Assalamualaikum w.b.t
Setiap kali nak ke kafe, saya memang agak buntu. Buntu sebab tak tahu nak makan apa. Pelik citarasa saya ni, selalu juga macam nak marah dengan anak saya sebab dia susah nak mencuba pelbagai makanan, kalau dah makan satu tu, tu jerlah tak mau dah tukar2.
Tapi baru saya macam tersedar bahawa sifat dia tu datang dari saya rupanya. sah anak mak! Saya kan kalau dah makan sesuatu tu, maka hari2 saya makan yang itu, itulah, senang sampai cafe terus saya tuju kedai yang berkenaan, terus makan, xbuang masa jalan2 nak fikir2, pilih2....
Yang saya perasan akhir-akhir nilah. Saya hampir tak tau nak makan apa dah?
Semua rasa muak, xde selera.
Mula2 tukar sini hari tu, hari2 saya makan nasi putih, lauk asam pedas dan taugeh goreng. hari2 tau! Ikan jer tukar jenis2nya. Sebab saya nak perut saya bertahan sampai petang. Dalam sebulan lebih gitu jemu pulak dah. terus berhenti, takde makan nasi dah!
Menu kedua saya, hari2 makan bubur+sup...menu ni bertahan lama jugak, dalam dua bulan sesekali saya selang seli dengan beehun sup jugak....cuma bila makan bubur ni agak2 jam 4 petang memang dah lapar dah....bertahan jerlah....
Masuk bulan ketiga, muak pulak dah dengan bubur sup, jenuh fikir nak makan apa, semua yang ada tak selera....sudahnya saya ikut kawan, makan beehun goreng panas, sesekali saya selang seli dengan kue teow ladna.....pun rasa tak berapa nak setuju dengan tekak ni....
Pastu 3 minggu lepas saya nampak ada kedai jual bubur lambuk....dah hari2 saya bantai makan bubur lambuk pulak. Tapi cukup 2 minggu tekak dah menolak dah! Sebab...satu hari tu dia masak cair + banyak sangat lada hitam...pelik sungguh rasanya...
Kena pulak fikir menu apa pulak, baru2 ni ternampak kedai bubur lambuk ada jual lontong kering (menu orang jawa agaknya) hari2 saya makan lontong kering.....pun nampak gayanya dah menolak dah....
Minggu lepas dan minggu ni pulak, saya singgah petronas nak beli something utk tukar duit kecil belanja hani, ternampak kuih Seri Muka jual kat Petronas Presint 9....dari rupanya sedap sungguh. So dari minggu lepas saya makan seri muka jerlah. Beli sebekas tu ada 6 keping, saya makan tu jerlah. Yang pelik, tahan pulak perut ni sampai ke petang....tapi balik rumah memang laparlah, cepat2 kena masak....
Tengoklah apa lak menu lepas ni. Susah betul kalau citarasa m
Wassalam
Episod baru..
3 minggu yang lalu
0 cetusan rasa:
Catat Ulasan