Assalamualaikum w.b.t
Citer saya pasal kemalangan malam tu tak habis lagi, selepas lampu hijau saya teruskan menekan minyak sambil tertanya2 siapa yg melanggar belakang kereta saya.
Dalam agak2 10 meter saya nampak menerusi cermin sisi say satu manusia bangun perlahan2 sambil mengangkat motornya dalam hujan yang menggila malam tu.
Tapi sejenak tu perkara pertama terlintas di fikiran saya adalah teruskan memandu. Satu sebab manusia tu boleh bangun, maksudnya dia masih hidup! Dan juga ada tenaga...
Kedua sebab keadaan tak mengizinkan untuk saya berhenti memandu. Hujan lebat semacam ribut petir pun ada malam tu dan lampu telah hijau, ada kereta di belakang.
Saya andaikan lelaki tu sihat, dan hidup. Saya pun pernah accident begitu rupa. Sampai terbang atas kereta iswara yang emergency break depan saya masa tu...siap kena ugut bayar gantirugi kerosakan lampu belakang kereta mereka.
Tapi saya tak bayar pun, habis macam tu jer cerita kemalangan tu. Saya yang bayar banyak baiki motorsikal yang bengkok handle dan roda depan.
Tapi lelaki tu harus bersyukur sebab saya tak berheni minta gantirugi bumper saya yang pecah teruk!
Episod baru..
3 minggu yang lalu
0 cetusan rasa:
Catat Ulasan