Jumaat, Julai 03, 2009

Mulakan semula

Assalamualaikum w.b.t


Minggu depan mula kelas semula. Selamat belajar tuan punya blog. Juga selamat memulakan dan menyiapkan tesis. Dah masuk last semester ni terbayang2 pulak boringnya tahun depan. Habis dah bulan madu. Berhijrah lagilah jawabnya...kali ni tak taulah kemana hala tujuan hidup saya seterusnya.


Apapun tak sabar tunggu tahun depan sebab hani masuk Darjah satu, dan saya mungkin masuk tempat kerja baru ataupun kekal tempat lama. apapun saya tetap suka kalau namnya berhijrah.


Saya ingin war-warkan yang suami dan saya kini mengusahakan rumah tumpangan yang akan mula beroperasi tak lama lagi. Terletak di Port Dickson. Rumah teres satu tingkat setengah ada 3 bilik peserta dapur dan ruang tamu. Boleh menyewa kesemua tiga bilik dan boleh juga menyewa satu bilik. Sesuai bagi mereka yang ingin bercuti secara bajet dan nak duduk ramai2 tapi bayar murah2.


Rumah tu terletak di Batu 4 belakang petronas, dekat dengan pantai, kalau larat boleh jalan kaki, berpeluh jugalah agaknya. Juga setiap malam minggu ada pasar malam dan dibawahnya ada banyak kedai makan. kira strategik juga tempatnya...


Apapun, nanti saya maklumkan secara rasmi. ok chow...salam

4 cetusan rasa:

payarumput21 berkata...

Salam..

Wa.. Agak2 bulan 8 nie boleh sewa tak? 08-08-09... Mungkin dari 07hb - 09hb...

Nanti akak email detail untuk Wa pertimbangkan..

lupekanje berkata...

salam,
hmm...rindukan pantai port dickson itu.

Irfa berkata...

salam kak..
saya dah war2kan pd kengkawan.
kalau jd nanti saya sms..

Ummi berkata...

wa,

kalau kami balik ke johor bolehlah singgah

memang lama dah nak ke PD, tapi tak tahu bila lagi, peluang ini :)

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP