Sabtu, Mei 29, 2010

Apa sebab utama isteri takut suami kawin lain?

Assalamualaikum w.b.t


Saya ada kawan. Guru. Anak sembilan. Suami pun guru.

Baru2 ni suami dia dikesan berhubung dengan seorang janda menerusi sms

Punyalah dia runsing. Hari2 check hp suami.

Tak cukup tu, dia sendiri simpan hp suami.

Tak jalan jugak! Sebab suami pinjam hp kawan dia.

Sudahnya, kawan saya letak syarat, kalau 'berhajat' dengan dia,

suami mesti sumpah dengan nama Allah.

takkan berhubung dengan perempuan tu lagi.

Suami pun sebab dah 'berhajat'...sumpahlah

Tapi sang suami kalau dah angau, apa kira sumpah!

Berhubung juga, dapat dikesan oleh kawan saya tu.

Sekarang ni dia nak suruh suami dia sumpah junjung Quran pulak!

Saya bagitau dia, kalau dah laki dia angau sangat,  tukar strtegi

Pi jerlah jumpa perempuan tu.

Bawak anak2 sekali, yg 9 orang tu, tanya sanggup ker nak kawin suami saya?

Mesti tak sanggup punya!

Tapi kawan saya tak setuju plak!

Yang saya pening, kawan saya tak tau sapa perempuan tu...

Yang saya pulak dah tau...tapi tak sampai hati nak bagitau...


sebab


...


...


...



...


Perempuan tu...


Kawan kami jugak!



Wassalam

Rabu, Mei 26, 2010

Ujian Bulan Mei

Assalamualaikum w.b.t


Minggu lepas ujian bulanan (ker peperiksaan?) entahlah, saya tak pasti sebab awal2  hani dah hilangkan jadual peperiksaan.


Oh ya, kalau ada jadual, tentu peperiksaan ya..baru terfikir lak...


Saya ni bukannya ambik port sangat hal peperiksaan hani, sebab Hani ni jenis memang suka belajar.


Malam2 bukak buku, sabtu ahad pun bukak buku.


Kalau ada homework pun masuk kereta jer dah war-warkan yang dia ada homework.


Balik rumah, tak salin baju mesti dah berkobar2 siapkan homework.


Kira sesuai sangat kami berdua, saling lengkap-melengkapi.


Maknya tak ambik port hal sekolah anak, yang anak pulak berkobar2 sangat belajar...sesuai sangatlah tu...


Saya bukan tak ambik port langsung...


Bila nak exam tu saya tolonglah asahkan pensil dan colour....lain2 semua dia buat....tolong asahkan tu pun sebab kalau dia asah emsti ada jer masalaha, patahlah, habuk masuk matalah.....


Tapi hal suh belajar sebab nak exam, saya tak hirau, pepandailah nak belajar...lagipun dah hidup dia memang hari2 belajar....mengadap buku....mungkin tu kelebihan anak sorang, takde nak main2 dengan sesapa...


Kalau main pun, masih berkisar hal buku/melukis/mengaler....


So, minnggu lepas masa exam, macam hari2 biasa....turun keter masa hantar, cuma pesan, jawab betul2....dan hani akan jawab..insyaallah...kakak akan dapat 100%...sedap hati maknya dengar!


Minggu ni, kejap jer cikgu tanda kertas exam, dah dapat markah dah....ingatkan adaler yang sangkut dapatler 100%...tapi idakler ada yg 100%...kuciwa maknya...walhal dah tau anaknya belajar sendiri2 jer...lainler kalau maknya sungguh2 ajar anak....


Saya bukan apa, baru darjah 1, tak perlu paksa2...dapat lak anak dah sedia rajin belajar....maknya lagi lepas tangan...


Apapun, hasil exam hari tu, walaupun tak dapat 100%, dan markah sedikit menurun, tak bermakna dia tak tau jawab, yang salah tu sebab cuai dan tak re-check, biasalah budak2...lagi pentingkan mewarna lawa2 dari re check jawapan....


Tapi yg geram kawan baik dia mungkin jawab berhati2....so ada yg dapat 100% dan ada yg dapat 99%.....so maknanya lepas ni suh hani hati2 jawab dan kena betul2 teliti...pasal tu yg dia kurang kot...


Apapun ammie banggalah juga, dengan markah hani...math 98%, B.M II 98%, BM 1 90%, English 90% dan science 93%....harap2 prestasi berterusan.....keep it up babe!


Semua ni sebagai kenangan utk hani satu hari nanti, mungkin ni jer satu2nya tahun dia bersekolah di sini...lepas ni tak merasa nak exam macam ni bagai....saya nak dia tinggalkan sistem persekolahan ni dengan kenangan manis....dengan keputusan exam yg cemerlang...



Minggu ni exam KAFA plak, kalau tanya hani, memang dah tau jawapan...."senang jer ammie..kacang!" harap jawapan dia menggambarkan keputusan exam tu nanti...


Wassalam

Rabu, Mei 19, 2010

Rindu

Assalamualaikum w.b.t


Rindu...


Dengan rumah lama saya...


Rindu menikmati titis-titis hujan...


Rindu dengan riuh jalanraya.....


Rindu semuanya....


Wassalam

Selasa, Mei 18, 2010

Salih Yaccob & Kisah Madu Tiganya

Assalamualaikum w.b.t


Hebat Saleh Yaakob ni....sedap jer baca cerita poligami dia. Kalau semua cerita poligami indah begini, agaknya ramai tak wanita yang sanggup poligami? Tapi tak tentu jugak.....apapun takde wanita suka berkongsi apatah lagi berkongsi 'suami'....

Bahagia si Salih ni ek...kanan ada isteri, kiri pun ada lagi dua isteri...senyum lebar yer....isteri2 pun tersenyum gak tu....anak2 pun senyum gak....yang melihat gambar ni pun terntu tersenyum2....memikirkan macamanalah mereka ni boleh aman bahagia.....

jom baca.....Petikan Berita Utusan

SEBILANGAN besar daripada kita akan ketawa besar setiap kali menonton filem Madu Tiga arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Dalam lakonan bersulam humor itu, banyak mesej mengenai cerita benar lelaki yang berkahwin tiga diceritakan.




Kepada yang tiada pengalaman ini, ia meninggalkan seribu tanda tanya apakah sampai begitu sekali kehidupan lelaki yang memiliki isteri lebih daripada satu?



Kisah lelaki kahwin banyak ada pertaliannya dengan seorang individu ternama tanah air yang sering menjadi bahan usikan rakan ketika di konti radio.



Dia bukanlah lelaki asing bagi kita. Setiap pagi dia menceriakan pagi kita dengan telatah lucu semasa bersiaran dengan Raja Azura atau Kak Ungku dan Krill (Khairil Rashid) di konti Sinar FM.



Lelaki bernama Salih Yaccob tidak takut berterus-terang dengan masyarakat yang dia mempunyai isteri lebih daripada satu!



Biar sekalipun kisah dia kahwin banyak sering dijadikan bahan usikan, namun lelaki berusia 49 tahun dan ayah kepada 11 orang anak hasil daripada empat perkahwinan tidak pernah berkecil hati.



"Saya tidak pernah berbohong kepada isteri apabila ingin berkahwin lagi. Walaupun bagi wanita bermadu itu pahit, saya bersyukur kerana ketiga-tiga isteri saya menerima ketentuan hidup ini.



"Dari segi hukum Islam seorang lelaki boleh berkahwin sampai empat orang tanpa kebenaran isteri. Tetapi menghormati undang-undang syarie yang ditetapkan, saya meminta izin isteri setiap kali ingin berkahwin lagi.



"Saya tidak perlu menyorok daripada mereka dan saya juga tidak perlu memburukkan isteri kerana apa yang saya lakukan bukannya salah. Saya bukan buat jahat, saya mahu berkahwin kerana saya ada kemampuan," luah Salih pada satu pertemuan eksklusif dengan Hits di kediamannya di Apartmen Baiduri, Desa Pandan, Kuala Lumpur minggu lalu.



Berdasarkan kronologi, perkahwinan pertama Salih berlangsung pada tahun 1980.



Setelah sembilan tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan - Norliana, 25, dan Nurulazwa, 22, Salih meminta izin isterinya untuk berkahwin dengan Norlizah.



"Ketika saya mengalami penyakit misteri, saya bertemu dengan Norlizah. Setelah mengenal hati budinya dan melihat keserasiannya dengan saya, saya meminta izin isteri pertama saya ketika itu.



"Dengan izinnya, saya berkahwin dengan Norlizah pada tahun 1989. selepas kahwin, kami hidup bahagia tanpa masalah.



"Namun selepas sembilan bulan hidup bermadu, rumah tangga kami diduga. Campur tangan keluarga menyebabkan kami terpaksa bercerai.



"Walaupun saya amat sedih terpaksa berpisah dengan isteri dan dua anak tersayang, namun saya reda dengan semua itu," cerita Salih membuka cerita duka dalam hidupnya sebelum ini.



Walaupun perkahwinan pertamanya itu berakhir dengan perceraian, namun Salih tidak pernah berdendam.



Malah, Salih tetap melangsaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada kedua-dua anaknya itu hinggalah mereka dewasa. Anak sulungnya telah melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu.



Malah perkahwinan anak sulungnya, Norliana dengan pasangannya diuruskan oleh ketiga-tiga isteri Salih.



Mereka bukan sahaja sama-sama berganding bahu bertiga malah turut membantu bekas isteri Salih bagi memastikan majlis berlangsung dengan teratur.



"Sebagai lelaki dan suami, saya amat bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan isteri-isteri yang amat taat kepada suami.



"Bagi saya inilah anugerah Allah SWT yang amat berharga untuk saya sebagai makhluknya. Sebenarnya bukan mudah mengemudikan tiga rumah tangga dengan aman dan damai jika tidak ada ilmu agama.



"Setiap wanita yang saya kawini bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Tetapi mereka yang saya nikahi adalah seorang yang memahami al-Quran dan tahu hukum hakam agama.



"Selepas menikahi mereka, saya tidak tinggalkan mereka begitu saja. Saya membimbing mereka ke jalan Allah dan sentiasa berpesan kepada mereka harus ada keyakinan dan pegangan agama yang cukup.



"Sebagai seorang suami saya sentiasa berpegang pada akidah dan beriman serta beramal. Pesan saya kepada mereka mesti memahami al-Quran dan sentiasa lekat di hati.



"Bukan itu sahaja, malah saya sering mengingatkan kepada mereka bahawa apa juga yang akan berlaku adalah ketentuan Allah dan mereka harus terima," Salih berkongsi kisah mengenai isteri-isterinya.



Menurut Salih, setiap kali berkenalan dengan wanita dia bukan setakat mengenali hatinya malah menyelami jiwanya.



"Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa yang akan terjadi kita akan melihat wanita lain lebih cantik daripada isteri sendiri," akui Salih sambil tersenyum.



Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat,42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagia tanpa rasa cemburu atau benci.



Malah apa yang membanggakan isteri-isteri Salih hidup bagaikan adik beradik saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.



Perkahwinan Salih dengan Norlizah dikurniakan tiga orang anak - Irfan Izwan, 20, Irfan Sapuan,15, dan Norfarisya,12 tahun.



Salih yang berkahwin dengan Norraha pada tahun 1993 dikurniakan lima orang anak - Effa Madiha,16, Effa Najiha,13, Effa Soleha,12, Mohd. Ehsan,8, dan Effa Fateha tujuh tahun.



Norfara Wahida yang dikahwini pada tahun 2007 baru dikurniakan anak, Fara Aqeesya yang kini berusia 11 bulan.



Hidup Salih bersama tiga isterinya sebetulnya bukan saja dicemburui ramai lelaki bahkan, dia turut dikagumi jiran tetangganya.



Di sebalik kebahagiaan itu, Salih bagaimanapun tidak alpa dengan tanggungjawab yang dipikulnya.



Demi memastikan dia tidak berjauhan daripada keiga-tiga isteri dan anak-anaknya, Salih membelikan rumah buat setiap isterinya di kawasan kediaman berhampiran.



Demi keadilan juga, Salih bergilir bermalam di rumah ketiga-tiga isterinya selain menjaga kebajikan mereka dan anak-anak bagi mengekalkan keharmonian rumah tangganya.



"Saya tidur di rumah isteri-isteri saya bergilir-gilir setiap satu malam. Ini bukan sahaja untuk memastikan kasih sayang kami suami isteri sentiasa berkekalan malah saya juga pentingkan anak-anak.



"Saya tidak mahu terpisah daripada anak-anak begitu lama. Jadi selepas semalam tidur di rumah isteri pertama, esoknya saya akan tidur di rumah isteri kedua dan seterusnya isteri ketiga.



"Mereka dan anak-anak tidak pernah mempersoalkan itu semua kerana tahu saya tidak pernah berat sebelah malah sentiasa adil," katanya berterus-terang.






Wassalam

Novel apa suka baca?

Assalamualaikum w.b.t


Saya suka baca novel lama-lama, karya penulis besar macam Arenawati, A samad Said. Saya dah baca Salina, Sakura Mengorak kelopak, Kuntum Tulip Biru dan


Wassalam

Makan apa hari ini?

Assalamualaikum w.b.t


Setiap kali nak ke kafe, saya memang agak buntu. Buntu sebab tak tahu nak makan apa. Pelik citarasa saya ni, selalu juga macam nak marah dengan anak saya sebab dia susah nak mencuba pelbagai makanan, kalau dah makan satu tu, tu jerlah tak mau dah tukar2.


Tapi baru saya macam tersedar bahawa sifat dia tu datang dari saya rupanya. sah anak mak! Saya kan kalau dah makan sesuatu tu, maka hari2 saya makan yang itu, itulah, senang sampai cafe terus saya tuju kedai yang berkenaan, terus makan, xbuang masa jalan2 nak fikir2, pilih2....


Yang saya perasan akhir-akhir nilah. Saya hampir tak tau nak makan apa dah?
Semua rasa muak, xde selera.


Mula2 tukar sini hari tu, hari2 saya makan nasi putih, lauk asam pedas dan taugeh goreng. hari2 tau! Ikan jer tukar jenis2nya. Sebab saya nak perut saya bertahan sampai petang. Dalam sebulan lebih gitu jemu pulak dah. terus berhenti, takde makan nasi dah!


Menu kedua saya, hari2 makan bubur+sup...menu ni bertahan lama jugak, dalam dua bulan sesekali saya selang seli dengan beehun sup jugak....cuma bila makan bubur ni agak2 jam 4 petang memang dah lapar dah....bertahan jerlah....


Masuk bulan ketiga, muak pulak dah dengan bubur sup, jenuh fikir nak makan apa, semua yang ada tak selera....sudahnya saya ikut kawan, makan beehun goreng panas, sesekali saya selang seli dengan kue teow ladna.....pun rasa tak berapa nak setuju dengan tekak ni....


Pastu 3 minggu lepas saya nampak ada kedai jual bubur lambuk....dah hari2 saya bantai makan bubur lambuk pulak. Tapi cukup 2 minggu tekak dah menolak dah! Sebab...satu hari tu dia masak cair + banyak sangat lada hitam...pelik sungguh rasanya...


Kena pulak fikir menu apa pulak, baru2 ni ternampak kedai bubur lambuk ada jual lontong kering (menu orang jawa agaknya) hari2 saya makan lontong kering.....pun nampak gayanya dah menolak dah....


Minggu lepas dan minggu ni pulak, saya singgah petronas nak beli something utk tukar duit kecil belanja hani, ternampak kuih Seri Muka jual kat Petronas Presint 9....dari rupanya sedap sungguh. So dari minggu lepas saya makan seri muka jerlah. Beli sebekas tu ada 6 keping, saya makan tu jerlah. Yang pelik, tahan pulak perut ni sampai ke petang....tapi balik rumah memang laparlah, cepat2 kena masak....


Tengoklah apa lak menu lepas ni. Susah betul kalau citarasa m





Wassalam

Ahad, Mei 16, 2010

Guru...teruskan korban pada anak bangsa

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini adalah hari guru, dari segi istilahnya, guru adalah insan yang bertanggungjawab mendidik, mengajar dan bermacam lagi.


Kalau masa zaman taska/tadika, gurulah yang menyuap makan, basuh berak, ajar ngaji, ajar nilai2 murni dan berbagai lagi.


Itu bagi anak2 hari ini.



Wassalam

Sabtu, Mei 15, 2010

Geram sangat ni!!!!

Assalamualaikum w.b.t


Okay, saya sangat tak faham okay!


Anak saya kan darjah satu, biasalah anak satu, barang2 sekolah kira belilah yang 'okay' sikit...


Bukan apa, senang boleh pakai lama, berkualiti...lagipun dah sorang, bukan ada sapa saya nak belikan lagi?


Tapi, yang membuatkan saya geram....


Kenapa ada jer budak2 yang suka sangat kacau barang budak lain....walaupun budak, mesti dalam diri ada nilai2 baik/murni yg patut dah ditanam, dalam diri masing2....oleh ibubapa pastinya!


Macam barang anak saya, hari2 ada jer dia ngadu pansil warna dia kawan pinjam, pastu hilang....gam kawan nak pakai, pastu tutup lesap, cop kawan pinjam, pastu tak pulang dan kata dah hilang....


dah berapa bulan sekolah ni, saya takde hal lah kalau hilang satu dua warna...sebab kawan pinjam


Lama-lama bila ada jer hilang saya pun beli satu pencil box besar saya gabungkan semua pensel warna dia...senang semua warna ada, malah satu warna adalah beberapa batang...boleh buata pilihan


Yerlah tadika punya yang 24 warna, darjah 1 pun 24 warna dan baru2 ni beli 12 warna, sebab dah banyak hilang dek kerana kawan2 pinjam, jadi memang dalam pancil box besar tu banyaklah bilangan pensel warnanya....


Bila dah banyak macam tu lagilah ramai berminat agaknya....


Semalam habis hilang semua, dengan pencil box sekali, ada yang sanggup buka begnya masa rehat...


Saya apa lagi, memang mengamuklah (dengan anak saya)


Isnin ni exam....ada subjek pendidikan visual, yang memang nak pakai pensel warna


Semua pensel warna dah hilang.....walaupun bukan mahal sangat nak beli lain, tapi sakit hati tuuuu...


Saya hairanlah kenapa baru darjah 1 perangai masing2 dah pelik2...suka ambil barang orang, pinjam barang orang....sanggup pulak curi barang orang? Mak2 tak periksa barang anak dalam beg sekolah ker...mana tau ada barang anak orang lain.


Ini bukan kejadian pertama, tiap2 minggu ada perangai pelik yang dilaporkan, ada budak kacau, ada budak cubit dia, ada budak ambil gam dia, ada curi pemadam dia, ada ambil cop dia....hari2 dalam kereta saya nak kena ajar anak saya macamana nak pertahankan diri, nak kena bagitau camana nak pertahankan hak dia...macamana nak melawan, macamana nak katakan tidak.....bagi saya terlalu awal saya nak kena ajar benda2 tu....tapi dah keadaan macam ni, takde pilihan, kena juga ajar benda2 w.pun macam tak berapa elok....


Sebelum ni saya dah ajar, kita kena ikhas dengan orang, bantu kalau dia perlu, mungkin mak dia susah tak mampu nak beli warna banyak2 jenis tone warna, bagi jerlah pinjam....tapi kalau dah sampai hilang, sampai buku kena koyak, saya pun geram jugak...terpaksa suh anak saya berkeras....ada plak yang merajuk2 taknak kawan kalau tak bagi pinjam, ada pulak yg sanggup cubit kalau anak saya kata tidak....



Yerlah, sebagai anak tunggal, memang dia tak terdidik dengan ruang lingkup sosial yang besar, tak tahu nak bergaduh, tak tahu pertahankan diri, tak pernah berebut, selalu dapat apa nak (yang bersesuaian), bagi dia istilah nak pinjam, nak share, nak rebut tu takde.....


Memang silap saya juga sedikit sebanyak, tak dedahkan dia dengan ilmu bersosialisasi tapi tak terlewat rasanya saya nak ajar benda2 tu secara teori...praktikal kenalah dia buat sendiri. Saya sekadar bagi nasihat pilih kawan yang perangai okay, kalau kawan yang nampak ala2 gangster tu kawan setakat kawan jerlah tak payah nak baik2 sangat....setakat ni dia ikutlah nasihat....dia memilih kawan2 yang okay....yang agak2 brutal tu saya tak syorkan dia berkawan sebab takut dia kena buli....biarlah dia jadi org yg sopan daripada ambik risiko kawan budak2 nakal ni pastu terpengaruh lak....



Memang dilemma dalam membesarkan anak, rasa nak simpan jer dalam rumah, tak tau nak pilih konsep didikan yang bagaimana...apatah lagi bila dia telah dilepaskan bergaul dengan macam2 orang di sekolah....kalau dia tak pandai tapis dan saring apa patut buat, macamana nak bereaksi terhadap sesuatu perkara, tak pandai nak tunjuk emosi yang tepaty dalam menangani sesuatu yang datang....memang dia akan dibulilah....



Saya tak sabar nak tunggu tahun depan. Dengan perancangan baru. Apapun syukurlah juga, banyak benda dia belajar di sekolah sekarang selain belajar pelajaran.....semalam balik bawa hadiah, menang tempat kedua kuiz sains yang dia ada cerita terpilih masuk last week....macam blur jer dia bila last week dalam perhimpunan nama dia salah seorang yg dipanggil di perhimpunan sebab terpilih masuk kuiz sains, semalam perhimpunan lagi sekali blur sebab nama dia dipanggil sekali lagi ambik hadiah tempat kedua pulak....hani...hani....apapun bangga jugalah saya...



Wassalam

Jumaat, Mei 14, 2010

Susahnya nak ajar anak jaga harta

Assalamualaikum w.b.t


Hati memang betul2 panas,



Wassalam

Khamis, Mei 13, 2010

Rutin dan kebiasaan

Assalamualaikum w.b.t


Rutin hantar anak ke sekolah

Rutin yang biasa kita buat kalau sesekali berubah, memang sukar, tetap rutin tu jugak yang kita akan buat.


Minggu lepas, selepas sekian lama kebiasaan saya hari-hari hantar anak ke sekolah, tapi satu hari tu suami tawarkan diri nak hantar anak. Okay, lagi bagus fikir saya. Jimat masa.


Tapi malangnya sebab dah biasa guna jalan tu untuk hantar anak hari2, saya tetaplah jugak pusing stereng menghala ke sekolah anak.


Memang tak perasan....sebab dah tu rutin saya hari2....mata, fikiran, tangan dan kaki semua fokus bagi arahan kepada otak untuk menghala arah ke sekolah.


Tapi entah macamana dah nak hampir2 ke sekolah baruler terperasan anak takde kat sebelah!!!


Kacau betulllll!


Terpaksa patah balik, tak pasal2 dari cepat jadik lambat jugak....


Rutin tempat meletak kereta


Ini cerita minggu lepas juga.


Saya biasa letak kereta di kawasan belakang pejabat bawah pokok tepi sekali.


Cuma kalau cepat datang iaitu sebelum jam 7.15 baru berpeluang parking kereta di bawah bangunan. Tapi jarang2lah berpeluang pasal memang selalu sampai 7.30 pagi lepas hantar anak.


Satu hari minggu lepas jugak, saya berpeluang parking kereta di bawah bangunan.


Tapi sebab dah rutin letak kereta di belakang, keluar bangunan menonong jer jalan kaki dalam hujan renyai ke belakang.


Bila sampai bawah pokok, saya termenung, eh kenapa kereta saya takde pulak bawah pokok ni?


Boleh blur pulak kat situ....


Tapi cepat pulih ingatan....lorrrr letak keter kat bawah rupanya....


Dahlah hujan, jauh pulak tu....patah balik!


Buang masa dan tenaga betul!



Rutin letak kunci kereta, access card dan kunci rumah


Saya hari2 balik kerja benda pertama saya buat ialah gantung kunci kereta & pass kerja dan hani lak tanggungjawab dia buka kunci rumah dan gantung kunci rumah di pintu store....rumah kuarters gomen tak berani nak paku2, letak penyangkut kat pintu, gantung semua tu!


Tapi kalau satu hari rutin tu berubah, macam bila sampai rumah tak menyempat2 nak kena ke toilet, main campak pass kerja dan kunci kereta atas kerusi atau mana2, nescaya esoknya saya akan terlupa salah satu dari dua benda tu....tak pasal2 dah nak sampai kereta kena patah balik!


Tapi Hani jarang lupa, sampai rumah, nak turun kereta mesti dia dah stand by kunci rumah, nak pergi sekolah pun sama, siap2 dah bawak kunci rumah kat tangan!


Mak dia yang asyik terlupa, almaklumlah dah makin meningkat usia!


Wassalam

Selasa, Mei 11, 2010

Assalamualaikum w.b.t




Wassalam

Isnin, Mei 10, 2010

Usia bertambah setahun lagi...

Assalamualaikum w.b.t


Moga panjang umur


Moga murah rezeki,


Sentiasa sihat,


Moga hidup diberkati,


Moga iman bertambah,


Moga istqamah baca Quran dan hadith


Moga dapat jaga solat 5 waktu


Moga dapat jaga ilmu dan zikir


Dapat keluarga bahagia,


Dapat jadikan anak solehah,


Dapat suami yang terus-terusan beriman dan boleh membimbing


Dapat kawan sekerja yang baik dan boss yang bertimbang rasa


Moga cepat naik pangkat (supaya cepat naik gaji)


Dan moga sihat tubuh badan, fikiran waras dan matang serta semakin banyak bersabar....



Amiiiinnnnn...

banyak betul harapan tu...


Wassalam

Ahad, Mei 09, 2010

Ibu, tak semua bertuah mendapat ibu yang terbaik

Assalamualaikum w.b.t



Secara dasarnya semua ibu adalah yg terbaik di mata anaknya, tapi tak semua orang bertuah mendapat emak yg terbaik...


Ada yg malang, maknya sanggup buang anaknya sebaik sahaja anak tersebut lahir ke dunia...angkara dosa sendiri


Ada pulak anak lahir dalam keluarga yang porak peranda, sampai maknya pun hilang kasih sayang sejati sebab dah terlalu banyak berkorban.


Ada pulak mak yang sanggup tinggalkan anak dan dera anak kerana tak puas hati dengan suami


Ada pulak mak yang sekadar menjadi emak, sekadar mengikut resam masyarakat biasa, kahwin dan kemudian mendapat anak...tanpa ada perancangan dan ada pengetahuan keibubapaan



Ada pulak mak yang benar-benar mewah hidupnya & memberi apa sahaja pada anaknya tetapi akhirnya memusnahkan hidup dan masa depan anak2.


Dan ada pula anak yang rasa terabai, walau dibesarkan emak, tetapi terasa yang hidupnya terabai...tak dapat kasih sayang emak sepenuhnya....entah apa sebab agaknya....


Apapun, bagi yang telah menjadi emak, jadilah emak yg terbaik di mata anak2 anda supaya bila anak tersebut menjadi emak dia pula boleh menghargai bukan sahaja emaknya tetapi juga anaknya...


Eh...selamat menyambut Hari ibu, dan selamat mendidik anak2 supaya anak2 menjadi emak yang terbaik juga dikemudian hari....


Wassalam

Sabtu, Mei 08, 2010

Kebiasaan, bila diubah memerangkap kita!

Assalamualaikum w.b.t


Kebiasaan adalah rutin

Saya selalu parked kereta di bahagian belakang pejabat, memang agak jauh nak jalan....tapi sesekali kalau datang awal saya dapat parked kat bawah bangunan pejabat....tapi jarang-jaranglah ada kosong.


Dan pagi2 rutin saya memang hantar hani ke sekolah, dan tiap2 pagi saya akan ikut jalan yang sama, yerlah mana ada jalan lain lagi pun....tulah satu2nya jalan yang mudah dan [aling dekat

Wassalam

Jumaat, Mei 07, 2010

Bagaimana hendak pandai bertutur dalam bahasa Inggeris?

Assalamualaikum w.b.t

Saya tertanya-tanya bagaimana hendak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dalam usia yang telah lewat ini? Sekiranya usia masih muda mungkin keadaannya akan berbeza kerana usia muda memudahkan seseorang belajar apa bahasa sahaja.



Saya hendak bertanya kepada anda semua wajarkah saya menghadiri kelas belajar bahasa atau saya hanya perlu berlatih bercakap dalam bahasa Inggeris setiap hari dan menambahkan bahan bacaan dalam bahasa Inggeris???


~*~*~*~*~
I wondering how want speak fluent in English in age that had late this? If still young age may be his state would be different because young age facilitate someone learn what language only.


I want to ask to all of you justified I attending class learn language or I only needs training speak in English every day and increase reading material in English???



Hahahaaaa....inilah terjemahan menggunakan kemudahan terjemahan di sini.....kelakar jer http://www.citcat.com/

Wassalam

Selasa, Mei 04, 2010

Hari ni poket kosong, minyak keter plak dah merah!

Assalamualaikum w.b.t


Pagi tadi, terlewat pasal pc buat hal, kenapa ntah asyik 'stuck' pastu 'hang'...takleh nak off kan, nak reboot pun takde respond. So kena tunggu gak, sebab saya nak send email tu siap2...pen drive tinggal off....


Sementara itu, (gaya tulis berita) anak dara tu berleter plak macam2, di dah siap...tu yg bengang dgn ammie kot...kenapa ammie ni taknak buat kerja kat pejabat.... kat pejabat ammie tak buat kerja ker, berehat jer kot...kenapa bawak balik buat kat rumah....asyik sibuk dengan kerja jer.....hah kan dah lambat hantar kakak sekolah....macam2 lah dia bebel..lemas sungguhlah!!!!


Dalam pada itu, mata meliar gak carik porch handphone, sebab dalam tu saya letak semua duit buat sementara, kisahnya semalam jugak saya letak ATM card situ sebab semalam turun bawah tekan ATM pastu masukkan duit dan ATM card dalam porch hp jer....cari punya carik takde tak gak jumpa, terus buat conclusion porch hp tinggal dalam keter kot?....


Baru jer sampai depan Taman Warisan tengok2 signal minyal tu dah nyala merah....dalam hati doa jer biar cukup minyak utk sampai pejabat dan hantar anak sekolah. Habis hantar anak lalu dua stesyen minyak, takat pandang jer....card takde, duit pun takde..mujur hani saya kumpul2 syiling dalam keter ada lah dapat RM8.00, bagi kat dia syiling semua RM 7.00.....cukuplah buat dia makan rehat pagi, makan nasi tengahari dan rehat KAFA petang....


Pastu kononnya tengahari dah plan nak balik cari kat rumah pasal dalam keter pun takder, tapi terus lupa jer..sampailah nak balik petang jam 6 teringat balik hal minyak keter dah merah.


Hmm, sabar jerlah, teruskan jugak ambik hani, baru masuk ke jambatan di PMO, ada keter sebelah Rexton gamit2 tanya mana stesyen minyak, yerlah dia bukak tingkap, saya pun bukak tingkap yerlah dua2 nak jimat minyak, siap boleh berbual dari dlm keter masing2....terdesak nampak gayanya, mesti kes minyak dah nak habis cari2 stesyen minyak tak jumpalah ni...dalam hati saya, aku ni lak lalu dua stesyen minyak lepas ni tp duit lak takde..bolehkan lupa nak pinjam kat officemate....


So saya cakap ikut keter akak.....senyum budak tu....budak lelaki muda....dalam hatio dok fikir suami pernah kata kalau dah merah boleh pergi sampai 50 km...so saya gagahkan jugak bawak....harap2 lepas lah sampai balik ke rumah....


So, alhamdulillah lepas dah sampai ke rumah.....cari punya cari jumpa jugak porch hp tu, kat bawah bantal rupanya....esok jerlah isi minyak....


Hari ni makan pun kawan belanja...siap rasa malu bagai...makan bubur lambuk jer, air lak minum air dia jer...pasal memang dah tau dah yang dia tak pernah habis minum air dia....kalau tak rapat tak berani jugak nak kongsi air ni.....jam 3 petang, boss mimpi lak hari ni belanja semua makan KFC...kawan keluar gi bungkus bawak balik off, bukan gi KFC....kenyang alhamdulillah..rezeki Allah bagi dari sumber tak disangka.....


Yang hani pulak boleh tak beli nasi pasal katanya takut duit syiling tak laku...tapi beli kuih berani lak dia pakai syiling..hmm bebudak macam2 andaian yang 'merapu' diorang fikir...yg kita tak fikir....



Wassalam

Isnin, Mei 03, 2010

Losyen Mustajab & Xpertise Tummy Tight

Assalamualaikum w.b.t


Kan kelihatan ramping tu idaman wanita, apatah lagi bagi wanita yang dah beranak dan bahagian pinggangnya dah lari ukuran masa anak dara....tentu mengidam sangat nak berpinggang ala2 potongan kerengga...(berangan lagi!)


Sekian lama saya tak merasa terganggu sangat dengan saiz pinggang yang dah lari ukuran 'asal', kini tiba2 rasa dah sanggup keluar kos untuk melihat hasil yg kalau tak banyak sedikit pun jadiklah...


Justeru, sekali beli dua brand lagi tu.....



Mula2 yang ni beli kat farmasi, harga tak ingat, rasa2nya RM89.90...entah tak berapa pastilah.....pastu rasa sama jer takde perubahan...melampau pakai seminggu nak ada perubahan.....walhal terang2 kat kotaknya tulis dalam masa 14 hari...heiii, tak sabar weiii nak kurus seinci dua kononnya...tapi nan ado pun kurangnya....


tak insaf jugak, selang seminggu, beli lagi, carik yg lagi power dan bercirikan tradisional, lebih berkesan kononnya...

Hah, rembat plak losyen mustajab ni...nak kasi lagi panas, moga2 cepat susut perutnya....hahahaaa berangan lagi tu....





Yang  ni murah jer, RM 29.90 tak salah...beli banyak barang masa tu so tak perasan harga sebenarnya, anggaran lah tu....tapi yg ni pakai cepat terasa panasnya, tambah2 ada plak lime and ginger extract....mencantikkan tekstur kulit....katanya lah...yer ker tidak kenalah saya cuba...


Ni tengah tak sabar nak tengok hasilnya.....dalam kepala dah terfikir nak beli plak minuman jenis detox....agak2 kurus sikit tak...


Aduhhh...napalah dah taksub dengan kurus lak ni????

p/s: dua2 gambar adalah di google tapi imej sama dgn brg sebenar yg dibeli.

Tak sangka dia dah pandai auta lah....

Assalamualaikum w.b.t



Sebagaimana diketahui (oleh sesetengah pembaca blog saya), suami saya yang stroke sejak 2006 kan tak bekerja, dan tak layak bekerja dah pun, dah hilang upaya.


Okay, tu takper, tak kerja tapi boleh dipanggil pesara, kerana berpencen 'ilat.


Tapi ni saya nak ceriat hal anak tunggal saya ni.


Dulu, masa tadika, mati2 tak benarkan ayah ambil dia balik dari tadika...


Sebabnya, malu, ayah OKU, ayah orang lain semua sempurna, ayah dia jer yang jalan senget, pakai tongkat, dahla penampilan ayahnya lain dari ayah orang lain...ayah orang lain datang ambil anak pakai kemeja, slack, handsome, kemas...


Tapi ayahnya datang dengan tongkat, pakai ketayap, pakai kurta......tambah2 katanya ayah dah tua...


Hishhh...hishh....anakku apa nak jadi ni?


Jenuh gak saya nasihat, kakak (panggilan dia) kena belajar terima hakikat, ramai lagi orang lain yg takde ayah langsung....


Dapat ayah OKU tak patut malu...kakak kena bangga, ayah kakak gigih dalam bertongkat datang ambil kakak.....kalau takde ayah langsung macamana?


Kakak patut bangga dapat ayah yang ikut sunnah, kalau ayah tak jaga solat 5 waktu, yang tu kakak patut malu....


Tapi dah namanya budak....macam tu jugaklah cara dia berfikir....kalau ayahnya hantar atau ambil dia tadika dulu, dia tak benarkan ayah turun dari kereta...nanti kawan2 nampak, kakak malu....



Bila dah darjah satu ni, lain plak citernya....


Mula2 tukar kelas lepas ujian bulanan pertama hari tu ada sessi perkenalan....


Masing2 kena bangun perkenalkan diri, dan bagitau mak dan ayah kerja dimana...


Pastu tang kerja saya dia cakap betul...memang dah lama dia pandai menyebut nama jabatan saya, tang ayahnya pun saya pernah bagitau yang ayahnya dulu kerja TM, kalau orang tanya bagitau ayah pesara TM....pasal dulu ada mak ayah kawan dia tanya ayah kerja apa, dia bantai bagitau tak kerja.... punyalah pelik orang tu....sampai kena bersoal jawab hal lain pulak (sampai terpecah rahsia ayah ayah ada 2 rumah, 2 bini...kan ker haru tu?)


Tapi baru2 ni lain lak citer yang timbul, bila cikgu tanya ayah kerja mana, dia kata selamba jer dia bagitau ayah kerja MAYBANK.....tak ker geram dengar tu...


Bila saya tanya kenapa tak terus terang, katanya kakak malas nak citerlah, kang cikgu tanya macam2, cakap jer kerja Maybank, takde sapa pun tanya.....


Pastu saya tanya dia, ker kakak malu?


Ha'ah, memang dia malu nak bagitau kawan2 ayahnya OKU, tak kerja.....


Anak, anak....camanalah nak bina keyakinan diri dia yang ada ayah OKU dan tak kerja tak perlu dimalukan.....
Wassalam

Sabtu, Mei 01, 2010

Penting utk ibubapa yg nak anak pandai....Otak kanan & Kiri

Assalamualaikum w.b.t


IBU BAPA sering mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat anak menjadi insan yang pandai.


Satu teknik yang mula dipraktikkan di Malaysia adalah kaedah Shicida iaitu mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar masyarakat Jepun.


Ini kerana otak kanan lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Antara kaedah yang boleh dipraktikkan ibu bapa termasuk:



# Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur. Usah lakukan dalam keadaan marah kerana ia tidak akan menjadi.




# Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya.



Kemudian, kemas bersama. Selain itu, cuba lukis gambar contohnya rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak-anak sambung melukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi.





Ini sekali gus dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Difahamkan, penggunaan kayu penyepit makanan boleh mengaktifkan kerja tangan, sekali gus membantu menggerakkan otak kanan.




# Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, kembali semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.



# Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita itu.



# Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka barangan berkenaan. Untuk permulaan, berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.



Lama-kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Cuma, usah lakukan permainan itu dalam tempoh yang lama kerana ia mungkin membosankan, hanya lakukan selama setengah jam sehari.


Ok, ini ada saya ambil dari blog ini boleh juga buat ujian utk mengetahui kita ini banyak berfikir dengan otak mana.....silalah cuba...

Bawah ni entry saudara yg punya web ini...


Okey frankly speaking, this entry below wasn't originally written by me. Aku sendiri pun jumpa somewhere else. But I did alter here and there plus a bit of translation sebab original article written in english. Peringatan penting, JANGAN TAKSUB sangat dengan apa yang ditulis ni. Ni suka-suka je. kerja memperdo'oh je ni bak orang pahang kata.



Okey, untuk ujian personallity test ini, kita akan tahu apa jenis personallity yang korang ada. It might be accurate and might be not but just give it a try for the fun of it. First of all, you will need to identify which side of the brain you use. This will be done in two parts and the combination of the results will show you which type of personality you have.



FIRST PART



Member aku masa kerja MOSTI dulu (Harri) pernah cerita yang cikgu kelas dia ada buat experiment ni untuk mengasingkan pelajar dikelas dia mengikut kumpulan. Mungkin lebih memudahkan guru untuk memahami dan mengajar murid-muridnya bila dia tahu pelajar berkenaan merupakan golongan pengguna otak belah mana. It''s very simple.



Hold your hands together, ada gambar tapi saya takde gambarnya, caranya ialah rapatkan dua2 belah tapak tangan dengan masukkan jari2 antara satu sama lain mengikut kebiasaan anda....


Ibu jari KIRI berada dibawah Ibu jari KANAN - Otak KIRI

Ibu jari KANAN berada dibawah Ibu jari KIRI - Otak KANAN


Bagi saya ibu jari kanan saya berada di bawah ibu jari kiri: Maksudnya saya otak KANAN


SECOND PART


Fold your arms in front of you-  peluk tubuh macam kebiasaan anda berpeluk tubuh


Lengan KANAN atas lengan KIRI - Otak KIRI

Lengan KIRI atas Lengan KANAN - Otak KANAN



Bagi saya, lengan kanan bawah lengan kiri..so otak KANAN sekali lagi

So, for the second part it is RIGHT BRAIN



Based on First part and the second part of the exercise above (the order is important), below is the interpretation of your personality:





Right+Left

Considerate, traditional, indirect type



Can instinctively read other's emotion, and respond friendly by natures.

Although not very into taking initiatives in moving forward, but this person will always take a step back in supporting others.

Stable personality and considerate, give others a being protected feeling.

But the weakness is they cannot say no; regardless how unwilling they are, they will take care of others.



Untuk Saya

Right+Right


Loves challenges, Straightforward type.






Once they decided on one thing, will take action right away.


Very curious, and love challenges. Dare to face dangers without thinking through (sometimes foolishly).


Their weakness is they don't listen to others, will filter in only what whey want to hear in a conversation, and very subjective.


However, because of their straightforward attitude, they tend to be fairly popular.





Left+Left

Dedicated, cold, perfectionist type



Very logical in all aspects.

The only way to defeat (or win over) him/her is through reasons.

Has a lot of prides, and feeling strongly about doing the right thing.

If they are your friends, they are very trustworthy.

However, if they are your opponents, they will be very tough to deal with.

Because they can be very 'anal' as a perfectionist, they usually leave a bad impression of being hard to deal with when first met.



Ini untuk anak saya, Hani...Left+ right

Left+Right


Likes to take care of others, leader type.






Has a cool and keen observation ability to see through situations, yet still can be considerate in others needs.


Because of their cool and calm nature, and strong sense of responsibility, they tend to become head of a group.


Popular among people.


However, they may not be able to help themselves in meddling because they want to take care of others too much.


Very concerned about how others view them, and always on alert.








Anda pula bagaimana, adakah kebenarannya bila bandingkan personaliti anda?



Wassalam

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP