Assalamualaikum w.b.t
Saya sebenar-benarnya sangat2 cemburu dengan kak Aza, saya bukan cemburu dengan apa harta benda yang dia ada dan yang pak hj belikan. saya jugak tak cemburu pada malam giliran dia yang lebih dari saya. Saya langsung tak cemburu sejak dua tahun ni siang isnin sampai jumaat pak hj sentiasa ada kat rumah dia.
Semua tu tak jadik isu pokok lagi pada saya. baru-baru ni pun pak hj bawak balik satu majalah Impiana saya, ke PD. Saya agak sebab dia nak tunjuk kak aza design2 balcony, rumah kak aza balcony atasnya sangat2 luas, kalau di renovate dan touch up tentu jadik sangat2 cantik dan berguna ruangan tu. Tu pun saya tak cemburu bila dia cakap nak tengok2 design balcony tu, buat jerlah apapun walaupun dalam hati saya kata, kalau buat kitchen kabinet atau naikkan pagar batu untuk rumah saya lebih baik.
Anak2 dia yang sana asyik call pak hj kalau dia kat sini sebab dah terlebih manja, kan ayah selalu ada kat sana maka semua naik lemak lah sekarang..gaduh sikit2 pun call ayah mengadu. Tu pun saya dah boleh pekakkan telinga. Lantaklah, dah ayah diorang takkan nak pisah2kan pulak. Yang hani pulak masa ayah ada takde pulak nak bermanja2 lebih2 dengan ayah....dah biasa kena tinggal...
Yang saya sangat2 cemburu kan kak aza adalah pasal dia akan daoat menambah cahaya mata. Kalau dikira kandungan yang ini, ini kali ketiga dia mengandung lepas saya melahirkan hani, 2003. Anak pertama dulu, saya dalam pantang dia dah mengandung 4 bulan, mujur jugak meninggal 5 bulan dalam perut, kalau tak beza beberapa bulan jer dengan hani, nama baby tu Hani Khadijah. Pastu terus mengandung zubair, tahun 2004. Yang ni bulan 9 lahirnya.
Dah besar dah perut kak aza yerlah mengandung 5 bulan. Badan dia pun dah kurus sikit. Biasa mengandung dia ada jer masalah. kali ni okay jer pulak saya tengok. Jemaah masturat yang datang tu pulak ada 2 orang mengandung,. masing2 bercerita hal mengandung, geram jer saya yang ada dengar sekali.
Masing2 nasihat kat kak aza jaga baik2 kandungan sebab kak aza selamba jer meniarap sebelah saya, masing2 tegurlah dia. Teruslah citer2 hal mengandung ni, alamakkkk masa nilah rasa cemburu tu timbul. Tulah yang pagi2 isnin tu saya balik gak rumah seremban. malas nak menengok benda2 tu semua.
Memang 'jahat' nafsu ni, tapi inilah realtinya, bila kita yang nak sesuatu tapi orang lain yang dapat...sedangkan orang lain tu taknak pulak tu...tapi kata pak hj, cubalah lagi...masa masih ada, tapi saya tak boleh langsung fikir hal ni, rasa macam terkeciwa sangat..sedih dan sayu jer...tapi sebagai umat islam saya terima jugak qadha dan qadhar ni...mungkin allah ada perancangan lebih hebat...kadag2 ada jugak fikir jahat...tapi biarlah saya simpan sendiri jer...
Tu jer...bilalah saya boleh terima hakikat ni??? harap2 allah makbulkan impian saya menambah anak...amiiin

3 cetusan rasa:
wa-jangan stress, fikir hikmah je kenapa ALlah tak bagi rezeki nak pregnant lagi.
Mungkin kesibukan wa dengan kerja, membuatkan Allah tangguh dahulu niat nak tambah keluarga, Allah Maha Mengetahui, sedangkan nak handle Hani sorang pun saya kesian tengok Wa kelam kabut bagaimana kalau ada baby lagi.
Jangan kita fikir kenapa kita dapat apa kita hendak, tapi kita fikir hikmah kenapa kita belum ada rezeki,
saya pun lama tunggu nak pregnant second, kalau pun ada sy mengandung dua kali lps yg pertama, tp saya keguguran, sy fikir positif, fikir hikmah besar kenapa saya tak diberi anak yang ramai.
Antara hikmah saya terfikir, saya dapat bantu emak dan abah di kampung, bulanan saya titipkan belanja untuk mereka kerana saya mampu, tidak ramai anak untuk di sara, maka rezeki lebih untuk mak abah.
Saya dapat beri pendidikan terbaik untuk anak yang ada, tak kisah bayar yuran tadika mahal pun, sebab anak sorang tu je, hasilnya anak dapat belajar dengan baik.
Fikir dari segi kesihatan, bila pregnant sy kena tekanan darah tinggi, terfikir kalau kerap hamil mungkinkan risiko tinggi, prestasi kerja? macam mana nak handle anak-anak, suami kalau kita tak sihat.
banyak hikmah yang yang tersembunyi yang kita tak tau sebalik apa yang kita inginkan tapi ALlah tak bagi.
kak..saya jeles ngan akak sbb pandai jahit..
saya nk jahit suar beckham terkoyak pn terkemut-kemut.. uuhuhuhu
salam kak..
sy setuju kata kak pnut.Allah lebih tahu kenapa akak cuma ada hani sorang jer sekarang.sy rasa akak tahu apa yg sy maksudkan.
lgpun macam akak pernah komen kat blog saya dulu..kita ni sama jer.kurang sabar dlm melayan karenah anak..hehe
Catat Ulasan