 10 tahun sebab dia kahwin kak aza pada Oktober 1998. Anak sulung dia pun Along dah umur 28 tahun sebab dia lahir 1980.

Sepanjang perkahwinan ni kan saya ni banyak masalah. Rasanya takkan berakhir masalah tu, cuma pasang dan surut jerlah. Saya pun dah immune dengan masalah2 ni. Tapi akhir2ni kan saya dah rasa okay pulak rumahtangga ni. pak hj pun dah macam mula nak main tarik tali balik dengan saya.

Macamana yang saya kata main tarik tali tu? Pak hj ni kalau dia menyampah atau fed up dengan rumahtangga ni ataupun dah malas nak layan kerenah saya yang kadang2 tak makan saman ni, dia akan buat tak tau apa saya buat, kemana saya belanjakan duit gaji saya, dan kemana saya pergi. walaupun saya tau dalam hati dia ambik berat pasal kami dua beranak tapi dia tetap 'degil' dan takkan tanya atau ambik tau apa saya buat.

Tapi akhir-akhir ni, dia mula ambik berat pasal saya semula, maksud saya pasal aktiviti kami dua beranak. Tapi hal kerja dia langsung taknak tau, kalau saya tercerita, dia hanya kata, "lantakler"..geram betul saya. Dia mula bagi cadangan macamana nak buat saving, dia dah mula ambik tau pasal perbelanjaan dan pendapatan saya. Sejak saya naik gaji tahun lalu, dia tak ambik tau langsung hal gaji, belanja dan apa2 hal berkaitan duit.

Saya mulanya suka jugak dia tak kisah saya habiskan duit ker, beli benda bukan2 ker, tapi masalah timbul bila saya sesak, tau jerlah kan bila besar periuk, besar keraknya. Terutama kalau out station. Masalah bila saya mengadu nak pinjam duit, kat sapa lagi,kan? suami jerlah...So akhir2 ni sangat2 membantulah pak hj ni hal2 duit ni. Kan dia ni ada pencen perkeso, pencen JPA dan sewa rumah. Kira2nya adalah duit kan, lagipun takde makan luar, semua makan kat rumah jer, kos baju pun takder, tak kerja kan, hanya duit minyak ulang alik seremban-PD jer.

Semalam pulak, dia bayarkan duit RM400 beli mesin jahit singer 2nd hand. Sebenarnya nak betulkan mesin jahit sedia ada, tapi tertanya mesin 2nd hand singer tu, saya nak beli yang RM180 jer, pak hj yang nak beli ok sikit sebab dia nak bayar saya on jerlah. Suka sangat dapat mesin jahit ni, macam2 projek dah ada dalam kepala ni. Projek pertama pak hj suh saya buatkan dia seluar....insyaallah, tapi saya kena beli kain ok sikit dulu...

sepanjang pak hj tak ambik tau kewangan saya dari last year tu, saya dapatlah beli macam2 benda ikut suka hati saya. Tapi kalau dia tau ni mesti dia kata membazir jer. Nak tau apa saya beli? Haaah...pompuan kan apa lagi, mestilah perkakas rumah. Tapi kali ni saya tak beli perabot mahal2 sebab rumah saya ni kecik jer, semak banyak2 benda ni. Pak hj pun takberapa setuju bila saya kata nak beli itu ini, walhal saya cuma nak beli meja console jer pun....

So saya pun belilah pinggan mangkuk sikit sebanyak. Lagipun benda2 ni bukan membazir, nanti2 nak pakai jugak. Belilah sikit2, akan datang tentu banyak komitmen lain dah. Dalam diam2 sejak tahun lalu, saya dah pun berjaya membeli satu dinner set corelle, 5 biji casserole correlle jugak, bekas2 kuih correlle, semua tu set bercorak plum. Lepas2 ni nak tambah 2 set lagi dinner set nak kasi cukup sedozen.

Tapi kan benda2 ni sumer saya tak pakai pun, duduk dalam kotak jer, saya simpan jer kat tepi almari bilik solat. Pak hj tak tau pun saya beli benda2 ni. kalau dia makan pakai pinggan2 ni nanti pun bukan dia tau bezakan mahal ker murah. kami pun hari2 makan dalam dulang, takde pakai pinggan pun. Kalau ada kitchen kabinet nanti bolehler simpan dalam tu, sekarang kitchen kabinet ni pak hj tengah tolong saya simpan duit, cukup nanti baru nak buat. Pantang sangat dia berhutang ni.

Kata pak hj, kalau simpan duit bulan2 bukan tak boleh beli atau bayar sesuatu secara tunai, cuma kena disiplin jerlah. Makanya start bulan ni, dia simpankan duit baki2 tu...berdikit2 lama2 jadik bukit. pak hj tak dapat membantu 'menyara' dapat membantu saya uruskan kewangan tu pun kira dah okaylah...jangan dia songlap balik sudahlah...pengalaman lalu banyak mengajar saya...

Saya terpukau sekejap baru2 ni bila saya ke rumah kakak saya di Kluang, zuhud atau sempoi saya tak taulah. Tapi kat rumah dia takde sofa, takde pinggan mangkuk yang banyak, hanya ada satu katil bujang jer, satu almari buku, satu meja belajar, meja makan...perhiasan lagi toksah cakaplah...simple sesimple2nya. Terasa yang saya ni terlalu mewah...sedangkan dia kerja cikgu, suami askar, bezanya dia ada anak 4, saya sorang...tak taulah kot2 dia ada meyimpan atau tidak, baju dia dan anak2 pun jahit sendiri jer...

Tu jer nak bebel. Moral of the story...bersyukurlah apa yang ada pada kita... walaupun berkongsi.

Isnin, Mei 26, 2008

Mei ini banyak kenangan

Assalamualaikum w.b.t


Lama jugak tak update rupanya. Last update 18 mei yang saya balik umah dari rumah kak aza,kan? Banyak benda berlaku dan jauh juga perjalanan saya rupanya. Ahad tu saya ke rumah kak aza semula sebelah malam, jam 2345 hrs baru saya sampai rumah kak aza semula. Mak dah nak tido dan hani plak takmo tido merengek2nakkan ammie, bila ammie masuk jer punyalah suka dan peluk ammie, terus saya bentang toto dan baring dengan hani satu toto.

Masa ni kak aza dah tido kat tingkat atas. Hanya jemaah masturat jer yang ada kat bawah tu. Mak saya kira nilah pengalaman pertama duduk dalam program bersama jemaah masturat ni. Tak taulah dia suka ker pelik ker. Ada sorang ahli jemaah yang baru masuk islam, Noridah nama dia, tapi saya bukan nak cerita hal Noridah ni, walaupun kisahnya sedih ada 4 anak tapi semua kena jual dengan suami sebab suami kaki mabuk.


Pagi isnin (cuti wesak) tu kami bertiga balik ke rumah pagi2 lepas sarapan. walaupun hj tak berapa seronok dengar saya nak balik tapi dia tau bini dia ni kalau cakap nak buat sesuatu, mesti buat punya. So kami balik ke rumah seremban dan kami masak2 macam biasa sebab balik tu dalam hujan saya singgah kedai beli ikan. Mak saya bermalam 2 malam kat rumah. Hani saya pontengkan sekolah selasa tu ebab rabu saya dah nak bertolak ke JB dan nak kasi Hani teman makwe kat umah.

Rabu pagi tu kononnya nak ke JB awal2 pagi sikit dah pesan mak kemas2 kain baju. Tapi rupanya awal pagi saya dimaklumkan kena ke mahkamah seremban bagi keterangan untuk kes kat sini pulak. Balik court jer dah pukul 11 pagi. Tau jerlah nak tinggalkan pejabat ada jer hal...sudahnya jam 4 petang baru bertolak ke JB.

Pak hj pagi selasa tu balik ke rumah saya, giliran sabtu, ahad burned jer sebab ada jemaah... tu sebab dia tunggu sampai hari rabu saya nak bertolak dia masih ada kat rumah lagi sebab malamnya pulak dia mesyuarat di markazkan... so saya tinggalkan dia kat rumah, dia sibuk mengadap laptop~internet.

Sebelum pergi tu dia bagi saya pinjam RM 300...lepaslah buat2 belanja...namanya 'pinjam' tapi setakat ni tak bayar lagi pun, awal bulan hari tu masa gi JB pun kan pergi dengan dia, dia bayarkan jugak minyak dan tol...nampak cam dia murah hati sikit sekarang.

Hutang saya dulu dengan dia 11k, ada jugak dia bebel2 tanya bila nak bayar...sajer saya buat2 lupa...buat2 gurau konon2 kontra ler dengan duit makan kami anak beranak..tapi dia jawab.."hutang tetap hutang"...tengoklah nanti...

Rabunya dekat2 maghrib baru sampai JB, non stop saya drive sebab nak kejarkan sampai sebelum malam. Mak saya ajak singgah rumah ambik cermin mata mak tapi saya kata tak sempat. Lepas cek in hotel kami ke plaza kotaraya. Saya nak beli blazer sebab lupa lagi nak bawak, walhal blazer tu dah letak kat atas sofa tepi pintu dah..sudahnya beli gak satu yang baru, dah ada 6 blazer dah..membazir sungguh, mujur jugak ada KAMDAR yang jual blazer murah2 dapatler RM 69.90 satu...dapat sussu hani setin tuuu...

Mujur jugak esoknya (22 Mei) hari gaji kan...bernafas lah jugak...kali ni bicara paling paling paling mencabar. Sangat2 banyak benda saya dapat belajar dan banyak kali kena bantah dengan lawyer bila saya memohon beberapa benda ikut akta keterangan, bagus jugak dapat saksi turn hostile ni dapatlah kita belajar mohin benda baru yang pengalamannya kita tak dapat beli dan bayar.

Semput gak saya asyik kena belasah dengan lawyer dan kemudian kena jawab dengan hakim. Ceiter banyak pun tak guna, bicara 10 julai nanti, lepas ni kena gi HQ jumpa senior DPP minta bimbingan, tu jer cara terbaik..takdelah tergapai2 masa kat court, bukan ada sapa nak tolong pun...

Khamis tu sebab dah bengang saya terus jadik pening kepala. Terus cek out balik tak makan tengahari pun. Terus gi Kluang bawak mak rumah kakak. Terpaksa stop sebab update ni masa haji gi surau, dia dah balik pulak..tak sempat habis buat entry ni..

Ahad, Mei 18, 2008

Saya penat

Assalamualaikum w.b.t

Saya baru kata jer kerja saya dah mula boring. Macam tau2 jer, bertubi2 plak kerja mendesak. Dari khamis malamnya membawa kepada sabtu malamnya hari2 balik lewat. 2 malam hani joint balik lewat dan Jumaat malam tu dah stuck bincang dengan pengarah dan lain2 membawa ke jam 4 pagi....jumaat malam tu hani tido kat sekolah dengan cikgu..sib baik cikgu ida okay jer..kira cukup bulan masuk bil jerlah...

Pagi tadi balik jam 3, khamis hari tu jam 2. Hani pun berjaga juga, kesian dia. Bila berjaga ni, kesannya mulalah terasa. Kepala dan berdenyut ni, pinggang pun sakit sebab turun naik tangga, terkejar2 sana sini.

Pagi tadi mata mengantuk tapi gagah juga bangun sebab dan janji ambik mak kat PD. Kata abang ipar mak pergi batu 3 cari punya cari kat pantai, jumpa jugak lepas berapa kali pusing. Maklum lah ramai orang dan dicelah2 tu nak carik mak kita. Rupanya kat Batu 4 diorang landing.

Bawa mak rumah kak aza sebab ada jemaah kat sana. Ni saya balik jap rumah seremban, ada hal kecemasan. Malam sikit baru balik pd, mak dengan hani tinggal rumah kak aza. Tak taulah apa ceritanya tu.

Hari ni pertama kali saya terlanggar bontot kereta orang. Tak kuat terlanggarnya tapi orang tu punya reaksi manakutkan saya! Mungkin sebab kali pertama pengalaman buat salah ni, masa ni kat batu 8 dataran telok kemang, carik mak punya paasllah sampai ke batu 8.

Mulanya saya nampak Pak Din, dia ni OKT dalam satu kes. saya ternampak dia, dia pun nampak saya tengah memandu, dia tengah jalan nak melintas tepi kereta saya, saya senyumlah..ohh rupanya dia tak kenal saya...sudahnya saya pulak terlanggar krereta toyota vios baru MBM nombornya. Budak muda tu dengan muka marah terus keluar belakang kereta dia tengok kot2 ada kemek ker, tapi saya pandang jer dari dalam kereta senyum kat dia.

Dia geleng2 kepela datang kat saya, dan terus kata, "kak, calar ni..kereta baru tau" saya jawab, "alaaah maaflah tak sengaja"...dia kata.."calar tau"...so nak saya bayar ganti rugi ker?....saya takdelah tanya..saya minta maaf dua kali kat dia, tak turun pun, bukak pintu kereta jer...kat belakang banyak kereta dah tunggu..sebab ni dekat pusingan dataran kemang tu...cuti2 kan banyak kereta.

Takut jugak kan kalau terlanggar kereta orang ni. Dulu ada gak terlanggar tapi orang tu tak perasan dia jalan jer, kira selamatlah. Tu satu citer, ni satu lagi hari ni malu betul muka saya...agaknya tak cukup tido dan rehat buat semua serba tak kena plak...

Saya boleh terkentut pulak depan2 ramai orang kat rumah kak Aza. Bendae [kentut] ni kadang2 tak terkawal, tiba2 jer tanpa ada tanda2 dia boleh terkeluar angin tu, malu betullah...hal ni malas nak komen...hahahaaaa walhal semuanya kawan2 saya gak tu..boleh ajer lepas terkentut tu buat2 bergurau ker lawak bodoh ker..tapi tadi malas lah pulak....saya blah camtu jer gi dapur...buat tak tahu jer lepas dah terkentut tu..ni bukan kentut berbau tapi kentut berbunyi tu...kalau berbau tak berbunyi gerenti saya buat tak tau jer...

Maaflah citer hal kentut plak...

Saya nak ucapkan terima kasih kat en wan kerana hantar buku dan CD yang sangat bermanfaat untuk saya. Buku perihal solat tu tak dapat lagi saya baca betul2 masih simpan di pejabat. Sibuk tak tentu hala nak belek buku tu kena lah jugak carik masa ni. Apapun blog ni ada manfaat, kiranya boleh jadik medan dakwah jugak, tempat saling nasihat menasihati. Banyak kurangnya kita [baca:saya] dengan adanya penasihat2 dari jauh ni macam en wan, luna, tiara, jiji, kak salmah komen dari happyirfa, izawani, najah, dll saya rasa sungguh bermakna untuk saya teruskan jugak tulis2 dlm blog. kalau tak , rasa keseorangan jer menempuh cabaran dan dugaan mendatang. Besar ertinya blog ni, makin lama saya rasa makin ada 'roh' blog ni.

Jumaat, Mei 16, 2008

Pak hj mula bersuara

Assalamualaikum w.b.t

Kerja saya akhir2 ni rasanya tak berapa cukup sibuk + kurang mendesak sekarang. Rasa cam boring plak. Kena jugak kerja dalam desakan dan tekanan.Baru rasa berbaloi terima gaji.

Kerja-kerja rutin biasa ni macam tak mencabar minda lah pulak... setakat hari2 buat mesyuarat tanya apa citer , apa perancangan, apa masalah....apa nak ngadu..alaahhhh tu biasa sangat dah.

So, duk rumah menjahit lagi best. Ok...sabtu ni ada jemaah nak datang 3 hari rumah kak Aza. Nampaknya kenalah saya bertunggu-tangga disana sebagai memenuhi kehendak dan kesukaan pak hj.

Apalah sangat nak dibangkang kalau ke sana tu banyak manfaat dan ganjaran pahala dah tersedia. makan pulak dah ada. Takyah nak susah2 pi masak ke beli ke. Lantak jerlah apa yang terhidang. pak hj selalu perli saya kalau joint jemaah masturat (wanita) , "pergilah nusrah, kan senang takyah nak masak2"..apalahkan...taulah saya malas masak...kecik ati dia cakap macam tu walaupun batul jugak tohmahan dia tu...

Oh ya...semalam kan, pak hj dah mula berleter balik, dah lama dia tak buat amalan berleter2 ni. masa sihat [sebelum stroke] dulu dia rajinlah hal2 berleter ni. Dia berleter pasal rumah bersepah.

Pada saya bersepah/berselerak ni takde hal yang besar. Kalau takat nak kemas betul2 pastu Hani buat sepah semula, baik biar dia buat sepah pastu hujung minggu kemas sekali. Kang kalau saya kemas pastu dia buat sepah balik saya gak marahkan..nanti berperang pulak kami dua beranak.

Dari abis masa dan buat saya sakit pinggang [saya memang tak boleh buat kerja duduk bangun ni banyak2 kali] dan sakit hati dan dok berleter kan Hani baik saya spend masa saya borak2 dengan hani sambil2 menjahit dan menolong dia buat kerja sekolah.

Mengemas licin licau ni bukan kepakaran saya . Tapi kalau terdesak nak kena mengemas30 minit pun cukup dah saya nak bagi clear semua. Cuma kalau hari kerja kat rumah tu sorrylah malamnya saya nak pegang penyapu ker, pegang senduk ke atau mop ke..baik saya 'jaga badan' dan buat persiapan solat, dan kumpul tenaga dan fikiran untuk kerja esoknya. Pandailah saya cover kan walhal tu prinsip 'orang malas' tu...hahaaaaa

Balik citer hj leter2 tu, dia bukan leter kat saya tau, dia marah anak sindir menantu. Dia cakap kat hani, "sian kita kan..takde sapa nak layan, nak masak, nak buatkan ayah air...." adalah macam2 lagi hal dia sebut. Pasal rumahlah banyaknya...kat depan tu saya tak sapu...yerlah berapa weekend dah ada hal jer...alasan lagi...walhal dah memang jenis malas nak keluar rumah...sampai kat depan tu pun saya malas nak keluar...yang sepahnya barang2 hani dan buku2..serta banda2 saya, jahitan, majalah...biasalah...dua2 kami kaki lepak, kalau duk depan tu segala mala bawak ke depan..apa susah, kami duk berdua jer pun...asalkan kami bahagia...lain2 lantakler..

Nanti kalau saya buat tu semua...hati saya membungkam jer sebab kalau masak pun, saya gak yang beli semua2 tu, yg terkejar2 balik kerja beli lauk, yang bertungkus lumus masak pastu dah jam 9 malam baru boleh makan...tu semua nak menambhakan berat badanlah....nanti saya rasa macam restless, dan rasa aku buat semua ni tapi yang ayahnya dok mengurut badan jer...baik jaga badan dan jaga hati sendiri...walaupun teruk pemikiran cara saya ni tapi saya rasa demi kelangsungan rumahtangga ni elok gak cara ni saya teruskan...

Takdelah saya rasa macam nak mengamuk, nak minta balasan atas pengorbanan saya, atau nak tuntut hak isteri ke, sebab saya pun takdelah korbankan apa-apa. Takat makan pakai saya dan Hani, korban dengan pak hj takat2 yang saya mampu jer...saya tak memaksa diri bagi dia layaanan tip top cam dulu...so saya rasa macam oklah cara ni...cuma pak hj makin lama makin rasa macam dia tak dihargai...nanti2lah saya upgrade sikit layanan tu...tau tak sejak bergaduh tak balik tu, mana ada saya buatkan dia air, masak pun tidak...hari2 yang dia ada semua makan luar..saya tunggu jer dia komen, nah sekarang dia dah mula bersuara dah...rasa macam nak jawab jer...kalau nak saya masak, bagilah duit nak beli lauk...tapi takat ni tak sampai hati nak keluarkan ayat tu lagi...

Saya nak kata gak..kalau nak umah kemas, saya boleh kemas tapi saya malas nak gi kerja..bulan2 abang bagi duit macam kak aza...lebih kemas dari kak aza pun boleh.....cakap besar jer saya ni....ntahlah...dah masuk fasa 5 tahun kedua kahwin ni lain macam plak saya ni. Ni percubaan baru saya just for 'try and error', kalau rasa cara ni teruk sangat nanti2lah saya kaji balik apa saya nak buat dengan pak hj ni. Saya cuma nak tunggu julai ni kalau jadi sambung master saya ubahsuailah cara saya handle rumahtangga saya ni...as long as kerja saya ok, hani ok, pak hj ok saya akan cuba buat apa sahaja demi rumahtangga yang pasang surut, turun naik ni..

Rabu, Mei 14, 2008

Aduh!

Assalamualaikum w.b.t

Bulan ni kali ketiga dah ni sakit kepala. Kali ni dah dua malam dah sakit kepala. Takleh langsung ada masalah, kesannya mesti sakit kepala. Malam tadi kononnya nak ke klinik nak checklah apa yang patut. Tapi dah ke kedai makan tomyam dengan ayah dan Hani, perut dah kenyang balik jer terus.

Hari ni ingatkan akan ada masalah baru lagi. Mujur gak yang marah tu outstation hari ni. Petang baru balik, masa ni saya dah nak melangkah balik, tapi kena panggil pulak dah! Jam 6.30 baru dapat ambik Hani. terbang RM 10 hari ni sebab bayar OT cikgu Hani.

Semalam ayah ada bicara harta sepencarian dengan ex 1st wife dia. Saya malas nak ke court. Bicara lepas saya dah kena sound dengan 'kak nani', ex wife dia tu katanya, "kau jangan campur urusan keluarga kitaorang, kau tak tau apa!"

Saya jawab, "Eh..kak, saya datang temankan abang, takkan akak tak nampak abang tu, saya datang ni hanya temankan suami saya, kalau apa2 berlaku senanglah, takkan nak biarkan jer, akak tengoklah sendiri tu" ...

Masa tu, Iza, anak bongsu yang jadik saksi bagi pihak palintif (kak nani)ada, saya sempat gak sound Iza yang buat tak tau pada ayah dia, "Za, pergilah salam ayah tu"...Iza masam jer muka dia, sambil2 tu dia sound mak dia yang cakap dengan saya tu, iza kata, "mak, dah2lah tu..."

Iza ni pun satu hal, dibantainya ayah dia cukup2 dalam court masa dia bagi keterangan, benda yang dia tak tau pun dibantainya jawab seolah2 dia tau, saya agak mesti skrip yang dia nak jawab tu, mak atau lawyer mak dia ajar.

Bukan apa harta yang direbutkan, adalah 6 harta...rumah, kenderaan dan tanah. Bayangkan iza umur 12 tahun masa diorang bercerai, apa sangatlah yang dia tau. Dah 10tahun dah bercerai, tapi dia jawab 'bias' pada mak dia. Yerlah dah hari2 duduk dengan mak, mesti sebelah pada mak. Walhal dulu menangis2 masa dia nak buat keputusan pilih hak penjagaan. Dia nak duduk dgn ayah, tapi mak dia ugut macam2 dia terpaksa pilih mak jugak!

Tak taulah iza ni dapat SPM berapa, berapa kali saya dah tanya kat ayah, iza ni dah 22 tahun umur baru ambik SPM, dengar2nya nak ke Jordon, ayah malas dah nak ambik tau, ada dengar2 jugak katanya nak ke Yaman kalau layak...sampai sekarang ayah tawar hati dengan Iza, anak bongsu dia nilah dulu bukan main sayang lagi...sekarang dua anak perempuan jerlah jadik penawar buah hati dia, hani shakira dan Hani suhaila, kalau dalam perut kak aza pompuan jugak dapatlah gantikan iza yang dah tak ingat ayah tuuuu...

Angah dan along pun lama dah tak dengar cerita. Tak taulah apa citernya dua beradik tu. Entahlah masing2 macam dah takde ayah jer lagaknya. Ker saya yang bersangka buruk? rasanya tak kot! Sebab kak Aza pun kalau tercerita dengan saya isu ni, sure dia pun kutuk2 anak 1st wive dan 1st wife tu [bekas madu dia jugak,kan?]

Apapun, saya ni masih gak tebal kasihan kat hj, benarnya semalam nak gak ke court bagi sokongan moral, tapi bila pk masalah sendiri [hal kena marah tulah], saya malas nak tambah beban kat kepala ni...jam 11.30 a.m pak hj call ajak lunch. Pergilah jugak, nanti marajuk pulak,kan! Masa makan pun takdelah saya tanya sangat pasal kes sebab rasanya kalau tau banyak pun takde apa leh tolong pun. Lainler kalau saya boleh tolong bawakkan kes tu, bolehler saya belasah kak nani tu soalan2 power! tapi lawyer yang pak hj lantik tu pun cukup power dah....yerlah import dari KL lagi tuuu...sekali datang bayar RM 300, kalau service tak memuaskan jugak..tak dapeklah den nak nolong eh....

Ehhh..bebel ke lain pulak dah...bukan apa, kesian pak hj dok tanggung dan pk hal bicara ni tak habis2 dari 2003 lagi. Berapa kali dan lawyer masing2 bincang dan buat tawar menawar penyelesaian tapi dah dua2 taknak mengalah gituler gayanya. Kang nasihat lebih2 kita lak kena sound..baik buat tak tau jer, paling2 kalau dah rasa geram bincanglah kami bini2 [kak aza dgn saya ler] tapi sudahnya takde penyelesaian sebab dua2 kami tak berani nak bagi cadangan kat pak hj sebab isu harta sepen carian ni sensitif woooo...takut dikata ada kepentingan lak!

Di sebalik gambar ada cerita

Tadi terjumpa cd yang ayah simpan gambar2 tahun 2004. Ni sikit saya masukkan. Jenuh lak nak tunggu upload gambar. letih + malas nak tunggu dah. Cukuplah tu. Takyah caption, agak2lah sendiri yer.









Isnin, Mei 12, 2008

Journey to JB

Assalamualaikum w.b.t


Saya baru balik dari JB. Penatlah jugak sebab saya yang drive. Ayah dan hani ikut sama. Asalnya nak pergi sorang sebab panggil satu saksi jer, rasa tak berbaloi nak drive. Semalam kononnya nak tinggalkan Hani dengan Cikgu Ida , memang dah janji pun nak hantar Hani ahad tu sebabnya isnin tu hani exam. Tapi jumaat Cikgu ida kata exam delay sehari sebab ada lawatan org luar ke taska Hani.

Okaylah... itu citer hani. Semalam ayah pulak kata nak ikut jugak. Asalnya saya hanya nak naik bas jer, suh ayah hantar beli tiket. Dah ayah nak ikut kurang nyiru dulang saya tadahkan. Semalam jam 1030 hrs kami bertolak sampai JB dalam 1330 hrs. Duduk di Tropical Inn jer [nyesal pulak sebab takde swimmning poll rupanya, sian hani]. Lagipun senang parking sebab dekat ayah nak jalan, kebetulan surau pun dekat jer.


Hari ni habis kes jam 1230 hrs kes habis kami terus cek out dan balik. Dalam perjalanan bertubi2 panggilan masuk dari rumah peedee. Rupanya kak aza nak bagitau ada orang surau meninggal, muda lagi kebetulan ayah baik dengan budak tu. So kami tak singgah makan pun sebagaimana perancangan awal sebab ayah nak ziarah kematian tu. Penat dan laparnya... hanya singgah R&R ayer keroh [asalnya sggah solat dan makan tp usai solat ayah tggu kat keter dah]..sedihnyalah haiii...

Ok yer...kan ada hari tertentu kita akan rasa semua yang kita buat menjadi serba tak kena? Semua rasa salah dan memalukan ajer. Hari ni itulah yang saya rasa, pagi2 lagi masa sarapan saya dah mula rasa macam tak sedap jer nak bicara. Tak happy, rasa macam takkan berjalan lancar...

Banyak pulak insiden yang memalukan saya dalam court tadi. Dua kali hp saya berbunyi, dan dua2 kali tu pulak kena sound dengan hakim [rasa macam org bodoh dan tak faham nahasa plak]. Memang saya dah matikan hp dari awal. Tapi masa saya tunggu nombor kes saya dipanggil polis mahkamah tu bagitau IO kes yg saya bawak tu panggil saya.

So saya keluar rupanya saksi yang paling memeningkan kepala tu datang pulak. saya ingat tak datang. So saya buatlah call pada Pegawai pendakwa senior tanya pandangan, lepas tu masuk balik court tapi lupa offkan hp. Yang malangnya hp tu bunyilak tu..dahlah lagunya "because you love me", bukan main kuat lagi..eii malunya..., sekali lagi bunyi masa saya baru nak start tanya polis [saksi saya hari ni] soalan pertama, sambil hakim tulis, dia sound lagi, "kan saya dah cakap matikan hp...berbunyi lagiii..."


Pendekkan citerlak ek? Saksi 'mangkuk ayun' tu dulu dah bg keterangan tapi dia cakap bohong (turn hostile) tak sama keterangan sebelum ni..alah dulu kes video Lingam kan ada polis pompuan tu cakap lain so saya kena buat impeachment prosiding (mencabar kebolehpercayaan saksi) tapi masalahnya saya tak sedia hari ni. Hakim ngan lawyer suh jugak...eiiii saya tak sedia... yg lawyer plak cuti panjang nak gi umrah so laaamaaaa carik masa sesuai akhirnya 22 mei ni tarikh bicara nya. 10 hari jer dr sekarang kan?

Ok citer pk hj plak, Pak haji ni kan dari dulu kalau bawak dia ke Jb mesti [samada dia nak ikut atau saya yang iya2 nak ajak] mesti ada jer ketikanya dia 'bermuka masam', sebab boring tunggu kat bilik masa saya kat court. Setiap kali dia buat muka masam tu rasa serik sangat nak bawak/ajak dia, tapi bila tengok muka anak dara tu yang happy rasanya biarlah saya menghadap muka pak hj yang masam dan kalau rasa 'menyampah' dan nyesal, borak2 dan pandang jer muka anak dara tu..abis citer...nampaknya nilah kos melepas nak bagi hani gembira, kenalah plak mengadap muka pak hj yg masam tu....

Bila sampai rumah tadi, pak hj tak turun pun, stop depan pagar [w.pun saya drive dah dia arah stop kat luar, stop jerlah] pastu dia blah balik peedee. Eii kalau nak kutuk dan nak tengok negative side banyak sangatlah cumak kitak malas mau fikir...buat rosak dan poning kepalo den ajoorr...hanya fikirkan besar pahalanya kalau pak hj gi ziarah orang meninggal..ntah sempat ntah tidak tuuu...dah kebumi kot...

Hari ibu yer semalam? Tak sempat ucap dan buat apa pun kat mak, insyaallah mak saya akan ikut rombongan tadika anak saudara kat kg 18 mei ni ke peedee, saya akan ambik dia kat sana bawak lepak2 rumah kak aza [jenuh dah kak aza ajak mak saya bertandang ke rumah dia, kali ni tertunailah kot!] sebab mak saya tak pernah ke pd sejak saya dok seremban ni..mana taknya anaknya sibuk memanjang...mak saya pun serik nak datang, sebab last datang hari tu kerap sangat saya sampai malam dok kat office..so kali ni nak bawak dia sama 21 mei ni ke JB ataupun kalau dia nak saya drop dia dengan hani kat Kluang rumah kakak saya...mesti dia dan hani happy, balik saya ambiklah balik...rancang jer ni...kalau diizinkan Allah lah..

Sabtu, Mei 10, 2008

Tambah tua setahun

10 May hari ni hari jadi saya. Tambah tua setahun lagi. Maksudnya tarikh kematian [mungkin] makin hampir. Rambut pun dah mula beruban ni, yang gugur pun dah banyak. Gigi pun dah ada yang berlubang. Ingatan toksah cakaplah banyak benda dah mula lupa. Hani pun pandai tegur.."ammie ni asyik lupa jer". So alasan lupa janganlah cakap kat dia mesti dia kata .."yerlah ammie kan dah tua..."

Macam tahun2 lalu sejak kerja di sini, ada seorang pegaewai muda setahun dari saya yang berkongsi hari jadi dan seorang lagi di Melaka. Yang di N9 ni tiap2 tahun send sms tepat jam 12.01 malam. Tu jerlah satu2nya ucapan harijadi. Pelik?

Takdelah kan...?

Apa yang ada pada tarikh lahir? Saya rasa mak saya pun tak ingat tarikh dia lahirkan anak bongsu dia ni. Yerlah dia lahirkan saya anak ke 5 dia pada umur dia 30 tahun, sekarang dia nak masuk 64 tahun. Lama sangat dah kan? Kakak atas saya 2 tahun pun lahir may, pada 13 mei...

Pak haji langsung tak ucap, standard dialah tu dari kahwin dulu mana ada tarikh yang penting bagi dia melainkan yang dia pentingkan tarikh dia nak keluar dakwah, tarikh road tax mati, tarikh lahir anak pun dia tak ambik pot.

Maka saya pun tak heranlah. Tak sedih sikit pun. Alangkan mak yang lahirkan kita bpun tak ingat takkan suami yang setakat tidur sekatil ni jer nak ingat, betul tak? Takdelah nak romantik2 bagi bunga ke apa, atau barang kemas ker..jangan harapler..ahhh ucapan pun takde.

Ada jugak jam 12 tadi sms dia.."bang, bini abang tambah tua setahun usianya..." senyap..takde jawapan. rupanya sejam kemudian dia balik sini. takde pulak cakap hal harijadi saya ni, saya lak bukak cerita kata, "kakak nak bagi ammie hadiah...tapi dia suh ammie belikan.." pak hj senyum jer..sebab dia dah asyik kena urut kat kerusi...cam biasalah dia masuk pintu bukan carik anak dengan isteri, mesti terus landing urut badan.

Pendek cerita....kononnya terfikir hari tu 10 may nak bawa Hani dan pak hj makan [kalau dia naklah..tapi rasanya kedai begini dia tak suka sebab dia was-was]kat secret resepi sambil makan sepotong dua kek tapi nampaknya kena save duit lah bulan ni..dah nak parah ni...sebab nak kena standby duit nak out station lak esok. Hujung bulan lama lagi. Takde duit bukan ada sapa boleh mengadu minta duit..sendiri kena beringatlah mana yg agak2 boleh skip tu takyahlah dok gatal nak buang duit. Masa2 camni RM50 pun besar nilainya kalau tak saja jer buang RM50 beli benda bukan2 untuk hani....


Harapan saya dalam usia akan datang ni saya akan dapat tambah amal dan ditambah kesabaran saya dalam menempuh hidup yang sangat mencabar ni. Untuk rumahtangga saya harap sangat dapat tambah anak sorang pun jadilah kalau lebih lagi bagus sebab umur dah meningkat kesuburan pun terjejas apatah lagi asyik tension jer. takkan Kak Aza jer luaskan empayar..saya nak jugak empayar yg kuat dan kukuh [biasalah poligami ni nak gak tarik perhatian suami melalui anak2 kan?]

Dalam kerjaya sebenarnya saya tak ada target yang tinggi, asalkan orang tak ganggu saya dan kerja tak pening kepala sangat pun jadiklah. Semalam baru kena marah kaw2 ngan OC (pengarah)..luckily i'm lady..kalau tak katanya lagi teruk saya kena marah [ni timbalan 1 bagitau petang smlm dia datang bincang2 kat bilik saya dengan ketua cawangan Pedee]. kami post mortem balik, takdelah salah besar tapi taulah bila deal dgn sisatan/tgkap orng/undang2/barang kes/evidence dll mana leh main2.

Dua benda saya dengar berulang2 semalam.."need to know basis" dan "secrecy" pastu siap cakap ala2 ugut/warning, "salwa..u kerja dah berapa tahun takkan u tak tau pasal secrecy... saya nak now u buat mesyuarat, panggil semua anak buah u, ajar pasal 'need to know basis..u warn budak2 siasatan, u siasat mcam mana benda ni boleh berlaku...apa2 hal lepas ni refer u atau saya..jangan lepas dari sini, apa2 hal terima instruction dari saya jer".

Faham...faham..saya yg menurut perintah! Doa dan harapan saya biarlah saya cepat keluar dari sini...nak sambung master pulak asyik jabatan tangguh2 jer..hari tu macam nak start sangat dah..tup2 tunda januari, pastu jun la ni dengar Julai lak...ntah2 terus tak jadik kot? Kalau tak jadi haruslah saya fikirkan alternatif..either mintak tukar negeri lain atau tukar unit...

Hari ni pak hj bagi RM 21.00 pada Hani sebab Hani kata Hani lapar..pastu saya lak cakap lauk takde dalam peti pasal bajet nak ke kedai kena potong..save duit, hujung bulan lambat lagi..[sajer cakap camtu, kasi syahdu sikit ayah dengar...]Hani tu lapar nasik sebenarnya, tapi perut dia kenyang dah makan macam2...makan keropok, biskut, coco crunch...tapi ayah bagi ni Hani suka bukan main.."banyaknyeeeerr ammie...21...[duit seringgit2 sebenarnya, tak taulah pak hj seluk kocek terus hulur kat Hani segumpal...terus hani masuk kocek jeans dia...dengan suker hatinya ajal ammie keluar makan...lawak2....

Jumaat, Mei 09, 2008

Buah hati yang sakitkan hati

Hani ni memang mengada-ngada. Kalau tak ammie tolong buat semua pakai takkan bergeraklah. Tapi dia bukannya malas. Cuma tak kena cara kita suruh. Kalau kena caranya bukan main rajin. Kalau boleh semua benda dia nak tolong buat. Menyapu sampah paling dia minta. Cakap jer, tapi semuanya kena puji dan cakap lembut2dengan dia.

Contoh ayat;

~mana anak solehah ammie ni, bolehtak anak solehah ammie ni tolong…..<-- gerenti dia buat lepas tu ~mana budak comel paling cantik sekali <-- bila dia angkat tangan atau respond bolehlah mula bagi arahan…


~anak ammie ada sorang jer kan..boleh tak anak ammie tolong ammie dia …<-- bila dah sengih2 tu suruh jerlah Kalau malam nak tido pun kena pujuk2 dulu jugak, kena main2, gurau2, geletek2…dan kena bawak dia betul2 letak bawah ketiak ammie dan peluk dia serapat2nya, tak boleh ada halangan atau ada ruang sikitpun …dan juga kena cium dahi, dagu, hidung dia baru lah dia senang hati nak tido…dah tu mesti nak tanya ammie dulu…ammie sayang kakak tak?, pastu bila jawab sayang..mesti dia cakap, “kakak pun saaaayang sangat ammie”. Kalau tak peluk dia rapat2 mesti dia buat2 merajuk dan cakap, “ammie tak sayang kakak, sebab ammie tak peluk kakak rapat2”… Susah ada anak sorang ni…semuanya nak bergantung kat kita jer…membontot jer taunya kalau kat rumah tu. Ingatkan makin besar makin berdikari tapi makin besar makinlah manja. Saya plak sekarang dah kurang garang banding dulu, yerlah dia dah besar dan boleh fikir dan dah sekolah pun saya pun kenalah berubah taklehlah nak garang sepanjang masa. Selagi boleh sabar saya cuba bertenang dan bersabar. Lagipun kang kalau dia cerita saya marah [dera] dia kat sekolah saya yang malu…. Kalau orang lain anak sorang mungkin dia ada ayah dekat dia untuk tampung apa2 kekuarangan atau bila kena marah dengan ibu. Tapi Hani kalau kena marah dengan saya dia kenalah telan [tanggung] sendiri takleh nak minta atau bergantung dengan sapa2 nak pujuk atau nak marah saya balik bagi pihak Hani. Kesian dia kan? Ehh..bila tulis ni baru saya perasan point yg ni…tersedihlak kejap! Pagi ni, saya terbangun lambat, hani patut masuk jam 7 kan tapi since saya mula hantar dia dulu jam 8 maka saya tengok cikgu takde hal maka saya teruskan juga hantar jam 8 tapi pagi ni terlajak hantar jam 8.10. Dah beratur dah pun. Dahlah memaang bangun lambat…jadik lagi lambat sebab hani pnya peel. Susu buat awal terus kejut dia, ambik baju dia saya dah iron awal2, abis hisup botol terus suh dia masuk toilet..alaah 4 langkah jer masuk toilet dah…ubat gigi dah siap2 letak kat brush tinggal nak ambik gosok jer…sya cakap ammie nak gosok baju ammie jap…sebab saya ni ada baju dah siap gosok tapi kadang2 saya tukar fikiran ambik baju lain..gosok pun kat bahagian ‘bontot’ yg terlebih kedut jer pastu tudung pun gosok ala kadar… Tup2 tengok dia bogel2 masuk bilik solat tmpat saya gosok baju tu. Marahlah kan..setakat ambik berus gosok gigi sendiri pun tunggu amie, takkan tak boleh buat sendiri. Biasa saya gosokkan jugak, kadang dia tapi hari ni dah lambat buatlah sendiri. Kat sekolah semua tu buat sendri pun..mandi pakai baju, masukkan baju dlm beg ..boleh pulak? Dalam hati sbar, tapi mulut bagi arahan jugak, dia jawab..”kakak nak ammie buatkan”..saya kata ”pergilah buat, ammie sikit lagi siap ni, kang ammie datanglah….” Siap dia kata “takmo nak tunggu ammie juagk”. Ehh..budak ni darah dah naik kepala dah ni..masa ni jam pulak dah bunyi jam 8… Terus masuk bilik air ambik getah paip..hati dah panas ni, masa ni saya dah mandi dengan towel jer pun…[suspend kan?] apa lagi…tak tahan geram dah ni..semua benda kita nak buat sorang…letihlah kan? Dari kecik dulu dahlah semua benda kita buat takkan nak masuk 5 tahun tak boleh nak tolong ammie sikitpun, bukan tolong apa, tolong gosok gigi sendiri, bukan suh gosokkan gigi ammie [kata2 ni terkeluar masa saya berleterkan dia masa pakaikan dia baju kemudiannya] pastu saya bukak paip, saya terus tonyohnya getah paip tu kat kepala dia. Rasanya takdelah sakit sangat cuma dia terkejut kot sebab dia ingat saya tak marah tapi rupanya saya ambik air saya tonyoh sekaligus siram kepala dia…walhal saya selalu tak basahkan rambut sebelah pagi sebab nanti rambutnya berbau…terus dia nangis sakan dan bercangkung kat lantai…saya apa lagi tangan jaan mulut pun jalanlah…siap mandikan sambil dia nangis tu senang saya tonyoh jer mulut dia yg terbukak tu saya gosokkan gigi dia…dia terus-terusan nangis…{oh ya salah saya sebenarnya lambat…dahtu pagi ni plak perut sakit…tu yang tambah lambat sebab nature call tu lama sangat..akhirnya hani jadik mangsa} Sambil pakai baju tu dok panggil2 ayah..ayah..[standardlah tu]…lantaklerrr…ambik beg baju dia, fail, beg saya terus blah…sementara panaskan enjin keter, dialkan nombor ayah, dalam tersedu-sedan nangis tu ambiklak hp sya terus cakap dengan ayah…uii sedih tul diolog dia…. “kakak nak duduk dengan ayah…ammie buat kakak, ammie ambik getah paip tu ammie buat kat kepala kakak…” adalah lagi dia cakap..pastu diam agaknya ayah plak cakap pujuk2 dia…last sekali dia kata, “ok…wa’alalikumsalam’…hishh sedihlak dan menyesal pun ada…. Saya pun lepas tu pk camana nak betulkan balik ni? Lepas cakap dengan ayah sedu sedan dia tak habis lagi, dia masih nangis saya suh ambik tisu lap air mata pun dia jawab,..”kakak tak kawan ammie, ammie buat kakak, kakak kawan ayah jer” pastu saya cakaplah sian ammie, anak ammie sorang jer kalau tak kawan sapalah ammie nak kawan…dia jawab..”ammie kawanlah denagn pokok’[masa ni mata dia menjeling tepi jalan nampak pokok]. Pastu saya cakaplah pujuk dia lagi…dia jawab balik, “ammie jangan cakap dengan kakak lagi, ammie cakaplah dengan diri sendiri jer”. Wah…saya pun mulalah cakap dengan diri sendiri…ni dialog saya cakap denagn diri sendiri….hah macam2 cara nak tackle anak merajuk nikan? Tulah kami ni dok berdua jer..terpaksalah wujudkan watak baru… *suara saya ^suara saya yg dibuat2 dan dihaluskan [berlakon] *salwa..salwa..napa awak buat anak awak pagi tadi? ^ntahlah..saya pun nyesal gak..tapi anak saya lah tu…asyik nak manja jer..summer taknak buat sendiri’ *yerlah anak awak tu manja kan..sian kat awak… ^ha’ah saya pun nak mintak maaf dengan dia jugak… *tulah sian dia…awak pujuklah dia ^saya nak pujuk dia tapi dialah tak nak kawan dan taknak cakap dengan saya *awak cakaplah dia comel..dia cantik.. ^dia taknak cakap dengan saya dia suh saya cakap dengan diri sendiri ~masa ni dia dah senyum2 dah jeling2 kat saya…. ^takperlah petang nanti saya pujuk dia bawak dia pergi jalan2… kami pun sampai kat sekolah dia…oh ya..masa nangis tadi dia ambik bear dia yg saya beli masa dia kecik. Dia peluk jer bear tu…dari rumah sampai sekolah…tak pernah2 bawak bear dia…terus hantar dia dan dia terus beratur..masa ni air mata meleleh lagi…sian kan? Semalam khamis pagi as usual ayah ada dan saya hantar hani naik keter dgn ayah sebab malam tu kerja balik lambat. Ptg rabu ayah dtg dari peedee masa ni saya plak ada kerja kat Peedee dr tengahari so sy suh ayah amik hani kat sekolah sebab jam 6 saya di lebuhraya lagi. Ayah ambik dan saya suh ayah hantar haninterus ke off saya dr taska dia, ayah samapi saya tak sampai lagi, saya suh jer ayah tinggalkan hani kat pengawal [budak ni baik gak dengan hani].. saya sampai jer hani tengah tengok ikan dalam kolam. Pendek citer sampailah ke malam saya kat off lagi. Hani lak boleh bawak diri kawan dengan budak2 off, siap masuk bilik peg saya yg suka kat dia [almaklumler comei lagi pandai cakap lak tu, sumer suka dia]…siap pegawai saya keluar makan dia nak ikut..”okaylah korang bawaklah dia…” saya bagi jer pun..sebab ada sorang peg pompuan..”kak isma” yang baik ngan hani. Sampai ayah balik ambik saya 10.30 [keter saya tinggal off] hani tak balik lagi..tunggu 20 minit baru dia balik…suka betul dia kawan2 orang besar…malam tadi pun ambik hani lewat…dia duduklah dengan 4 orang cikgu dia kat sekolah [cikgu yg tinggal kat sekolah]….sian dia kan..very the indpendent hani ni..mak dia jer kadang2 tak hargai…letak jer kat mana hani ni boleh ajer dia sesuaikan diri..apa orang tanya semua dia dah boleh cerita/jelaskan/ boleh lak bagi komen lagi…ni budak2 pejabat saya lah citer balik kat sata..”bijak anak puan tu..comel anak puan tu…bla bla…” tulah saya jer kadang2 tak perasan..dok dera2 dia…

Rabu, Mei 07, 2008

Kak Aza punya cerita plak

Rasakan entry ke 3 kali ni sekaligus jer sebab esok lusa sibuk, lagipun kat off kira takleh update, kat rumah malam dok bantu hani buat kerja sekolah yang sah2 banyak. Weekend plak berebut dengan hani dan pak hj nak guna pc...saya pun rela beralah sebab tengah giler buat jahitan tu kan...biar cepat siapnya....

weekend minggu sebelum saya ke JB tu saya gi Peedee. dua2 hari saya ke peedee, sabtu dan ahad, masa ni hj keluar 3 hari so dia takdelah kat rumah kak aza. Saya pergi sebab HQ ada buat program kat peedee so pengarah mintak saya dengan timbalan dia pergi wakil dialah kan...saya bawak jer Hani lantakler...saya cadang sabtu tu nak tido rumah kak aza sebab pagi ahad tu dah ada program lagi tapi sebab dinner habis jam 11 malam maka terlalu lewat malas nak kacau kak aza.

Balik program ahad tu (sukaneka sebenarnya) tengahari saya pun pergilah rumah kak aza kononnya nak tumpang mandi jer pastu lepak2 jap...sebab hani sibuk ajak saya mandi manda kat pantai..sib baik bawak persalinan, Tup2 sampai ke malam lepak. maghrib baru balik seremban balik. Tau jerlah dua madu dah berjumpa dalam keadaan laki takder kira peluangler nak mengutuk laki kan?

Kak aza takderlah kutuk2 laki dia tu..saya niler yang lebih2 yerlah kak aza apa yang kurangkan, semuanya lebih..nak-naknya masa giliran sah2 berkepit siang malam 24 jam (bersangka buruk lagi tu) pasal hj tak kejer, budak dua org sekolah hanya Zubair jerlah yang ada. Mujur gak weekend kat umah saya..kalau tak lagilah pak hj tu 'mua'kan sangat bininya tu...

So saya dah plan dah nak tau apa pandangan kak aza yang sebulan lebih hj tak balik rumah saya tu..saja provok dia...saya start

  • "kak..akak tau tak yang abang tak balik tu...malas saya nak layan kerenah dia kak, kalau nak balik, balik ler....tak balik lantak dia ler..macam saya dah takde perasaan dah kak"

  • "tuler akak perli dia gak wa, akak cakap ..haaai senang jer ati abang..abang ni rumah satu jer ker?"..dia senyap jer terus keluar gi surau..akak nampak berubah air muka dia...macam muka tak siap tu..."

  • Ntahlah kak..masa abang tak balik hari tu saya rasa enjoy pulak dia takde, macam takde sebab nak call dia pujuk dia suh balik. Rasa macam dah takde sayang dah...

  • wa...sayang takde takper 'kasihan' kena ada...dari kasihan tu kita boleh khidmat...jangan kasihan tu pun terus hilang...asalkan kasihan tu ada lagi boleh teruskan

Adalah banyak lagi saya citer kat kak Aza perasaan saya, apa hj buat kat saya, saya tekan kan kat dia yang sebenarnya hj ada ker takder ker kat rumah saya tak ada apa2 perubahan fizikal dan takde menyumbang atau menambah apa2...(dahsyat statement ni kan) saya kata saya sebeanrnya ada gak hati nak call pujuk hj balik tapi saya tak dapat carik sebab yang kukuh apa sebabnya saya perlu dia balik selain alasan keperluan batin. Nanti kang hj kata saya nakkan tubuh dia jer..tanggungjawab lain (permintaan dia pada sayalah) saya tak laksanakan, lain plak ditohmahnya saya ni...

So kak aza cam biasa dia ni kan pandai cakap siap bersimpul2 bahasa lagi, nashat saya lah..gitu gini dan saya nampak yang dia takdelah ambik kesempatan atas masalah rumahtangga saya cuma dia taknak masuk campur dalam sangat sebab dia memang camtu..rasanya bermadu dah 7 tahun kami saling menganali sifat masing2...Hani nak tinggal peedee so saya sms hj cakap nak tinggalkan hani, boleh plak orang tua tu balik kejap kebetulan hantar Uda (uda ikut keluar 3 hari) pastu saya dengan kak aza pandang jer dr sliding door, rupanya pak hj tunggu bini2 dia keluar sebab dia nak jumpa lah tu...kak aza cakap, 'wa kau keluarlah... kau dah siap tu abang nak jumpa tu...

Saya keluar tengok pak hj sengih2 dalam keter tu..dia memang suka kalau saya berbaik2 dengan kak aza..kira saya datang rumah kak aza ni dia memang berbesar hati sungguh2 lah terus jadik baik semacam jer dengan saya siap tanya, "bila balik seremban?"..saya jawab, "nak baliklah ni". adalah basi basa lagi..pastu saya masuk rumah konon nak baliklah tapi tak jadik2 jugak, sampai dah matahari tenggelam baru nak balik. Sampai seremban rumah saya tengok2 pak hj dah ada kat rumah tengah mengadap PC..boleh dia tak bagitau saya dia nak balik seremban...tengoklah tu, buat baik sikit dengan madu jer dia dah mula tunjuk baik dengan saya...senang jer pulak nak tackle dia .... kira ni benda baru ni...

So sekarang ni pak hj dah ok sikit, tapi tetap takde call langsung mcam dulu, bukan susah sangat nak call malam2 sekejap bill bukannya kena bayar pun.. dulu staff TM kan? macam tak ingat langsung ada sorang anak kat sini...

Yang pak hj keluar masturat tu kat Gemas, ingatkan hari isnin tu tangguh, kami dua orang berjoli lah melepak dengan jayanya kat umah..nonton TV, tengok cd dan menggunakan masa kami berdua bercanda mesra. Tup2 tengah suap Hani makan petang tu, pak hj plak balik... spontan jer saya cakap kat hani.."aamak ayah baliklah tak dapat ammie rehat lagi..tak best arr" Hani bolehlah pulak jawab.."a'ahlah ammie ayah ni balik pulak, kakak rasa kakak pun nak berpisahlah dengan ayah" <-- suka2 jer dia ni cakap kelakar plak saya...tapi bila ayah ada dialah paling manja skit2 merajuk pastu nangis gi kat ayah....meluat!!!

Pak haji balik ahad tu bawaklah pulak si Zubair...budak 3 tahun lebih ni payah tul saya dan dia nak manja2 dan mesra2, ntah napa macam saya tak suka jer kat dia dan dia pun macam tak suka saya kot...dia pun kalau saya suh apa2 cam degil jer...geram jer tengok dia...malam tu makan gula2 m&m ats skatil siap kena cadar lagi, pastu siap terberak dalam pampers lagi...sib baik Hani sanggup layan dia ambik pampers masuk plastik sya mana tahan nak muntah! Dah tu 3 pagi bangun nak susu terpaksalah saya yang berzaman tak bangun malam buat susu berkorban sebab pak hj terkial2 nak turun katil konon nak buatkanler anak bujang dia tu susu tak sampai hatilah pulak....pagi tu pun zubair buat hal takmo buka pampers...lantaklah dia...

Okler..panjang gak kan?

Hajat Hani tertunai sudah!

Ini cerita yang berlaku pada hari buruh minggu lalu....



Happy sebab janji2 ammie ditepati




Uiisshhh tak sabarnya masa ni nak tunggu manalah yang ammie cakap ni?




Waaahhh happy nyer tak tau duk diam....macam monyet dapat bunga gayanya!



penat berdiri kat tengah pandang kat tingkap pulak


Haaaah..ni balik dah penat dah ni...tak larat jer kan muka dia?




Sebelum dapat duduk kat atas tu...lama dia bercangkung kat kaki saya peluk tiang ni...sian dia! Nampak lutut kat kepala Hani tu..takde belas kasihan bagi can kat Hani duduk..anak muda zaman sekarang camniker dok sms dan belek hp jer?


Ni masa 1 mei hari tu, saya bawa Hani naik komuter, untuk dia kali kedua sebenarnya sebab kali pertama dulu dia masa umur setahun saya bawa dia dr stesyen seremban ke stesyen bangi pergi ziarah Kak Aza kat Pusat Rawatan Az Zahrah bersalinkan Zubair...dia tak ingat dah pun...so memang excitedlah dia sebab plan mengejut jer ni..keluar makan petang tu, tiba2 rasa macam nak bawak dia naik komuter, tapi masa ni dilemma lagi sebab dah lewat jam 5 pun...so kami makan kat McD Parkson dalam 5.30 tu saya fikir alang2 dah keluar bawak jerlah dia...masa nak beli tiket tu kononnnya nak naik dan kemudian patah balik jer tapi fikir2 elok gak gi ronda2 Mid Valley....lagipun bukan banyak sangat kos nak bagi kegembiraan kat Hani ni...


Punyalah ad hoc punya program....naik komuter masa tu dah 6.15 petang..sampai mid valley dah 7 lebih sikit..bayangkanler tu..lagipun senang sikit jalan sebab uzur takdelah terkejar2. Tengok muka Hani yang happy dan tanya macam2 dalam train tu saya rasa macam berbaloi dan tak ternilai dengan kata2 kegembiraan yg terpancar kat wajah dia...

Masa pergi tak ramai orang maka dapatlah bersantaian dia ...ke depan kebelakang dia jalan..syok jer saya tengok dia kononnnya dia nak tunjuk kat saya dia boleh kawal badan dia jalan2 tak jatuh lah tu...walhal masa ni semua orang dok pandang dia..senyum2..agaknya diorang fikir jakun sungguh budak ni? tapi bila diorang dengar hani tanya macam2 dan saya ugut lain kali tak bawak lagi mungkin diorang tau ni percubaan pertama naik komuter...mana tak ugut..dia bantai berdiri bukan main lama dengan kaki mengangkang tangan letak kat belakang kat tengah2 jalan tu (alah macam berkawad senang diri tu)..test power punya kes lah ni...dari depan sampai belakang gerabak tu orang pandang dia sengih2 jer...apakehal budak ni...mula2 biarkan jer tapi lama2 bengang plak saya tu yg ugut dia suh duduk tu...


Sebenarnya kan ker Rabu malam tu saya balik dari court kes kat Melaka, dari Isnin saya gi Jb pastu terus melaka kan, pak hj tak ikut sebab dia keluar 3 hari, saya malas dah nak campur atau ambik tau jadual dia keluar ni.... dia pun bukan bagitau saya awal2 nak keluar tiba2 jer keluar...lantaklah! Rabu malamnya tu dia balik hantar Hani (kan Hani tinggal dgn kak Aza 3 hari) terus dia gi markaz mesyuarat. masa dia hantar hani tak keluar keter pun, hani tido terus saya angkat dan pak hj terus blah. Malamnya pulak, saya ni mengantuk + letih kan sebab dari isnin tu drive pastu bawak kes, so malamnya Hani ajak keluar makan, sya plak ngantuk sangat. Dalam jam 10.30 pak hj balik, saya suh hani jer keluar cakap dengan ayah nak ajak ayah keluar makan, sambil nangis2 Hani ambik tuding dia dan keluar, saya selamber jer tengok Hani nangis nak ajak gak saya keluar tapi dah mata ngantuk satu benda pun tak pedulik!

Lama gak saya dengar enjin keter pak hj tunggu saya, nak taknak saya jenguk gak muka, terus saya lambai2 tangan tanda takmo keluar...saya nampak Hani dah happy dah masa ni sebab dia dah keluarkan badan dan kepala kat sun roof keter ayah yang terbukak tu...senyuk2 bangga dapat keluar makan dengan ayah kononnya lah tu...biarlah badan dah penat malas nak jaga hati anak dan laki!

Maka balik tu hani teruslah tido kat saya, ayahnya plak cam biasa kat bilik dia lah tu...yg sah2 saya takleh tido sama sebab dia bukak kipas '1'...sapa leh tahan ...'sekejap-sekejap' leh ler,kan? Pagi2 tu bangun barulah insaf tahu carik laki...terukkan? masa ni dah azan dah..gu carik dia pasal nak kejut gi surau solat subuh..pastu saya sambung pulak tido kat bilik ayah bukak kipas laju skit dia dah takdekan...sedar2 pagi tu dah 7.30, terus ke depan..rasa macam tido lamaaaaa sangat, macam mimpi plak saya terus gi depan lipat baju setimbun...(basuh hari ahad, rabu malam baru angkat...apalahkan. Pak hj cam biasalah atas kerusi urut masa ni...sedap jer dia kan?

Tup2 ayat pertama keluar dari mulut dia sungguh memeranjatkan dan mengecikkan hati saya. Walhal sebenarnya saya nak cakap kalau Hani bangun nanti jomlah keluar gi sarapan..lama sangat tak keluar pagi2 bertiga sejak dari gaduh tak balik sebulan lebih tulah. Tapi dia dah cakap dulu, katanya..."hari ni abang keluar masturat, jap lagi abang balik peedee"...waduhhh kiciwanya saya....kena tinggal lagi...kalau cakap awal takper...dahlah baru pagi ni (khamis) bercakap dari isnin pagi lagi...

Saya terus cakap "dahsyatnya abang ni, tak cakap pun"...pastu saya kuatkan hati saya jawab..."abang ni asyik keluar jer, macam orang takde anak bini"...dahsyat ayat tu, dulu tak berani cakap, skarang baru ada berani! dia kata eh mana ada...ni baru nak keluar masturat (keluar bawa isteri)...saya buat tak tau jer..saya terus cakap..saya ada kawan blog tau bang, suami dia pun tabligh jugak, asyik keluar jer sampai makan anak bini semua terabai, kerja pun entah kemana sebab pentingkan keluar jer..camana tu...pastu adalah saya bebel2 lagi...dia senyap jer, ntah faham ntah marah ntah tak suka lantaklah saya malas dan tak tau nak tafsirkan...yang penting mesej saya sampai...

Saya bukan marah sangat dia keluar tu tapi asyik keluar bawak kak aza jer, cakap lah dengan saya saya pun nak keluar jugak, pandailah saya ambik cuti kalau kena masanya (banyak lagi cuti saya) asyik nak perkuat kak Aza jer saya ni apa jadik? Bukan bini ker? Almaklumler kak Aza tu mengandung asyik nak jaga dia jer...(kan ker mengandung ni bagus duduk2 dalam majlis ilmu ni). Seingat saya sejak pak hj stroke ni dah 3 kali kak Aza keluar sedangkan saya sekalipun tak kluar, tu tak masuk berapa kali pulak jemaah luar datang rumah dia di peedee maksudnya dan lebih 2 tahun saya tak keluar tu... kalau jumpa mana2 isteri karkun kalau saya nusrah (joint sekejap dengar bayan ker taklim ker masa ada jemaah keluar)mesti depa tanya manalah ahlia hj sidek no 2 ni lama betul tak nampak...kadang kak aza sampaikan salam diorang kat saya...sedih jer saya...macam terbuang pulak...

Saya ni takdelah salahkan kak aza ke hj ker, mungkin Allah tak pilih lagi saya sebab amal tak jaga, yerlah katanya kalau terpilih ke majlis2 ilmu ni malaikat dah telek 70 kali amalan kita baru layak keluar berdakwah ni...makanya sedarlah diri tu..sebab amalnya tunggang langgang kot...tu pasal tak terpilih lagi keluar2 ni...

Oklah balik citer tadi, lepas cakap2 tu hj pun blah balik peedee. Sakit hati tak? Makanya hari kahmis cuti hari buruh tu saya duduklah memendam rasa kat rumah tak makan tak apa...adalah kot makan biskut jer..malas nak keluar..sian kat Hani..kepala pulak macam bengong sikit, sudahnya tulah yg kononnnya jam 4 keluar nak ke Jaya Jusco tapi lalu kat Parkson Grand depan stesyen KTM terus belok masuk parkson sebab rasa jauh sangat nak JJ tu. Sudahnya lepak2 kat McD baru terpk nak bawak hani naik komyter.... tu pasallah baju Hani pakai sempoi jer..lengan pendek jer, sebab tu pilihan dia tu...

Panjang saya nak citer ni tak abis citer lagi... jalan punya jalan kat Mid Valley tu, sampailah jam 9 malam, masa ni dah beli buku2 Hani sebab agenda paling lama memang nak ke kedai buku bawa Hani...so kami lepak lama dalam kedai buku sebab mak dengan anak dua2 minat buku. Masa nak jalan2 nak keluar tu bertembung plak kawan lama sama sekolah rendah sekampung kami ni kebetulan sepupu dia kawin dengan pak saudara saya..makanya rapatlah jugak.

Kamariah ni dulu saya tau dia duk seremban masa saya berulang kursus 10 hari kat Legend Hotel KL naik komuter tertembung dia, rupanya dekat jer kami duduk. Adalh dia datang bertandang rmah saya di kuraters dulu. Dulunya kerja e-pedas kat Cyberjaya. Duduknya di aparment di tasik jaya apa kenamanya.. Spanish Villa kot, kan ader citer tajuk "orang gaji' yg elli suriaty dengan benjy berlakon tu kat sinilah pengambrannya tak salah saya(nampak dari rumah saya) pastu kami terputus hubungan. tup2 jumpa di mid valley walhal dua2 duk seremban sepelaung jer pun. Sembang dekat sejam tu...walhal dah tau lambat dah ni..kawan tu naik kereta saya ni naik komuter tak sedar diri tu!

Sudahnya dekat jam 1030 barulah kami terhegeh nak beli tiket nak balik...sian Hani sebab esoknya kan sekolah. Jam 11/30 baru sampai seremban. Hani plak ajak lagi gi singgah kedai makan..saya pun lapar gak maka 12.30 barulah kami sampai rumah...gitu gini jam 1 lebih baru dua beranak tido....lega kami dua beranak dapat lepaskan tension kena tinggal dengan pak hj...

Saya ni geram dengan pak hj..langsung takde inisiatif nak jaga hati ker ambik tau ker hal saya dan Hani. Suami lain saya rasa mesti risau kalau bini jalan jauh drive sorang2 (JB takdelah jauh snagat kan). Ni saya dari isnin pagi tu berpisah dengan dia sampailah ke melaka langsung dia tak call tanya khabar. Saya kat JB tu terpk2 gak kat suami..konon tak telefon sajer test kotlah dia terasa nak call saya ni selamat ker apa2 hal ker..ni habuk pun tarak...ker saya ni terlalu berdikari sampai tak berhak nak dihargai keberdikarian saya ni?

Ahad ni gi JB lagi utk kes yg jalan hari isnin, kali ni saya tak bagi pak hj bawak hani balik peedee, biar dia duduk dengan Cikgu Ida jer sebab esoknya isnin tu ada exam, kalau bagi pak hj bawak dia peedee nanti isnin dia tak hantar Hani sekolah, sebab minggu lepas Hani 3 hari ponteng. Membazir jer bayar..bulan ni kena bayar utk sekolah Hani jer RM 560, sengkek saya sebab terasa plak banyaknya, ni bayar termasuk OT saya ambik lambat...dahlah hari tu tergatal ambik baju batik yg murah2 jer...tu pun dua helai RM 400 masuk tempah dan dekat RM 500...masa gaduh hari tu tergatal plak beli casserole corelle (hutang jer yer puan2) tapi nak kena bayar bulan2 kan..bula out station ni banyaknya duit terbang, nak pakai credit card pak hj dah pegang plak...takut lah pulak nak mintak....


weii panjang giler ni....sapa yang baca sampai habis ni haruslah saya ucapkan syabas atas kesabaran anda..tak nak baca pun oraaiiit jer...saya ni kuat bebel...sekali cakap macam keretapi...tulis pun camtu gak...tu tak dengar lagi kalau leter kat Hani...sib baik dia budak kecik tak depat balas lagi....

Pilihan di tangan saya

Kita selalu diberi pilihan untuk memilih dan boleh pilih apa saja kehendak kita. Namun bukanlah semestinya apa yang dipilih itu kita dapat akhirnya.


Kadang-kadang kita pilih untuk bahagia tetapi akhirnya kesan pilihan itu kita derita. Tapi kadang2 kita tak suka dengan pilihan tu tapi itulah akhirnya itu yang buat kita bahagia.


Kadang-kadang kita sendiri tak mengerti kenapa kita beriya-iya mahukan yang itu walaupun kita sendiri tak punya sebab yang kukuh atas pilihan itu.


Kalau dikaji atau difikir sejenak pun pasti setiap orang telah melalui proses memilih dan akhirnya membuat keputusan dan pastinya juga telah pun merasa nikmat pada pilihan yang tepat dan mungkin juga kesan yang tak elok akibat keputusan dan pilihan kita itu.


Apapun pilihan kita semuanya atas nama dan kepercayaan dan iman kita kepada Qadha' dan Qadhar dari Allah s.w.t. Dan pastinya kita akan redha apa saja yang kita tempuh dan akan dilalui dimasa akan datang.


Tu muqadimah jer...ni hah baru nak citer...


Ada beberapa keputusan besar yang saya pilih sendiri tanpa nasihat dan bimbingan sesiapapun... yang sehingga kini sesekali buat saya fikir semula...betul atau tidak pilihan saya...kadang rasa betul dan kadang rasa silap...tapi tetap syukur dan redha...


1. Saya pilih masuk sekolah menengah aliran biasa dan menolak ke aliran agama sebab taknak satu sekolah dengan kakak atas saya... <-- saya menyesal jugak sebenarnya sebab ini akhirnya menjarakkan saya dan kakak sampailah ke hari ni...ntahlah banyak sangat benda yang kontra antara kami, sesekali saya fikir kalau saya satu sekolah mesti kami kamceng...masing2 bila habis belajar dengan saya masuk u dia plak masuk maktab terus tunang & kahwin (18 thn tunang, 20 kahwin, 21 dapat anak....almaklumlah ustazah ramai benar org kampung berkenan masuk meminang)


2. Saya pilih masuk ke USM semata2 nak jauh dari keluarga sedangkan saya dapat masuk UiTM Shah Alam dalam jurusan sains perpustakaan yang saya minat sebenarnya dan saya dah usaha hadiri temuduga dengan susah payah dan macam2 dugaan sampai datang lewat masa exm bertulis tu ...<-- masa nak balik kampung punyalah nyesal pasal duit tambang dahlah mahal nak tunggu cuti panjang baru dapat balik tu pun kalau ABIM takde buat program ....masa nilah baru dok terbayang kalau kat Shah Alam alangkah best dan dekat jer balik kampung. Masa ni gak kawan2 sekursus (20 orang jer pun) takde sorang pun yang betul2 sekepala dengan saya...almaklumler saya ni jenis baik2 dan takde sosial2 ni...masa tu terpk kalau pilih sains perpustakaan mesti kawan2 jenis baik2 yang rajin baca membaca jer kan?


3. Saya pilih kahwin dengan suami orang yang saya baru kenal 2/3 bulan dan tinggalkan suami orang yang saya dah kenal 2 tahun semata2 sebab rasa terdesak nak kahwin sangat <-- rasakan...dah kahwin baru tau sepak terajang rumahtangga nak patah balik takleh dah, anak pun dah keluar sorang...nilah yang saya dok hadap hari2 kesannya sekarang apapun jodoh ditangan Allah semuanya dah ditentukan di Loh Mahfuz...


4. Saya pilih buat major dalam kewartawanan masa ambik mass com w.pun takde sorang close friend yang pilih course tu dan masa tu saya bertudung labuh plak tuh...gamble betul semata2 kononnya nak dakwah melalui penulisan <-- ni rasanya pilihan tepat sebab banyak sangat bonus saya dapat dengan background wartawan kemudian jadik pegawai siasatan banding dengan budak2 peg siasatan dari background lain ni....paling ketara cara berfikir dan mengarang ayat masa rekod percakapan/statement, buat fakta kes ker, bawak kes... (memang power beb!)


5. Saya pilih masuk kerja gomen walaupun jadik wartawan masa tu memang minat saya yg utama semata2 kerana satu sebab yang saya jer tahu...<-- kadang menyesal gak tinggalkan dunia kewartawanan sebelum dapat pergi jauh lagi...rasa terkilan kalau baca paper/majalan tengok ada jer nama kawan2 wartawan satu batch atau senior or junior kat USM dulu...glamer kerja diorang ni..


6. Saya ikut keputusan suami beli rumah atas tangan orang kat sini (seremban) sebab nak dekat sikit dengan pejabat suami mudahkan dia berulang alik walaupun dalam hati meronta2 jugak sebenarnya nak rumah baru (kalau boleh nak beli kat melaka) <--ni masih rasa nyesal...tambah2 bila dah beli suami plak kena stroke terus tak kerja dah dan rumah ni plak ada masalah2 kebocoran paip lah, mana2 ada besi tu dah berkarat lar, flush toilet satu2 rosak nak kena ganti...dah tu suami plak dah kurang upaya nak buat sendiri (DIY)...malang betul rasanya..bayangkan rumah kita ni kan kalau ada lelaki banyak mudahnya - kerja2 pembetulan, alih-mengalih dia boleh bantu tapi ni saya dengan hani jer...



waaaah banyak plak tulisnya....banyak lagi nak tulis ni tapi saya boring plak daaaah...

Ahad, Mei 04, 2008

Sajer nak tunjuk langkah2nya


ambik kalendar lama atau apa2 kertas yg keras sikit potong2

Benang kena banyak yer...senang sampai siap takyah tercarik2 benang kalau habis


Kalendar tadi potong 6 segi ikut kehendak sendiri


Perca kain yang telah dipotong2 kecik




Perca kain yang telah dijahit sebelum disambung
Itu ajer...senang kan? Nanti dah siap bolehler eksyen tunjuk kat sini...buat permulaan buat untuk Hani jer dulu..


Ini buat aku lupa pada semua!

Buat kerja mencantum kain perca untuk but comforter ni betul2 melekakan. Best! Walaupun kerjanya pada setengah orang nampak macam bodoh sebab kain besar pergi potong kecik2 pulak pastu cantum semula, tapi bodoh pun bodohlah...asalkan saya bahagia...budak kecik tu nak gak masuk, tak sah kalau saya mula nak ambik gambar tapi tak ambik gambar dia...lantaklahkan? Yang ni yang dah siap...kena buat dalam 30 keping, baru siap 5..ada 25 lagi...














  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP