Ahad, Julai 25, 2010

Terbayang2 buah durian dan teringat2 kesedapannya...

Assalamualaikum w.b.t


Perut sedang kenyang baru lepas makan ni.


Tapi tekak ni terasa sangat-sangat nak makan durian.


Musim ini baru dua kali makan durian.





Nampaknya kena keluar mencari durian. Durian yang dah siap kopek pastinya. Senang makan dan kualiti rasa dijamin. Cuma tak dapatlah nikmat berebut2 ambil dari pangsanya!


Takperlah asalkan dapat makan durian.



Wassalam

Khamis, Julai 22, 2010

yang ditinggalkan....

Assalamualaikum w.b.t


Beberapa hari ni banyak berita sedih yang saya baca,.


Ada blogger yang meninggal dunia


Dan semalam tengok berita rupanya Adibah Amin dah 3 tahun kena stroke


lain betul nampak penampilannya


Saya suka menyelusuri blog2 mereka yang telah pergi


Sebelum ni ada beberapa blog yang saya baca entry mereka semasa masih ada hayat


Dan ini mendatangkan kesedihan buat saya


Moralnya, rasa nak tulis yang baik2 sahaja dalam blog supaya bila mati nanti....


Orang kenang2 kita sebab tulisan kita dalam blog...


Kalau dulu, manusia mati tinggalkan nama,


Sekarang selain nama, mereka juga tinggalkan tulisan di blog, FB, twitter, Flickr dan macam2 lagilah medium komunikasi baru ni....


Wassalam

Isnin, Julai 19, 2010

Cuti dua hari~ punah dietku!

Assalamualaikum w.b.t


Kalau 5 hari bekerja berjaya mendietkan diri, pagi2 makan buah potong2 gaya salad.


Malam pun makan buah juga.


Tapi bila cuti ni, terpaksa masak jugak


Mana taknya anak dara menjerit2 ...makanan..mana makanan...


Bagi roti atau biskut takde herannya


Betul perut orang Melayu..nak makan nasik juga


Sudahnya dua2 hari, sabtu ahad saya memasak


Kalo dah memasak, harus ganjarannya makan..dah letih masak2 takkan nak pandang jer?


nak taknak dah 5 hari tak jumpa nasi..


Sekali dapat hadap nasi panas2 lauk panas2 mana leh tahan...


Ngap jugaklah nasi dua hari ni siap bertambah lagi...


Tapi buah makan juga...


Kali ni tambah anggur dan belimbing....dan letak yogurt...


Juice saya minum fruitree delima + menggis


Minggu ni sambung balik penjagaan kesihatan untuk tubuh yang sihat....



Wassalam

Jumaat, Julai 16, 2010

Rekod baru : Yeyyy..... berjaya 5 hari tak makan nasi!

Assalamualaikum w.b.t


Saya berjaya untuk tak makan nasi dah 5 hari dah....satu kejayaan tu!

Pagi2 saya buat salad buah..malam2 buat salad buah...

tak buat dah milo ker teh o ker..minum jus buah dan yogurt jer

Minggu depan takkan makan nasi, hanya akan makan oat jer dan minum dengan susu segar

Salad buah akan diteruskan

tapi sebagai tambahan saya makan sayur-sayuran, ratah jer...

tak nampak apa2 perubahan drastik lagi

Cuma proses penghadaman sangat cepat dan seolah2 perut saya dicuci

hasilnya perut rasa sangat selesa, takde mengah2 dah

Cuma berat tak taulah turun ker tidak...tak beli alat penimbang lagi..yg lama dah rosak

Takperlah yg penting rasa makin sihat!

Go...go....mesti boleh punya!


Wassalam

Rabu, Julai 14, 2010

Azam Untuk Makan buah sahaja!

Assalamualaikum w.b.t


Sungguh rasa tak selesa bila badan menjadi semakin berisi.


Jalan cepat jadi mengah, bila makan jer rasa perut sendat semacam


Maka dengaz azam berkobar2 bermula minggu ni saya hanya makan salad buah dan minum jus buah sahaja


Setakat ni berjaya mengekang nafsu makan saya.


Pagi2 sebelum gi pej, saya potong buah kecil2 dan masukkam mayonis sikit...


Untuk minggu ni buah2 terdiri dari jambu batu, tomato, orange, epal merah & hijau


Sebagai bukan seorang penggemar buah memang mujahadah sikitlah...


Malam2 utk elak makan kat luar, saya masak juga utk anak dara....


Isnin siang saya puasa, malam tu, berbuka dengan salad buah2an juga...tapi sebab amsakkan anak dara saya termakan juga seketul ayam goreng tepung tapi ambil part yg tulang2 jer


Selasa, sarapan ambil satu tupperware buah2an jenis yg sama, santak sampai ke petang, sebab ada kerja luar ke seremban, terpaksa juga makan tart telur dua, beli di jusco. Lepas maghrib potong buah2 lagi makan lagi satu tupperware kecik.....kenyang tapi tak puas.


Anak dara tu bising2 suh masak, tapi dalam hati memang kalo masak sure saya akan makan punya!


So saya putuskan tenggek bubur nasi satu pot jer....lauknya ikan selar goreng, telur masin sebiji, sambal telur dan kacang buncis goreng sekejap...


Sayur kacang buncis tu khas utk saya...nak ratah2....lepas tu aduhhh xkenyang rasa terliur dengan bubur nasi...akhirnya 'termakan juga semangkuk'....


Pagi ni, kerja luar di seremban lagi, macam biasa potong satu tupperware besar buah2 yg sama, makan dalam keter sambil drive...dah habis makan kenyang....sampai kat sana, ada kawan pulak belikan air milo sebungkus, "terpaksa minum"....haus sangat...tapi kuih seri muka dan kuig bom inti kelapa dapat saya elakkan...huishhh tinggi gulanya tu..


Balik tu....anak dara ajak singgah Mc Donald, aduhh ssah2 saya pun mesti akan 'termakan' juga...pujuk2 dia, sudahnya singgah R&R beli kacang ngan Yin jer..saya mengunyah kacang jer sambil drive...


Balik rumah dia merengek lapar, panaskan bubur, bagi dia makan pastu saya terjebak juga makan semangkuk lagi....pasni nak potong buah lagi....supaya perut tak rasa lapar....

Kesan serta Merta

Kesan dari makan buah yg banyak 3 hari ni, saya asyik ke toilet..macam perut kena cuci pulak..asyik2 nature call.....


Dan perut rasa selesa, takdelah rasa mengah dan sendat semacam lepas makan....rasa lega sangat perut ni...


Dan makan buah ni akan diteruskan sehingga minggu ni habis...cuma masalahnya anak dara ni kacau daun lah...takdelah kacau ker apa cuma sebab bila masak tu macam terpaksa makan, kalo tak membazir...yerlah anak dara tu makan sikit jer....takkan nak masak semangkuk kecik...hishhh xberbaloi sungguh! Sudahnya saya makan jugak nanti...


Harap2 saya dapatlah mengekang nafsu dari makan nasi dalam seminggu dua ni...dah cuci perut nanti saya nak diet karbo pulak.....tapi gula memang saya nak jauhkan sehingga raya nanti....mungkin hanya bergantung pada gula dalam juice buah yg dibeli jerlah....


Kalo badan dah maintain sihat dan dapat turun berat sikit pun memadailah...rasa2nya lepas tu dah boleh maintain dah....


Wassalam

Isnin, Julai 12, 2010

Makan luar Vs Masak di rumah

Assalamualaikum w.b.t


Saya kadang-kadang gunakan alasan pada suami bahawa lebih jimat makan di luar dari masak di rumah

Lebih jimat maksud saya tu, jimat masa dan tenaga saya!

Tapi dari segi ongkosnya takde jimat mana pun.

Memang saya akui masak2 di rumah adalah sangat jimat dan sangat selamat dan sangat berkat

Tapi kadang kemalasan melanda berserta masa yang mencemburui saya, maka......

Sehari selembar benang
Beli lagi senang

Kali ni dah dekat sebulan dapur tak berasap!

Lepas beras habis terus saya tak beli beras atas alasan nanti berbubuk, memang begitu selalu

Sementara nak habis beras tu sempat bubuk jadikan tempat menumpang cari rezeki.

Saya kira2 sekali makan dua beranak, purata RM15.00 sekali makan.

Itupun menu simple, nasi kosong, tomyam campur, telur dadar dan sayur

Kadang2 anak makan bihun tomyam saya makan kuew teow tom yam

Kadang2 saya makan nasi goreng, anak makan nasi dengan tomyam ajer...

Air pasti juice buah..macam2 lah

Tapi minggu lepas paling hebat lah...

Belanja kawan pejabat makan, jalan2 kat alamanda, pastu termasuk satu kedai ntah apa ke namanya

Thai style..ada chakri sawadikap apa semua....

makan macam biasa jer,
1. nasi kosong 3,
2. tom yam 2,
3. ayam pandan,
4. juice buah,
5. kerabu mangga
6. 3 gelas air, 2 juice buah, satu teh ais

Sekali nak bayar hmmmm...seratus lebih dia charge

Takdelah terkejut sangat, cuma rasa terkilan pasal benda2 yg dimakan tu semua boleh buat sendiri

Tadi atas rasa keinsafan duit mengalir umpama air dalam hal makan2 ni....dan malam tadi jugak makan berdua kena lebih RM15...dan tak sedap pula dengan dua2 kami hanya habiskan separuh...


Maka...


Petang tadi ke Mydin beli barang2 dapur semula, antara yang sempat dirembat

1. Ikan terubuk seekor saiz sederhana (untuk bakar)
2. 3 ekor cencaru saiz agak kecil
3. 4 ekor selar saiz besar
4. 4 ketul ayam dada
5. tomato
6. cili padi sebungkus bersaiz sederhana
7. juice buah Dutch Lady 2 botol (limau & anggur)
8. Juice buah marigold sebotol (blueberry dan apa ntah)
9. telur omega 10 biji
10. telur masin  6 biji
11. capati segera 10 keping
12. sekotak besar air soya
13. 5 botol solivite
14. jambu batu takde biji 3 biji
15. bawang besar sebungkus- beli yg dah siap bungkus, pasal xde masa nak beratur ramai sgt org
16. bawang kecil sebungkus
17. Tepung goreng ayam

2 barang kena saring, takde bar code, carrot dengan cili besar .... ingatkan dah siap2 bungkus ada bar code, sekali takde da.....so nak cepat tinggal jer kat kaunter


Bila dia total terkejut pulak tengok harganya, hanya RM62.75 sen.....murahnya! jarang yang belanja barang dapur bawah seratus, yerlah mungkin tadi tak beli susu anak, tak beli sabun basuh dan tak beli makanan kudapan....tapi yang pasti lauk tu akan bertahan seminggu, betapa jimatnya!

Maka, tadi memasaklah asbabh nak buktikan saya pun boleh berjimat!
Wassalam

Yakinkah makanan anda halal?

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Julai ni, dengan cover depan Bienda, dalam Majalah Aniqah ada isu 'Makanlah Yang Halal & Baik'
dan tajuk kecilnya;
  • Yakinkah Makanan Anda Halal?
  • Logo Halal Yang Mana Satu?
  • Halal, tetapi Sucikah?
Sekadar maklumkan, bagus dibaca bagi mereka yang mementingkan halal haram dalam makanan.

Petikan tulisan penceramah bebas, Hajah Rusmiati,

"Sumber dan makanan halal ini juga akan menentukan kehidupan generasi sesebuah keluarga,. Sekiranya ibu bapa tidak menekankan tiga konsep ini iatu bersih, berkat dan halal, anak yang dilahirkan akan hitam hatinya. Maka akan timbul pelbagai gejala sosial. Tidak mustahil anak-anak akan melawan atau derhaka terhadap ibu bapa.

Selain itu, apabila dewasa, anak-anak tersebut juga tidak mahu mendengar pendapat orang lain, sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri dan juga sanggup menganiayai kawan-kawan demi kepentingan sendiri. Semua ini adalah berpunca daripada hasil makanan yang tidak halal sejak dari dalam kandungan lagi"

Yang pelik ramai umat islam tidak menitik beratkan soal pemakanan dan juga sumber yang diperolehi sama ada halal dari segi islam atau sebaliknya. Walaupun ramai yang anggap hal ini remeh temeh, tetapi ia amat bernilai di sisi Islam.

Wassalam

Ahad, Julai 11, 2010

Jangan berjanji kalau rasa taknak ditepati

Assalamualaikum w.b.t


Berjanji ni kenalah ditepati

Sebab orang yang kita berjanji tu dah menaruh harapan dah

Dah letakkan komitmen penuh untuk penuhi janji tu

Kalau rasa taknak dan tak boleh ditepati JANGAN berjanji

Saya cukup menyampah dengan orang yang berjanji

Lepas tu dia boleh pulak bila dah sampai masa tu batalkan

Bukan sekali dua okay

Dah banyak kali!

Tapi sebagai kawan saya mula2 saya anggap janji yang dia batalkan

Sebagai punya alasan yang rasional

Walaupun saya malas nak tanya apa sebabnya batalkan saat2 akhir

Tapi makin lama makin menjadi2 pula sikap dia yang suka batalkan janji pada saat2 akhir

Lama2 saya dah anggap dia ni memang tak boleh buat janji lah

Tapi kadang2 terpedaya juga buat janji dengan dia

Sebab ada juga janji dia yang ditepati

Tapi janji yang dia buat baru2 ni memang buat saya hiang kepercayaan bertullah kat dia ni

Dah malas saya nak berjanji dah

Baik saya berjanji dengan anak dara saya jer

Sah memang jadi punya!

Bila janji dengan orang macam nilah jadinya....

Moralnya....hilang duit boleh carik, hilang harta boleh cari ganti

TAPI hilang kepercayaan memang takkan lah boleh ganti dengan apapun...


 Wassalam

Khamis, Julai 01, 2010

Balajar sambil bekerja~aaaahhhh seksanya!

Assalamualaikum w.b.t


Belajar adalah tempoh masa yang seronok, berbanding zaman bekerja


Apatah lagi cuti belajar semasa bekerja


Lagilah seronok kerana tak kerja tapi ada gaji


tapi kalau belajar sambil bekerja, walaupun ada gaji memang menyeksakan


Sebab bila bekerja mana ada masa nak belajar lagi...dah sibuk bekerja


Moralnya, belajarlah bersungguh2 masa ada peluang untuk belajar


Dan bekerjalah bersungguh-sungguh masa telah bekerja, jangan sibuk2 nak belajar


Nanti dua2 nak kejar tak dapat....


Bagi saya, belajar seronok, tapi kena betul2 belajarlah..jangan sibuk2 nak kerja pulak..kena cuti belajar dan belajar sungguh2...


Saya dah merasa dua2....keseronokan cuti beajar dan penyeksaan belajar sambil bekerja!


Seakan serik nak sambung belajar lagi....tapi mana tau setahun dua ni tiba2 ada hati nak sambung PhD...


Tapi kalau ada PhD pun takde pengiktirafan apa2, lainlah saya didunia akademik, adalah kepentingannya...so ambil PhD boleh tapi sekadar nakkan kepuasan utk diri sendiri....



Wassalam

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP