Assalamualaikum w.b.t
Bila sakit barulah kita benar2 rasa nikmatnya sihat. Sangat cemburu dengan mereka yang sihat. Walaupun tidaklah kronik sangat sakit saya ni saya rasa tapi cukup buat saya susah dan sukar menjalani kehidpan sehari2.
Sakit saraf ni menyebabkan saya tak boleh duduk lama. Tak boleh duduk atas benda lembut [sofa/tilam] dan juga benda yang keras [kerusi tanpa kusyen] dan menyebabkan saya terpaksa tidur di atas permukaan lantai beralaskan toto.
Pendekata zaman keselesaan saya seolah telah ditarik. Tidak ada lagi nikmat berbaring malam2 di atas tilam empuk yang mahal bersaiz super king. Tidak boleh lagi baring dan duduk berlama2 di atas sofa kulit ku itu.
Ayah taknak berkongsi penderitaan saya, biarkan saya tido atas toto dibawah....dan dia tetap tido atas katil [siap gelak kan saya lagi] mujur ada si kecil hani yang setia temankan sebab dia mesti nak tido bawah ketiak saya malam2....
Memang benarlah harta dunia ni adakalanya menyusahkan. tiga2 tilam yang ada dalam 3 bilik semuanya tak mampu memberi keselesaan lagi. Tilam Chiropractic tu pun hampeh..tilam jenama simmon yang kononnya untuk support tulang belakang pun sama tak guna!
Akhirnya toto yang murah tu juga yang menyokong pinggang saya. Sekarang bangun pagi2 takdelah terbongkok2 jalan dan terpaksa solat duduk dalam keadaan urat yang rasa sangat tegang. Ada okay sikitlah...alhamdulillah juga dengan izin allah ubat tu bagi sedikit keselesaan.
Tersangat berterima kasih dengan sang suami sebab membantu mengurangkan kesakitan ni dari menjadi parah dengan mewakafkan keretanya untuk saya gunakan selagi saya mau. Sesungguhnya menaiki kembara sejak 2005 saya kira telah membantu menyumbang kesakitan pinggang ini. Orang lain saya tak tau tapi saya sejak sakit ni kalau naik kembara, terus menangkap sakitnya dipinggang!
Dan terima kasih juga untuk si kecil hani sebab sangat2 membantu dan faham aminya yang sakit ni tak boleh kerja berat. Apa2 kerja duduk/ bangun/bongkok dialah yang setia membantu...jangan tak tau buat susu sendiri pun dah pandai dah...cuma kena diperhatikan dan dibantu masa menuang air panas tu... masa teruk hari tu, termos pun dia bawa masuk dalam bilik nak mudahkan ammie...
Ayah pulak setiap pagi beli sarapan dan pepandailah dua beranak tu makan sendiri...rumah bersepah toksah cakaplah...baju sebakul besar tak basuh. Baju2 sekolah hani dan baju dan keperluan lain untuk pakai ke sekolah saya basuh tangan sambil berdiri jer dalam sinki bilik air...
Projek menjahit pun tertangguh. Setakat ni saya dah buat 3 beg, satu beg telekung, satu beg untuk ke kelas, dan satu beg untuk letak laptop...beberapa projek lain terpaksa delay antaranya projek buatkan kak aza sling utk bawa/ dokong baby dan nak buat tilam/toto untuk sofiyyah.
Juga projek belajar buat jubah /kurta untuk ayah, kain ela dah beli cuma nak duduk ukur2 tu pinggang sangatlah alergic duduk2 bawah ni....
Bila difikirkan semua tu, alangkah bertuahnya bagi mereka yang sihat. Bila sakit ni rasa ibadat pun tak berapa puas hati, rasa tak sempurna. Solat duduk jer, nak baca Quran/taklim nak duduk lama2 pun semua serba tak kena. Macam tulah ayah rasa....tu yang dia senyum sinis bila saya mengadu sakit.
Dia kata, "Macam tulah abang rasa...baru taukan..selama ni abang tengok dua2 bini layan abang macam orang sihat, dah terlupa yang abang ni sakit...bila dah sakit bar taukan....nak pinjam tongkat abang ker???" sambil gelak2.
Hani pun sama, siap kata, "macamana lah ni, ayah dengan amie dua2 sakit, kakak ni kecik lagi macamana kakak nak jaga dua2 ni??"
Apapun, bila saya mengaduh sakit..sakit...pak haji cakap, banyak dosa tu, takperlah Allah kifarah dosa2 tu..."
Esok kena ke Institut Integriti Malaysia ada pelancaran apa ntah pasal TEKAD 2008 PIN. Wajib hadir pulak tu.... suka dapat hadir tu cuma ketahanan pinggang ni tak taulah... mujur juga sekarang cuti sekolah jalan di KL pun takdelah jamm sangat kan...kalau jam parah saya punya pinggang ni...
Pasal angah, sekarang dia kena ke hospital untuk ambil injection setiap dua minggu, ayahlah yang OKU tu kena bawakkan. pelik sungguh saya napalah maknya langsung tak ambil berat? Sampai hati dia biarkan anak dia macamtu. takkan tak terasa bersalah mak2 tiri pulak yang ambil berat hal anak awak.
YAng angah pulak langsung taknak balik rumah mak dia. Ada 2/3 kali balik tapi sekejap benar. lagipu dari cara angah tu saya tau maknya mungkin tak melayan macam ayah melayan dia tu yang dia taknak duduk rumah mak dia tu.
Dah dua kali sebenarnya ayah bergaduh dan marah besar dengan angah ni. Tapi tulah orang tak berapa waras, pastu dia datang balik carik ayahnya. Satu malam jer balik ruamh mak dia.
Kak aza pulak tak tahan nak melayankan angah ni, masuk rumah jer mesti tanya, ummie ada lauk tak, ummie masak apa hari ni..yerlah kadang2 mood takde tu tak masak, budak2 makan apa yang ada jerlah tapi dek kerana anak tiri ni kak aza kenalah masak hari2 ..bengang jugaklah kan...