Isnin, Januari 26, 2009

Dunia ibarat jambatan ke akhirat

Assalamualaikum w.b.t


Nabi isa a.s pernah memberi isyarat dengan katanya, "Dunia ini jambatan; maka laluilah dia dan jangan engkau membangunkannya". Tegasnya, dunia ini merupakan jambatan untuk menuju ke akhirat setelah melalui alam kubur.


Diantara manusia ada yang hanya dapat melampaui separuh jambatan; ada yang hanya melampaui sepertiga jambatan bahkan ada pula yang hanya dapat berjalan satu langkah sahaja. Walau bagaimanapun keadaannya, mereka kesemuanya mesti melalui jambatan itu dalam keadaan kecewa.




Dipetik dari buku: Mengurus keduniaan: Qana'ah [redha], miskin, kaya, mewarnakan cara hidup umat islam, Hj Johari Hj Alias, 1994, Darul Nu'man, Kg Baru, KL

Jumaat, Januari 23, 2009

Pengurusan masa yang berkualiti

Assalamualaikum w.b.t


Allah swt berfirman dalam surah al-Asr, maksudnya :


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.



Berdasarkan ayat ini Allah swt telah menjelaskan kerugian yang dialami manusia kecuali segelintir yang menepati empat syarat tersebut . Persoalan yang elok ditimbulkan dalam konteks ini ialah pengurusan masa secara bjaksana yang disebut sebagai quality hours oleh masayarakat barat .



Apabila menyebut perkara ini dua perkara utama yang berkaitan ialah peruntukan masa dan pengisiannya . Setiap suami isteri selalunya mendakwa sudah memberikan kasih sayang pada anak-anak menerusi peruntukan masa bersama mereka dalam sesuatu tempoh masa . Demikian pula di kalangan para suami , ramai yang mengatakan sudah memperuntukkan sebahagian masa untuk isteri .



Hal yang sama mungkin berlaku pada isteri yang berkarier. Para pelajar pula mungkin mendakwa bahawa jadual yang mereka lalui saban hari sudahpun menunjukkan mereka berjaya mengisi masa dengan saksama. Adakah setiap individu di atas sudah memenuhi tuntutan pengisian masa secara tepat dan efektif .



Menjawab soalan ini yang berhubung rapat dengan kehidupan kita dan kita meyakini bahawa antara perkara yang akan disoal di akhirat ialah pengisian masa, perlulah kita merujuk kepada model masyarakat iaitu Nabi saw .



Seerah menunjukkan bahawa Nabi saw walaupun sibuk dengan kegiatan harian melibatkan rusan negara dan masyarakat , tetapi ternyata baginda masih ada masa untuk isteri , anak dan cucu baginda . Baginda sentiasa melakukan aktiviti kekeluargaan secara kemas dan teratur. Baginda ada masa untuk para sahabat dan kaum keluarga. Demikian juga dengan para sahabat r.hum yang ternyata berperanan besar dalam pembentukan negara yang kuat di arena antara bangsa .




Masyarakat yang kuat tentunya dibina di atas unit-unit keluarga yang kukuh. Untuk memenuhi kriteria penggunaan masa secara tersusun itu , sebenarnya Allah swt telah memberikan panduan menerusi ayat-ayat dari surah Al-Asr di atas. Syarat yang pertama mestilah iman , diikuti dengan amal salih yang menepati petunjuk kenabian.




Seterusnya tanggungjawab yang berikutnya ialah kewajipan berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Maksudnya ialah tuntutan mengisi masa secara berkualiti itu bukan terbatas dari sudut peruntukan sahaja, tetapi yang lebih penting dari itu ialah bagaimana mengisinya .


Perkara ini harus difahami sebaik mungkin kerana ramai yang telah memperuntukkan masa untuk melakukan sesuatu aktiviti, tetapi tidak ramai yang berjaya menemui hasil yang baik dari apa yang diperuntukkan itu .



p/s : Marilah kita muhasabah setiap hari atas setiap apa yang dilakukan, kerana kita akan dihisab atas setiap apa yang kita lakukan.

Ahad, Januari 18, 2009

Suamimu adalah syurga dan Nerakamu

Assalamualaikum w.b.t

Saya petik dari buku 50 WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA, Majdi As Sayyid Ibrahim, Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur, 2007

"Dari Al-Husain bin Muhsan, bahawa makciknya datang kepada Nabi sallahu 'alaihi wassalalam, untuk satu keperluan, namun dia tidak mendapatkan apa yang diperlukannya, lalu Nabi s.a.w bertanya kepadanya, "Apakah engkau mempunyai suami?" Dia menjawab: "Ya". Beliau bertanya 'Bagaimanakah kedudukanmu di sampingnya?" Dia menjawab:, "Aku tidak mengabaikannya kecuali yang memang aku tidak mempu mengerjakannya." Beliau berkata : "Maka lihatlah, dimanakah kedudukanmu di sampingnya, kerana dia adalah Syurgamu dan Nerakamu
."



Perkahwinan merupakan ungkapan tentang persetujuan antara seorang laki-laki dan seorang wanita untuk membangun generasi yang baik, yang sedia beribadah kepada Allah, membangun dan mengisi kehidupan ini. Asal mula perkahwinan di dalam islam adalah pemaduan rasa kasih sayang serta berusaha saling memberi antara dua manusia.


Firman Allah:


"Dan tanda-tanda kekuasannya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepaadnya dan dijadikannya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mahu berfikir." [Ar-Rum:21]


Untuk mempertahankan kesinambungan hidup antara suami isteri, maka Allah menetapkan hak-hak bagi setiap suami dan isteri terhadap yang lain. FirmanNya;


"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatakn kelebihan daripda isterinya." [Al baqarah:228]



Diantara hak wanita ke aatas suaminya atau kewajipan suami terhadap isterinya, dia harus mengajari apa yang diperlukan isterinya tentang masalah-masalah agama. Perhatikanlah firman Allah berikut ini:



"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malikat-malaikat yang kasar, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." [At Tahrim:6]



Menurut Imam Ali r.anhu, maksud ayat ini : Ajarilah dan didiklah mereka.
Diantara hak wanita atas suaminya, suami harus menjaga dan mencemburui dirinya. Hak wanita yang lain, suami harus mempergaulinya dengan cara yang baik dan mencurahkan kasih sayang kepadanya. Hak wanita yang lain, suami tidak boleh mengkhianatinya dan mencari-cari kesalahannya.



Begitulah antara hak-hak wanita atas suaminya. Sementara itu kita belum membicarakan tentang hak orang laki-laki. Berkaitan dengan masalah ini, Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita: "Lihatlah dimana kedudukanMu di sampingnya, kerana dia adalah syurgamu dan nerakamu." Bererti suami merupakan sebab yang boleh memasukkan dirimu ke syurga , iaitu selagi engkau melaksanakan haknya atas dirimu. Namun selagi engkau meremehkan hak-hak tersebut dan tidak mengetahuinya, maka suami boleh menyebabkan dirimu masuk ke Neraka."





Diantara kewajipanmu, hendaklah engkau berusaha bagaimana memuaskan suami dan menyusupkan kegembiraan ke dalam hatinya. Jangan sampai ia mendengar darimu kecuali ucapan-ucapan yang baik, jangan sampai dia mencium darimu kecuali bau harum, agar rumahmu menjadi tenang dan nikmat sendi-sendinya.




Hak-hak suami atas dirimu merupakan kajayaanmu dalam kehidupan suami isteri, yang diukur dengan adanya perasaan suami bahawa engkau telah melaksanakan hak-haknya, seberapa ketinggian darjatmu dan seberapa jauh kecintaanmu disisinya. Diantara hak suami keatas dirimu, engkau tidak boleh keluar dari rumahnya tanpa seizinnya. Haknya yang lain atas dirimu, engkau tidak boleh mengizinkan seorangpun berada di dalam rumahnya kecuali dengan izinnya. haknya yang lain, engkau harus menjaga hartanya dan engkau tidak boleh membelanjakan nya sekehendakmu sendiri. Hak yang lain, engkau harus berbuat baik kepada sanak saudara dan saudara maranya.



Dan ini wasiat yang disampaikan oleh Asma' binti Khorijah berkata kepada anak perempuannya tatkala malam pernikahannya:



"Sesungguhnya engkau keluar dari sarang yang membesarkanmu lalu engkau beralih ke tempat tidur yang tidak engkau ketahui dan pendamping yang kamu tidak bergaul dengannya. maka jadilah engkau sebagai bumi baginya agar ia menjadi langit bagimu. Jadilah kamu hamparan baginya agar dia menjadi sendir bagimu. jadilah hamba baginya agar dia menjadi hamba bagimu. janganlah engkau memaksa tuntutanmu sehingga dia membencimu. Janganlah engkau menjauhinya sehingga dia melupakanmu. Jika dia mendekatimu, maka dekatilah dia. Jagalah hidung, pendengaran dan matanya. Jangnalh sekali0kali dia mencium dari dirimu bau yang harum, janganlah ia mendengar darimu kecuali ucapan yang baik dan janganlah ia memandang darimu kecuali yang indah-indah".



Ini pula wasiat Ummu Iyas yang disampaikan kepada puterinya tatkala ia menikah dengan suaminya:



"wahai puteriku, kalaupun wasiat ini hanya meninggalkan sesuatu bagi keutamaan adab dan menonjolkan keturnan, tentu aku tidak akan menyampaikannya kepadamu dan akan menjauhkannya darimu. Tetapi ini peringatan bagi orang yang lalai dan pertolongan bagi orang yang berakal. Wahai puteriku! Andaikata seorang wanita memerlukannya seorang suami kerana kekayaan orang tuanya dan keperluan kepadanya, tentulah aku orang yang paling tidak memerlukannya. Tetapi wanita diciptakan untuk laki-laki dan laki-laki diciptakan untuk wanita. Sesungguhnya engkau akan berpisah dengan perlindungan yang dari situlah engkau keluar, dan engkau akan meninggalkan sarang yang disitulah engkau dibesarkan, untuk beralih di satu tempat tinggal yang belum pernah engkau ketahui dan kepada pendamping yang engkau tidak pernah bergaul dengannya, dan dengan kerajaannya dia akan menjadi raja. Maka jadilah engkau sebagai khadamnya, nescaya dia akan menjadi hamba bagimu. Jagalah sepuluh hal bagi kepentingannya, nescaya sepuluh hal ini akan menjadi simpanan bagimu:




Pertama:
Pergaulan dengan menciptakan kepuasan

Kedua:
Pergaulan dengan cara tunduk yang baik


*Kerana kekuatan merupakan ketenangan hati dan dalam kekuatan yang baik terkandung keredhaan Allah

Ketiga:
Menjaga sasaran pandangan mata, jangan sampai pandangan mata menangkap sesuatu yang buruk padamu

Keempat:
Menjaga sasaran penciumannya, jangan dia mencium kecuali dari bau yang harum

Kelima :
Memperhatikan waktu makan, kerana rasa lapar yang memincak boleh mengakibatkan sikap yang menyala-nyala

Keenam :
Memperhtaikan waktu yang tepat untuk tidur, kerana tidur yang terganggu akan menimbulkan rasa ammarah.

Ketujuh :
Menjaga hartanya dengan mempertimbangkan harta miliknya

Kelapan :
Memelihara kehormatan keluarganya, dengan menguruskannya secara baik

Kesembilan :
Janganlah engkau membocorkan rahsianya, sebab jika engkau membocorkan rahsianya, nescaya engkau tidak akan selamat dari pengkhianatannya.

Kesepuluh :
Janganlah menderhakai perintahnya, jika menderhakai bererti engkau menyesakkan dadanya




Disamping itu semua, janganlah engkau menampakkan kegembiraan jika ia bersedih dan jangan menampakkan kesedihan jika ia bergembira, kerana sikap yang pertama boleh disebut meremehkan dan sikap kedua dapat mengeruhkan. Sejauh mana engkau dapat menunaikan untuk dirinya, maka sejauh itulah pula kemuliaan yang akan diberikan kepadamu. Sejauh mana engkau boleh menyesuaikan diri dengannya maka sejauh itu pula engkau akan menerima perlakuan yang baik.




Ketahuilah wahai puteriku, bahawa engkau tidak akan mampu melakukan semua ini kecuali jika engkau boleh mendahulukan kesukaannya daripada kesukaanmu, dan mementingkan kehendaknya daripada kehendakmu, kecintaanmu atau apapun yang kamu benci. Sesungguhnya jika engkau melakukan yang demikian itu, diapun akan meletakkan kebaikan pada dirimu.



Ini saya tambah lagi, wasiat Rasulullah s.a.w menurut buku 111 wasiat Rasulullah s.aw untuk wanita solehah...



"Seorang perempuan datang bertanya kepada rasulullah s.a.w serta menerangkan katanya: Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumahtangga, ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah s.a.w menjawab;



"sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum juga terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahan si isteri untuk sujud kepada suaminya" [HR Al Hakim]




P/s : Pesanan ini khusus untuk diri sendiri, dan amnya untuk pengunjung blog ini. Panjang sangat dah, nanti saya tambah dari semasa ke semasa.

Khamis, Januari 15, 2009

Tanda dunia di hujung nyawa

Assalamualaikum w.b.t

Saya dapat dari email...


Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa..

1)
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis..' - Sahih
Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.' - Sahih Muslim

~ dah nampak dah... profesion terua di dunia telah berleluasa tanpa
sempadan


3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan
muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?'
Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &
penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

~ Mentor, OIAM, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik... tah
apa-apa lagi


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...Macam Masjid Crystal tu ke..?

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Adakah disekeliling kita ada yang tak bertegur sapa ... renungkanlah....

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...ada kawan memfitnah &
mengumpat kawan sendiri pasal nak memburukkan org tu sehingga putus
sahabat....


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang
baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang2
yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang
mulia' - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...standard practice zaman ni..

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah hari
kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya
seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.).....Masyaallah..kalau ada dlm ofis ni tegur2 le...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular
skarang nie...


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Ahad, Januari 11, 2009

Sumbangkan walau sedikit

Assalamualaikum w.b.t




Mungkin untuk kita berjuang di Palestin tidak ada ruang, tapi di sini kita masih boleh berjuang. Boikotlah barangan israel dan produk dimana mereka ada kepentingan. Sumbanglah walau sedikit untuk saudara kita di sana, dimana disitu terletaknya kiblat umat islam yang pertama....mulakan dari diri kita..senarai ini saya dapat melalui email...mungkin ada lagi...tapi yang ada ini pun banyak dalam rumah-rumah kita...dah tau ni marilah sama-sama kita boikot!!!!

Starbucks
Mr. Howard Schultz, Starbucks CEO, is promoting American Jews for more action against Palestinians.



Marks & Spencer
From is birth M&S has been linked inextricably to Zionism. In fact in a book on M&S, Lord Marcus Sieff long time Chairman of M&S - wrote that one of the fundamental objectives of M&S is to aid the economic development of Israel (Management: The Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990). M&S supports Israel with approximately $233 million in trade every year (Jerusalem Report, 5 June 2000) .


Nokia

Nokia have started to invest heavily in Israel. Nokia general manager Lars Wolf said in an interview with The Jerusalem Post (4 March 2001): "We are really focusing on Israel from all perspectives, because we have an internal project called 'Project Israel' which means we are looking at Israel from a networks perspective, from the perspective of Nokia Ventures Organization, and also from the perspective of Nokia Research Center ".




AOL Time Warner

ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine "We invest in Israel because Israel is a great investment, Tapping the reative force and entrepreneurial energy of the people of Israel has been extremely beneficial" said AOL Time Warner vice chairman Kenneth Novack. AOL allocates 30% of its investment portfolio in Israel. The buy up of Israeli company Mirabilis, creators of ICQ for $287m in 1998 forms part of AOLs investment in Israel. In 1998, Mr. Ted Leonsis, CEO of AOL studios received the Jubilee Award by the Israeli Prime Minister Netanyahu. This is the highest tribute ever awarded by the "State of Israel" in recognition of those individuals and organizations that through their investments and trade relationships have done the most to strengthen the Israeli economy.. IBM IBM senior vice-president and general counsel, Lawrence Ricciardi, who noted that his company employs 1,700 people in Israel, said in an interview with the Jerusalem Post, "This wedge of land and the huge ideals it represents are very important to IBM." IBM was one of three US companies that was lauded at the America-Israel Friendship League Partners for Democracy Awards dinner (25th June 2001) hosted by Sharon.



COLGATE PALMOLIVE
Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic, Pax, …



MARS INC
Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies, …


GILETTE
Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman



HASBRO
Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger, …



L'Oreal

Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson After being fined $1.4 million by the US in 1995 for writing a letter to the Arab League claiming that they had stopped production in Israel[4], they have been engaged in actively courting Israel with investments and large- scale commerce. American Jewish Congress has expressed "keen satisfaction that L'Oreal has become a warm friend of Israel". L'Oreal has established Israel as its commercial center in the Middle East and has increased investment and manufacturing activities ranging from a new production line established in Migdal Haemek, to joint research and development projects with Israeli affiliates, as well as education and public service campaigns.




Delta Galil Industries Ltd.


Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J.Crew, JC Penney, Caterpillar, Lou Riders, Pryca, Carrefour, Hema, Auchan, Lindex, Tchibo Tati, Columbia Delta Galil is one of Israel's largest textile companies. Its founder, chairman and major stock holder Mr. Dov Lautman is a close associate of Israeli President Ehud Barak.






Phillip Morris & its affiliate KRAFT FOODS INTERNATIONAL

Marlboro, Merit, L&M, Lark, Winston, Gold Cost Côte d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince, … Phillip Morris donates 12% profits to Israel Total Muslim money to Morris $800 million daily Average profit margin is 10% , Average profit for Morris is $80 million Daily, Thus $9.6 million of Muslim money goes to Israel every single DAY



Disney
Disneyland, Euro-Disney, Disney products Walt Disney Millennium exhibition at the Epcot Centre in Florida depects Jerusalem as the capital of Israel. Jerusalem is an illegally occupied city according to international law (UN resolution 242, 237 & 405) and can never be the capital of Israel. Of the 8 million dollars cost to set up the exhibition, Israel contributed 1.8 million and worked with Disney to develop its content . This is part of Israel campaign to physically Judaise Jerusalem and mentally condition the world into accepting its claims over Jerusalem.




Intel - All Intel Hardware
Intel is one of the biggest supporters of Israel. Their very first development centre outside the US was opened in Haifa in 1974. Since then they have continued pouring investment in to Israel. By year 2000 they employ over 4000 Israelis. Exports from their Lachish-Qiryat Gat plant in Israel (opened Feb. 99) total $ 3 million a day at peak capacity - approximately $ 1 billion a year.




Home Depot
Its founder, and Chairman Bernard Marcus is a Zionist who is on the board of directors of Emet, the Pro-Israel Media "War Room" whose function is to ensure that all media in the US stays biased in favor of Israel.




Lewis Trust Group LTD
River Island, Isrotel & Ibrotel hotels, Britannia Pacific Properties Mr. Lewis's activities have included the raising of money for the Jewish National Fund, a primary agency in the historic and continuing displacement of our Palestinian brothers from their land, ensuring only Jews use it. He is also a member of the ISRAEL-BRITAIN BUSINESS COUNCIL. This organization is dedicated to the development of the Zionist State, by channeling British capital to the occupied territories for the benefit of the Zionists and the exploitation of the Palestinians



Apax Partners & Co. LTD
Jonny Rockets Group,
Protection One, Yell, …
In year 2000, apax invested $100 million in to Israel with a plan to invest an additional 600 million over the next three years. Apax is a substantial investor of institutional venture capital in "Israeli" growth companies. According to Virtual Israel "The State of Israel recognizes the recipient as one of the visionaries who have done the most to facilitate Israel's integration into the global economy and to realize its world-class business potential.“



Estée Lauder
Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Estée Lauder's chairman, Ronald Lauder, also one time chairman of the Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations, is the current president of the Jewish National Fund (JNF) - a quasi- governmental agency whose main function is to legitimize Israeli occupation of Palestinian land. Ronald Lauder is an ardent Zionist; his activities have been catalogued by American Muslims for Jerusalem who called for a boycott in February 2001. In fact his views are often more extreme then some Israeli governments




News Corporation
20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Murdoch's New Corp. invests heavily in Israel. Murdoch News Corporation was one of three US companies that wase lauded for their support of Israel at the America-Israel Friendship League Partners for Democracy Awards dinner (25th June 2001). Murdoch himself co-chaired the dinner. News Corp.'s digital technology company based in Jerusalem, called NDS, has grown from 20 to 600 employees in the past decade.




Danone
Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Santé, Galbani, Danao, Danette, Dan'Up, Aguas Minerales, …




Kimberly-Clark
Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex. In 1998 Mr. Robert P. Van der Merwe, chairman of Kimberly-Clark Europe received the Jubilee Award by the Israeli Prime Minister Netanyahu. This is the highest tribute ever awarded by the "State of Israel" in recognition of those individuals and organizations, that through their investments and trade relationships, have done the most to strengthen the Israeli economy. In 1998, Mr. Franck Riboud, on behalf of Danone received the Jubilee Award by the Israeli Prime Minister Netanyahu. This is the highest tribute ever awarded by the "State of Israel" in recognition of those individuals and organizations that through their investments and trade relationships have done the most to strengthen the Israeli economy. The Danone Institute, an R & D facility, was established in Israel in July 1998



Nestle
Kit Kat, Perrier, Libby’s, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips The Swiss company owns 50.1% of Israeli food maker Osem Investments. In Dec. 2000, it announced , it will invest millions of dollars to operate the new R&D centre in Israel. In 1998, Mr. Peter Brabeck-Letmathe on behalf of Nestle received the Jubilee Award by the Israeli Prime Minister Netanyahu. This is the highest tribute ever awarded by the "State of Israel" in recognition of those individuals and organizations, that through their investments and trade relationships, have done the most to strengthen the Israeli economy




Sara Lee
Hanes, Champion, Playtex, Wonderbra, Kiwi, Pickwick Balli, Just my Size, sanex, l’eegs, Bruan, Gossard, Body Mist, Aqua Velva, Decafé, MonSavon, Thomas, Chat Noir, … Sara Lee owns 25% of Israel's leading textile company Delta Galil. In 1998, Mr. Lucien Nessim of Sara Lee Personal Products received the Jubilee Award by the Israeli Prime Minister Netanyahu. This is the highest tribute ever awarded by the "State of Israel" in recognition of those individuals and organizations, that through their investments and trade relationships, have done the most to strengthen the Israeli economy



A "Bar code" is a number that tags any product, and you will find it at any pack written with Bars plus numbers (bars are detected and translated into same number, for example on a super market, chasier uses bar code to detect info) ...
A bar code starting with 729" indicates that this product is made in Israel
Please engrave this no, # 729, in your mind, your children's, and everyone
you can.
Israeli product carry the unique code starting with
# 729
Most of the products have a bar code to identify them.
729 Israeli Bar Code Association - EAN Israel




Coca-Cola
Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper, … From 1966 onward Coca-Cola has been a stauch supporter of Israel. Recently the Government of Israel Economic Mission honored Coca-Cola at the Israel Trade Award Dinner for its continued support of Israel for the last 30 years and for refusing to abide by the Arab League boycott of Israel.



McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC



Procter and Gamble
Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks,Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean Pepsi co - Miranda, Team, 7up Haagen – Dazs Ben & Jerry’s




CAMPBELL
Kellogg’s
Canderel
Levis
Raid
Heinz

haseen04@yahoo.com
Thanks to usama



P/s : Saya dah periksa produk2 yang saya gunakan di rumah ni, malangnya banyak juga barangan israel, ahhh..menyampah betul. Biskut Jacob, syampoo Head & shoulder [procter & gamble], Milo, Colgate, Kotex, Axion, Maggie, Coffee Mate, barangan Disney...ahh banyak lagi, tak sangak sungguh sekian lama saya dijajah melalui makanan dan barangan harian...betullah suatu ketika dulu, pernah dimaklumkan pada saya yang yahudi ni ingin menjajah umat islam melalui 4F iaitu Fun, Food, Fesyen dan satu lagi F tu saya lupa..benda2 ni saya dengar masa sekolah dulu....Ya Allah jauhkanlah dari kelalaian seperti ini dan selamatkanlah Umat islam di Palestine...aminnnn...

Jumaat, Januari 09, 2009

Adab berhadapan dengan suami

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada bahannya, tapi malas nak menaip so saya ambil dari blog mr-tazkirah.blogspot, demi kebaikan mari kita kongsi. Dan saya nampaknya setelah membaca semua ni....ohhh, banyak kekurangan dan banyak ruang yang perlu diperbaiki. Moga diampunkan dan diberi kerahmatan dalam rumahtangga...





Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap keulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.



1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.



2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.




3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.




4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.




5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.




6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.



7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.



8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.



9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.




10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.



11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.



12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.




Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluargasuami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.




p/s: Dengan ruang yang masih banyak untuk diperbaiki ni marilah sama2 kita usaha membaikinya. Dalam kehidupan moden ini dengan tanggungjawab suami dan isteri sama2 berat mencari rezeki ada yang kata semua kerja kena buat sama-sama, tak bolehlah asyik isteri jer yang banyak kerja kat rumah..tapi ingatlah kalau kita buat tu semua, jaminan syurga jawabnya....di dunia lagipun Allah dah bagi ketenangan dan rahmat dalam rumahtangga...insyaallah...

Assalamualaikum w.b.t


Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi
Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000



Ahad, Januari 04, 2009

Pernikahan

Assalamualaikum w.b.t

Juga dicedok dari web Para Pencinta rasul s.a.w

PERNIKAHAN:

Berarti suatu tantangan yang harus dihadapi,
Suatu perjuangan yang harus dimenangkan,
Suatu kesusahan yang harus dihadapi,
Suatu rahasia yang harus digali,


Suatu tragedi yang harus dialami,
Suatu kegembiraan yang harus disebarkan,
Suatu cinta yang harus dinikmati,
Suatu tugas yang harus dilaksanakan,


Suatu romantika yang harus dirangkul,
Suatu resiko yang harus diambil,
Suatu lagu yang harus dinyanyikan,
Suatu anugrah yang harus dipergunakan,


Suatu permainan yang menyenangkan,
Suatu impian yang harus diwujudkan,
Suatu perjalanan yang harus diselesaikan,
Suatu janji yang harus ditepati,


Suatu keindahan yang harus dikagumi,
Suatu pertanyaan yang harus dijawab,
Suatu kesempatan yang harus dipakai,
Suatu persoalan yang harus dipecahkan,


Suatu kesulitan yang harus dikalahkan,
Rahmat yang harus dipelihara,Dan dicintai
Bahwa perkawinan sama sekali bukan yang harus disesalkan,
karena didalamnya tersedia banyak sekali solusi hidup,
Bahwa perkawinan tidak pernah dirasakan sebagai beban,


karena justru perkawinan merupakan rumah peristirahatan yang damai,
dimana bahteranya merupakan ombak yang mengalun lembut,
menyanyikan suara hati yang penuhdengan keindahan
Bahwa perkawinan,
terutama di 50 tahun pertama,
melulu dirasakan sebagai rahmat Allah yang tiada tara,

Bahwa perkawinan adalah keikhlasan mendapat teman sejati yang sangat manusiawi dengan pemahaman jujur tentang kebersamaan tanpa melebihi satu sama lain,
Bahwa perkawinan itu adalah juga cinta,
dan itulah yang membuatnya menjadi lebih berharga

Sabtu, Januari 03, 2009

Rambut Hani

Assalamualaikum w.b.t

Saya cerita tak yang hani dah dipotongkan rambutnya oleh mak tirinya? Wah...mula-mula jumpa hani terus saya cepat2 buka tudung dia...sebab kak aza ada called saya masa saya keluar 3 hari masturat tu kata nak potong rambut hani.


pastu dia cajkap dia dah minta izin dengan ayah, so apa saya nak cakap lagikan? Dah ayahnya bagi izin, mesti kak aza dan berjaya convince kan ayah yang hani ada kutu dan tak sesuai rambut panjang....dah ayah pun fikir betullah tu..walhal saya takde kisah sangat pun sebab ada gak aktiviti amsa boring boleh ler carik kutu...best gak isi masa lapang..cuma janganlah banyak sangat jadik gelilah pulak...


Bila tengok2 jer rambut hani pendek tu alahaaaiii pada pandangan mata saya hilanglah kecomelan anak saya...dah macam takde istimewa, sebab sama jer macam kanak-kanak lain rambut pendek...lagipun dia dah besar sekarang dah pandai ikat rambut sendiri pakai getah cuma takdelah lawa sangat..

saya pun kalau malas saya sepitkan ajer dengan sepit rambuat lawa jugak kalau sepit tinggi2 tu...tapi sekarang dah pendek nak sepit pun terjurai keluar...sedihlah...pastu bawahnya tak sama...nak kena alter balik...takat ni saya tak buat lagi, esok baru buat kot....sebelum masuk sekolah....

Nanti2 saya tempek rambut pendeknya tu...lagi satukan, balik ni dia selesema,. cam biasalah standard kalau duk PD lama mesti balik ada something, tak selesema, batuk....tak taulah kenapa, berjangkit ataupun cuaca PD panas...kata hani ummi dah bagi ubat selsema...tapi makin teruk plak selsemanya...tulah tak basah rambut dah 3 hari...nanti2 saya mabik gambar...tepek sini...bagilah pandangan ok ker tak rambutnya tu...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP