Khamis, Januari 15, 2009

Tanda dunia di hujung nyawa

Assalamualaikum w.b.t

Saya dapat dari email...


Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa..

1)
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis..' - Sahih
Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.' - Sahih Muslim

~ dah nampak dah... profesion terua di dunia telah berleluasa tanpa
sempadan


3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan
muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal
ini terjadi?'
Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &
penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

~ Mentor, OIAM, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik... tah
apa-apa lagi


4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...Macam Masjid Crystal tu ke..?

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Adakah disekeliling kita ada yang tak bertegur sapa ... renungkanlah....

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...ada kawan memfitnah &
mengumpat kawan sendiri pasal nak memburukkan org tu sehingga putus
sahabat....


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang
baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang2
yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang
mulia' - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...standard practice zaman ni..

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah hari
kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya
seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.).....Masyaallah..kalau ada dlm ofis ni tegur2 le...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular
skarang nie...


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

6 cetusan rasa:

Irfa berkata...

kiamat itu pasti.huhu.takutnya

MOKCIK AZWA berkata...

Banyak orang bersaksi palsu seolah2 dah jadi perkara biasa

Sya berkata...

Takutnya baca.. banyak sungguh dosa2 yg ditanggung

zino berkata...

menimbulkan keinsafan...

Tanpa Nama berkata...

sorry, nk mintak permission utk print n3 nie..kne letak credit ker?

Hanisumayyah berkata...

xperlu pun xper

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP