Isnin, Julai 12, 2010

Yakinkah makanan anda halal?

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Julai ni, dengan cover depan Bienda, dalam Majalah Aniqah ada isu 'Makanlah Yang Halal & Baik'
dan tajuk kecilnya;
  • Yakinkah Makanan Anda Halal?
  • Logo Halal Yang Mana Satu?
  • Halal, tetapi Sucikah?
Sekadar maklumkan, bagus dibaca bagi mereka yang mementingkan halal haram dalam makanan.

Petikan tulisan penceramah bebas, Hajah Rusmiati,

"Sumber dan makanan halal ini juga akan menentukan kehidupan generasi sesebuah keluarga,. Sekiranya ibu bapa tidak menekankan tiga konsep ini iatu bersih, berkat dan halal, anak yang dilahirkan akan hitam hatinya. Maka akan timbul pelbagai gejala sosial. Tidak mustahil anak-anak akan melawan atau derhaka terhadap ibu bapa.

Selain itu, apabila dewasa, anak-anak tersebut juga tidak mahu mendengar pendapat orang lain, sanggup menindas orang lain demi kepentingan diri dan juga sanggup menganiayai kawan-kawan demi kepentingan sendiri. Semua ini adalah berpunca daripada hasil makanan yang tidak halal sejak dari dalam kandungan lagi"

Yang pelik ramai umat islam tidak menitik beratkan soal pemakanan dan juga sumber yang diperolehi sama ada halal dari segi islam atau sebaliknya. Walaupun ramai yang anggap hal ini remeh temeh, tetapi ia amat bernilai di sisi Islam.

Wassalam

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP