Rabu, September 02, 2009

Berlapang dada

Assalamualaikum w.b.t


Kalau diikutkan banyak benda tak puas hati. Semua benda rasa nak komplen. Tapi kena berlapang dada. Sebab bulan Ramadhan ni kalau banyak syukur banyak ganjaran pahalanya.


1/3 ramadhan dah berlalu. Kuih raya pun dah buat 4 jenis [wah macam tak sabar nak raya jer ni?]. Tapi amal....alamak takde pulok berjenis2...hishh kena muhasabah ni, ada 2/3 lagi masa nak perbaiki ni.


Hani, anak saya setakat ni puasa penuh. Satu lonjakan paradigma berbanding tahun lepas yang tak berpuasa langsung....takde komplen apapun. Dua hari pertama jer komplen haus dan lapar. Hari2 seterusnya macam orang dewasa lain, meneruskan kehidupan macam biasa walaupun berpuasa. Walhal dia bersahur kadnag tu makan nasi 3 suap dan minum susu jer. Pagi ni lagi haru, makan mamee sebungkus jer. Pastu sambung tidur.


Takper...takper...allah bagi dia kenyang dan sihat. Moga2 macam hari2 lepas yang dia berpuasa takde komplen dan berbuka dengan gembiranya. Maka saya pun taknak komplen apa2...hanya nak berlapang dada.

2 cetusan rasa:

lupekanje berkata...

Alhamdulillah, moga dimudahkan Allah dalam mndidik anak-anak...

Hanisumayyah berkata...

insyaallah...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP