Selasa, September 09, 2008

Cerita ramadhan ini

Assalamualaikum w.b.t


Salam pada sema pembaca, lama saya tak menjengah blog. Minta maaflah yer kalaua da yang menjenguk api takde entry baru. Yerlah kena disiplinkan diri bila belajar ni. Kalau ikutkan malas, memang nak mengadap pc jer kerjanya. Lagi saya dah tak kerja ni lagilah banyak masa. Kalau terikut2 dengan nafsu sendiri mau nak mengadap pc jer sampai ke petang. Tapi kena kuatkan semangat teruskan buat assingment yang melambak2 ni.

Jadi, lepas dapatkan maklumat2 penting dalam internet, saya copy ke pen drive, lepas tu buat asignment guna laptop kat ruang tamu. Saya ni memang kurang disiplin orangnya, suka jugak buat kerja last minute, tulah pasal sekali ni saya rasa saya kena jauhkan diri dari PC kat bilik ayah tu. Kalau mengadap pc tu kejap jer saya buat kerja, lepas tu ‘tergatal’ jer tangan click muse tu… nak jenguk2 blog oranglah, baca beritalah, tengok Youtube lah, buka facebooklah, baca berita2 politiklah..haih..pendek kata banyaklah tempat saya menjelajah…dari satu web ke web lain…memang melekakan… sudahnya kerja tak menjadi.

Semalam pagi, ayah yg hantar hani ke sekolah, saya pun terus lepas geram, mengadap pc tapi saya tengok DVD, sampai 3 cerita saya mengadap. Punyalah teruk rasanya, anak dengan suami takde, maknya berlekaan depan pc…alaaah kalau buat assignment tu pun saya mengadap tv jugak…

Oh ya…Ramadhan kali ni nafsu malas menjadi2, malas nak baca Quran lama2..kejap jer duduk dah rasa sengal pinggang, mata dah mula layu, nak bangun sahur pun punyalah malas. Tapi bile mengenangkan yang saya memang tak tahan kalau tak bersahur, kuat jga semangat, bangun jugak. Sekali jer hari tu saya tersedar masa azan subuh. Hari lain jam 4 saya dah bangun, jam 5 dah selesa makan, lepas tu bolehler tunggu subuh, sesambil tu rajin2 kanler uat tahajud ker, hajat ker...ikut mood jugak ni, kekadang saya mengadap TV...best2 jugak ceritanya waktu2 dinihari tu...

Hani sebenarnya boleh berpuasa dah. Sekolah dia siap bekalkan satu check list utk mak ayah tick samaada anak2 puasa dan terawikh atau tidak. Ada 5/6 org sebaya dia yg berpuasa di sekolah dia So saya pun cuba jugakla puasakan Hani tapi dah kata budak, tahan sampai jam 12 tengahari jer. Ada satu hari jer hari tu, hari sabtu masa hani cuti dia berpuasa sampai ke petang. Sampai jam 7.10 petang. Sayang sungguh, sekejap jer lagi azan, dia nampak karipap dia makan sampai 4 biji. Hari sekolah saya malas nak beratkan dia berpuasa, sebab kalau dia bangun sahur pun siki sangat makannya tu pun jenuh nak bersuap. Dahlah air manis atau kuih satupun dia tak makan, nak harapkan nasi berlaukkan ikan goring.

Saya pun tak penuh berterawikh tahun ni, ntah makin teruk iman rasanya, dulu rajin buat terawikh sendiri di rumah, sekarang ni, hisshhh tak taulah nak cakap, Hani nak sajer ajak saya ke masjid tiap2 malam, tapi saya yang malas, so hanya hari2 yg ayah ada jer kami berdua ikut ayah ke masjid. Hani pun sembahyang terawikh penuh, dari isyak 4 rakaat, sambung 8 rakaat terawikh dan 3 rakaat witir. Dalam pada tu, kejap2 tanya bila nak abis ami, kenapa banyak sangat rakaat dia ni..w.pun dah bagitau dari rumah solatnya agak lama. Tapi dia nampaknya boleh bertahan, w.pun sesekali mata dia melilau pandang kiri kanan. Bila dua rakaat yang hujung tu kelakar saya tengok dia, imam tak sebut allahuakbar dia dah buat step seterusnya, orang berdiri dia dah rukuk, orang rukuk dia dah sujud dah. Tak sabar nak habis lah tu, dia baca agak kuat memang laju jer dia baca..kelakar betul...


Berbuka plak, saya masak simple jer. Baru dua kali ke bazaar ramadhan. Tu pun sekali tu nak beli bubur lambuk [tak sampai tahap standard tekak saya pun], sekali lagi semalam sebab terasa nak makan murtabak [agak sedap jugak, tapi kecik sangat [RM2.50] saiznya adalah besar tapak tangan hani cantum kiri kanan. Lepas tu saya beli cendol hasilnya cukup menyedihkan, langsung airnya takde rasa santan dan helaian cendolnya boleh dikira dengan jari saya rasa adalah dalam 10 urat jer cedol yg kecil dan halus.dalam sebungkus palstik tu...tak aci betullah...cendol bukan mahal sangat kan, lainler santan, tapi santan pun takde rasa, cendolnya sikit sangat, jadi macam air gula merah jer...macam ni kena jugak beli cendol bungkus tu dan kena sendiri kat rumah. Apalah yg nak untung banyak sangat, sikit2 sudahlah asalkan berkat....ni setahun sekali berniaga, lepas tu saya yakin customer takkan datang lagi beli cendol kat kedai tu.

Tapi ada satu gerai kuih tu, dahlah masih jual seringgit 3 keping dahtu mesti dia sedekah sekeping lagi kuih, jadik 4....dua2 kali saya pergi dapat 4 keping kuih. Biasanya saya pergi memang dah agak lewat, sajer jer sebab biar saya balik rumah terus boleh berbuka...jadiknya masa saya ke gerai2 tu kan saya tengok masih banyak makanan dan minuman tapi tetap jugak takde yg nak sedekah2 lebihkan melainkan gerai kuih tadi tu. Tahun lepas gerai air [di Ampangan) memang sedekahkan saya lebih sebungkus, saya taknak pun dia tetap isikan jugak dalam plastik....kali ni saya pergi bazar di Stadium Paroi jer sebab hari2 lalu lepas ambil Hani sekolah jam 6.

Ayah tahun ni bersahur pulak, selama 7 tahun sepanjang kahwin, dia hanya bersahur dengan air suam dan kurma jer, tahun ni nak pulak dia makan nasi. So saya kenalah jugak rajin2kan diri, biasanya telur masin wajib ada hari2 yg dia ada tu, ikan goreng, panaskan kuah masa berbuka. Oh ya...ayah tak suka menu bazar ramadhan, mesti kena masak sendiri, kalau adapun menu yg dia suka popia basah jer....ha’ah baru teringat pulak, setiap ramadhan ayah mesti nak karamel tahun ni dia takde sebut pulak, saya pun baru jer teringat ni...esok lusa nak kena buat jugaklah...

Saya kat librari Ukm ni, sensorang jer...punyalah rajin,kan? Takde sebenarnya janji nak berbincang dengan ASP Lai [kawan saya tulah] tapi malam tadi dia dapat tangkap mai dia bawak lelaki masuk rumah, so dia dah serah ek balai, hahaaaa...awal2 saya dah warning dia, sudahnya anak dia takde org jaga...so saya teruskan jugak niat nak ke library ni....sorang pun soranglah...

Selamat meneruskan berpuasa semoga bertambah amal ibadat di bulan mulia ni. Bak kata pak haji masa leterkan saya, kenapa orang berebut2 nak siapkan assignment [perli saya lah tu] takut tugasan tak siap, bangun malam buat kerja, tapi ganjaran syurga yang dah pasti taknak pulak buat bersungguh2...so mari kita buat bersungguh2..mana tau ini ramadhan terakhir kita?

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP