Sabtu, September 20, 2008
Cerita Ramadhan 3
Cerita Ramadhan 3
Fuuuuuhhhhh....tak sangkalah rupanya sekarang lagi sibuk dari masa kerja dulu. Ingat masa kerja dulu sibuk rupanya sekarang tak kurang bz nya. Nak lari kemana pun tak boleh rupa2nya. Macam keluar mulut harimau masuk mult buaya pun ada gayanya.
Saya menyelit buat entry sementara nak buka puasa, saya kat UKM lagi. pagi tadi ada kelas ganti. Terus sy sambung sampai ke petang, ambik peluang sebab semalam ayah bawa Hani balik PD, ayah pulak keluar 3 hari, biarlah hani kat sana sampai esok. Jangan Kak aza terberanak dalam tempoh masa ni sudahlah.
Kak Aza punya due date beranak sama dengan harijadi pak haji, kalau betul dia beranak tarikh dijangka iaitu rabu ni (25/09) maka samalah tarikh dengan apaknya. Beza 52 tahun lagi umur anak dan apaknya tu...fuh jauhkan?
Kami bertiga ni, seorang bapa dan dua ibu, jap lagi gi kolej husin onn berbuka kat sana, eh! murah betullah makan kat dalam kamus ni. Gigih betul kami ni. Pelajar tua lah katakan, pick up lambat, kena struggle lebih.
Persiapan raya tahun ni, sangat mengecewakan, kekal macam hari tu, Hani hanya ada 3 baju kurung dan 2 daripadanya dah pakai pun, sekali pakai ke sekolah sebab ada lawatan ke masjid dan sekali tu masa ke terawikh. Tapi isnin ni gaji,kan. Bolehler selasa tu saya shopping sensorang masa dia ke sekolah, nak beli baju utk dia kat jaya jusco ataupun parkson.
K....chowwwww....
Isnin, September 15, 2008
Cerita ramadhan 2
Hari ayah ada, iaitu 2 kali berbuka, yang itu jer saya memasak. Lagi dua kali tu bergantunglah kalau ada lauk dan ada masa saya masak juga yang simple2. Hani dah dua hari puasa penuh. Kesian jugak pada dia. Dua2 hari di sekolah, berbuka dengan cikgu sebab saya balik kelas lambat sebab ada discussion.
Dengan cikgu dia malu nak berbuka separh hari. Dengan saya siap merayu2 + menangis2 nak berbuka w.pun dah jam 4. Bila saya tanya dia kenapa boleh puasa kat sekolah, katanya sebab siapa berpuasa dia boleh masuk syurga dan dapat pahala. Ohh gitu..dengan ammie takde pulak kesedaran dan keinsafan tu.
Hani tahan berpuasa kalau dia bersahur masalahnya dia minum susu sebotol jer masa sahur, taknak bangun, matanya malas nak buka, kalau didukung dan bawa ke meja makan, mulala dia merengek2. Tulah saya bagitau cikgu kata dia sahur susu jer, tapi cikgu kata dia taknak berbuka, ada juga bila cikgu tengok dia melepek tak larat cikgu paksa dia berbuka.
Ada 3 skala dalam rekod prestasi tu, tanda sempang utk tidak berpuasa langsung, tanda ½
Kalau puasa tak habis, dan tnda / bagi puasa penuh.. hani yang tanda sendiri kertas prestasi dia so adalah semangat sikit nak puasa tu bila tengok dah ada 2 tanda /.
Kalau cakap part solat haaaai malasnyeeee anak ini. Penat ayah dia bagi syarahan. Hari2 soalan dia pada anak solat tak? Ada2 jer jawapan dia nak tunggu 6 tahun lah, ammie tak suruhlah dan berbagai lg…
Cerita hal hani lagilah yer…sekarang setiap minggu zubair akan datang ayah yang bawak. Ikut hati geram jugak, sebab bila satu jadik dua, dia punya bising macam tongkang pecah. Berlari sana sini, bila dah penat, mesti nak susulah, nak airlah, nak makanlah. Bersepah jangan cakaplah, kejap2 saya besarkan tekak, marah dua2lah..tapi nak jaga hati hani [yg sgt sensitive] masa marah tu kenyit mata kat dia kononnya nak tuju kat zubairlah. Sebab zubair ni jenis kena marah baru dia nak dengar cakap.
Pagi2lah selalu kena marah, sebab zubair ni pakai pampers lagi w.pun dah 4 tahun utk tido malam, masalahnya bangun pagi takmo ke toilet buka pampers. Dah 3 kali dah dia tak buka pampers rupanya buat projek. Berak dalam pampers. Ya allah saya kalau membersihkannya memang sah muntah2....masa n barulah benar2 bertukar jadik mak tiri. Sambil mandikan dan pakaikan dia baju syarahan saya siap dengan aksi2 ugutan dia dapat. Nak potong bird, nak sunatlah segala macamlah..tapi reaksi dia muka sardine jer. Geram tak?
Setakat buka pampers tu bolehlah suruh suhailah tapi nak kena bersihkan zubair dan bilik air tu kenalah saya buat sebab najis, nanti kesan pada ibadat pulak. Tapi saya marah2 dan cakap macam2 pun dia tetap nak ikut ayah balik rumah saya. Saya perli2 juga kat ayah cakap, bang zubair ni puas saya marah2 dia supaya takmo dtg lagi, dia tetap ikut abang jugak….
Saya kekdang lemas sebab kejap2 datang mengadu, mula zubair pastu hani, bila gaduh jer mulalah…ammie…la kan…, yang hani pulak, berlari2 tak sabar nak bagitau apa zubair buat/cakap….malas betul saya nak mengadilkan dua beradik ni…nak2nya bulan puasa nih!
Hani kalau zubair ada, mulalah lari dari rutin dia, kalau sorang2 dia mengadap buku dan tengok cd jer. Kalau zubair ada barulah main macam2. Sebab kalau hani membeca zubair marah, dia tak dapat kawan dgn hani. Tapi tengok cd pun kalau ada sarikata tu, hani bacakan utk zubair....kadang sempat kadang tak sempat.
Perkembangan Hani dalam kelencaran membaca sekarang sangat baik. Takde tanya2 saya dah perkataan2 yang panjang2 semua dah pandai dah. Saya pun mulalah bagi dia baca buku yang adavance sikit. Dah mula saya beri dia baca cara2 solat yang betul yang ada grafik tu, sebab ia dah masuk frasa implementkan apa yang dibelajar dan tahu maknanya sekali. Kalau ke bazaar ramadhan tu kalau boleh semua yang tertulis kat gerai2 tu ia nak baca, jadik lambat proses nak membeli juadah.
Sekarang Hani berumur 5 tahun 3 bulan, harap2nya menjelang umur 6 tahun semua perkara asas fardhu ain dan kifayah saya nak dia kuasai. Buat masa ni, lepas dia tengok cerita atashinci hari tu yang mak dia terlupa tu dan mak dia tulis dan tampal utk mengingatkan dia, dia pun mulalah paksa saya buat tu smua utk dia dan saya.
Utk dia, dia suh saya buatkan susunan tertib mengambil wudhu’, bilangan rakaat solat dan utk saya yang selalu lupa baca doa, dia suruh saya tulis dan tampal kat tempat2 penting tu, kat dinding nak masuk bilik air, kat meja makan…hahahaa sekarang dia dah cukup besar nak carik kelemahan saya….aduuuh penatlah pulokkk…pergi kedai siap beli salotape konon nak suh cepat2 buat….
Sekejap jer masa berlalu, sekali fikir tak sangka dia berkembang dengan cepat. Dalam pada tu ada juga benda tak baik juga pada hani rasanya pengaruh kawan2. Minggu lepas bila ayah nak hantar dia ke tadika, dia pakat2 dengan saya suh pesan ayah [hani agak malu dgan ayah, tak semua perkara dia nak share dengan ayah] supaya kalau ayah hantar ayah jangan turun, duduk dalam kereta jer. Saya pun pelik sebab selama ni memang ayah tak pernah turun, w.pun sebenarnya agak haru biru juga dia urus diri sendiri sebab nak bawak beg roda [pakaian] dan fail [buku dan homework] sebab sekolahnya agak menaik siit kecerunannya dan pastinya banyak kereta lalu lalang sebab mak2 lain pun hantar anak jugak. Dan kereta ayah agak besar [merc lama tu] memang susah dia nak buka pintu keter.
Tau tak kenapa dia tak benarkan ayah turun, katanya sebab malu dengan kawan2 kerana ayah pakai tongkat. Ayah senyumjerlah, ayah kata „ialah ayah cacat....kakak malu kalau kawan nampak yer?“
Tulah bila saya perhati betul2, hani sgt cepat terpengaruh dgn budaya kawan2, kawan2 dia pulak yang rapat dgn dia tu memang jenis pentingkan kecantikan, nak sempurna jer, kalau kaler gambar dalam buku tu, hani punya corak yang diwarna mesti dikutuk sebab tak cantik. Bulan puasa ni ada lawatan ke masjid, itu pun jadik isu pada hani sebab telekung kawan lawa2, baju kurung pun cantik....hahahaa saya jenuh nak kena brain wash malam2 cakap Allah tak pandang cantik atau lawa, yang penting hati, kena baik, jaga aurat, tak boleh kurang ajar..macam2 lagilah...
Tapi sampai hari ni, masih jugak tak dibenarkan ayah turun [ayah mmg takmo dan tak berdaya nak turun tolong dia pun]. Budak2 sekarang advance sungguh. Hani siap tau alamat penuh kawan baik dia, sedang cikgu pun tak tau. Hani sekarang gemar bersolek, tapi kat rumah jerlah tak pernah dibuatnya berjlan nak bersolek....semalam kesian sungguh lebih sejam menangis sebab jari telunjuk dia tersepit pintu kereta, masa ikut ayah ke surau. Sampai ayah balik baru diam..dlm pada tu sy melayannyalah, masa nangis tu terglak saya sebab dia menjerit2 „ya allah...ya allah..ya allah...geramnya kenapa sakit sangat, ammie doakan kakak cepat...“ ayat2 ni dia cakap tersekat2lah....agaknya cikgu yg ajar kalau sakit minta tolong dengan allah....hani kalau sakit nak ayah sebab ayat2 ayah lebih menyenangkan dia kot saya kalau cakap straight jer...saya kata sakit sebab urat tu tersepit, tak dapat nak mengalir betul, tu pasal jadik biru dan bengkak, jangan genggam tangan tu kasi jer darah tu mengalir...bila dia dengar lagi dia nangis sebab dengan darah dan urat agaknya. Lepas tu terus 3 jam tido tak ingat penat sangat menangis kot..zubair pun takut tgk la nangis....
Saya demam teruk lagi, dari malam tadi demam selsema, urat rasa lenguh dan sendi2 rasa nak tercabut. Assignment kena buat juga, saya ke imigresen tadi, jap lagi nak pergi balik collect questionaire yang serah tadi....biasalah tesis nak kena buat soal selididk, top 5 enforcement agencies...imigresen salah satu..mujur ada yg sudi jawab..
Selasa, September 09, 2008
Cerita ramadhan ini
Salam pada sema pembaca, lama saya tak menjengah blog. Minta maaflah yer kalaua da yang menjenguk api takde entry baru. Yerlah kena disiplinkan diri bila belajar ni. Kalau ikutkan malas, memang nak mengadap pc jer kerjanya. Lagi saya dah tak kerja ni lagilah banyak masa. Kalau terikut2 dengan nafsu sendiri mau nak mengadap pc jer sampai ke petang. Tapi kena kuatkan semangat teruskan buat assingment yang melambak2 ni.
Jadi, lepas dapatkan maklumat2 penting dalam internet, saya copy ke pen drive, lepas tu buat asignment guna laptop kat ruang tamu. Saya ni memang kurang disiplin orangnya, suka jugak buat kerja last minute, tulah pasal sekali ni saya rasa saya kena jauhkan diri dari PC kat bilik ayah tu. Kalau mengadap pc tu kejap jer saya buat kerja, lepas tu ‘tergatal’ jer tangan click muse tu… nak jenguk2 blog oranglah, baca beritalah, tengok Youtube lah, buka facebooklah, baca berita2 politiklah..haih..pendek kata banyaklah tempat saya menjelajah…dari satu web ke web lain…memang melekakan… sudahnya kerja tak menjadi.
Semalam pagi, ayah yg hantar hani ke sekolah, saya pun terus lepas geram, mengadap pc tapi saya tengok DVD, sampai 3 cerita saya mengadap. Punyalah teruk rasanya, anak dengan suami takde, maknya berlekaan depan pc…alaaah kalau buat assignment tu pun saya mengadap tv jugak…
Oh ya…Ramadhan kali ni nafsu malas menjadi2, malas nak baca Quran lama2..kejap jer duduk dah rasa sengal pinggang, mata dah mula layu, nak bangun sahur pun punyalah malas. Tapi bile mengenangkan yang saya memang tak tahan kalau tak bersahur, kuat jga semangat, bangun jugak. Sekali jer hari tu saya tersedar masa azan subuh. Hari lain jam 4 saya dah bangun, jam 5 dah selesa makan, lepas tu bolehler tunggu subuh, sesambil tu rajin2 kanler uat tahajud ker, hajat ker...ikut mood jugak ni, kekadang saya mengadap TV...best2 jugak ceritanya waktu2 dinihari tu...
Hani sebenarnya boleh berpuasa dah. Sekolah dia siap bekalkan satu check list utk mak ayah tick samaada anak2 puasa dan terawikh atau tidak. Ada 5/6 org sebaya dia yg berpuasa di sekolah dia So saya pun cuba jugakla puasakan Hani tapi dah kata budak, tahan sampai jam 12 tengahari jer. Ada satu hari jer hari tu, hari sabtu masa hani cuti dia berpuasa sampai ke petang. Sampai jam 7.10 petang. Sayang sungguh, sekejap jer lagi azan, dia nampak karipap dia makan sampai 4 biji. Hari sekolah saya malas nak beratkan dia berpuasa, sebab kalau dia bangun sahur pun siki sangat makannya tu pun jenuh nak bersuap. Dahlah air manis atau kuih satupun dia tak makan, nak harapkan nasi berlaukkan ikan goring.
Saya pun tak penuh berterawikh tahun ni, ntah makin teruk iman rasanya, dulu rajin buat terawikh sendiri di rumah, sekarang ni, hisshhh tak taulah nak cakap, Hani nak sajer ajak saya ke masjid tiap2 malam, tapi saya yang malas, so hanya hari2 yg ayah ada jer kami berdua ikut ayah ke masjid. Hani pun sembahyang terawikh penuh, dari isyak 4 rakaat, sambung 8 rakaat terawikh dan 3 rakaat witir. Dalam pada tu, kejap2 tanya bila nak abis ami, kenapa banyak sangat rakaat dia ni..w.pun dah bagitau dari rumah solatnya agak lama. Tapi dia nampaknya boleh bertahan, w.pun sesekali mata dia melilau pandang kiri kanan. Bila dua rakaat yang hujung tu kelakar saya tengok dia, imam tak sebut allahuakbar dia dah buat step seterusnya, orang berdiri dia dah rukuk, orang rukuk dia dah sujud dah. Tak sabar nak habis lah tu, dia baca agak kuat memang laju jer dia baca..kelakar betul...
Berbuka plak, saya masak simple jer. Baru dua kali ke bazaar ramadhan. Tu pun sekali tu nak beli bubur lambuk [tak sampai tahap standard tekak saya pun], sekali lagi semalam sebab terasa nak makan murtabak [agak sedap jugak, tapi kecik sangat [RM2.50] saiznya adalah besar tapak tangan hani cantum kiri kanan. Lepas tu saya beli cendol hasilnya cukup menyedihkan, langsung airnya takde rasa santan dan helaian cendolnya boleh dikira dengan jari saya rasa adalah dalam 10 urat jer cedol yg kecil dan halus.dalam sebungkus palstik tu...tak aci betullah...cendol bukan mahal sangat kan, lainler santan, tapi santan pun takde rasa, cendolnya sikit sangat, jadi macam air gula merah jer...macam ni kena jugak beli cendol bungkus tu dan kena sendiri kat rumah. Apalah yg nak untung banyak sangat, sikit2 sudahlah asalkan berkat....ni setahun sekali berniaga, lepas tu saya yakin customer takkan datang lagi beli cendol kat kedai tu.
Tapi ada satu gerai kuih tu, dahlah masih jual seringgit 3 keping dahtu mesti dia sedekah sekeping lagi kuih, jadik 4....dua2 kali saya pergi dapat 4 keping kuih. Biasanya saya pergi memang dah agak lewat, sajer jer sebab biar saya balik rumah terus boleh berbuka...jadiknya masa saya ke gerai2 tu kan saya tengok masih banyak makanan dan minuman tapi tetap jugak takde yg nak sedekah2 lebihkan melainkan gerai kuih tadi tu. Tahun lepas gerai air [di Ampangan) memang sedekahkan saya lebih sebungkus, saya taknak pun dia tetap isikan jugak dalam plastik....kali ni saya pergi bazar di Stadium Paroi jer sebab hari2 lalu lepas ambil Hani sekolah jam 6.
Ayah tahun ni bersahur pulak, selama 7 tahun sepanjang kahwin, dia hanya bersahur dengan air suam dan kurma jer, tahun ni nak pulak dia makan nasi. So saya kenalah jugak rajin2kan diri, biasanya telur masin wajib ada hari2 yg dia ada tu, ikan goreng, panaskan kuah masa berbuka. Oh ya...ayah tak suka menu bazar ramadhan, mesti kena masak sendiri, kalau adapun menu yg dia suka popia basah jer....ha’ah baru teringat pulak, setiap ramadhan ayah mesti nak karamel tahun ni dia takde sebut pulak, saya pun baru jer teringat ni...esok lusa nak kena buat jugaklah...
Saya kat librari Ukm ni, sensorang jer...punyalah rajin,kan? Takde sebenarnya janji nak berbincang dengan ASP Lai [kawan saya tulah] tapi malam tadi dia dapat tangkap mai dia bawak lelaki masuk rumah, so dia dah serah ek balai, hahaaaa...awal2 saya dah warning dia, sudahnya anak dia takde org jaga...so saya teruskan jugak niat nak ke library ni....sorang pun soranglah...
Selamat meneruskan berpuasa semoga bertambah amal ibadat di bulan mulia ni. Bak kata pak haji masa leterkan saya, kenapa orang berebut2 nak siapkan assignment [perli saya lah tu] takut tugasan tak siap, bangun malam buat kerja, tapi ganjaran syurga yang dah pasti taknak pulak buat bersungguh2...so mari kita buat bersungguh2..mana tau ini ramadhan terakhir kita?

Isnin, September 01, 2008
Hilang depan mata...
Ok...balik citer hani tadi...saya masa ni memang dah takut giler dah...rasa macam nak tercabut jantung..kalah takut masa Hani hilang kat pasar hari tu...rasanya kali ni lebih lama sikit dia hilang...macam rasa comfirm jer dia hilang sebab memang takde kesan langsung dan dia pun tak pernah berani+ tahan menyorok lama2 macam tu...lagipun takde tempat yg fikiran saya boleh jangkau utk fikirkan dah utk dia nak menyorok...
Saya pusing sekali lagi, carik semula kat dalam bilik dia, lebih terperinci, carik belakang pintu, jenguk dalam khemah dia, masuk bilik ayah, jengah2 balik pintu dan balik hujung katil semua...masuk semula bilik air [tadi saya jengah jer] tengok belakang dua2 pintu bilik air pulak [bilik air ni bersambung antara bilik ayah dgn bilik Hani [manalah tau dia masuk bilik ayah keluar plk kat bilik dia...pun takde jugak...lepas tu saya masuk bilik belakang [bilik dewi] w.pun lampunya semua off, tapi tetap takde jugak, ok!
Masa ni dah gabra tahap paling maximum dah..macamana boleh hilang dalam rumah??? Anak tiri ada, anak sendiri pulak yang hilang...takde fikir apa dah masa ni...fikir takut jadi Nurin JAzlin dengan Sharlinie jer dalam kepala saya...mana tau orang sekarang,kan...lagipun pagar memang tak tutup langsung sebab ayah gi tarawikh balik nanti senang terus park keter kat dalam porch...
Dalam kepala saya, mungkin org lalu dengar suara kakak dengan zubair jerit2 suka, dia tengok lampu porch depan dan ruang tamu menyala dengan grill terbuka pulak tu, terus dia masuk tarik hani masa Zubair gi dapur hantar botol tu....jauh jugak dapur dengan ruang tamu terpisah lalu lorong [saiz panjang lorong tu utk dua bilik] hissshhh macam2 dalam kepala saya ok...tak tau dah nak cakap apa masa nih...macam nak nangis dah..Zubair memang dah melalak sakan dah masa ni...
Nanti sambung ok...hani nak tido nak peluk lak...bawah ni ada cerita bergambar supaya clear utk bayangkan...gambar dari arkib tuan punya blog ajer...
Jarak pagar ke grill pintu ruang tamu....masa kejadian pagar adalah terbuka dengan luasnya dan grill juga ternganga....jalan depan tu memang tempat lalu lalang kereta sebab banyak taman lagi kat atas dari rumah saya nih...
Lorong yang dimaksudkan...dari depan ruang tamu menuju ke dapur...Zubair dan hani berada samaada di ruang tamu atau dalam bilik sebelah kanan [langsir biru] semasa kejadian hani hilang tuuu...
Gambar ni reserve dulu...nanti saya cerita apa kaitan gambar ni dengan kehilangan hani...tapi tengok pada posisi towel rack tu
sambung semula okay ~ 6.40 ptg ni~ [tak masak berbuka sebab ayah takde, ammie lak 'heheee...hmmm hmmmm' hani bangun kami nak gi jalan2]...hani dah tido dah...
Saya panggil punya panggil sekuat hati saya tapi takde sebarang respond pun...haaaiiii takkan sabar sangat dia dan sanggup dia bertahan macamni punya lama??? Dah takutkan hantu dah lentang lentung bunyi pintu saya bukak tutup carik dia punya pasal, takkan dia tak dengar... saya pun mula macam nak 'naik hantu', dada macam dah bergegar dah ni...macam nak gugur jantung rasanya...10 minit dah berlalu kot...saya ke depan ke belakang [dapur] porch keter pun saya pergi jenguk!!! Takde...takde bunyi berdecit sikit pun....
Tak puas hati, saya masuk bilik master sekali lagi, mana tau dia menyorok balik pintu almari atau pun celah2 baju yg saya sangkut dlm almari tu tp tengok takde jugak, tup-tup tiba-tiba dia tergelak kuat keluar dari bawah towel rack yang besi tu [yg skrg banyak jual sytle crome besi tinggi yg ada dua tingkat adjustable tu...]pada gambar yg akhir tu tapi towel rack dah tukar yang lain lebih besar tp sy letak pada kedudukan sama...
Dia keluar jer melompat atas katil terus saya cubit2...cubit2 dia kat punggung dengan betis/kaki dia memang tak tahan dah dengan perangai dia yg menahan diri sanggup menyorok laam2 tu walhal saya terjerit panggil dia, dengan zubair menangis2...dia boleh duduk bawah baju2 yg saya sangkut tu lama2...
Tau dak...sampai basah belakang baju t shirt dia pakai tu..menunjukkan memang lama dia menyorok..dengan rambut yg tak berdandan lagi...lepas tu apa lagi, menangis sembamkan muka kat atas tilam, bukan main syahdu lagi...sampai jam 10.30 saya mengadap dia saya leterkan dia satu persatu...haha macam2 lah ayat keluar..biar dia belajar sikit, kemarahan saya tu bukan utk peristiwa malam tadi jer...
Masa siangnya kan saya bawa dia dengan zubair beli baju kat kedi belakang Giant,kan ... kejap2 dia hilang, orang dah lah ramai, kalau sorang dia sy tau tak jauh sgt dia berani pergi, tapi sebab berdua tu risau jugak saya, dia boleh turun naik tangga tinggi bukan main lg...sampai sekali tu sy turun carik dia berdua tak jumpa, saya tanya org takde nampak, saya pergi ke kereta yg ayah park [ayah tunggu dlm keter jer] pun takde. Sy patah balik tak jugak jumpa carik celah2 baju.
Kejap lepas tu dia dua beradik turun tergelak2 dari tgkt atas sdgkan tadi sy dah carik dah takde!!! mana dia nyorok tu??? Lepas tu smbg beli baju dia lagi, sebab nak ukur kat badan dia, pun dia main nyorok2 sy sempat tarik zubair jer, lepas tu warning zubair jgn pergi mana2 duduk jer belakang ammie ni [elok jer zubair ngekor sy takde lari2 mana pun] sudahnya baju hani semua saya acu/cubakan ke badan zubair jer sebab hani dgn zubair sama tinggi jer, lgsg takdapat cuba kat badan hani.
Tu memang sy dah geram dah! tapi lepas tu cool jer sebab ayah ada, dan dia pun jumpa balik,kan...tp dlm hati simpan jer marah tu...tup2 malamnya dia buat lagi...nyorok2 punya kes ni...mau tak meletup gunung berapi??? Panjang syarahan saya kat dia, Zubair lak terkebil2 jer mata dia...sampai ayah balik, dari luar ayah dah dengar laungan tangisan Hani, dari luar ayah dah pujuk, terus masuk bilik pujuk2 lagi tapi dek kerana 'hebatnya' penangan cubitan/syarahan ammie tak makan pujuk dek ayah...sayu dan syahdu jer tangisan dia..memang da tak sangak agaknya tindakbalas saya tu...
Bukan sekali yer encik2/tuan2/puan2...dia nyorok/hilang, sangat2 kerap sejak dia baby dan pandai jalan ni! Sampai sy phobia nak bawak jenjalan ke mana2 yg tempat sesak. Kan saya ni dari dia baby memangler saya berjalan berdua ajer...sudahnya dengan hani ni, kalau terdesak jerlah sy berjalan, kalau sesaja krm salam jerlah. Kalau window shopping sekejap2 tanpa ada motif nak carik apa2 sy okaylah sebab sy akan ikut jer bontot hani mana dia pergi...
Pak haji bukan masa sakit ni jer dia tak masuk shopping complex, masa sihat dulu pun boleh dibilang berapa kali kami pernah pergi, so kalau anda ingat dia boleh tolong jaga Hani jangan haraplah! Dia tak pergi sebab katanyalah, pasar tempat jual beli ni tempat yg Allah tak suka...kalau boleh katanya kita pun elakkanlah...bukan tak boleh pergi tapi Allah tak suka [firman/hadisnya nanti sy carikkan] ...
Okay....sudah ayah pujuk hani, sy biarkan ajer, tinggalkan ajer Zubair ddk mengadap/ pandang kakaknya nangis...sy layan dan siapkan ayah makan [merangkap sahur] pastu pergi kat dia lagi, Zubair sy suh keluar gi kat ayah, saya cakap slow kat Hani yang saya sayang dia, dia anak ammie, mana ammie nak carik ganti kalau anak ammie hilang, ammie ingat anak ammie dah kena ambik orang, ammie takut anak ammie jadik Sharlinie, kakak nak ammie jadik gila ker kalau kakak takder, kakak tak kesian ker tengok ammie tercarik2 kakak tadi???
Masa ni, saya cakap betul2 kat dia, saya peluk dia, [w.pun dia pandang tempat lain taknak tengok saya], saya tanya dia, tak sayang ammie ker, dah taknak duduk dengan ammie ker, abis kenapa asyik nyorok jer, kakak nak orang ambik kakak bawak lari ker [rujuk kes2 lepas dia nyorok/hilang], ammie sayang kakak tulah ammie cubit kakak, ammie taknak kakak buat macamni lagi, nanti kakak suka dan biasa buat, ammie ingat kakak nyorok rupanya kakak dah hilang orang dah culik!!! Macamana?
Masa ni dia tambah sedih lagi, saya pun menangis jugak depan dia, memang sedih sebab saya dah terover cubit dia dan bantai2 punggung dia sebab saya taknak dia ingat benda nyorok/buat2 hilang ni benda main2. Sebab saya memang selalu berdua kemana2 kalau benda ni jadik habit adalah bahaya utk diterima sebab mana tau betul2 hilang nanti, bukan ada sapa2 dekat saya, kami dua2 kena jelas dengan peranan masing2...hani kena tau tanggungjawab dia dan saya jugak kena beritahu apa yang saya nak dia penuhi untuk mudahkan hidup kami berdua...
Tu jerlah...panjang berjela lagi luahan hati kami dua beranak, lama2 dia faham jugak, lepas tu saya suap dan pegangkan botol masa dia hisap susu tu, sambil tersedu-sedan tangisan dia berbaki...tapi saya tau dia cukup faham...hari ni saya ungkit balik pada dia hal semalam, tapi pendek jer dia jawab...."dahlah ammie, toksah citer kisah semalam lagilah..." Rasanya dia faham sangat dah tu...cuma saya cakap kat dia, ammie sayang kakak, kakak pun sayang ammie,kan? Takmo buat camtu lagi, nanti gugur jantung ammie.... sungguh, sampai malam nak tido debaran/gemuruh kat dada saya tak hilang2, perasaan sebuku kat dada tu sama dengan perasaan masa dan lepas naik pentas masa form 6 utk petandingan debat dan pidato peringkat negeri...punyalah gabra!!! tak boleh saya bayangkan kalau Hani takde dalam hidup saya...
Sekian terima kasih.....