Khamis, September 17, 2009

Homestay untuk disewa harian di Port Dickson


Assalamualaikum w.b.t



Macam pernah saya war-warkan, bagi mengisi masa dan memanfaatkan ruang dan peluang yang ada, sebuah rumah suami yang tidak dihuni dijadikan rumah tumpangan/sewa harian. baru lah sekarang saya ada masa mengambil gambar rumah berkenaan. Sila tatapi gambar2 ini dan kalau ada dikalangan kawan2 atau saudara atau kenalan atau sesiapa yang dikenali yang berkeinginan menginap/menyewa samaada dalam masa terdekat atau bila-bila masa untuk menginap disini nanti, boleh hubungi saya Salwa 019 6618157.





Ini signboard Taman Seri Pinang, lebih kurang 200 meter dari Simpang Petronas Port dickson di batu 4.






Rumah bercat kuning adalah rumah yang dimaksudkan. Bukan corner lot tetapi end lot. Kawasan tanah lapang adalah bebas bagi tetamu untuk meletak kereta.




Ini pintu masuk [sliding door] dan ruang tamu.





Pandangan dari sisi




masih ruang tamu, kerusi single 4 ketul dan Tv kecil satu [buat masa ini]





Settee dari pandangan depan, sebelah kiri menghala ke dapur.







Ini bilik 1, menempatkan katil queen, beraircond







Sudut pandangan lain. Bilik agak sempit....



Masih bilik 1.







Ini bilik 2, ditingkat atas, menempatkan dua katil single, juga ada balkoni di luar.




Juga ada dressing table, cermin dan towel rack...




Ini bilik 3, master bedroom agaknya. menempatkan katil queen, sebelah bilik no 2.


Cadar khas untuk tetamu. dijamin keselesaan sebab 100% cotton




Pintu masuk bilik 3, sekali lagi nampak tangga






Juga menempatkan dressing table dan cermin serta towel rack





Ini tingkap di bilik 3









Ini dapur, pemandangan diambil semasa saya ada, ada barang2 saya disitu...






Ini pinggan mangkuk yang saya sediakan untuk tetamu, setengah dozen dinner set pinggan Luminarc dan setengah dozen dinner set Melamine. Ada juga sudu dan kuali vision, periuk Vision 2 bijik dan Corelle sebijik. Tupperware biskut saya menumpang sekaki disitu.




Buat masa ini kami dapat letak sebuah peti ais mini sahaja, setakat sejukkan air bolehlah...



Juga sebiji rice cooker [agak buruk tapi masih elok sangat] dan satu juga kettel yang juga masih elok




Kadar sewa: sehari RM 250 dan kalau menginap dua hari, percuma sehari, kadar sewaan bilik pula, setiap bilik RM 100 sahaja. Lagi lama menginap lagi kami berikan diskaun. Check in dan check out adalah fleksible....boleh buat apa sahaja dan dialu-alukan untuk buat macam rumah sendiri. Pantai Batu 4 adalah dekat sekadar 200 meter sahaja dari rumah....sangat sesuai menginap secara berkumpulan dan kadar sewa boleh dikongsi. Boleh juga membuat perbincangan berkumpulan dan membuat gathering.... kemudahan adalah sangat banyak, gerai makan ada dibawah juga tapak pasar malam dan pasar tani, ada stesyen minyak, ATM, Klinik dan pantai perkelahan yang cantik dan sesuai untuk mandi manda...



tempat barbeque secara tradisonal juga ada....hehehehe





Wassalam

Isnin, September 14, 2009

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami

Assalamualaikum w.b.t

Dari:www.iLuvislam.com
dihantar oleh: Uwais al-Qarani


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.



2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.



3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.




4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).



5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.



6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.



7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.



8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.



9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.



10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.



11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.



12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.




Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Ahad, September 13, 2009

Senarai makanan tidak halal sebagai panduan anda

Assalamualaikum w.b.t


Saya ada terima email dari kawan berkaitan barang2 tak halal ni, baru terinat nak letakkan kat sini. Saya sendiri takde kepastian sebenar sejauhmana benar email ni, tapi saya tetap 'mengharamkan; penggunaan barang2 bawah ni selepas baca email ni, sebab telah ada was-was. Jadikanlah panduan sebab halal haram adalah perkara yang serius...


SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow



SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4... Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ), Mee Rebus Tulang
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12.. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14... Beehon Segera Siam
> 15. Kiub perasa ayam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak



SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly



> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND



Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN! Ref. Message: Pringles Potato Chips Looks like you have to find another alternative to munch. Just to let you and gang know........ I have checked. It's true that the chips contain Emulsifier.


Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director; Ministry of Health ,
Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

TOP URGENT...... .. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS... Forward this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.

Jumaat, September 11, 2009

Nak sangat jadik hantu ker?

Assalamualaikum w.b.t



Khamis, September 10, 2009

Hasrat tak kesampaian

Assalamualaikum w.b.t




Kalaulah rumah tepi paya ni siap, indah jer duduk petang2 dengar kicauan burung dibawah tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dengan pemandangan indah langit yang biru.


Jauh dari hiruk pikuk kereta, manusia dan udaranya pun segar jer...







Kalaulah dapat duduk bahagian serambi belakang tu yang kononnya akan dibuat open concept alangkah indahnya.....



syok juga membayangkan sesekali dapat lari dari suasana biasa, dan malam2 bertemankan cahaya lampu dari generator....dapat pulak masak dengan dapur kayu api....makan pulak ubi rebus cicah sambal tumis....siap berangan nak tanam ubi lagi tuuu...

Mesti suasana kampung terhimbau juga...di sini anak2 pun bebas bermain sini sana, tak risau kena usik atau curi orang...dan tak risau juga kereta yang lalu lalang...


Tapi semunya punah .....rumah persinggahan ni terbengkalai...

Sebab semuanya angkara kontraktor penipu......


Nanti lain hari....kita usaha buat apa terdaya pada rumah ni....

Rabu, September 09, 2009

Lesung pengisar tepung warisan nenek moyang

Assalamualaikum w.b.t




Dulu mak saya ada lesung pengisar tepung ni...tapi sebab tak pakai mak letak jer belakang rumah..lama2 punah dan saya pun tak tau mana perginya lesung ni....sayang juga, tapi sekarang barulah saya terfikir kenapa tak selamatkan dari awal lesung tu...saya pun kecik2 bisa tengok mak saya kisar beras nak jadikan tepung beras...zaman sekarang pakai blender jer...dulu2 beriya2 memusing lesung ni...




Okay, ni gambar lesung ni saya skodeng dari laman jiran, yerlah taman ala-ala Bali adalah benda alah ni semua...kalau lesung sebenar ni ada satu kayu untuk pusing yang bahagian atas dia tu, tapi saya lupa pulak macamana kedudukan kayu untuk memusingnya tu....lubang yang bahagian atas tu untuk masukkan beras yang telah direndam...nanti beras tu akan keluar melalui mungcung depan tu...





Nilah muncung tempat beras yang dah hancur tu keluar...makanya jadiklah tepung beras...beras-beras yang dah hancur tu akan keluar meleleh dari celah2 batu ni dan akan masuk dalam laluan sekeliling lesung ni dan nanti orang yang dok kisar lesung ni akan kautlah beras yang hancur tadi dan bawa ke arah muncung tu...





Ni close up nya...sekarang ni jadik perhiasan taman jer...dah hilang fungsi sebenar lesung ni...kalau ada sesiapa yang masih gunakan lesung ni, bagitaulah macamana kedudukan kayu pemusing tu, saya betul2 tak ingat dah..balik kena tanya mak ni...sebab benda2 warisan macam ni kita kena pelihara, walaupun tak digunakan sekurang2nya boleh juga cerita kat anak2 kita nanti...







P/s: Gambar agak kurang cantik sebab saya skodeng dari celah pagar jer...

Wassalam

Selasa, September 08, 2009

Pinggan-pinggan lama kepunyaan mak

Assalamualaikum w.b.t




Balik kampung bar-baru ni, saya bantu kemas dapur mak, maka saya keluarkanlah pinggan-pinggan lama ni sebab nak basuh dan nak susun semula. Pinggan ni dah lama mak simpan, kakak ipar dia yang bagi sebelum dia meninggal. Mak saudara saya tu takde anak, maka masa dia sakit mak saya yang jaga, jadi dia bagilah segala barang2 dapur dia pada mak. Mak pulak lepas tu simpan jer, nilah baru saya kemaskan...



Rupa-rupanya banyak jugak pinggan-pinggan lama yang agak clasic dalam simpanan mak saya ni. Banyak juga pinggan yang made in japan, england, cina....semua barang ni kira berharga ni sebab dah lebih usianya 50 tahun. saya pun suka benda2 lama ni cumanya buat masa ni saya takde almari nak simpan jadikan perhiasan.



Ni gambar pinggan lama yang sempat saya ambil, ada lagi sebenarnya tapi disebabkan masa mengemas ni banyak habuk saya tak tahanlah asyik bersin jer...yang sempat ni jerlah saya dapat snap...





dalam blog mat gebu, adalah gambar2 pinggan ni, corak bunga kangkung ker ni? Bunganya ceria sungguh warna jingga..sekuntum dah kembangm sekuntum lagi masih kuncup dicelah daunan...

Yang ni serba hitam, saya tak tau bunga apa, macan kekwa pun ada, kembang jer bunganya ni...

yang ni ceria bunag ros, ada 4 kuntum bunganya...kalau dah basuh ni mesti berseri jer..


Mangkuk macam mangkuk krital ni pun ada beberapa bijik berlainan saiz, raya2 ni sesuai letak gula2 atau coklat agaknya....kalau basuh bersih2 mesti berkilat dan bercahaya ni...


Ni mangkuk tau....lawanya bunga dia, tak salah saya bawah mangkuk ni ada tulis made in england...bunga apa tu...



Mangkuk macam ni pun ada banyak, rasa ,acam tempat letak kuih lah..macam kalau dulu2 yang famous kuih dodol dan wajiklah kan....mangkuk ni saiz besar pun ada...






Mangkuk ada kaki ni ada dua bijik, ada 3 kaki bentuk bulat, saiznya agak besar jugak, macam sesuai letak kek jer..berat dan tebal mangkuk ni...






Ni satu lagi...satu jer pinggan ni, ada bunga tengah, bunga ros warna pink, keliling ada frame pulak..ceria warna jingganya tu...






Pinggan ni ada dua jenis, satu warna biru dan satu lagi warna pink, yang warna pink saya tak ambil gambar...tapi yang warna pink tu pelik sikit, dia seperti retak seribu...bila saya tanya mak saya emmang ada satu masa dulu mak saya kata fesyen pinggan retak seribu tu popular...








Ni satu lagi corak pinggan yang ceria, ada 5 kuntum bunga tapi semuanya berlainan warna, hanya ada dua kuntum jer sama warna....pinggan ni ada retak sikit atasnya tu....




tu jer nak citer...nanti ada masa saya ambil lagi gambar pinggan lama2 ni...

Isnin, September 07, 2009

Nuzul Quran dan Lailatul Qadar

Assalamualaikum w.b.t



Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:




Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)





al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.



Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.







Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT. Maksudnya:





Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.



Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:





1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.


Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.







Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.



Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.



Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.




Kesimpulan


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Pengirim:
Zakaria Bin Othman
Tarikh : 03 October 2006


Sumber : -->[Zakaria Bin Othman]




Editor : PRO JAKIM
P/s: Dah juz berapa mengaji? Gambar selingan bunga2 di desa tepatnya di rumah mak saya.

Sabtu, September 05, 2009

Assalamualaikum w.b.t

Rozita pengasas Sendayu Tinggi berpurdah

Assalamualaikum w.b.t


Saya Berpurdah Bukan Kerana Alim atau H1N1

No gambar yang saya dapat google dalam internet...gambar mukadepan akhabra sinar katanya....

Kenyataan Rozita:


Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.



Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.Nilai sepuluh sen Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.



Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.



Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.
Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.



Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.


Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.



Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.


Kini mula berpurdah


Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.



Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’.



Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.



Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.~~Rozita
P/s: Untungnya Allah pilih Rozita...semoga dia istiqamah dalam berpurdah dan Allah datangkan lagi hidayah pada hamba2nya yang lain..

Jumaat, September 04, 2009

Bunga Kantan The Series

Assalamualaikum w.b.t






Yang layu dan yang menguncup

Kembang sebelum layu



Yang kembang layu dan mati akhirnya


Satu suami dua isteri....sekuntum kantan diapit dua yang telah layu...


Dua dunia berbeza




Yang sedang kembang juga indah dipandang mata...





P/s: Tembakan hasil skodeng rumah jiran...tembakan dari celahan pagar...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP