Assalamualaikum w.b.t
Tajuk merepek, tapi takper, tu yang saya nak cerita sebenarnya. Rasanya ada sebulan lebih takde streamyx, hari ni barulah technician TM datang hantar modem baru. Tu pun lepas saya ke pejabat TM terdekat untuk tukar modem. Tu pun satu hal saya pelik, adaker kat office takde simpan modem, modem semuanya disimpan dalam van, dah tu van tu pulak technician dah bawak keluar kawasan.....suami sebagai pesara TM sendiri pun pelik?
Ok, lepas dia hantar modem..tu pun hulur modem celah2 grill pintu jer, apa lagi operasi bertenet pun bermula...siap berebut dengan suami lagi....biasaler saya mengalah, sib baik dia gi masjid ni, dapatlah ke blog kejap. Walhal tak masak lagi ni....kejap jer ni, pasni kena memasak...
Perkembangan sebagai surirumah dengan dua anak agak sibuk jugaklah. Sangka saya dengan hadirnya anak tiri saya tak banyak perubahan akan berlaku tapi sebaliknya pula, saya mula terasa agak letih berbanding semasa menjaga Hani sahaja. Tapi takper mari belajar ikhlas....ikhlas dalam menjaga anak tiri...walaupun sebenarnya ada juga was-was ni...
Bagi hani pula dengan adanya adik dia di sini, dia banyak habiskan amsa bermain dan takdelah cakap sorang2 lagi. Tapi masalahnya ada jugak pergaduahn tu, tu yang tak suka tu, taknaklah nampak asyik menyebelah anak sendiri walaupun sebenarnya anak tiri yang salah....serba salah lagi disitu....
Aktiviti memasak terpaksa jadik rutin dan pagi2 anak tiri saya mesti nak bawa bekal ke sekolah, takisahlah biskut ker coco crunh ker....so terpaksalah siap sediakan bekalnya. Nak masak memasak pagi ni takdelah menjadi minat saya....malas nak berkecahkan dapur...sebab nanti saya yang penat....lagipun pagi2 nak kena tu7mbuk ubat dan bagi makan ubat kat anak tiri tu...nanti terkejar takut terlupa pulak....kiranya bzlah jugajk sekarang ni....tu baru dua, kalau ramai ntahlah tak tauler camno?
Episod baru..
3 minggu yang lalu